7 Sumpahan Permata.

7 Sumpahan Permata.
Duri Dalam Daging.


__ADS_3

Keesokkan harinya, kami sedang bersiap, tiba-tiba datang seorang pengawal mengetuk pintu bilik kami.


“TUK! TUK! TUKK!”


“Tuan!”


“Paduka meminta Tuan dan rakan-rakan untuk mengadap Paduka sekarang.” (kata pengawal.)


“Baiklah.”(balasku.)


Kami pun terus bergegas ke singgahsana istana untuk mengadap Paduka Djata.


“Ehh? Mana kak Suri dan Puteri?” (tanya Awang kepadaku.)


“Kak Suri dan Puteri ada urusan sekejap. Nanti mereka akan menyusul kita.” (jelasku sambil senyum kepada Awang.)


“Suri.. Puteri.. Aku harap kamu berdua akan berjaya.” (bisik hatiku.)


Sampai sahaja di singgahsana, aku melihat semua orang sudah pun berada disana menanti kami.


“Ehh? Mana Mahsuri Puspa Cempaka dan Sang Kelembai?” (tanya Paduka Djata.)


“Maaf Paduka, Suri dan Puteri agak lewat sedikit kerana mereka ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan, namun Paduka janganlah bimbang kerana mereka akan menyusul kemari nanti.” (jelasku.)


“Hmm.. Tak mengapalah, Beta mengerti. Nama sahaja perempuan pasti ada perkara rumit yang perlu diselesaikan mereka..” (Paduka Djata berseloroh.)


“Azizi, apakah kamu sudah ada perancangan?” (tanya Paduka Djata.)


“Ada Paduka.”


“Bolehkah Beta mengetahui perancangan itu?” (tanya Paduka lagi.)


“Maaf Paduka, saya tidak boleh memberitahunya kerana saya tidak mahu perancangan saya diketahui oleh orang lain. Sangat bahaya untuk menerangkannya disini kerana barangkali ada dari kalangan kita yang sedang menjadi duri dalam daging.” (ujarku.)


“Duri dalam daging? Maksud kamu ada pengkhianat dari kalangan kita?” (tanya Paduka Djata yang terkejut.)


“IYA”


“Tapi siapa?” (balas Paduka Djata.)


Tiba-tiba aku terdengar suara Ayu menjawabnya.


“Itu.. Lelaki yang bertatukan simbol matahari ditengkuk kirinya. Begitu juga dengan dua orang pengawal dibelakang kau! Mereka ini semua adalah tali barut Angmaar!”


Mendengar jawapan dari Ayu, aku terus melihat lelaki itu dengan ekor mataku. Kelihatan dia gelisah sambil melihatku, begitu juga dengan pengawal yang berada dibelakangku. Aku merasakan ada sesuatu yang hendak mereka lakukan terhadapku.


Dua orang pengawal itu terus menggenggam senjata mereka yang terselit dipinggang setelah mendengar kata-kata yang keluar dari mulutku. Aku tahu mereka ingin membunuhku dan aku yakin dengan jarakku yang agak dekat dengan mereka, sudah pasti mereka akan memanfaatkan peluang ini dengan sebaik mungkin.


Tiba-tiba datang seorang pengawal bergegas memasuki singgahsana untuk menemui Paduka Djata.


“PADUKA!”


“Paduka! Ampunkan patik Paduka! Utusan Angmaar yang kemarin iaitu Bandara sudah muncul kembali Paduka! Dia datang bersama lima orang tenteranya menanti Paduka dihadapan istana, Paduka!” (jerit Pengawal itu.)


“Apa? Mereka sudah datang? Apakah kamu ada melihat anakanda perempuan Beta bersama mereka?” (tanya Paduka Djata dengan tergesa.)


“Maafkan patik Paduka, patik tidak perasan pula mengenai perkara itu.” (balas Pengawal.)


“Hmm.. Tidak mengapalah. Kamu semua mari ikut Beta, ikut sambut mereka dengan senjata! Kamu pun Aziz, mari kita.. (kata Paduka Djata.)


“BAIK PADUKA!”


Kami semua pun mengikuti jejak Paduka menuju ke pintu gerbang istana. Sampai sahaja disana Bandara yang sedang menunggang kuda hitam, sambil diiringi dengan lima orang tentera Angmaar sudah pun menunggu Paduka Djata dihadapan istana.


Lalu Awang menarik-narik lengan bajuku seolah-olah dia ingin mengatakan sesuatu padaku. Aku melihat kearah Awang lalu menanyakannya kenapa dia bertindak sedemikian. Lantas Awang memberitahu padaku bahawa tentera yang mengiringi Bandara itu bukannya tentera Angmaar. Meraka adalah tentera yang sama yang kami temui di dalam hutan kecil sebelum ini.


Berkemungkinan besar mereka adalah tentera Garuda dan bukannya tentera Angmaar. Mendengar penjelasan dari Awang telah membuatkan aku tersenyum sinis kerana aku sudah pun mengetahui bahawa tentera Garuda akalnya tersangatlah cetek dan kekuatan mereka juga lemah, ini amat mudah bagiku untuk mengalahkan mereka hanya dengan melakukan satu serangan sahaja.


Tiba-tiba sekali lagi Ayu bersuara.


“Anakanda perempuan Paduka Djata ada bersama Bandara! Dia telah menyembunyikannya di seballik hijab mata.” (jelas Ayu.)


“Hijab mata?” (aku terkejut.)


“Ya, Hijab mata atau dikenali sebagai pandangan yang ketiga merupakan satu anugerah yang luar biasa. Dengan terbukanya hijab ini, si pengguna mampu untuk melihat perkara yang ghaib yang tidak mampu dilihat oleh mata kasar orang lain.” (jelas Ayu lagi.)


Sekali lagi aku menjadi terkesima setelah mendengar kata-kata dari Ayu. Mistik! Sekali lagi aku mendengarkan perkara mistik yang ada di Langsamudera.


“Jadi macam mana aku hendak menyelamatkan anakanda Paduka jika aku tidak dapat melihatnya?” (tanyaku.)


“Aku boleh tolong, itu pun jika kau mahu.”


“Namun kau mengerti sahajalah, setiap bantuan mesti ada imbalannya.” (balas Ayu.)


Hmm.. Aku faham akan maksud dari Ayu itu. Aku telah pun mengorbankan dua perasaan manusiawi kepadanya, iaitu perasaan gembira dan juga perasaan takut. Nampaknya jika aku mahu menggunakan kekuatan yang seterusnya aku perlu mengorbankan salah satu perasaanku lagi padanya. Aku perlu memilih perasaan yang tepat untuk dikorbankan kerana jika aku tersalah pilih maka aku sendiri yang akan rugi.


“Hmm.. Baiklah Ayu, kau boleh ambil perasaan sedihku kerana dalam dunia Langsamudera ini, perasaan sedih amat tidak diperlukan bagi orang sepertiku.” (jelasku.)


“Hahaha.. Apakah benar tindakanmu itu Azizi? Kenapa kau tidak korbankan perasaan marahkau sahaja? Bukankah perasaan marah itu tidak baik bagi manusia?”


(tanya Ayu.)


“Perasaan marah amat diperlukan buat masa sekarang, kerana perasaan marahlah yang akan mendorong manusia itu untuk bangkit melawan kezaliman. Jika manusia tiada sifat marah, maka manusia itu akan mudah ditindas sedikit demi sedikit sehingga akhirnya manusia itu akan hidup merempat ditanah sendiri.” (jelasku lagi.)


“Hmm.. Baiklah jika sudah kau berkata demikian, maka akanku tunaikan. Pejamkanlah matamu, lalu kau tarik nafasmu dalam-dalam. Setelah itu bukalah matamu dengan perlahan, maka kau akan saksikan perkara yang diluar jangkaan.” (kata Ayu.)


Aku pun mengikuti sahaja apa yang diarahkan oleh Ayu sebentar tadi. Setelah aku membuka mataku kembali, alangkah terkejutnya aku melihat susuk kanak-kanak perempuan yang sedang terikat tangan dan mulutnya terbaring meniarap diatas belakang kuda yang sedang ditunggangi oleh Bandara. Kelihatan Bandara sedang tersenyum melihat Paduka, lalu dia bertanya…


“Apa keputusanmu?”


“TIDAK!”


“JAWAPAN BETA ADALAH TIDAK!” (herdik Paduka Djata.)


“Hahaha... Kau juga ingin memberontak ya? Hmm… Mungkin dengan sedikit ugutan, mampu mengubah pendirianmu..” (ujar Bandara.)


Tiba-tiba seorang tentera Garuda yang mengikuti Bandara terus membaling belati tepat kearah dada seorang menteri membuatkan menteri itu mati ditempatnya. Kejadian itu telah membuatkan semua orang menjadi panik. Jeritan mereka yang melihat kejadian itu mulai kedengaran kerana merasa takut dan terkejut.


“PENGAWAL! PENGAWAL!!” (Jerit Paduka Djata.)

__ADS_1


“Hahaha… Tak guna kau memanggil mereka kerana mereka sekarang telah pun aku sumpah untuk menjadi beku buat sementara waktu..” (jelas Bandara.)


Mendengar kata-kata Bandara itu membuatkan Paduka Djata menjadi makin marah. Dahinya berkerutan.


“Jadi bagaimana? Apakah pendirianmu sudah berubah sekarang?” (tanya Bandara.)


“Hah! Kamu mahu tahu jawapankan? Jadi biar lembingku yang memberikan jawapannya pada kau!” (balas Paduka Djata.)


Paduka Djata pun terus ingin menerpa Bandara namun aku sempat menahan tindakannya itu.


“PADUKA, NANTI! Anakanda Paduka ada bersama dia!” (jeritku.)


Paduka Djata yang terkejut terus memberhentikan tindakannya itu, lalu menoleh kearahku.


“APAKAH BENAR AZIZI? BAGAIMANA KAU MENGETAHUINYA?” (tanya Paduka Djata.)


“Iya. Anakanda perempuan Paduka ada bersama Bandara. Dia telah menyorokkannya di sebalik alam ghaib.” (jelasku.)


“CIS KAU MEMANG DASAR PENGECUT BANDARA!”


“LEPASKAN ANAKANDA BETA!”


“DIA TIADA KENA MENGENA DALAM HAL INI!” (herdik Paduka Djata.)


“Hahaha.. Hebat... Tidakku sangka rupanya ada orang hebat dari kalangan kamu semua.” (balas Bandara.)


Lalu Bandara pun mengerakkan tangannya dari kanan ke kiri sisinya. Lantas terlihatlah susuk tubuh anakanda perempuan Paduka Djata yang muncul seiring dengan pergerakan tangan Bandara itu.


“Anakanda….”


Paduka Djata mula rasa kaku. Anakanda perempuan Paduka terus berusaha untuk melepaskan ikatan mulutnya setelah melihat Paduka Djata berdiri dihadapannya, lalu dia menjerit kearah Paduka Djata.


“Ayahanda! Tolong Anakanda!”


“CIS KAU BANDARA! LEPASKAN ANAKANDA BETA SEKARANG JUGA! (herdik Paduka Djata sekali lagi.)


“Hahaha.. Boleh.. Tapi masalahnya, keputusan itu ada ditangan kau. Jika kau mahu dia hidup, tunaikan permintaan Angmaar sekarang.” (balas Bandara sambil tangan kanannya mengusap rambut anakanda Paduka Djata.)


Keadaan menjadi semakin tegang. Tiada sesiapa pun yang berani bergerak kerana risau akan keselamatan puteri Paduka Djata. Disaat itu juga aku terlihat Suri sudah pun merangkak senyap diatas bumbung atap sambil memegang anak panah. Kemudian aku juga perasan ada beberapa rotan yang sangat panjang sedang menjalar menuju kearah Bandara serta kawanannya.


Aku pun terus mencuit tangannya Awang. Lalu aku mengambil kesempatan untuk bercakap perlahan dengan Awang disaat Paduka Djata sedang bertekak dengan Bandara.


“Awang, kau mahu jadi pahlawan tak?


“Abang rasa lelaki itu kita boleh makan dia.” (bisikku.)


“Iyakah? Tapi macam mana?” (tanya Awang.)


“Kau naik tingkat atas, dan siap sedia lastik kau. Tunggu isyarat dari abang. (balasku.)


Awang yang mendengar arahanku, terus mengerti lalu dia berlari meninggalkan kami tanpa diketahui oleh mereka. Aku melihat kearah Suri dan memberikan isyarat kepadanya supaya jangan memulakan serangan dahulu. Setelah selang beberapa minit kemudian, Awang pun telah sampai ditempat yang diarahkan, lalu Suri memberitahu padaku dengan supaya meminta memulakan serangan.


“Bagaimana? Apa jawapanmu?” (tanya Bandara.)


“Bak.. baiklah! Aku akan turuti kehendak Angmaar, tapi tolonglah. Aku rayu pada kau. Tolonglah lepaskan anakandaku!” (rayu Paduka Djata.) “Hahahaha..”


Tiba-tiba..


“SRUPPP!!”


Tiga orang tentera Garuda tumbang serentak dihadapan mereka semua. Bandara yang melihat terus terkejut besar.


“APAKAH?”


“SIAPA YANG LAKUKAN!”


Bandara menjerit dengan kuat kerana panik sambil melihat sekeliling lalu Aku dengan tersenyumnya, mula berjalan kearah Bandara dengan sombongnya.


“Kata orang, sarang tebuan jangan dijolok. Air yang tenang jangan disangka tiada pemangsa. Kekadang manusia perlu berjaga kerana harimau sedang memerhati kita.”


“Kau!!”


“Hahaha.. Marah? Jangan terlalu emosi Bandara, kerana sifat yang marah kekadanag akan membawa kita kearah kehancuran.”


“CIS! Berlagaknya kau!”


Bandara pun terus mengeluarkan pisau hendak membunuh anakanda perempuan Paduka Djata. Disaat dia hendak menikam tubuh budak itu, tiba-tiba tanganku sudah pun menggenggam pergelangan tangannya.


“APAKAH!”


“Bagaimana dia boleh sepantas ini?” (bisik Bandara.)


Bandara dan semua orang terus terkejut setelah melihat kepantasan yang amat luar biasa. Paduka Djata mula tersentak seketika setelah melihat aksi luar biasaku.


“Pantasnya Azizi.. Kelajuannya sekilas mata memandang. Patutlah dia mampu mengalahkan Tengku Bujakng. Tidak syak lagi, dia adalah Damak! Tapi mengapa dia menyangkalkan kata-kataku kemarin? Apa yang ingin disembunyikan oleh dia sebenarnya?” (bisik Paduka Djata.)


Tubuh Bandara mengeletar, begitu juga dengan tentera Garuda yang turut ketakutan sebentar.


“Siapa kau yang sebenarnya?” (tanya Bandara yang ketakutan.)


“Namaku Azizi.. Dan aku mempunyai satu benda yang perlu kau persembahkan kepada Angmaar.” (balasku.)


“A…APA?” (tanya Bandara kembali.)


“KEPALAMU..” (jawabku.)


Aku pun menarik pedang kencanaku, lantas aku terus melibas pedangku tepat kearah tengkuknya sehingga terpisah kepalanya dari badan. Lantas kepalanya terus terpelanting jatuh diatas tanah tidak ubah seperti tergoleknya buah kelapa. Semua orang yang melihat kejadian itu, terus terkejut sehingga ada yang terduduk kerana tidak boleh menahan getaran tubuh badan mereka yang semakin kuat akibat melihat aksi kejam ku tadi.


Tentera Garuda yang melihat kejadian itu, cuba untuk menyerangku, namun mereka berdua juga turut terkorban kerana telah dipanah Suri dan dilastik oleh Awang pada tepat waktu. Manakala seorang lagi tentera Garuda cuba untuk melarikan diri, namun berjaya ditahan oleh Puteri lantas Puteri pun terus mengikat kaki tentera Garuda yang sedang ketakutan itu.


Setelah selesai, aku pun menurunkan anakanda Paduka Djata lalu menyerahkannya pada Paduka Djata.


“Oh Anakandaku!”


Paduka Djata terus memeluk anakandanya sambil menangis kerana merasa lega bahawa anakandanya sudah pun selamat.


Paduka Djata melihatku dengan riaksi wajahnya yang penuh dengan tanda ingin mengucapkan terima kasih kerana aku telah pun berjaya menyelamatkan puterinya tanpa ada sebarang luka ditubuh puterinya itu. Aku hanya mengangguk mengerti akan maksudnya itu, lalu aku berjalan untuk mengambil kepala Bandara.


“KAU!!” (aku memanggil tentera Garuda itu.)

__ADS_1


“I…iyaa. Azizi… (sahut tentera Garuda itu.)


Aku terus melempar kepala Bandara kepada dia.


“Sampaikan “Hadiahku” kepada Angmaar dan beritahu padanya..”


“Aku ingin bertemu dengannya di Nauria nanti.” (kataku sambil tersenyum sinis.)


“Bakkk.. baikk Tuan.” (balas tentera itu yang ketakutan.)


Aku terus memberikan isyarat pada Puteri supaya melepaskan tentera Garuda itu, lantas tentera Garuda itu pun terus mengambil kepala Bandara dan melarikan diri dari kami semua.


“Azizi.. Terima kasih sekali lagi. Terima kasih tersangat kerana kamu sudi membantu Beta. Beta sudah hampir putus asa sebentar tadi. Beta fikirkan kamu tidak mahu membantu Beta, namun rupanya kamu telah menyangkalkan fikiran Beta. Terima kasih sekali lagi.” (ujar Paduka Djata.)


Aku tersenyum lalu aku berjalan kearah Paduka Djata setelah itu aku memegang bahu beliau.


“Paduka, bukankah Daiya juga salah satu bangsa dari Langsamudera? Mana mungkin patik akan mengkhianati amanat patik untuk tidak melindungi penduduk Langsamudera.” (ujarku membuatkan hati Paduka Djata semakin lega.)


Paduka Djata dengan perlahan mulai bangun, lantas terus memelukku kerana gembira dengan jawapan yang aku berikan. Suri, Awang dan Puteri pun telah memunculkan diri mereka dengan berjalan kearah kami.


Tiba-tiba dua orang pengawal cuba untuk membunuh kami berdua dengan cara menerkam kami dari arah belakang, semua orang terkedu sebentar dengan aksi yang muncul secara tiba-tiba itu. Puteri yang melihatnya, terus menarik kaki pengawal itu dengan menggunakan kekuatan rotannya sebelum sempat mereka membunuh kami lalu menggantung mereka dengan cara yang terbalik.


Paduka Djata yang turut terkejut terus menoleh kebelakang untuk melihat wajah si pelaku..


“CIS! Rupanya kamu orang yang dimaksudkan sebagai duri dalam daging itu! Pengawal, cepat tangkap mereka berdua dan humban pengkhianat ini ke dalam penjara. Biar Beta yang tentukan hukuman yang pantas untuk mereka nantinya! CEPAT!” (herdik Paduka Djata.)


Pengawal yang lain terus menangkap dua orang pengkhianat itu lalu membawa mereka ke penjara seperti yang diminta oleh Paduka Djata.


“Terima kasih Azizi, Suri dan yang lainnya kerana sekali kamu semua telah berjaya menyelamatkan keadaan.” (ujar Paduka Djata.)


“Tak mengapalah Paduka, sudah menjadi tanggungjawab kami semua. Oh ya Paduka, mengenai pencemaran sungai yang sudah terjadi di sini, Puteri telah pun menyelesainya malam semalam. Patik sudah meminta Puteri menggunakan kuasanya alamnya untuk memulihkan kembali sungai ini. Walaupun ianya tidak pulih sepenuhnya, namun setidaknya ia dapat mengurangi sedikit beban Paduka Djata dalam menyelesaikan masalah air ini.” (balasku.)


“OH IYAKAH?”


“Benarkah ini?”


“Terima kasih tersangat-sangat wahai Azizi. Sesungguhnya kedatangan kamu semua telah membawa sinar harapan buat kami di Daiya. Jasa kalian tidak akan kami lupakan.” (jawab Paduka Djata yang menangis gembira.)


“DENGAR SINI SEMUA RAKYAT DAIYA!”


“Sekarang masalah sungai kita yang tercemar sudah pun dalam fasa pemulihan! Bergembiralah kita semua kerana kita sudah pun ditolong oleh penyelamat Langsamudera kita iaitu Azizi dan rakan-rakan seperjuangannya!” (jerit Paduka Djata.)


Setelah kemua rakyat Daiya mendengarkan penguwuman yang keluar dari mulut Paduka Djata, maka mereka semua pun melompat gembira kerana seronok mendengar berita yang menyenangkan ini. Kami semua pun turut menumpang gembira diatas kegembiraan yang mereka kecapi sekarang ini.


“Dan demi untuk membalas jasa baik anakanda Paduka Azlan Mahmud Baginda iaitu Puteri Mahsuri Puspa Cempaka, dengan ini kita akan membantu Nauria untuk melawan tentera Angmaar! Tunjukkan pada Nauria bahawa kita merupakan bangsa yang tahu cara untuk membalas budi! (seru Paduka Djata lagi.)


Menjerit kesemua rakyat jelata Daiya menyambut seruan Paduka mereka. Suri yang mendengar seruan itu merasa sangat gembira lantas dia melihatku dengan penuh senyuman. Saat itu juga aku terpandang kearah Suri, lalu Suri memberikan isyarat tahniah kepadaku kerana aku telah berjaya menawan hati Paduka Djata.


“Azizi, Azizi.. Tidakku sangka kau sungguh bijaksana. Nampaknya kita telah pun untung sabut.” (bisik Suri.)


Kedengaran sebuah suara burung merpati sedang datang kemari. lalu Suri memandang keatas. Terlihat burung merpati kiriman Suri telah kembali sambil membawa sepucuk surat bersamanya. Suri pun mengambil surat itu, lalu melepaskan burung merpati itu kembali. Suri membuka surat itu dan membacanya. Secara tiba-tiba riak wajahnya berubah menjadi pucat. Suri terus memberitahu Awang.


“Awang, segera kau panggil Abang Azizi! Kita harus segera pulang ke Nauria, sekarang!” (jelas Suri.)


“Baiklah Akak!” (sahut Awang.)


Awang terus bergegas kearahku, lantas memberitahuku akan berita yang tidak menyenangkan itu. Aku pun dengan bergegas mengikuti Awang.


“Kamu mahu kemana Azizi? (tanya Paduka Djata.)


“Maafkan patik, Paduka. Patik harus segera kembali ke Nauria. Peperangan akan berlangsung tidak lama lagi.” (jelasku.)


“Nanti dahulu!” (balas Paduka Djata.)


Paduka Djata pergi mengambil tetuang yang digantungkan diatas singgahsananya, lalu beliau memberikan padaku.


“Ambillah hadiah yang tidak seberapa ini. Ini adalah tetuang perang milik Bangsa Daiya. Jika kamu ditimpa musibah, tiuplah ia, maka akan sampai seruannya kepada kami.” (jelas Paduka Djata.)


Aku menggangguknya, lalu menerima tetuang itu.


“Terima kasih Paduka. Mohon izin patik mengundur diri.” (kataku.)


Aku pun terus berlari kearah Suri dan kami pun bergegas menaiki kereta kuda. Sebelum pergi, aku sempat menoleh kearah Paduka Djata dan menjerit padanya.


“Paduka!”


“HATI-HATI DENGAN MATAHARI!”


Lantas dengan tergesa-gesa kami pergi meninggalkan negeri Daiya.


“SAMPAIKAN SALAM BETA PADA PADUKA AZLAN!” (Jerit Paduka Djata pula dari kejauhan.)


Kelihatan rakyat Daiya melambaikan tangan kearah kami.


“Suri, sempatkah kita untuk sampai ke Nauria dalam masa yang singkat?” (tanyaku.)


“Jika kita tidak rehat berkemungkinan sempat.” (balas Suri.)


“Arr.. Nak tanya sikit boleh?” (Awang mencelah.)


“Ada apa Awang?” (tanyaku.)


“Tengku Bujakng memang ikut kitakah?” (tanya Awang sambil menunjukkan jarinya pada Tengku Bujakng yang ada sekali bersama kami.


“Hahaha.. Itulah rancangan kita Awang!” (jelasku.)


Awang sedikit kebingungan. Aku pun menerangkannya pada Awang bahawa aku meminta bantuan Suri untuk memujuk Tengku Bujakng, supaya turut terlibat sama dalam peperangan kali ini kerana kekuatan Tengku Bujakng sedikit sebanyak dapat membantu kami untuk membebaskan Nauria nanti.


Sementara itu di Daiya.


“Paduka, Paduka!”


“Tengku Bujakng! Tengku Bujakng sudah mengikuti Azizi dan rakannya secara senyap-senyap, Paduka!” (jelas pengawal yang berlari menghadap Paduka Djata.)


Paduka Djata yang mendengarnya pun terus tersenyum lalu beliau berkata.


“Hurmm.. Biarkan mereka. Beta kenal sangat dengan perangai dan semangat juang adinda Beta itu. Semangat juangnya memang tidak akan pernah patah. Tidak ubah seperti ayahanda Beta.”


“Hmm.. Apa maksud Azizi dengan berhati-hati dengan matahari? Sungguh mendalam maksudnya itu.” (bisik Paduka Djata yang kebingungan.)

__ADS_1


__ADS_2