7 Sumpahan Permata.

7 Sumpahan Permata.
Kuasa Sebenar Batu Permata.


__ADS_3

Cuaca yang panas diwaktu tengahari, tambahan pula kami berada dikawasan tanah yang lapang, menambahkan lagi ketegangan yang diterima oleh kami. Aku dan Suri pada ketika itu sedang terkesima sebentar setelah mendengar arahan dari lelaki misteri itu. Kami belum pernah bertembung dengan mereka sebelum ini, namun bagaimana mereka boleh mengetahui identiti kami malah mereka juga mengetahui bahawa Batu Permata Sutra Raya ada padaku sekarang ini. Aku dengan sedikit gugup, terus berbisik kepada Suri yang pada waktu itu, dia berada disisiku.


“Suri! Bagaimana mereka boleh tahu mengenai kita?”


Suri terus mengeluarkan senjatanya.


“Tak usah kau peningkan kepala kau lagi Azizi. Siapa lagi kalau bukan ayahanda aku yang celaka itu.! Mesti dia yang upah perompak-perompak ini untuk merampas Batu Permata itu dari kita.” (jelas Suri.)


“Hahaha.. Tak padan dengan perempuan ada hati hendak berlawan dengan kami. Namun tidak mengapa, akan kami turuti sahaja hajat kamu berdua.” (kata ketua perompak itu.)


“Kamu semua, Kepung mereka.! Kita ada satu lagi kenduri yang harus kita selesaikan.. Hahaha.” (ujar ketua perompak itu.)


Tanpa berkata apa, mereka terus mengepung kami dalam bentuk bulatan sambil memegang senjata mereka masing-masing. Aku melihat kearah Suri, aku tahu dia sedang bernafsu hendak melawan mereka semua, namun dengan kekuatan yang dimiliki olehnya, mustahil baginya untuk melawan para perompak itu semua seorang diri. Dengan harus melindungi Awang dan Puteri pula. Lantas aku terus bersuara kepada ketua perompak itu.


“Aku boleh berikan Batu Permata ini kepada engkau, namun dengan satu syarat.!” (jeritku.)


“Hahaha… kan bagus kalau dari awal kau berkata begini. Tidak perlu kami menggunakan kekerasan kepada kamu semua. Apa syaratnya?” (balas ketua perompak itu.)


“Kau harus bertarung denganku satu lawan satu, tanpa ada campur tangan dari pihak luar. Jika engkau menang maka Batu Permata ini menjadi milik kau, namun jika engkau kalah maka jangan kau cuba mengganggu kami lagi.” (ujarku.)


“Hahaha.. Menarik.! Cabaran kau aku terima.! (jawab ketua perompak itu.)


Mendengar cabaran yang dibuat olehku, membuatkan Suri menggelengkan kepalanya kepadaku..


“Azizi… Kenapa sekarang kau masih lagi hendak bertindak bodoh? Mereka itu perompak! Jika kau menang sekali pun, peraturan kau tetap akan mereka langgar juga.!” (bisik Suri.)


“Aku harap bergunalah sedikit ilmu silat yang aku belajar dengan Tok Guruku masa kecil-kecil dahulu. Ayuh Azizi, buktikan bahawa kau merupakan anak jantan.! Buktikan bahawa Suri itu salah.!” (bisikku.)


Dengan perlahan aku terus membuka beberapa buah silatku kepada ketua perompak itu.


“Ohh.. Menarik.. Takku sangka orang masa depan juga tahu bersilat.” (ejek ketua Perompak itu.)


Aku terus membuka langkahku menyerang ketua perompak itu. Aku cuba menumbuk perutnya dengan sekuat hatiku.


“BANG.!”


“APA?”


Aku terkejut sebentar! Tumbukkan aku itu tidak memberikan apa-apa impak kepada ketua perompak itu. Aku melihat wajahnya, lantas dia tersenyum sehingga menampakkan giginya kepadaku.


“Ini yang kau kata tumbukan? Belajar silat dari mana kau ini? Tumbukan kau tidak ubah seperti tumbukan anak kecil.! Hahaha.!” (balas ketua perompak itu.)


Mereka semua mengertawakan aksi aku. Aku yang malu melihat kearah Suri.. Suri hanya menggelengkan kepalanya sambil dia menunduk malu melihat tindakan bodohku.


“Nah, kau rasakan penumbuk yang sebenar.!” (jerit ketua perompak itu.)


Ketua perompak itu terus menumbuk perutku sehingga aku memuntahkan darah disitu juga. Tumbukan dia telah membuatkan aku terpelanting ke belakang dan terus terduduk menahan sakit yang amat perit. Lantas dia berlari kearahku, dan terus menyepakku hingga aku jatuh terguling.


“Arrghh.!” (aku menjerit akibat disepak.)


“Tidak padan dengan lemah, ada hati hendak menentangku.! Inikah orang yang dikatakan Insan Yang Terpilih tu? Macam bukan sahaja. Lebih baik Nenek Kebayan pilih aku sahaja dari Si Lemah ini.! Hahaha..” (ujar ketua perompak itu.)


Ketua perompak itu terus memijak-mijak aku tanpa belas kasihan. Aku hanya mampu menahan tanganku kearah wajahku sahaja supaya dia tidak memijak wajahku.. Darahku bercampur dengan air mataku menahan sakit dari pukulan yang aku sedang terima sekarang ini.


“KAK.! Bantulah Abang Azizi kak.!” (jerit Awang kepada Suri.)


“Hmm.. Baiklah..” (jawab Suri dengan malunya.)


Semasa Suri hendak menghentikan tindakan ketua perompak itu, tiba-tiba tanpa disedari oleh Suri, Suri telah pun meninggalkan posisinya untuk melindungi Awang dan Puteri. Lantas anak buah kepada ketua perompak itu terus menyerang Suri secara tiba-tiba. Suri yang agak terkejut terus membuka langkahnya untuk bersedia akan sebarang serangan yang ingin dilakukan oleh mereka bertiga. Di saat Suri sudah bersiap sedia untuk mengelak serangan mereka secara tiba-tiba dua orang perompak terus melepasi Suri dan terus menerpa kearah Awang dan Puteri. Suri yang terkejut cuba untuk menghalang mereka namun ianya sudah pun terlambat kerana kedudukan Suri yang agak jauh dari Awang dan Puteri menyukarkan Suri untuk melindungi mereka.


“Awang, Puteri.!”


“LARI.!” (jerit Suri.)


Setelah mendengar jeritan dari Suri, Awang dan Puteri pun cuba hendak melarikan diri, namun mereka sudah pun terlambat kerana mereka berdua sudah pun ditangkap oleh kedua perompak itu. Dua orang perompak itu terus mengeluarkan keris dan menghalakan kearah Awang dan Puteri sambil tersenyum melihat Suri. Suri tergamam melihat kejadian yang baru sahaja berlaku dihadapannya.


“Tak.. Tak mungkin.. Apa yang sudah aku buat? Aku sudah membuka ruang kepada mereka untuk menyerang Awang dan Puteri.. (bisik Suri.)


Disaat Suri sedang tergamam, sekali lagi Suri terleka kepada seorang perompak yang masih berada dibelakang Suri.


SURI..! JAGA-JAGA.!” (jeritku.)


Suri yang mendengar jeritanku, cuba menoleh kearahku, tiba-tiba Suri terkena tamparan yang agak kuat sehingga dia jatuh terduduk. Perompak itu terus mengeluarkan parang dan menghalanya kearah Suri.


“Jika kau bergerak walaupun sekaki, maka akan kami bunuh rakan-rakan kecil kau.. Hahaha.” (kata perompak itu.)


Aku melihat Suri sepertinya sedang trauma dengan apa yang sedang terjadi kepadanya sekarang. Suri hanya memandang wajahku dengan mulutnya yang sedang berdarah akibat ditampar dengan kuat oleh perompak itu. Aku juga terkejut melihat Suri yang secara tiba-tiba boleh menjadi lemah sebegitu.


“Suri.. Kenapa kau.. Apa yang sudah terjadi pada kau?” (bisikku.)


“Ahh.. Lupakan! Aku lelaki.. Aku mesti bangkit melawan.! Demi mereka bertiga.. Hanya aku yang mampu selamatkan mereka sekarang ini..” (bisik hatiku lagi.)


Dengan perlahan aku cuba bangkit kembali, lalu aku memasang kuda-kudaku kembali.


“Hei.! Aku belum lagi selesai dengan kau.!” (jeritku kepada ketua perompak yang sedang leka itu.)


“Hah.! Sudah lembik aku kerjakan, masih ada hati lagi hendak menentang aku?” (herdik ketua perompak itu.)


“Lembik kau kata? Kalau aku lembik, kenapa kau meninggalkan aku? Itu tandanya kau sebenarnya seorang pengecut.!” (jeritku.)


Mendengar kata hinaanku, membuatkan ketua perompak itu menjadi semakin marah. Lantas dia terus berlari kearahku, lalu dia menendangku sehingga menyebabkan Keris Gading Delima terus terlucut dari pinggangku dan jatuh ke tanah. Ketua perompak itu sempat melihat Keris Gading Delima yang berada diatas tanah, lantas dia mulai ketawa.


“Hahaha.. Ini yang ku cari. Keris Pusaka Gading Delima. Pasti ada Batu Permata di dalamnya..” (ujar ketua perompak itu.)

__ADS_1


Dengan perlahan dia memegang sarung Keris Gading Delima, namun pada saat itu, aku juga mencapai hulu keris itu. Tanpa menunggu masa, aku terus menarik hulu keris itu dan aku genggamnya dengan tanganku demi menyelamatkan Batu Permata Sutra Raya.


“Hei budak.! Kau sudah pun kalah.! Berikan Batu Permata itu padaku lekas.!” (herdik ketua perompak itu.)


“Siapa kata aku sudah kalah? Aku belum lagi mati..” (balasku.)


“Kurang ajar kau.!” (jerit ketua perompak itu.)


Ketua perompak itu terus menumbuk mukaku sehingga aku terjatuh diatas tanah sekali lagi. Lantas dia mengulangi perbuatannya itu dengan memijak-mijak ku berulang kali.


“Kali ini aku tidak akan berlembut lagi dengan kau.!” Matilah kau sekarang juga.!” (herdik ketua perompak itu.)


“Azizi..!” (jerit Suri yang tidak berdaya melawan.)


Awang dan Puteri menangis melihatku dipukul. Suri hanya mampu melihatku dengan dirinya kini yang sudah tidak berdaya. Dia sepertinya sudah mati akal untuk menyelamatkanku. Aku terus berkeras tidak mahu menyerahkan Batu Permata ini kepada mereka. Aku menggenggam keris itu dengan sangat kuat sehingga aku sendiri tidak perasaan tanganku sudah pun terluka terkena serpihan mata keris yang tajam itu. Lantas ketua perompak itu menggenggam leher bajuku lalu mengangkatku supaya berdiri mengadap kearahnya. Pada saat itu aku sudah tidak berdaya lagi. Wajahku sudah lebam teruk akibat dipukul ketua perompak itu. Mataku sudah semakin layu tidak berdaya.. Tubuhku semuanya terasa kebas sehinggakan aku sudah tidak merasakan sebarang kesakitan lagi..


“Kalaulah aku kuat.. Sudah pasti aku dapat kalahkan mereka semua dan selamatkan Suri serta Awang dan Puteri.. Kenapalah aku lemah? Sedangkan pada ketika ini Suri, Awang dan Puteri amat memerlukan bantuanku..”


“Tolonglah.. Berikan aku sedikit kekuatan.. Sedikit pun tidak apa, asalkan aku dapat kalah mereka semua..” (rayuku yang tidak berdaya.)


Tiba-tiba aku terdengar sebuah suara..


“Hahaha.. Sudahku bilang, kau pasti akan berlutut juga padaku akhirnya, Azizi..”


“Baiklah, disebabkan kau sudah pun melakukan akadmu, maka akan ku tunaikan hajatmu itu..”


Lantas jantungku mula berdegup kencang.! Aku sepertinya dapat merasakan sebuah aura yang hangat sedang menyerap kedalam tubuhku bermula dari ibu jari kaki terus naik keatas hingga ke ubun rambutku.. Aura ini sangat kuat sekali. Tidak pernah aku merasakan aura sekuat ini..


“Serahkan Batu itu.!” (herdik ketua perompak itu.)


“Ti…Tidak..” (balasku yang tidak bermaya.)


Setelah mendengar jawapanku, ketua perompak itu terus hendak menumbuk wajahku, lantas dengan tidak semena, tumbukkannya itu aku mampu menahannya dengan tangan kiriku. Mereka semua terkejut dengan tindak balasku.


“Apa?” (Ketua perompak itu melihatku dengan terkesima.)


Aku membalas pandangannya itu dengan senyuman, lalu tumbukkannya yang aku genggam, terus dengan perlahan aku memusingkan tangannya iu, lalu aku kilaskan pergelangan tangannya dengan perlahan.. Riaksi wajah ketua perompak itu terus berubah dengan drastiknya. Dia terus melepaskan tangannya dari mencekak bajuku. Dia cuba melepaskan tangan kanannya dari genggaman tangan kiriku, namun tidak juga berhasil.


“Celaka kau budak.! Lepaskan aku.! Beraninya kau sorokkan kekuatan kau.!” (kata ketua perompak itu.)


Aku yang mendengar hinaannya kepadaku, terus aku patahkan pergelangan tangannya itu.


“Arghh.!” (menjerit ketua perompak itu dalam kesakitan.)


“TAK GUNA KAU.!” (jerit seorang lagi perompak yang berada dibelakang ketuanya.)


Perompak itu terus menerkam aku, lalu aku mengelak serangannya itu. Lantas aku terus menumbuk perutnya membuatkan dia terus memuntahkan darah disitu juga. Akibatnya perompak itu terus terduduk menahan kesakitan yang tidak terhingga.


Sambilku tersenyum, dengan perlahan aku menarik pedang Kencana Hitam lalu aku menghalakan pedangku kearah mereka sambilku berkata..


“Hei manusia durjana, pilih satu antara dua.”


“Nyawa atau Harta?”


“DASAR BANGSAT KAU BUDAK.!” (jerit ketua perompak itu.)


lantas ketua perompak itu mengeluarkan parang yang ada di sisinya, lalu dia terus berlari ke arahku sambil menghayunkan parangnya itu.


Aku tersenyum sambil berkata lagi..


“Maka kau lebih memilih hartamu dari nyawa. Memang layaklah kau ku hapuskan dari muka bumi ini..”


Dengan secara tiba-tiba aku mampu membaca gerakan ketua perompak itu.. Aku melihat parang itu dihayunkan tepat ke arah kepalaku.. Aku pun terus mengelaknya lalu aku menusuk pedangku tepat ke arah jantungnya, lantas aku menarik semula pedangku, dan terus aku mencantas kepalanya hingga putus.


Akibatnya kepala ketua perompak itu terus terpelanting dan mendarat tepat kearah anak buah yang sedang terduduk sambil menahan sakit akibat ditumbuk olehku sebentar tadi. Dia yang melihat kepala ketuanya yang terjatuh dihadapannya, terus dia tergamam sebentar lantas dia terus menjerit dan lari dalam ketakutan. Rakannya yang lain terus mengigil ketakutan kerana melihat pedangku.


“I…itu… Ped…pedang Angmaar.!”


“Lari semua.! Tinggalkan mereka.. Bahaya.! Itu Pedang Kencana Hitam.!” (menjerit seorang perompak kepada rakannya.)


Mendengar jeritan rakan mereka, yang lain juga terus berlari meninggalkan kami bertiga.


Perbuatanku sebentar tadi telah membuatkan Suri, Awang, dan Puteri menjadi tergamam.


“Siapa Azizi yang sebenar?”


“Bagaimana dia boleh sehebat ini hanya dalam beberapa detik sahaja?”


“Apakah kerana pedang itu?” (bisik hati Suri.)


“Zalim dan kejam.!”


“Tapi Awang suka!” (jerit Awang padaku.)


Jeritan Awang telah menyedarkan aku. Lantas aku terasa sakit kepala yang teramat.. Aku terus berlutut sambil memegang kepalaku menahan sakit..


“Apa yang telah terjadi..”


“Kenapa kepalaku secara tiba-tiba terasa sakit sangat ni?” Kenapa aku mampu menjadi sekejam ini?”


“Dan…”


“Aku mahir berlawan? Aku tahu aku ada asas silat, tapi tidak semahir ini.. Apakah kerana….” (bisik hatiku.)

__ADS_1


“Kau tidak apa-apa Azizi?” (Suri datang mencelah.)


“Oh tidak, aku baik sahaja.” (balasku.)


Kelihatannya Suri juga sedang merasa keanehan terhadap diriku. Aku segera bangun dan menyimpan pedangku kembali.


“Suri bagaimana dengan keadaan dua orang mangsa tadi? Apalah mereka dalam keadaan baik?” (tanyaku dengan tergesa-gesa.)


Belum sempat Suri ingin menjawab persoalanku, tiba-tiba Awang telah memanggilku dengan tergesa-gesa. Aku tanpa menunggu masa terus berjalan pantas menuju kearah Awang.


“Kenapa Awang?” (tanyaku.)


“Lelaki ini.. Awang rasa dia sudah meninggal dunia, kerana semasa Awang periksa nadinya, tiada langsung sebarang denyutan.” (jelas Awang.)


Selepas mendengar penjelasan Awang tadi, aku pun terus memeriksa keadaan lelaki itu untuk mengesahkannya. Setelah aku memegang pergelangan tangan lelaki itu dan aku memeriksa nadinya, aku mula menundukkan kepalaku.


“Hmm.. Kejam sungguh tindakan mereka. Memang dasar manusia yang tidak punya perasaan. Semoga engkau tenang disana kawan..” (kataku.)


Disaat aku menutupi jenazahnya dengan kain penutup yang ada berhampiran dengan kereta kudanya, lantas aku terdengar Puteri pula menjerit kepada kami.


“Perempuan ini masih hidup.!”


Kami bertiga terus bergegas pergi kearah Puteri, setelah mendengar berita yang disampaikan oleh Puteri tadi. Awang terlebih dahulu sampai berbanding aku dan Suri. Aku pun terus menjerit padaAwang.


“Awang.! Alihkan pandangan kau.! Jauhkan diri kau dari situ.!”


Awang yang mendengar jeritanku, mula kebingungan. Sampai sahaja aku disitu, dengan pantas aku menarik keluar mantelku, lalu dengan segera aku menutupi tubuh wanita malang itu.


“Kenapa Abang?” (tanya Awang yang masih lagi keliru.)


Aku tersenyum sinis melihat Awang, lalu aku menupuk bahunya sambilku menerangkan padanya.


“Awang, walau sesulit apa pun sesebuah keadaan itu, maruah dan harga diri wanita tetap kena jaga..”


“Abang minta kau alihkan pandangan kau dari wanita ini kerana ingin menjaga kehormatan dan harga dirinya. Abang harap kau mengerti Awang.” (jelasku.)


“Hmm. Baik Abang, Awang mengerti. Maafkan Awang kerana tindakan Awang tadi.” (jawab Awang.)


“Iya, Abang maafkan.” (balasku.)


Suri yang terdengar penjelasanku tadi, mula tersenyum melihatku..


“Terima kasih Azizi.. Terima kasih kerana kau mengerti akan perasaan dan menghargai maruah seorang wanita.” (bisik Suri.)


Selepas kami membersihkan tempat itu, kami pun segara meninggalkan tempat itu dan membawa wanita malang itu bersama kami dengan menaiki kereta kuda miliknya.


“Tidak jauh dari sini ada sebuah perkampungan. Aku rasa lebih baik kita singgah sebentar disana untuk meminta bantuan mereka menyelamatkan wanita itu kerana aku lihat luka yang ada pada wanita itu agak parah juga.. Mungkin disana mereka boleh mengubatinya.” (kata Suri..)


“Molek juga rancangan kamu Suri. Alang-alang bolehlah kita bermalam sebentar disana juga.” (balasku.)


“Baiklah jika kau juga sudah bersetuju. Mari kita kesana..”


Suri terus mengendarai kereta kuda menuju ke destinasi yang disetujui oleh kami berdua.


Sementara itu di Singgahsana Istana Mahajarawi, Paduka Azlan Mahmud Baginda bersama anakandanya Tengku Muzaf dan beberapa panglima serta pembesar Nauria sedang giat merencanakan strategi mereka untuk menghadapi peperangan pertahankan Istana Mahajarawi dari serangan Para tentera Angmaar.


“ Paduka, untuk maklumat Paduka, kami telah pun menyiapkan beberapa perangkap seperti yang diminta oleh Paduka, dan kini kami masih lagi membaik pulih beberapa balastik sebelum membuat uji cuba Paduka.. (jelas Panglima.)


“BAGUS!”


“Dan bagaimana pula dengan arahan bantuan yang Beta minta keluarkan tempoh hari itu? Apakah sudah ada jawapan dari mereka?” (tanya Paduka Azlan.)


“Maafkan patik Paduka, kerana sampai sekarang patik belum lagi menerima surat balas dari pihak mereka Paduka.” (jawab Panglima.)


“Hmm.. Baiklah, kalau begitu kirimkan surat keras kepada mereka, pastikan mereka mahu menerimanya! Jika ada yang masih lagi melawan, binasakan sahaja orang itu.” (arah Paduka Azlan.)


“Menjunjung perintah Paduka!” (sahut Panglima.)


Mendengar arahan daripada Paduka Azlan, telah membuatkan Tengku Muzaf merasa amat kecewa sekali. Sepertinya sikap Paduka Azlan yang suka mengamalkan pemerintahan secara Kuku Besi, tidak akan pernah hilang dari dirinya.


“Kenapa Ayahanda suka membuat apa-apa keputusan dengan sendirinya? Dia tidak pernah sekali pun memikirkan nasib rakyatnya sendiri. Jika dia terus mengamalkan sikapnya yang sebegini, silap hari bulan, rakyat Nauria akan semakin muak dan benci kepadanya nanti.” (bisik Tengku Muzaf.)


“Anakanda.. Apakah kamu sudah siapkan alatan untuk melatih tentera baru?” (tanya Paduka Azlan kepada Tengku Muzaf.)


“Sudah Ayahanda.. Dan untuk maklumat Ayahanda juga, untuk dua hari ni sahaja kita sudah pun menerima hampir lima ratus pendaftaran dari kalangan anak muda, Ayahanda.. Rancangan Ayahanda untuk menaikkan upah gaji tentera supaya dapat menarik minat anak muda Nauria itu, memang sangat bernas..” (puji Tengku Muzaf.)


“Hahaha.. Itu sudah tentu. Hanya dengan cara itu sahaja kita mampu menarik ramai rakyat miskin yang berada diluar sana untuk menjadi askar kita. Setakat melaburkan sedikit sahaja harta Beta untuk membeli nyawa dan tenaga mereka, Beta tidak kisah.” (jawab Paduka Azlan dengan sombong.)


Tengku Muzaf hanya menunduk malu selepas mendengar ucapan dari ayahandanya yang sombong itu. Lantas Tengku Muzaf, mula teringat pada situasi Suri sekarang.


“Ayahanda, bagaimana pula dengan Kakanda Suri? Perlukah Anakanda memberitahu padanya? Kerana pada pengamatan Anakanda, kemahiran Kakanda Suri itu amat diperlukan sekarang. (ujar Tengku Muzaf.)


“ITU TIDAK PERLU!” (herdik Paduka Azlan.)


“Tapi kenapa Ayahanda? Bukankah Kakanda Suri juga merupakan kerabat diraja, jadi segala permasalahan negara harus diketahui olehnya juga bukan?” (tanya Tengku Muzaf.)


“Kita sekarang sudah pun mempunyai bilangan ahli tentera yang ramai dan sanggup bermatian demi Nauria.! Kita tidak perlukan budak bertuah itu. Lagipula Suri itu perempuan! Tenaga dia sahaja tidak setanding dengan tenaga lelaki, jadi khidmatnya tidak diperlukan disini.” (jawab Paduka Azlan.)


“Satu lagi, berapa kali Ayahanda perlu ingatkan kamu? Suri itu hanya keturunan diraja sahaja, tetapi dia tidak tergolong dalam kerabat diraja yang sebenar.! INGAT ITU.! (herdik Paduka Azlan.)


“Baiklah Ayahanda. Maafkan Anakanda atas kelancangan Anakanda dalam berbicara..” (jawab Tengku Muzaf.)


Tengku Muzaf hanya mampu menundukkan kepalanya sahaja mendiamkan dirinya, kerana terasa malu akibat dimarah oleh ayahandanya didepan khalayak pembesar-pembesar yang lain. Dalam fikirannya, dia hanya memikirkan keselamatan kakaknya yang tercinta sahaja.

__ADS_1


“Hmm..”


“Kakandaku Suri, dimanakah kau berada sekarang ini? Adinda harap Kakanda selamat diluar sana..” (bisik hati Tengku Muzaf sambil termenung sebentar.)


__ADS_2