7 Sumpahan Permata.

7 Sumpahan Permata.
Yang Dinanti Telah Kembali.


__ADS_3

Kisahnya bermula disebuah benua yang diberi nama “Langsamudera”.


Diduduki oleh lima bangsa iaitu bangsa Asucia, Tharis, Nauria, Bakha dan Daiya. Asalnya mereka hidup dalam penuh keharmonian dan saling berganding bahu dalam setiap perkara kerana pada ketika itu setiap negeri mempunyai kekurangan masing-masing yang mengakibatkan mereka sentiasa memerlukan bantuan diantara satu sama lain. Kesemua bangsa ini diperintah dibawah naungan Raja Agung yang bernama Tuanku Izzuddin Shah dan dinasihati oleh lima orang Paduka Diraja yang dilantik dari setiap bangsa.


Bangsa Nauria yang diperintah oleh Paduka Azlan Mahmud Baginda, menguasai daerah Timur yang mana kesuburan tanah membolehkan ekonomi mereka berkembang pesat dan mampu menyalurkan keperluan makanan mereka kepada negeri yang lain.


Bangsa Daiya pula diperintah oleh Paduka Mamut Aria.


Mereka menguasai daerah Selatan yang mana bentuk muka buminya merupakan kawasan yang berpaya dan mempunyai banyak anak sungai. Ini membolehkan mereka menjadikan sumber perikanan sebagai sumber pendapatan utama bagi negeri mereka.


Seterusnya, bangsa Tharis yang diperintah oleh Paduka Dharmasakti pula, menguasai daerah Barat. Mereka yang hidup dikawasan pergunungan dan bukit bukau, sangat mahir dalam pembuatan besi dan peralatan barang kemas. Pembuatan alatan yang dihasilkan oleh bangsa Tharis banyak disalurkan ke negeri-negeri yang lain dan hasil kerja tangan mereka tersangatlah terkenal sehingga negeri mereka diberi jolokan nama “Negeri Sang Baja Buatan”.


Bangsa Asucia pula diperintah oleh Paduka Wijaya Setia. Mereka merupakan bangsa yang menjadi gantungan bagi bangsa-bangsa lain jika terjadinya akan sesebuah peperangan kerana bangsa ini merupakan bangsa yang sangat mahir dalam penggunaan senjata.. Bangsa ini menguasai arah Barat Laut dan Timur Laut. Disebabkan mereka pakar dalam peperangan, maka mereka diberikan jolokan “Sang Singa Harapan”.


Akhir sekali Bangsa Bakha, merupakan bangsa yang menguasai arah Utara. Bangsa ini sangat terkenal dalam penggunaan ilmu magik dan ilmu perubatan. Disebabkan kawasan mereka merupakan bekas tapak gunung berapi, maka kawasan itu menjadi sangat subur dan kaya dengan hasil hutan. Maka mereka menjadikan sumber hutan itu sebagai sumber utama mereka dalam menghasilkan bahan untuk membuat ubat- ubatan..


Mereka juga sering melakukan percubaan demi percubaan dalam mencipta sihir, mantra, dan ubatan yang baru. Kelebihan yang dimiliki oleh mereka membuatkan mereka merasakan kedudukan mereka agak tinggi melebihi bangsa yang lain. Akibatrnya mereka telah menjadi sombong dan bongkak serta sering meletakkan harga ubat-ubatan yang tidak masuk akal sehingga menyebabkan perbuatan zalim mereka itu kurang disenangi oleh bangsa-bangsa yang lain..


Pada satu ketika, Garuda iaitu Paduka bagi bangsa Bakha yang tamak, ingin menjadikan dirinya sebagai seorang Pemerintah yang abadi.. Lalu beliau pun membuat sebuah perjanjian darah dengan Ahli Sihir Hitam yang bernama Angmaar.. Demi mendapatkan kekuasaan yang abadi, beliau telah menjual jiwanya kepada Angmaar serta sanggup mengorbankan seluruh ahli keluarganya untuk dijadikan korban sembahan kepada Angmaar. Akibat tindakan tamak dan zalim beliau, telah menyebabkan tindakannya itu memakan dirinya sendiri dan seluruh Negeri Bakha.


Kesemua negeri dibawah kekuasaan Bakha telah disumpah menjadi negeri hitam, dan bangsa bakha yang tidak sempat menyelamatkan diri dari sumpahan Angmaar, telah dikunci jiwa mereka dan dijadikan sebagai orang suruh Angmaar dan Garuda buat selamanya.. Seluruh bangsa Bakha yang terperangkap didalam negeri itu telah berubah menjadi sebuah bangsa yang tiada perikemanusiaan.. Hanya beberapa orang rakyat Bakha sahaja yang berjaya menyelamatkan diri dan berlindung dibawah naungan negeri yang lain.


Tindakan Garuda itu telah menyebabkan Pemerintah Raja Agung dan kesemua bangsa dipelusuk Langsamudera menjadi marah, dan kesemua bangsa yang dipimpin oleh setiap Paduka telah bersatu untuk memerangi Garuda. Namun serangan demi serangan yang dilakukan oleh mereka amat mudah dipatahkan oleh Garuda kerana pasukan tentera Garuda yang seolah-olah seperti mayat hidup yang tidak mengenal erti sakit, zalim serta dengan bantuan magik kegelapan yang diberikan oleh Angmaar membuatkan ramai pasukan bersekutu mengundurkan diri dalam keadaan ketakutan..


Keempat-empat Paduka berkumpul bersama Raja Agung dan beberapa ahli sihir dari kalangan bangsa Bakha yang terselamat telah membuat satu senjata demi untuk menghapuskan Garuda dan Angmaar. Ketujuh-tujuh Batu Permata yang menjadi lambang kebanggaan bagi Langsamudera mula dikumpulkan, dan disatukan bersama dengan sebuah keris yang ditempa.


Namun kekuatan keris itu masih lagi tidak mampu menyaingi kekuatan yang ada pada Garuda dan Angmaar, kerana Batu Permata yang ketujuh, berada ditangannya Garuda.. Untuk membunuh Garuda, mereka memerlukan Ketujuh-tujuh Batu Permata yang lengkap untuk menyempurnakan kekuatan Keris “Gading Delima”.


Setakat itu, hanya 6 Batu Permata yang berjaya dikumpulkan:


1) Permata Putra


2)Permata Kecubung

__ADS_1


3)Permata Nilam


4)Permata Mustika Merah


5)Permata Delima Hitam


6)Permata Sutra Raya


Manakala Batu Permata yang dimiliki oleh Garuda adalah:


7)Permata Badar Besi


Setelah keenam-enam Batu Permata disatukan, maka keluarlah satu cahaya yang bersinar menerangi disetiap pelusuk negeri.. Pernampakan keindahan cahaya itu dapat dilihat oleh sekalian manusia yang berada di “Langsamudera”. Maka bermulalah peperangan Bersekutu melawan Pasukan Garuda.


Tiga puluh ribu tentera berjaya dikumpulkan untuk melawan pasukan Garuda yang sama banyak jumlahnya. akhirnya Garuda telah berjaya dikalahkan dan dikunci buat selamanya, dan Keris Gading Delima menjadi bukti tanda lima bangsa dibawah satu naungan..


”Tapi kan Atuk..” (aku mencelah.)


Atuk hanya tersenyum sinis melihat aku yang masih kebingungan sambil menanti jawapan dari beliau.


“Haha.. Satu hari nanti kamu akan mengetahuinya juga Azizi..” (aku sedikit kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh Atuk.)


“Kamu tunggu sekejap ya.. Atuk hendak ke dapur sekejap. Terasa dahagalah pula bila bercakap terlalu banyak ni.. Sudah, kamu sambung mengemas bilik ini dahulu, nanti bila selesai kesemuanya, Atuk akan sambung semula cerita yang tadi..” (ujar Atuk sambil berjalan meninggalkan aku didalam biliknya.)


“Hmmm.. Dikatanya Atuk, yang membuat keris ini adalah dari orang berbangsa Tharis yang merupakan pakar dalam pembuatan besi tapi kenapa keris ini boleh menjadi serpihan sehingga sekecil ini.??”


“Ahh.. Kemungkinan Atuk cuba hendak mempermainkan aku agaknya..” (usik hatiku.)


Disebabkan cahaya indah yang keluar dari Batu Permata itu, telah membuatkan aku mula terpesona dengan keindahannya sehingga aku terlupa akan peringatan Atukku. Lalu aku telah memegang serpihan tersebut dan membelek serpihan yang indah itu.


Tiba-Tiba..


“AAUCHH.!”

__ADS_1


“PANASNYA.!”


Serpihan itu telah mengeluarkan sebuah aura yang panas secara mengejut, menyebabkan aku terlepas serpihan tersebut sehingga terjatuh ke atas lantai bilik..


“Alamak.!! Terjatuh lah pulak..! Aduhai.. Kalau rosak nanti, mesti aku akan dimarahi Atuk lagi...” (kataku yang mengeluh)…


“Aduh.. Mana perginya benda tu? Tadi ditempat terang kau nak bersinar sangat. Bila jatuh kebawah ni, kau tak nak bersinar pula..”(Aku mula membebel sambil mencari serpihan tersebut yang telah jatuh keatas lantai bilik.)


“Haa.!”


“Jumpa pun kau.! Harap-harap tiada yang calar..”


Aku mula mengambil serpihan tersebut. Tepat jari telunjukku terkena pada permukaan Batu Permata itu, tiba-tiba duniaku terasa kelam sebentar..


“Haa?


“Kenapa aku rasa semacam ja ni?”


Aku mula berkedip mata sebentar dan…


“Apakah?”


“Dimana aku sekarang?”


“Kenapa…”


“Aku di lapangan?”


(Disuatu tempat yang lain yang tidak diketahui, seorang nenek tua mula ketawa sinis lalu dia berkata…)


“Selamat Kembali..”


“DAMAK…”

__ADS_1


__ADS_2