7 Sumpahan Permata.

7 Sumpahan Permata.
Sang Kelembai.


__ADS_3

Kami cuba bergerak secepat mungkin untuk keluar dari hutan kecil ini. Bagiku, selagi kami masih berada di dalam hutan ini, belum tentu kami akan selamat kerana sekarang ini ada dua bahaya yang harus kami elakkan.. Sang Kelembai yang zalim dan juga tentera Garuda. Persoalannya sekarang ini, berapakah jumlah sebenar tentera Garuda dan apa kaitannya mereka dengan Sang Kelembai? Apakah sekarang ini, laluan kami bertiga merupakan tempat medan perang diantara Sang Kelembai dan juga tentera Garuda?


“Aku harus cari tahu jawapan kepada kesemua persoalan ini.” (bisikku.)


Disaat kami bergerak dengan pantas, aku cuba mendekati Suri dan bertanya kepadanya.


“Suri, dari firasat kau, agak-agak berapa jumlah pasukan tentera Garuda yang masih hidup dan berada di dalam hutan ini sekarang?” (tanyaku.)


“Hmm.. Agak sukar untuk aku menekanya buat masa sekarang, kerana dahan pohon yang keras amat sukar bagiku untuk mengetahui jumlah sebenar mereka., jika kita bergerak dari bawah, mungkin boleh, tapi itu agak berbahaya buat kita pula.” (jelas Suri.)


“Kenapa kau berkata sedemikian?” (tanyaku.)


“Sebabnya, aku hanya mampu meneka jumlah mereka setelah melihat jika adanya sebarang bentuk perubahan di dalam hutan ini dan juga jika ada sebarang getaran tanah yang dihasilkan oleh pergerakan mereka sahaja.” (jelas Suri kembali.)


“Lihat dari jumlah mayat tentera Garuda, sepertinya ramai.” (balasku.)


“Aku pun merasakan begitu juga. Disebabkan itu aku terfikir sejak dari tadi. Bagaimana mereka boleh bergerak sejauh ini tanpa dapat dikesan oleh mana-mana tentera pengintip Nauria? Aku yakin mesti ada Udang disebalik Batu..” (ujar Suri.)


Disaat kami sedang bergerak pantas sambil berbincang diantara satu sama lain, aku mula terdengar seperti ada sebuah jeritan dari seorang lelaki tidak jauh dari tempat kami berada. Mendengar jeritan itu membuatkan kami bertiga menghentikan larian kami sebentar.


“Suri, Awang.! Dengar tak? Seperti ada suara orang menjerit sebentar tadi?” (tanyaku.)


“Iyalah.! Awang pun dengar.. Sepertinya suara itu tidak jauh daripada sini.” (balas Awang.)


“Suri, kau hendak pergi lihat tak? Mungkin disana kita akan mendapat jawapan untuk persoalan kita tadi?” (tanyaku.)


“Hmm, baiklah.. Mari kita pergi cari dari mana datangnya suara itu, tapi kita harus cepat kerana hari pun sudah petang. Aku tidak mahu kita terperangkap di dalam hutan ini sehingga malam. Agak bahaya untuk kita nantinya.” (jelas Suri.)


BAIKLAH.. (sahut aku dan Awang.)


Kami pun mempercepatkan langkah kami untuk mengincar dari arah mana datangnya suara jeritan sebentar tadi.


Setelah tidak jauh perjalanan, aku sempat melihat kelibat seorang lelaki yang sedang tergantung akibat tubuhnya dibelit oleh beberapa rotan sambil dia mencuba untuk menghalau sekawanan anjing hutan liar yang sedang kelaparan..


“SURI.! TENGOK KEARAH SANA.!” (kataku pada Suri.)


Kami pun memberhentikan sebentar larian kami smbil meihat kearah kelibat lelaki yang misteri itu..


“Aku rasa jeritan suara sebentar tadi itu, datang dari lelaki itu..” (ujarku.)


“Mari kita pergi kearah dia dengan lebih dekat lagi.” (jawab Suri.)


Kami cuba untuk mendekati lelaki itu, lantas Suri pun terkejut setelah melihat lelaki misteri tersebut.


“Ini.. Salah seorang dari tentera Garuda.!” (jelas Suri.)


Suri cepat-cepat ingin mengeluarkan pisau belatinya untuk membunuh tentera Garuda yang sedang tergantung itu. Lantas aku menahan tindakannya yang agak terburu-buru.. Suri melihatku dengan kehairanan.


“Nanti dulu Suri.. Jangan kau bertindak terburu-buru. Aku ada satu rancangan yang bernas.” (jelasku.)


“Apa rancangan kau?” (tanya Suri yang agak kebingungan.)


“Haha.. Kau tengok sahaja nanti..” (balasku.)


Aku dengan perlahan cuba mendekati tentera yang sedang terikat itu sambil dia sedang berusaha untuk menghalau sekawanan anjing liar tersebut. Tentera itu langsung tidak menyedari akan kehadiranku kerana dia terlalu fokus kearah kawanan anjing liar tersebut.


“PERGI.! PERGI.!”


“SHUUH.!! SHUUH..!”


“PERGI DARI SINI.!” (jerit tentera itu sambil menghayunkan sebatang kayu kearah kawanan anjing liar yang berada dibawahnya.)


“Hei orang disana? Sedang menikmati keindahan alamkah?” (tanyaku yang agak bersahaja.)


“Ha?”


“SIAPA KAU?”


“PERGI KAU DARI SINI.! KALAU TIDAK AKU BUNUH KAU.!” (herdik tentera itu.)


“Hahaha.. Sedangkan anjing liar dibawah pun kau tidak mampu membunuh mereka, inikan pula aku yang berada diatas ini?” (ejekku.)


“Dasar manusia biadap.!”


“Pergi.!” (herdik tentera itu lagi.)


“Hahaha.. Sabar, sabar.. Aku datang hendak membantu kau..” (jelasku.)


“Hendak membantu aku? HAH.! Mimpi apa kau di siang hari? Kau kenalkah aku ini siapa? Jangan kau cuba nak bermacam denganku.! Kawananku ramai.! Nanti mereka akan datang membantuku serta menamatkan riwayat kau sekali.. Apa kau mahu?” (balas tentera itu dalam keadaan yang sombong.)


“Oh.. Begitukah? Kalau begitu tak mengapalah. Tinggallah kau sendirian disini. Biar kau mati dimakan oleh anjing-anjing liar dibawah itu.. (jawabku semula.)


Aku pun menoleh ingin pergi meninggalkan tentera malang itu.


“HEI… NANTI.!”


“Baiklah….”


“Aku setuju.. Tolong lepaskan aku…” (rayu tentera itu.)


Aku mula tersenyum sinis sambil melihatnya. Suri dan Awang pun tiba dan berdiri disisiku.


“Kau betulkah hendak membantu dia?” (tanya Suri lagi yang masih kebingungan.)


“Suri.. Tenang.. Kau lihat sahaja. Rancanganku pasti akan berjayalah. Percayalah padaku..” (jelasku untuk menyakinkan Suri.)


“Baiklah.! Aku akan bantu lepaskan kau, tetapi.. Ada syaratnya..” (balasku kepada tentera itu.)


“Apa syaratnya?” (tanya tentera itu semula.)


“Memandangkan rotan yang membelit tubuh kau ini ada lima batang rotan, makanya aku akan menanyakan lima soalan kepada kau..”


“Jika setiap satu soalan kau tidak menjawabnya, maka aku akan memotong salah satu dari rotan ini.. Setuju?” (tanyaku.)


“Ahh.. Aku tidak setuju.! Kau cuba hendak memperdayakan aku.! Aku tidak setuju.! (balas tentera itu semula.)


“Baiklah kalau begitu, kami pergi sahaja.. Pandai-pandailah kau lepaskan diri kau sendiri ya..” (jawabku.)


“Ehh.! Baiklah.! Baiklah.. Aku setuju.. Tapi selepas aku jawab kesemua soalan kau itu, kau janji padaku bahawa kau akan lepaskan aku.!” (ujar tentera itu.)


“Iya kau boleh pegang pada janjiku..” (balasku.)


Suri hanya memandangku dengan curiga..


“Soalan pertama.. Berapa jumlah sebenar kamu semua.?” (tanyaku.)


“Dua… Dua puluh orang..” (jawab tentera itu.)


“Dari arah mana kamu datang?” (tanyaku lagi.)


“Hah.! Kau ingat aku akan beritahu kau mengenai perkara itu?” (balas tentera itu.)

__ADS_1


Aku mula tersenyum sinis..


“Nampaknya ada orang sedang cuba hendak mempermainkan janjiku..” (jawabku dengan nada bersahaja.)


“Suri, pinjamkan aku pisau belati kau boleh?” (tanyaku.)


“Boleh, tapi kau nak buat apa?” (tanya Suri semula.)


“Aku mahu tunjukkan pada orang ini bahawa aku tidak pernah bermain-main dengan janjiku.” (jawabku.)


Suri yang mengerti akan jawabku hanya mengangguk faham, lalu dia pun memberikan pisau belatinya padaku. Aku mengambil pisau belati Suri, lantas aku meneliti bentuk pisau yang indah itu.


Tentera itu melihatku dengan ketakutan.


“Kau nak buat apa dengan pisau itu? Jangan bilang kau hendak membunuhku? Jangan sesekali kau mencubanya.. Buruk padahnya nanti.!” (ugut tentera itu.)


“Hahaha.. Siapa bilang mahu bunuh kau? Aku hanya ingin menunaikan janjiku sahaja.” (jawabku.)


Tentera itu mula kebinggungan dengan jawapan yang baruku berikan.


Dengan pantas aku terus melibas rotan itu menggunakan pisau belati yang diberikan oleh Suri padaku sebentar tadi. Kedudukan tentera itu terus menurun sedikit.


“HEI.! JANGAN.! APA YANG KAU BUAT NI?” (herdik tentera itu.)


“Sekarang kau sudah tahukan bahawa aku tidak main-main? Aku cakap, aku buat.. Sekarang kau jawab, dari arah mana kamu semua datang?” (tanyaku kembali.)


“TIDAK.! Jawapanku tetap sama.! Tidak.!” (balas tentera itu lagi.)


Aku terus memotong rotan yang kedua membuat kedudukan tentera itu menurun lagi mendekati kawanan anjing liar yang menantinya dibawah. Kawanan anjing liar yang melihat tentera itu semakin menghampiri mereka membuatkan mereka menyalak semakin rancak.


“HEI.! Apa yang kau buat ini? Kau tak sepatutnya menanyakanku soalan yang sama banyak kali? Ini bukan perjanjian kita.!” (balas tentera itu.)


“Oh.. Maafkan aku atas kesilapan yang tadi. Hahaha..” (balasku.)


Aku melanjutkan lagi soalanku pada tentera itu.


“Apakah kejadian di pekan sana adalah hasil dari perbuatan kamu? (tanyaku.)


“Iya.. Apa yang kamu lihat adalah benar. Itu semua adalah perbuatan dari kami dan Sang Kelembai.” (jawab tentera itu.)


“Tapi kenapa? Apa kaitan kamu dengan Sang Kelembai? Apa Sang Kelembai merupakan sekutu kamu?” (tanya Suri pula secara tiba-tiba.)


“Tidak. Sang Kelembai bukan sekutu kami. Kami hanya ditugaskan untuk menangkap Sang Kelembai sahaja. Kejadian yang kamu lihat di pekan tempoh hari merupakan perkara yang tidak dapat kami elakkan.” (terang tentera itu lagi.)


“Kenapa kamu diarahkan untuk mengejar Sang Kelembai?” (tanyaku pula.)


“Ar… Aku tidak dapat menjawab persoalan itu kerana ialah merupakan arahan dari Permaisuri kami sendiri, iaitu Angmaar. Aku tidak berani membocornya.” (ujar tentera itu.)


“Oh, iyakah? Baiklah. Pendirianmu aku hormat.” (jawabku.)


Tentera itu menarik lafas lega setelah mendengar jawapan dariku. Lantas dia terkejut selepas melihat aku memotong rotan ketiga dan menyebabkan kedudukan tentera itu semakin menghampiri kawanan anjing liar yang menantinya dibawah.


“Hoi.! Kenapa kau berbuat sedimikian? Kau bilang kau mengerti, namun kenapa kau masih memotongnya juga?” (herdik tentera itu lagi.)


“Perjanjian tetap perjanjian.. Sekarang lima soalan telahku berikan. Sekarang izinkan aku beredar dahulu. Selamat tinggal rakan.. Hahaha.” (balasku.)


Kami bertiga mula menoleh untuk meninggalkan tentera itu keseorangan.


“HOI.! NANTI.! Mana janji kau untuk melepaskan aku? Kau juga bilang, janji tetap janji.! Sekarang tunaikan janji kau itu. Lepaskan aku sekarang juga.!” (jerit tentera itu.)


“Oh.! Iya.. Lupa pula aku.. Hahaha..” (jawabku.)


Aku memberikan pisauku kepada Awang sambil memberikan isyarat mata kepadanya.


“Hahaha.. Boleh sahaja..” (jawab Awang.)


Awang terus pergi kearah tentera sambil membawa pisau belati Suri. Suri yang melihat Awang terus mencuba untuk memberhentikan tindakan Awang itu, lantas aku menahan Suri dan meneruskan tindakannya itu.


Sesampai sahaja Awang disitu terus Awang memotong baki rotan yang masih tinggal.


“HEI BUDAK.! APA YANG KAU SEDANG BUAT TU! JANGAN..!” (herdik tentera itu.)


Tentera itu terus terjatuh kearah kawanan anjing liar dibawah..


“TAK GUNA KAU.!” (jerit tentera itu.)


Akhirnya kawanan anjing itu telah mengerumuni tentera itu dan membunuhnya.


Kami bertiga hanya melihat sahaja kejadian itu..


“Awang, Suri.. Mari kita tinggalkan tempat ini dengan segera. (ujarku.)


“Hmm.. Baiklah.” (sahut mereka berdua.)


Kami memulakan langkah kami semula meninggalkan hutan ini. Sekarang fikiranku sudah kembali tenang kerana aku sudah pun mendapat jawapan dari persoalan yang kerap bermain difikiranku ini. Walaupun tidak kesemua jawapan berjaya aku dapatkan, namun ianya sudah cukup bagiku. Sekarang ini tiada masa lagi untuk kami berlengah, kerana berkemungkinan besar rakan tentera tadi berada tidak jauh dari sini.


Mengikut dari apa yang aku dapat, jumlah mereka ialah dua puluh orang. Jika ditolak mayat meraka yang sudah mati ini bermakna sisa yang tinggal hanyalah empat orang sahaja. Walaupun jumlahnya hanya sedikit namun dengan melihat keadaan dipekan tempoh hari, aku yakin kekuatan mereka melampau batas seorang manusia. Ianya tetap juga berbahaya buat kami bertiga.


Sudah hampir kami dengan jalan keluar, sekali lagi kami terdengar suara jeritan yang sangat kuat. Namun kali ini suara itu sepertinya suara budak perempuan. Suri yang mendengarnya, terus memberhentikan lagkahnya, lalu dia menukar arahnya mengejar suara itu tanpa memberitahu aku dan Awang.


“Suri kau hendak kemana? Bahaya!” (Jeritku.)


“Aku hendak pergi menyelamatkan budak perempuan itu sebelum nyawanya diambil mereka.!” (balas Suri yang agak tergesa-gesa.)


Aku yang agak kecewa dengan tindakan Suri, terus mengejar Suri. Awang yang juga kebingungan hanya mampu mengikuti langkah kami tanpa bicara apa-apa. Aku masih lagi risau kerana aku dan Awang tidak pandai untuk berlawan. Jika hanya mengharapkan Suri seorang sahaja untuk menghadapi mereka berempat mungkin agak sukar bagi Suri.


“Aku harus segera menghalang Suri sebelum perkara ini menjadi lebih teruk.” (bisikku.)


Sampai sahaja kami satu destinasi, aku cuba hendak berbincang dengan Suri, namun tindakan aku itu secara tiba-tiba dihalang dengan sebuah pandangan yang agak serius dibawah sana. Aku melihat seorang budak perempuan dalam lingkungan tiga belas tahun sedang dikepung oleh tiga orang tentera Garuda yang sedang ketawa..


“HAHAHA..”


“Nampaknya anak kijang sudah masuk perangkap. Hahaha.. Puas kami kejar kau selama berhari ini. Akhirnya hari ini kau tidak akan boleh lari lagi.!” (kata seorang tentera Garuda kepada budak perempuan itu yang telah tersadung sambil menangis teresak-esak.)


“Ehh? Sungguhlah. Ini budak perempuan. Apa yang dia buat seorang diri di dalam hutan kecil ini?” (bisikku yang agak terkejut.)


“TIDAKK.!”


“Tolong… Jangan apa-apakan Kelembai..” (rayu budak perempuan itu.)


“Kelembai? Tak kanlah? Budak itu Sang Kelembai? Biar betul? Aku tidak salah dengarkah?” (bisikku lagi.)


Aku menjadi tersangat terkejut setelah mendengar perbualan mereka. Ini kali pertama aku mendengar dan melihat bahawa Sang Kelembai itu sebenarnya seorang budak perempuan. Pembuktian ini tersangat jauh menyimpang dari cerita yang pernah aku dengar di dalam dunia sebenarku.


“Hahaha.. Atas arahan Permaisuri Angmaar, kau mesti ikut kami pulang!” (kata tentera itu.)


Tiba-tiba Suri bercakap dengan nada yang perlahan.


“Tidak syak lagi.. Mereka hendak menggunakan kuasa dari Sang Kelembai untuk kepentingan diri mereka..” (kata Suri.)


“Kita harus berbuat sesuatu kak. Kalau tidak keadaan akan bertambah parah nanti.” (jelas Awang.)

__ADS_1


“Sekejap.! Sang Kelembai itu budak perempuan?” (tanyaku pada Suri.)


“Itu hanya wujud dia dalam bentuk manusia sahajalah.!” (jelas Suri.)


“Oh.. sekarang baru aku mengerti. Sang Kelembai boleh berubah wujud rupanya.” (bisikku kembali.)


“Awang, Kakak nak kamu uruskan tentera yang dihujung sana. Azizi, kau pula uruskan tentera yang ditengah itu, lagi seorang, serahkan sahaja padaku.” (arah Suri.)


“Baik kak.!”


Awang yang menerima arahan dari Suri, terus bergerak ke sisi kanannya dengan perlahan sambil mengeluarkan lastik dan biji besi.


“Nanti sekejap.! Kau mahu aku berbuat apa pada tentera yang ditengah itu?” (tanyaku yang sedikit kebingungan.)


“BUNUH DIA..” (jawab Suri sambil melihatku.)


“Bunuh? Ta..Tapi.. aku tidak pernah membunuh.” (balasku kembali.)


“Jadi tahniah.! Ini adalah mangsa pertama kau. Kau harus bunuh dia atau tidak, budak perempuan itu akan mati..” (ujar Suri dengan tegas.)


“Tapi..”


“Tak ada tapi-tapi lagi. Masa itu tidak pernah menunggu kau. Ingat, sekarang atau kau akan menyesal dikemudian hari.!” (herdik Suri.)


Aku yang ketakutan mengikuti sahaja perintah Suri.. Mukaku mula berubah menjadi pucat kerana hari ini aku akan menumpahkan darah seseorang.. Aku pun mengeluarkan sebilah pedang Shamsir yang diberikan oleh Nenek Kebayan kepadaku tempoh hari. Lantas mata pedang itu aku menghulurkannya ke bawah.. Suri yang melihat pedang itu terus terkejut seketika.


“Itu..”


“Itu Pedang Kencana Hitam.!” (bisik Suri yang sedang tergamam melihat pedang yang aku pegang.)


“Mana kau dapat pedang itu?” (tanya Suri.)


“Dari Nenek Kebayan.” (jawabku.)


Suri hanya terdiam mendengar jawapan dariku sambil reaksi mukanya yang agak terkejut melihat pedangku ini. Lalu Suri menggelengkan kepalanya seketika.


“Ahh.. Sudah! Kita tumpukan pada misi kita..” (kata Suri.)


Suri terus memberikan isyarat kepada Awang yang berada jauh dari kami untuk memulakan serangan. Awang yang melihat isyarat yang diberikan oleh Suri, terus menarik lastiknya dan melepaskan tembakkannya itu tepat kesasaran musuh. Akibat tembakan lastik Awang tepat mengenai kepala tentera itu telah membuatkan tentera itu pun terus tumbang dan mati. Terkejut melihat rakannya yang tumbang, mereka terus menjadi panik.


Suri pun memulakan aksinya dengan melompat dari atas pokok, terus mendarat dengan pantas dibelakang seorang lagi tentera yang sedang panik. Dengan pantas Suri mengeluarkan pisau kerambitnya lantas dia membuka beberapa gerakan, memotong saraf sendi dibeberapa bahagian belakang tubuh musuh, lalu memusingkan tangannya dan terus mengelar leher tentera itu untuk menamatkan riwayatnya.. Pembunuhan kejam Suri itu dilakukan dengan sangat pantas sehingga mangsa Suri tidak sempat berbuat apa-apa.


Aku yang berada dari atas pokok mula bangun untuk mengikuti langkah Suri namun dengan tidak semena-mena, kakiku telah tergelincir akibat terpijak lumut yang menyelimuti dahan pokok tersebut, lantas aku pun terjatuh sambil tanganku menghalakan pedangku kebawah. Secara tidak sengaja aku telah mendarat diatas tubuh seorang lagi tentera Garuda, dan pedang yang aku genggam itu pula telah menusuknya dari arah belakang sehingga mata pedangku terus menembusi dadanya. Akibat hempapkan yang tidak disengajakan olehku, telah menyebabkan tentera itu terus tersembam ke atas tanah dan menyebabkan mata pedangku juga terus terbenam kedalam tanah itu.


Aku merasa sedikit kesakitan dibahagian pinggulku akibat terjatuh dari tempat tinggi, lantas aku terkejut kerana masih ada seorang lagi tentera Garuda yang berada tepat dibelakangku. Dia yang juga terkejut setelah melihat aku muncul secara tiba-tiba dari atas, terus cuba hendak menyerangku dengan menghayunkan kapaknya.. Aku yang menjadi panik pada ketika itu, terus bangun untuk menarik pedangku semula, namun aku merasakan bahawa pedangku terlalu ketat untuk ditarik mungkin kerana akibat mata pedang ini terbenam terlalu dalam ke dalam tanah. Lantas Suri menjerit kepadaku.


“AZIZI.!”


“TUNDUK.!” (jerit Suri.)


Aku yang mendengarnya terus bercangkung kerana terlalu takut. Lantas Suri pun terus membaling pisau belatinya tepat mengenai jantung tentera yang hendak membunuhku itu. Aku yang melihatnya menjadi sedikit ketakutan, namun pada akhirnya aku mampu menarik nafas lega kerana semuanya sudah berakhir tanpa ada sesiapa pun dari kami yang terluka.


Suri berjalan dengan pantas kearahku, dengan raut wajahnya yang agak marah lantas dia terus menampar pipiku dengan kuat.


“PAAPPP.!”


“APA KAU SUDAH GILA?”


“Kau memang hendak mati awalkah? Sudah tahu musuh berada dibelakang kenapa kau tidak bunuh dia? Lagi sikit nyawa kau hendak melayang tahu tak.!” (Suri memarahiku.)


“APA KAU INI SURI? SAKIT TAHU TAK!” (herdikku kembali.)


“Apa kau ingat nyawaku ada sembilan seperti nyawanya kucing? Aku juga tahu tentera hendak membunuhku. Disebabkan itu aku hendak mencabut kembali pedang ini namun pedang ini terbenam terlalu dalam.. Aku tidak boleh mencabutnya.” (ujarku.)


“Hah.. Dasar Pondan kau!”


“Tidak guna kau menjadi JANTAN.!” (balas Suri yang sedang marah.)


Kata-kata Suri telah membuatkan aku menjadi marah dan kecewa namun aku memendamnya. Aku menggenggam tanganku dengan sangat kuat sehingga menggeletar kerana menahan amarahku pada Suri.. Suri pun berjalan pergi kearah pedangku, lalu dia terus memegang hulu pedang dan cuba untuk mencabutnya, namun tiada sebarang pergerakan pun yang berlaku.. Suri terus kehairanan, lantas dia mencubanya lagi dan lagi, namun tetap sahaja gagal..


“Tak mungkin..” (kata Suri.)


Lantas Awang datang mencelah..


“Memang benar kata Abang Azizi itu.. Pedang ini istimewa. Hanya orang yang terpilih seperti abang Azizi sahaja yang boleh menggunakannya.” (jelas Awang.)


“Tapi kenapa abang juga gagal untuk mencabutnya?” (aku mencelah.)


“Itu kerana hati dan fikiran abang Azizi masih lagi tidak mahu menerima hakikat bahawa abang Azizi merupakan insan yang terpilih. Untuk pengetahuan abang Azizi, sebenarnya sebentar tadi abang Azizi terjatuh dari atas pokok bukan disebabkan tergelincir, tetapi pedang itu yang menolak abang Azizi dari menyentuhnya kerana ia tidak mahu menerima abang Azizi sebagai tuannya disebabkan pintu hati abang Azizi untuk menerima tanggungjawab ini masih lagi tertutup. Cuba abang Azizi bersikap tenang dahulu dan cuba untuk bersikap terbuka supaya dapat menerima hakikat bahawa abang Azizi adalah insan yang terpilih, kemudian baru abang Azizi cuba menariknya lagi.” (jelas Awang.)


Aku pun mengikuti sahaja arahan yang diberikan oleh Awang. Aku mula memejamkan mataku dan bersikap tenang. Aku cuba untuk membuka pintu hatiku untuk menerima hakikat bahawa aku merupakan insan yang terpilih seperti yang dikatakan oleh Nenek Kebayan. Dengan perlahan aku menghembuskan nafasku lantas aku cuba sekali lagi untuk menarik pedang itu.. Lantas pedang yang sebentar tadi aku rasa ketat, mula terasa ringan dan aku mampu menariknya keluar dari terbenam di dalam tanah.


Suri yang melihatnya menjadi terkesima sebentar, lantas dia mengalih pandangannya sambil berkata…


“Hmm.. Kebetulan..”


Aku yang melihat Suri menjadi semakin marah, tiba-tiba jantungku berdetup dengan secara kuat. Aku menjadi terkejut, lalu aku memegang dadaku..


“Perasaan apakah ini?”


“Sepertinya aku dapat merasakan sesuatu tapi benda apa? (bisik hatiku.)


Aku pun menoleh kearah mayat tentera Garuda yang telahku bunuh sebentar tadi, dan aku terus terkejut dengan apa yang aku lihat sekarang ini.


Mayat tentera itu telah pun menjadi kering, dan yang tinggal hanyalah kulit serta tulang-menulangnya sahaja sedang dia baru sahaja mati.


“Kenapa boleh jadi begitu? Kenapa hanya tentera yang dibunuh olehku sahaja yang mereput sedangkan tentera yang dibunuh oleh Awang dan Suri tidak pula begitu? Apakah kerana pedang ini?” (bisikku.)


“Ahh sudahlah. Lebih baik aku bergegas mengikuti mereka sekarang.” (bisikku lagi.)


Aku pun terus bergerak terburu-buru mendekati Suri dan Awang. Kami bertiga cuba mendekati budak perempuan itu. Suri cuba menenangkan dia, tetapi budak perempuan terus sahaja merayu..


“Jangan..”


“Jangan dekat..”


“Tolonglah..”


“Pergi.!” (rayu budak perempuan itu.)


Aku melihat susuk budak perempuan itu dan aku kehairanan, kerana beberapa bahagian tubuhnya mempunyai beberapa cabang ranting kayu yang kecil malahan ada juga beberapa helai daun yang melekat padanya..


“Janganlah kamu takut. Kami bukannya sekutu mereka. Maaf izinkan aku bertanya, apakah kamu ini Sang Kelembai?” (tanyaku.)


Budak perempuan yang tadinya menangis sambil menutupkan matanya dengan tangan, mulai mengalihkan tangannya untuk melihatku, lantas secara tiba-tiba reaksi wajahnya berubah.. Dia pun terus berlari ke arahku lantas memelukku dengan kuat..


“ABANG DAMAK.!” (jerit budak itu.)


Kami bertiga terpaku seketika dengan tindakan budak perempuan itu. Aku melihat budak perempuan itu, lantas aku terdetik sesuatu dihatiku. Aku mula teringat sekali lagi kepada arwah adik perempuanku.. Aku mulai tersenyum sambil air mataku mulai mencurahi pipi.. Dengan perlahan aku mengusap rambut budak perempuan itu sambil berkata…


“Sudahlah, jangan kamu tangisi lagi. Kamu sudah pun selamat sekarang..”

__ADS_1


Suri dan Awang kehairanan melihat tindakan aku kepada budak perempuan itu.


__ADS_2