
Di hadapan pintu gerbang Istana Mahajarawi, pelbagai persiapan untuk menghadapi peperangan melawan Tentera Hitam Angmaar sedang giat dijalankan. Keriuhan dan bunyi bising hentakkan kaki parajurit yang sedang berlari kesana-sini untuk menyiapkan kerja masing-masing, kian rancak didengari.
“CEPAT!”
“Bahagian sana, letakkan sebanyak mungkin anak panah disetiap penjuru!” (arah Panglima kepada anak buahnya yang sedang mengisi anak panah di dalam raga simpanan.)
“BAIK PANGLIMA!” (balas tenteranya.)
“Ha, sana pula! Cepat penuhkan minyak di dalam kawah itu! Kita sudah kesuntukan masa!”
“BAIK PANGLIMA!” (balas tenteranya yang lain pula.)
Dari jauh kelihatan susuk Paduka Azlan Mahmud Baginda bersama anakandanya Tengku Muzaf sedang bersiar-siar dilaluan tembok istana untuk memerhati kerja-kerja persiapan yang sedang dijalankan oleh parajurit mereka.
“Hmm, BAGUS! Nampak gayanya peperangan kali ini akan memihak kepada kita. HAHAHA.” (ucap Paduka Azlan dengan riak.)
Disaat dua beranak itu sedang melihat segala kerja sedang dijalankan oleh para tentera mereka, tiba-tiba datang seorang pengawal istana mengadap Tengku Muzaf.
“Ampun Tuanku. Patik datang membawa sepucuk surat.”
“Surat? Surat dari siapa pengawal?” (tanya Tengku Muzaf sambil menerima sepucuk surat tersebut.)
“Maafkan patik kerana patik juga kurang pasti mengenai hal ini.” (jelas pengawal tersebut.)
“Tidak mengapa. Oh ya, kamu tolong kirimkan surat ini. Nama pemiliknya ada di atas surat tu, Beta sudah sertakan.” (balas Tengku Muzaf.)
Tengku Muzaf terus memberikan sepucuk surat yang baru ditulis olehnya kepada pengawal tersebut.
“Baiklah Tengku. Akan patik laksanakan dengan segera.” (jawab pengawal itu.)
“Hmm. Kamu boleh pergi sekarang.” (kata Tengku Muzaf.)
Pengawal itu hanya mengangguk faham lalu dia pun beredar meninggalkan Paduka Azlan bersama Tengku Muzaf. Paduka Azlan terus melihat Tengku Muzaf melalui ekor matanya. Kelihatan anakandanya sedang asyik membaca surat yang baru diterima olehnya sebentar tadi.
“Surat daripada siapa itu?” (tanya Paduka Azlan dengan muka yang tidak berkenan.)
“Dari kakanda Suri, Ayahanda.” (jawab Tengku Muzaf.)
“Apa yang dia mahu?” (tanya Paduka lagi.)
“Oh, tiada apa-apa. Kami cuma bertukar khabar sahaja.” (jelas Tengku Muzaf.)
“Sebentar tadi surat apa yang telah kamu kirimkan? (tanya Paduka lagi.)
“Ohh, Anakanda cuma mengirimkan surat tadi kepada tukang tabib agar menyegerakan penghantaran ubat-ubatan kepada kita secepat yang mungkin. Itu sahaja.” (jelas Tengku Muzaf.)
“Hmm.. INGAT!”
“Jangan sesekali kamu memberitahu kakanda kamu mengenai peperangan ini! Ayahanda tidak suka!” (Kata Paduka Azlan.)
“Baiklah Ayahanda, akan Anakanda turuti.” (jawab Tengku Muzaf.)
Lalu Tengku Muzaf cepat-cepat menukarkan topik ceritanya.
“Ayahanda, apakah tidak menjadi masalah jika semua pemanah kita nanti, ditempatkan dibahagian tembok pintu masuk utama?” (tanya Tengku Muzaf.)
“Kenapa kamu bertanya begitu? Apa kamu tidak percaya dengan perancangan Ayahanda kamu ini? (balas Paduka Azlan.)
“Bukan begitu maksud Anakanda, tapi dengan membiarkan pintu tembok istana di bahagian selatan tidak dikawal dengan ketat, boleh mengundang bahayanya juga Ayahanda.” (jelas Tengku Muzaf.)
“HAHAHA..”
“Anakanda…Anakanda…”
“Ayahanda tidak begitu bodoh seperti yang kamu sangka wahai anakanda. Ayahanda tahu, pasti kamu sekarang sedang gelisah kerana ini merupakan peperangan yang pertama buat kamu.” (ujar Paduka Azlan membuatkan Tengku Muzaf mendiamkan diri.)
“Kamu perlu tahu, kekuatan tempur tentera Angmaar itu teramat kuat. Maka, jika kita tidak meletakkan pertahanan penuh di barisan hadapan, nanti peperangan ini akan menjadi peperangan yang sia-sia sahaja. Lagi pula, pintu di bahagian Selatan, mengarah ke arah Daiya dan Tharis. Mana mungkin para tentera Angmaar akan melewati dari arah Selatan. Jika pun ya, mereka harus mengalahkan pasukan Tharis dan Daiya terlebih dahulu sebelum sampai ke Nauria. Jadi kenapa kita perlu membazirkan kekuatan tentera kita untuk mengawal di bahagian yang tiada serangan nanti. (jelas Paduka Azlan.)
“Tapi Ayahanda..”
Belum sempat Tengku Muzaf berkata, Paduka Azlan terus mencelah.
“Sudah!”
“Ayahanda tahu, kamu pasti terfikir bagaimana jika mereka cuba untuk membuat kepungan dari arah Selatan bukan?”
“HAHAHA..”
“Apakah kamu sudah lupa bahawa bahagian Selatan kita dikelilingi oleh bukit-bukau? Angmaar sudah pasti tidak akan membazirkan tenaga para tenteranya dengan menyuruh mereka mendaki bukit-bukau tersebut. Sudahlah Anakanda. Jangan buat Ayahanda ketawa lagi dengan memperlihatkan kebodohanmu yang kian menyerlah sekarang ini.” (balas Paduka Azlan.)
Paduka Azlan terus berlalu pergi meninggalkan Tengku Muzaf yang hanya tunduk kecewa akibat dipermalukan oleh Ayahandanya sendiri.
Di saat itu, di hadapan pintu gerbang istana, kawalan keluar masuk istana sedang giat di perketatkan, namun…
Telah kelihatan beberapa orang pengintip Angmaar yang menyamar menjadi sebagai pedagang sudah pun memasuki ke dalam kawasan istana tanpa disedari oleh para pengawal istana itu sendiri.
Misi kami masih lagi panjang.
Aku terpandang kearah Suri, sepertinya dia sedang ternanti-nanti jawapan dari kiriman suratnya yang baru dikirim pagi kemarin.
Tidak lama kemudian,
“Azizi.” (Suri memanggil.)
“Ya?” (balasku.)
“Apa kamu boleh pandu kereta kuda ini sekejap? Aku ingin melihat keaadaan Tengku Bujakng sebentar.” (tanya Suri.)
Aku hanya berdiamkan diri sambil mengelengkan kepalaku kepadanya. Mukanya terus berubah kecewa, lantas dia memanggil Awang.
“Awang, kemari kamu.” (panggil Suri.)
“Ya, kenapa kak?” (tanya Awang.)
“Apa kau tahu mengemudi kereta kuda ini? (tanya Suri.)
“YA!”
“Tahu sahaja. Kenapa ya kak?” (tanya Awang kembali.)
“Akak ingin melihat keadaan Tengku Bujakng sebentar. Boleh kamu mengemudinya?” (tanya Suri.)
“Ohh.. Boleh sahaja.” (jawab Awang.)
Lantas mereka pun bertukar tempat.
“Hi Abang, sudah agak lama kita tidak menyembang, kan?” (kata Awang.)
“Ah, sudah.. Aku nak kena melayan pula kerenah si budak mulut seribu ini.. Hmm…” (bisik hatiku.)
Disaat aku melayan kerenah Awang yang “mulut banyak” ini, aku sempat menoleh ke belakang untuk curi-curi lihat. Kelihatan Suri sepertinya sedang berbicarakan sesuatu dengan Tengku Bujakng. Nampak dari gayanya seperti sebuah perbincangan yang agak serius. Aku ingin sekali mendengarnya namun percakapan mereka yang agak perlahan serta bunyi bising yang keluar dari mulut Awang sekarang ini agak menyukarkan aku untuk mencuri dengar apa yang sedang di bualkan oleh mereka berdua itu.
“Abang Azizi, Kak Suri, Tengok!”
Tiba-tiba Awang menjerit memanggil kami sambil jarinya menunjuk kearah sebuah pintu gerbang yang agak aneh.
Aku terus terpaku seketika, kerana aku telah melihat sebuah pintu gerbang yang penuh dengan ukiran yang sangat unik dan menarik. Namun yang membuatkan aku tertanya-tanya sekarang ini, kenapa aku merasakan seperti pernah melihat ukiran itu sebelum ini?
Ya. Aku yakin aku pernah melihatnya sebelum ini, namun dimana aku melihatnya? Aku pula termenung seketika untuk mencari jawapan kepada persoalanku tadi.
“Nampaknya, kita sudah pun sampai ke ke kampungan milik bangsa Daiya.” (jelas Suri.)
“Azizi, nanti sampai sahaja dekat tempat pemeriksaan, aku mahu kamu bisukan mulutmu. Biar aku sahaja yang jawab segala pertanyaan mereka nanti. Yang lain pun sama. Akak mahu kamu duduk diam-diam sahaja di dalam sana walau apa pun yang bakal terjadi nanti. Faham semua?” (ujar Suri kepada kami semua.)
Kami semua hanya mengangguk faham sahaja tanpa berkata apa pun. Dalam fikiranku, aku boleh percayakan Suri dalam hal yang sebegini kerana bagi pendapatku, Suri sangatlah arif dan juga mempunyai pengalaman dalam menghadapi situasi yang seperti ini.
__ADS_1
Setelah sampai sahaja di tempat pemeriksaan, alangkah terkejutnya aku setelah melihat pakaian yang dipakai oleh penjaga pintu gerbang itu. Aku mula tertanya-tanya sekali lagi.
“Mula-mula, ukiran pintu gerbang mereka, sekarang pakaian mereka pula. Apakah mereka ada kaitan dengan Bumi Kenyalang? Kerana pakaian, seni bina malah ukiran mereka hampir mirip dengan ukiran yang ada di bumi kenyalang.” (bisikku.)
Mereka memerhatiku dengan tajam. Setelah itu, datang seorang pengawal memberhentikan kenderaan kami.
“Berhenti!”
“Kami belum pernah melihat kamu semua sebelum ini? Cepat jawab! Siapa kamu semua ini dan apa tujuaan kamu kemari datang kemari? (tanya pengawal itu.)
Suri terus mengeluarkan cop dirajanya kepada kedua-dua pengawal itu.
“HA? Ini cop diraja milik Nauria.” (jelas seorang pengawal disitu.)
“Sila berambus dari sini! Kami tidak akan benarkan orang luar masuk ke Daiya apatah lagi orang itu dari Nauri. Kehadiran kamu tidak dialukan disini. Sila pergi dari sini.” (kata pengawal itu sambil menoleh membelakangkan tubuh mereka seolah-olah seperti tidak menghormati kami.)
Aku kehairanan melihat layanan mereka terhadap kami. Kenapa mereka boleh bersikap dingin dengan kami? Apakah mereka ada sejarah hitam dengan Nauria sehingga mereka sanggup bertindak tidak sopan seperti itu?
“Tolong benarkan kami masuk, kami sedang membawa Tengku Bujakng yang sedang cedera parah sekarang ini. Beliau harus dirawat dengan segera!” (jelas Suri.)
“Kau jangan hendak menipu kami! Kau ingat kami akan termakan dengan kata-kata munafik yang keluar dari mulut orang Nauria?” Kami bukan jenis orang bodohlah sehingga rela dipatuk oleh ular yang sama untuk kedua kali.” (jawab pengawal itu.)
Suri terus tersentap dengan kata-kata yang baru dilemparkan oleh mereka berdua sebentar tadi. Aku dapat merasakan Suri sekarang sedang menahan amarahnya kerana tangannya digenggam dengan sangat kuat sekali sehingga aku boleh melihat tangannya mula bergetaran. Lalu Suri menarik nafasnya dalam-dalam, dan terus berkata dengan lembut.
“Jika kamu berdua tidak percaya, kamu boleh sahaja melihat sendiri keadaan Tengku Bujakng di dalam kereta kami ini.” (balas Suri.)
Kedua-dua pengawal itu hanya merenung Suri dengan renungan tajam, lalu salah seorang pengawal memberikan isyarat kepada rakannya untuk pergi memeriksa dibahagian dalam kereta kuda kami. Pengawal yang mendapat arahan dari rakannya itu pun terus pergi memeriksa untu mengesahkan kebenaran cerita Suri. Dengan kasar dia membuka kain penutup untuk melihat bahagian dalam.
“Oh, Pengkhianat..”
“Hidup lagi rupanya kau ya? Bukankah lebih baik jika kau mati sahaja. Tidaklah menyusahkan kami semua nantinya.” (kata pengawal itu.)
Kami berempat terus terkejut dengan kata-kata kesat yang baru dilemparkan oleh pengawal itu kepada Tengku Bujakng. Tengku Bujakng hanya mendiamkan diri sambil memegang lukanya itu.
“Apa yang sudah terjadi disini? Kenapa pengawal itu tergamak berkata sedemikian rupa kepada Tengku Bujakng?” (bisik hatiku yang kebingungan.)
Pengawal yang memeriksa kami tadi pun terus memberikan isyarat kepada seorang lagi pengawal yang sedang memerhati kami dari depan. Lalu pengawal itu mengangguk seolah-olah seperti mengerti dari maksud isyarat yang diberikan oleh rakannya sebentar tadi.
“Penjaga! buka pintu, bagi mereka masuk!” (jerit pengawal itu.)
Lantas pintu gerbang pun mula terbuka dengan perlahan. Aku melihat wajah-wajah mereka kelihatannya seperti tidak menghiraukan langsung akan keadaan Tengku Bujakng. Setelah pintu dibuka sepenuhnya, kami pun menyambung semula perjalanan kami menuju istana Daiya.
Setibanya kami disebuah desa, aku melihat wajah-wajah penduduk Daiya yang kelihatan suram dan sedih. Sepertinya desa itu sedang berduka. Banyak kuburan yang sedang digali. Tangisan dan air mata dapat dilihat dengan jelas oleh kami. Kanak-kanak kecil hanya melihat kami dengan pandangan yang tidak berdaya.
“Suri, kenapa dengan mereka semua? Sepertinya mereka sedang menghadapi sebuah malapetaka.” (kataku dengan perlahan.)
“Ini semua olah dari Angmaar. Tentera upahannya telah meracuni sumber utama milik Daiya.” (jelas Suri.)
“Sumber utama milik Daiya? Maksud kau apa?” (tanyaku kembali.)
“Mereka telah meracuni kesemua sungai yang mengalir ke Daiya. Dengan ini orang Daiya akan terputus segala sumber utama mereka yang menjadi tulang tunjang dalam kemajuan ekonomi mereka sebelum ini. Jika sungai tercemar, maka makanan utama seperti air, ikan, dan lain-lain juga akan turut tercemar.” (jelas Suri.)
Aku terus menundukkan kepalaku seketika. Dengan tidak sengaja, airmataku mula mengalir dan dalam masa yang sama juga amarahku mula membuak-buak..
“Kenapa?”
“Kenapa mereka yang harus menanggung sensara ini? Sedangkan mereka hanyalah dari kalangan orang yang tidak berdaya. Majoriti yang terkena kesan ini adalah wanita dan kanak-kanak.”
“Kenapa?”
“Kenapa?”
“Kejamnya dunia. Anak kecil yang masih belum mengenal erti sebenar sebuah kehidupan juga turut diragut nyawa mereka. Apa salah mereka sehingga terpaksa menanggung derita seberat ini?” (herdikku.)
“Dunia tidak salah Azizi. Yang salah ialah manusia itu sendiri. Tuhan telah menciptakan kita akal dan juga nafsu, dan Tuhan juga memberikan kita pilihan untuk memilih hala tuju kita. Namun disebabkan nafsu yang tamak membuatkan manusia itu sendiri tidak pernah merasakan puas dalam hidup mereka.”
“Mereka sanggup buat apa sahaja demi kepuasan nafsu serakah mereka sendiri tanpa menghiraukan nasib orang lain. Akhirnya hanya disebabkan ketamakan seorang dua, semua orang di Langsamudera ini terpaksa menanggung deritanya.” (jelas Suri.)
“Hmm.. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.” (jawabku.)
Tidak jauh dari kami, kelihatan ada empat orang kanak-kanak yang sedang bermain ditepi jalan, lalu secara tiba-tiba mereka terus memberhentikan permainan mereka itu, dan melihat kearah kami. Aku yang sedang mendengar Suri berbual dengan aku, Awang, dan Puteri, tiba-tiba dibisiknya Ayu kepadaku.
Aku yang mendengar kata-kata yang keluar dari mulutnya Ayu, terus aku memarahinya dengan nada yang sangat kuat.
“AHHH! DIAMLAH KAU! KAU SIAPA NAK MENENTUKAN HIDUP MATI SESEORANG?” (herdik aku.)
Suri, yang mendengar aku kata-kataku, terus memandang aku dengan riaksi wajahnya yang agak terkejut. Awang dan Puteri juga terkejut melihat tindakanku yang secara tiba-tiba. Saat itu, aku mula mengelabah kerana mereka bertiga sudah mula merasa pelik terhadapku.
“Ehh, Tak!”
“Bukan Suri! Batu Permata ini! Asyik bercakap perkara yang bukan-bukan sahaja!” (ujarku kepada Suri supaya tidak tersalah faham.)
“Iyalah tu..”
“Ingat aku bodoh? Mana ada batu yang boleh bercakap!” (balas Suri sambil melihat aku dengan kecewa.)
“Maa..maafkan aku..” (balasku.)
Tiba-tiba Ayu mengertawakan aku.
“Hahaha.. Kenapa dengan Tuanku ini? Apakah Tuanku sudah lupa dengan kata-kata patik sebelum ini? Hanya Tuanku sahaja yang boleh mendengar suara patik. Orang lain tidak akan boleh mendengar suara patik walaupun patik menjerit sekali pun.” (jelas Ayu.)
Disaat aku termenung seketika melihat situasi rakyat Daiya yang amat memilukan hati, tiba-tiba bahuku ditepuk oleh Suri. Aku terus melihat kearah Suri, lalu Suri menunjukkan sebuah istana yang kini mula kelihatan didepan mata kami semua. Akhirnya kami sampai juga ke Istana Daiya. Tengku Bujakng yang selama ini membisukan dirinya dari bercakap dengan kami kecuali Suri, akhirnya beliau membukakan mulutnya.
“Selamat Datang ke kampung halamanku, Istana Sari Permana..” (kata Tengku Bujakng.)
Aku, Suri dan Awang mula terpesona melihat keindahaan reka bentuk Istana Sari Permana milik Daiya. Sungguh unik, dan menarik sekali. Reka bentuk yang dihasilkan oleh mereka sudah cukup untuk mengatakan bahawa bertapa mereka mencintai akan sebuah kesenian.
Setelah sampai, aku dan Suri dengan perlahan membantu Tengku Bujakng untuk turun dari kereta kuda. Orang ramai yang melihat keadaan Tengku Bujakng yang agak parah terus berpusu-pusu datang mengerumuni kami.
Pada mulanya aku terfikir berkemungkinan mereka pasti sedang risau setelah melihat keadaan Tengku Bujakng, namun tekaanku itu salah belaka. Mereka malah mencaci, memaki-hamun Tengku Bujakng dengan kata-kata yang kurang enak didengari. Aku dan Suri terus memandang diantara satu sama lain kerana situasi ini membuatkan kami merasa hairan dan terkejut. Aku juga ingin mengetahui kenapa rakyatnya membenci beliau malah Tengku Bujakng yang selama ini aku sangkakan beliau adalah seorang yang panas baran, boleh mendiamkan diri seolah-olah seperti orang yang bisu dan pekak. Apa yang dikatakan oleh orang ramai ketika itu, langsung sedikit pun tidak hiraukannya. Di saat kami dikerumuni oleh orang ramai, tiba-tiba datang susuk seorang lelaki yang agak sedikit tua berbanding Tengku Bujakng.
“NANTI!”
“SABAR SEMUA!” (kata lelaki itu.)
Semua orang menoleh kearah lelaki itu. Lantas mereka semua dengan pantas melakukan tunduk hormat sambil mengundurkan diri untuk memberikan laluan kepada lelaki itu. Aku melihat pakaian lelaki itu agak sedikit berbeza berbanding dengan penduduk disini. Nampak tersangat mewah dan megah. Lelaki itu menghampiri Tengku Bujakng.
“Adikku Bujakng.. Kenapa kau boleh jadi begini? Siapa yang lakukannya?” (tanya lelaki itu.)
“Panjang ceritanya abang.” (balas Tengku Bujakng.)
“Pengawal, bawa Tengku Bujakng ke bilik istana, dan panggil dukun untuk merawatnya dengan segera!” (arah lelaki itu.)
“Izinkan patik untuk turun membantu, wahai Paduka.” (Puteri meminta.)
“Ohh, Kamu Kelembai. Baguslah jika kamu sudi untuk membantu adik Beta. Beta izinkan..” (balas lelaki itu.)
Puteri pun bergegas pergi mengikuti pengawal yang membawa Tengku Bujakng menuju ke bilik istana.
“Hmm. Siapa lelaki ini? Bagaimana dia juga boleh mengenali Puteri walaupun Puteri tidak menunjukkan wujudnya yang sebenar? (bisikku.)
“Terima kasih Beta ucapkan kepada kamu bertiga kerana sudi membantu adik Beta kembali dengan selamat. Izinkan Beta memperkenalkan diri Beta. Beta adalah Paduka Djata Mamut Aria. Penguasa bagi kerajaan bagi bangsa Daiya.” (jelas Paduka Djata.)
“Hmm.. Sangat baik pertuturan Paduka ini, dan tidak sombong seperti Ayahandanya Suri.” (bisik hatiku.)
“Nama patik Azizi dan ini Awang, rakan pengembara patik. Disisi kanan patik pula adalah Mahsuri Puspa Cempaka, Anakanda kepada Paduka Azlan Mahmud Baginda.” (jelasku.)
Semua orang terus terkejut sebentar selepas mendengar aku menyebut nama Paduka Azlan, lantas aku melihat ada dari kalangan mereka yang mula berbicara sesama mereka. Aku dan Suri melihat sekeliling menggunakan ekor mata kami. Sepertinya benar jangkaan aku bahawa ada sesuatu yang tidak kena diantara mereka dengan Nauria.
“Oh, yakah? Tidak mengapalah. Apa kata kita masuk ke dalam untuk berbicara dengan lebih panjang lebar, kerana agak tidak molek jika tetamu terhormat sebegini dibiarkan berdiri diluar tangga pintu istana. Marilah.” (kata Paduka Djata.)
Aku pun terus tersenyum lantas membalasnya dengan sopan.
“Ya, molek juga kerana kami pun sudah agak kepenatan sekarang ini. Maklumlah sudah beberapa hari kami menempuh perjalanan untuk sampai kesini. Izinkan patik menyambut pelawaan Tuanku itu.” (balasku, lalu mengikuti langkah Paduka Djata.)
__ADS_1
Suri dan Awang juga mengikuti langkahku namun aku tahu Suri sekarang masih lagi bersikap dingin dengan mereka semua ini akibat cemuhan dan layanan yang agak buruk mereka berikan kepada Suri sebentar tadi. Aku cuma berharap Suri agar tidak bertindak diluar jangkaan buat masa sekarang kerana jika tersilap langkah, maka maut mungkin akan menimpa kami.
Kami berjalan mengikuti jejak Paduka Djata sehingga memasuki ruangan singgahsana Istana. Lalu Paduka Djata mempersilakan kami untuk duduk dihadapan beliau.
“Maafkan Beta akan ketidaksopanan yang telah dilakukan oleh rakyat Beta terhadap kamu bertiga sebentar tadi. Jadi bolehkah kita teruskan perbicaraan kita?” (tanya Paduka Djata.)
“Iya.” (balasku.)
“Sebelum itu, bolehkah patik tahu kenapa rakyat Daiya sangat tidak menyukai malah tidak menghormati Tengku Bujakng? Bukankah Tengku Bujakng merupakan salah seorang dari kerabat diraja juga?” (tanyaku.)
“Hmm..”
“Panjang ceritanya wahai Azizi. Sebelum itu..”
“Suri, maafkan Beta jika cerita ini akan menyebabkan kamu tersinggung nantinya.” (balas Paduka Djata.)
Kami jadi terpinga-pinga sebentar..
“Sebenarnya.. Dahulu negeri kami pernah difitnah oleh Paduka Negeri Nauria. Akibat dari kejadian itu bangsa ini telah dipandang serong oleh bangsa-bangsa yang lain.” (jelas Paduka Djata.)
Penjelasan Paduka Djata telah membuatkan Suri menundukkan kepalanya.
“Tapi apa kaitannya dengan Tengku Bujakng?” (tanyaku lagi.)
“Kerana pada masa itu, telah berlaku sebuah serangan mengejut dari pasukan Angmaar ke atas Negeri naungan Asucia. Pada ketika itu Ayahanda Beta iaitu Mamut Aria telah memutuskan untuk tidak mencampuri peperangan itu kerana kami telah pun dipulau oleh bangsa yang lain sebelumnya tetapi Tengku Bujakng bersama-sama dengan beberapa pengikutnya telah pergi ke Asucia secara senyap untuk ikut serta dalam peperangan itu.”
“Hmm.. Akhirnya nasi sudah menjadi bubur, ayam tidak patuk, itik pula tidak sudu.”
“Pada ketika itu hanya Tengku Bujakng sahaja yang pulang ke Daiya, manakala rakan-rakannya yang lain telah terkorban dimedan perang. Disebabkan peristiwa itulah beliau telah dipulau oleh seluruh bangsa Daiya kerana kedegilannya yang tidak mendengar arahan dari ayahanda kami selaki Paduka kami pada ketika itu.” (jelas Paduka Djata.)
“Tetapi, bukankah separuh tanah dari negeri Asucia telah diberikan kepada Daiya sebagai tanda maaf dan terima kasih bagi pihak bangsa Asucia, Tharis dan Nauria?” (Suri mencelah.)
“Benar..”
“Tetapi tanah yang diberikan kepada kami adalah tanah yang gusang. Tiada apa yang ada disana. Bagaimana kami hendak menguruskan tanah yang tiada apa sumber di dalamnya?” (jelas Paduka Djata.)
“Tapi tak akanlah hanya kerana kesalahan beliau yang tidak mendengar arahan dari ayahanda Paduka, menjadi alasan kepada rakyat Daiya untuk memulau beliau sehingga begitu rupa? Ini tidak ubah seperti menzalimi Tengku Bujakng.” (balasku.)
“Tidak, tidak hanya itu sahaja. kemangkatan Paduka Mamut Aria pada ketika itu juga disebabkan ketiadaan Tengku Bujakng di sisinya.” (jelas Paduka Djata.)
“Tapi bukankah kematiaan itu kan adalah takdir? Kenapa mesti beliau dipersalahkan?” (tanyaku semula.)
“Kerana ketika itu, Paduka Mamut Aria sedang di dalam keadaan yang sangat tenat, dan para dukun kami memerlukan Batu Permata Kecubung yang pada ketika itu ada bersama dengan Tengku Bujakng dengan segera untuk merawat Paduka. Namun sayangnya, Tengku Bujakng pula telah pun pergi ke medan perang secara senyap-senyap sambil membawa Batu Permata tersebut bersamanya. Dsebabkan itulah bangsa Daiya amat membenci beliau kerana mengganggap beliaulah punca Paduka Mamut Aria tidak dapat diselamatkan serta terkorbannya parajurit Daiya yang mengikuti peperangan yang tidak membawa sebarang keuntungan itu.” (kata Paduka Djata lagi.)
“Hmm…”
“Paduka, Boleh patik bertanya lagi?” (tanyaku.)
“Ya, dipersilakan.” (Jawab Paduka.)
“Apakah kesemua keturunan Paduka Daiya mempunyai kemampuan untuk menjadi Bujang Senang?” (tanyaku.)
Pertanyaanku tadi membuatkan Paduka Djata menjadi terkejut, lantas dia pun bertanya.
“Dari mana kau mengetahui bahawa Tengku Bujakng adalah Bujang Senang? (tanya Paduka Djata.)
“Kerana tadi patik ada melihat Tengku Bujakng bertukar menjadi seekor Buaya Tembaga yang besar.” (jelasku.)
“Hmm.. Tidak. Sebenarnya dahulu Negeri ini sangat kerap menjadi sasaran pengintip tentera Angmaar. Oleh itu, dengan bantuan dukun yang ada disini kami telah menyeru dan meminta pertolongan dari ruh keturunan nenek moyang kami. Namun kamu pasti mengerti bahwa setiap bantuan yang diberikan mesti ada syaratnnya.” (jelas Paduka Djata.)
“Apa syaratnya?” (tanya Suri.)
“Mereka mahu si pemakai mantera, adalah dari keturunan Penguasa Daiya yang masih lagi teruna dan mesti mengabdikan dirinya selamanya kepada mereka.” (balas Paduka Djata.)
Mendengar kata-kata Paduka membuatkan kami kurang mengerti akan maksudnya.
“Jadi kenapa mesti Tengku Bujakng?” (tanyaku semula.)
“Kerana pada ketika itu Ayahanda Beta sudah mempunyai dua orang anak lelaki, iaitu Beta dan Tengku Bujakng. Oleh kerana Ayahanda Beta sudah mempunyai zuriat, maka ayahanda Beta tidak layak untuk menerimanya. Beta cuba untuk menawarkan diri namun Ayahanda Beta tidak membenarkannya. Kerana untuk mengekalkan kuasa pemerintahan, Penguasa wajib mempunyai zuriat anak lelaki yang berterusan.”
“Maka kerana kasih dan sayang Tengku Bujakng kepada Beta dan ayahanda Beta serta kepada rakyat bangsa Daiya ini, beliau dengan rela hatinya telah menawarkan dirinya untuk dijadikan korban abdi kepada ruh nenek moyang kami. Disebabkan itulah, beliau telah menjadi Lagenda Bujang Senang.” (jelas Paduka Djata.)
“Apa yang akan terjadi sekiranya Tengku Bujakng berkahwin dan mempunyai anak?” (tanya Awang.)
“Hmm….”
“Maka akan binasalah seluruh bangsa Daiya buat selamanya.” (balas Paduka Djata.)
Mendengar penjelasan dari Paduka Djata membuatkan kami terdiam seketika.
Aku tahu berat bagi Tengku Bujakng kerana terpaksa menanggung beban derita ni. Namun itulah lumrah bagi makhluk yang bernama manusia. Suka menghukum insan lain tanpa ada melihat sisi baiknya.
Aku selalu teringat akan kata-kata Atukku,
Berbuat baik berpada-pada,
Kerana jika terlalu baik, orang akan mula memijak kepala.
Berbuat jahat jangan sesekali,
Kerana setiap kesilapan yang dilakukan walaupun hanya sebesar zarah, ia mampu menutup kebaikan yang pernah dilakukan walaupun sebesar gunung.
Tiba-tiba Paduka Djata bertanya.
“Bagaimana Tengku Bujakng boleh bertukar menjadi Bujang Senang dihadapan kamu?” (tanya Paduka Djata.)
“Ohh.. Itu kerana kami bertemu di dalam suasana yang kurang molek Paduka.” (jelasku.)
“Maksud kamu?” (tanya Paduka lagi.)
“Maksud Patik, Paduka..”
“Luka yang dialami oleh Tengku Bujakng itu, sebenarnya adalah dari perbuatan patik sendiri, Paduka.” (jelasku.)
“APA?!!”
Paduka yang terkejut terus bangun dari tempat duduknya dengan pantas.
“Bagai..mana?”
“Mustahil!!”
“Kekuatan Bujang Senang adalah diantara yang terkuat di Langsamudera ini! Tiada manusia yang mampu tandinginya!”
“Melainkan….”
“Siapakah kamu yang sebenarnya?”
“JAWAB!” (tanya Paduka Djata yang masih lagi terkejut dengan jawapan yang aku berikan.)
Aku tersenyum sinis sambil menundukkan kepalaku. Semua orang di dalam singgahsana mula kecoh sambil melihat kearahku. Dengan perlahan aku menyelak mantelku yang menutupi separuh badanku sambil aku berkata.
“Patik tidak mahu menjawabnya kerana patik tahu, pasti Paduka dan yang lainnya tidak akan percaya. Biarlah barang patik yang menjawabnya kerana barang patik ada bukti bersamanya.”
“Ba..Barang?”
Paduka Djata dan para pembesar Daiya mulai kehairanan melihat gelagatku. Dengan perlahan aku mengeluarkan Keris Gading Delima yang terselit dipinggangku, lalu aku meletakkannya dihadapanku disaksi oleh seluruh para pembesar dan juga Paduka Djata pada ketika itu.
“GA..GADING DELIMA?”
Semua orang terkejut melihat Keris Gading Delima ada bersamaku. Kelihatan raut wajah mereka semua berubah drastik seolah-olah seperti sedang melihat hantu yang menakutkan. Paduka Djata mula mengigil, lalu beliau menunjukkan jarinya tepat kearahku sambil bertanya dalam keadaan gelisah dan gerun.
“Apakah kau..”
“Sebenarnya..”
__ADS_1
“Adalah…”
“DAMAK?”