7 Sumpahan Permata.

7 Sumpahan Permata.
Lagenda Bujang Senang.


__ADS_3

Setelah beberapa jam perjalanan, akhirnya kami telah pun memasuki daerah kawasan Daiya.. Awang sentiasa mencuri peluangnya untuk melihat aku dan Suri yang tidak bersuara sejak dari kami memulakan perjalanan kami pagi tadi hinggalah sekarang.


“Akak dan Abang baik sahajakah? Kenapa dari tadi asyik berdiam sahaja?” (tanya Awang.)


“Kenapa Awang bertanya begitu?” (soalku semula.)


“Iyalah, kami berdua lihat Abang Azizi dengan Kak Suri asyik diam sahaja sejak dari tadi. Kamu berdua bergaduhkah?” (celah Puteri.)


“Eh, mana ada! Memandai sahaja Puteri ini. Akak dan Abang Azizi tiada apa-apalah. Kami baik-baik sahaja. Sudah! Jangan fikir yang bukan-bukan.” (balas Suri.)


“Eleh, iyalah tu.. Mengaku sahajalah Kak. Jangan malu-malu.. Awang dengan Puteri faham ja. Hahaha” (Celah Awang.)


“AWANG! Apa ni? Malulah Akak.!” (balas Suri.)


Aku hanya tersenyum sinis melihat Puteri dan Awang yang cuba hendak menyakat Suri. Lalu aku kembali termenung.


“Aku tidak boleh menceritakan perkara ini buat masa sekarang kerana yang aku alami sekarang ini amat sulit untuk diterjemahkan dalam kata-kata. Silap langkah aku akan di cop gila pula.” (bisikku.)


“Azizi, kau baik-baik sahajakah? Benar kata Awang dan Puteri, kau membisu seribu bahasa dari semenjak kejadian itu. Apa yang ada difikiran kau sehingga kau boleh bersikap demikian rupa? (tanya Suri.)


“Ahh, mungkin kerana aku merasakan sedikit keletihan barangkali. Maklumlah kita sudah berhari-hari berjalan kaki, baru hari ini kita bergerak dengan kereta kuda. Mungkin ini peluangku untuk aku merehatkan diriku untuk aku memulihkan kembali tenagaku.” (jawabku sambil tersenyum melihat Suri.)


“Maafkan aku Suri. Aku terpaksa menipu kau demi kebaikkan kita semua.” (bisik hatiku.)


“Ohh ya, apa kata kita berehat sebentar dekat tepi sungai sana? Mungkin dengan cara ini boleh mengembalikan kembali kesegaran untuk kita semua.” (tanyaku.)


“Hmm, betul juga. Baiklah, kita berehat sebentar disana.” ( sahut Suri sambil menunjukkan kawasan rehat ditepi sungai itu.)


Setelah sampai di destinasi, kami pun memunggah beberapa barangan untuk kami gunakan untuk kami berehat sebentar disitu. Aku mula mengumpulkan beberapa ranting yang patah untukku jadikan bahan bakar untuk aku nyalakan unggun api nanti manakala Awang bersama Puteri pula membantu Suri untuk menyiapkan beberapa bahan untuk dijadikan santapan kami berempat.


Saat itu aku terpandang akan sebatang anak sungai yang mengalir jernih, lalu aku pun pergi ke arah anak sungai itu untuk membersihkan diriku. Sampai sahaja di gigi anak sungai itu, aku membuka pakaianku serta beberapa peralatanku yang lain, lalu aku meletaknya disampingku. Dengan perlahan aku menadah air sungai itu menggunakan tanganku, lalu aku pun mula membasuh muka. Terasanya amat segar dan nyaman sekali setelah wajahku terkena kesejukan air sungai ini.. Di saat aku sedang asyik membersihkan tubuhku, aku terpandang kearah sebuah semak disebarang sana. Sepertinya ada sesuatu yang amat mencurigakan aku dihadapan sana. Aku merasakan seperti seolah-olah aku sedang diperhatikan oleh seseorang.


Aku pun memberhentikan perbuatanku seketika sambil aku merenung tajam kearah semak-samun yang berada di sebarang sana. Aku cuba memberanikan diriku untuk bersuara.


“SIAPA DISANA?”


“Jangan sesekali kau menyorok untuk mengendap kami! Jika niat kau baik, maka muncullah kau namun jika sebaliknya, maka undurlah kau kerana sekarang kau sedang berhadapan dengan orang yang bukan sebarangan.” (herdikku.)


Tiba-tiba disebalik semak itu muncul sepasang mata yang agak garang memandangku dengan renungan yang sangat tajam. Lalu keluar sebuah suara yang sangat garau dan kasar.


“Siapa gerangan disana? Apa tujuan kamu semua datang kemari?”


“Siapa kau untuk mengetahui hala tuju kami? Tunjukkan diri kau dahulu kalau ingin berbicara sekali pun.! (jeritku lagi.)


Jeritku itu telah mengejutkan Suri dan yang lain-lain. Lantas mereka terus bangun dan melihat kearahku.


“Kenapa itu Azizi? Ada apa disana?” (jerit Suri.)


Aku mengangkat tangan ku kearah Suri memberikan isyaratku kepada Suri dan yang lain-lain supaya tetap berdiri ditempat mereka dan jangan sesekali mendekatiku kerana aku sudah mulai dapat merasakan bahaya sedang berada dihadapan kami sekarang ini.


Setelah mendengar cabaran yang keluar dari mulutku, terus secara tiba-tiba semak itu bergoyang dengan rancaknya.


“Huh! Dia datang.!” (bisikku.)


Sambil aku memerhati kearah semak itu, tanganku dengan perlahan menolak rapat Keris Gading Delima supaya semakin erat disampinku kerana aku tidak mahu “pisang berbuah dua kali.”


Tangan kananku dengan segera menggenggam kuat hulu Pedang Kencana Hitam untuk bersiap-siaga dengan sebarang kemungkinan yang tidak diingini.


“APAKAH?!!”


Aku, Suri, dan Awang terus terkejut dengan apa yang kami lihat sekarang. Disaat semak-samun itu sedang rancak bergoyang, maka keluarlah seekor buaya tembaga yang sangat besar dan panjangnya hampir 12 meter. Buaya tembaga itu bergerak keluar dari semak itu dan datang menghampiriku. Tubuhku mula mengeletar. Kakiku secara tiba-tiba terasa sangat berat untukku gerakkan. Peluhku mula mengalir sama laju dengan dengupan jantungku.


“Apakah benar yang aku lihat sekarang ini? Apakah aku sekarang sedang bermimpi?” (bisik hatiku.)


Disaat aku terasa ketakutan yang amat dalam, tiba-tiba buaya tembaga itu memberhentikan langkahnya lalu dia memandang tepat kearahku.. jarak diantara kami berdua hanyalah sejauh 1 meter sahaja. Aku sekali lagi cuba bangun dari tempatku tetapi tetap sahaja aku tidak mampu kerana aku merasakan kakiku seperti disumpah menjadi batu. Aku cuba menundukkan kepalaku supaya aku dapat mengelak dari melihat renungan matanya yang menakutkan itu.


“Sekali lagi aku bertanya, siapa kau?” (tanya buaya itu.)


“Na..namaku.. Azizi.” (jawabku.)


“Apa urusan kau ke sini?” (tanya buaya itu lagi.)


“Kami ingin berjumpa dengan Paduka Daiya.” (jawabku.)


“ATAS URUSAN APA?” (herdik buaya tembaga itu.)


“Kami membawa pesanan dari Paduka Nauria, Paduka Azlan Mahmud Baginda serta pesanan dari Nenek Kebayan mengenai Angmaar.” (balasku semula.)


Mendengar aku menyebut nama Angmaar, buaya tembaga itu pun terus tersentak seketika.


“ANGMAAR?”


Lalu dia memandangku dengan renungan yang sangat tajam seolah-olah seperti mencurigai akan kenyataanku tadi.


“Boleh aku tahu, siapakah kau?” (tanyaku semula.)


“Aku adalah penjaga di negeri ini!” (jawab buaya itu.)


“Sekarang aku mahu kamu semua pergi! Dan jangan sesekali kamu datang kembali ke sini.!” (herdik buaya itu.)


“Tapi kenapa?” (tiba-tiba Suri datang dari arah belakangku dan terus mencelah.)


“Kamu semua mempunyai niat yang tidak suci. Aku dapat merasakannya. Dan kau budak.. Bawa sekali Kencana Hitam bersama Batu Permata kau keluar dari sini. Aku tidak mahu adanya sebarang pertumpahan darah di daerah Daiya ini.” (jelas buaya itu.)


Aku dan Suri terus terkejut setelah mendengar penjelasan dari buaya tembaga itu.


“Bagaimana dia boleh mengetahui bahawa ada Batu Permata bersamaku?” (bisikku.)


Kami terdiam seketika. Aku memandang kearah Suri, kelihatan rauk wajah Suri sepertinya sedang kecewa setelah kami dihalau tanpa diajak berbincang terlebih dahulu. Setelah itu, buaya tembaga itu pun mula menoleh kebelakang berjalan meninggalkan kami.


Aku hanya menundukkan kepalaku tanpa berani untuk berbuat apa kerana makhluk yang sedang kami hadapi sekarang, bukannya makhluk yang biasa. Jika tersilap langkah, binasalah jawabnya. Disaat aku memejamkan mataku, tiba-tiba aku terdengar sebuah suara teriakkan seorang budak perempuan kepada buaya tembaga itu.


“Siapa kau untuk menghalau kami? Tidak semestinya kau sebagai penjaga, semua urusan perlu mendapat persetujuan dari kau dahulu..”


Mendengar kata-kata yang tidak sopan itu telah membuatkan buaya itu terus menjadi marah, lalu dia menoleh kembali kearah kami.


“KURANG AJAR KAU!”


“MASUK KE RUMAH ORANG TIDAK BERADAB!” (balas buaya itu.)


Lantas dia terus menyerangku dan Suri dengan cara melibaskan ekornya..


Aku yang terkejut dengan serangan yang tiba-tiba tidak dapat menggerakkan tubuhku seolah-olah seperti tubuhku sudah kaku.


“AZIZI!!”


Tiba-tiba Suri terus melompat kearahku untuk menyelamatkanku dari serangan libasan buaya tembaga itu.


“ARGHHH.!!”


Buaya itu datang melulu kearah kami berdua dengan pantas sambil membuka mulutnya dengan luas.


“Haa?”


“Apakah?” (buaya itu terkejut.)


Secara tiba-tiba datang beberapa batang ranting dan akar, membelikku dan Suri lalu menarik kami berdua jauh dari buaya tembaga itu.


“KELEMBAI?” (buaya tembaga itu terkejut.)


Rupanya Puteri telah menggunakan kuasanya untuk mengarahkan ranting dan akar pokok untuk menarik kami jauh dari bahaya.


“Terima kasih Puteri.” (kataku.)


“Abang Azizi dan Kak Suri tidak apa-apakah?” (tanya Puteri.)


“Iya, kami tidak apa-apa, tapi kenapa buaya tembaga itu secara tiba-tiba menyerang kita?” (balas Kak Suri.)


“Bukankah kau yang membantah dia sebentar tadi?” (tanyaku.)


“Tidak. Aku tidak berkata sepatah pun tadi..” (jawab Suri.)


“Habis kalau bukan kau… Puteri, kamukah yang membantah arahan buaya tembaga itu sebentar tadi?” (tanyaku semula sambil melihat Puteri.)


“Eh? Kenapa pula Puteri? Puterikan berada jauh dari Abang Azizi dan Kak Suri tadi. (jawab Puteri.)


“Hmm.. Benar juga kata Puteri tadi. Habis tadi suara siapa?” (tanyaku dalam kebingungan.)


“Suara? Suara apa? Kami tidak mendengarkan apa-apa suara pun sebentar tadi..” (balas Suri.)


“Ada.. Sebelem buaya tembaga itu menyerang kita, ada salah seoarang dari kita telah mengatakan sesuatu sehingga membuatkan dia marah. Sebab itu dia menyerang kita barusan.” (jelasku.)


“Suara?”


“Mana ada suara.. Apa yang kau merepekkan ini Azizi? Selepas buaya tembaga tu menoleh, secara tiba-tiba dia marahkan kita dan terus menyerang kita. Mana ada suara tadi.” (Suri menyangkal penjelasanku.)


“Apa? Kamu tidak dengarkah tadi?”


Suri dan Puteri saling bertentang mata kehairanan.


“Dengar apa? Apa yang kau merepekkan ini Azizi? Kau sudah gilakah?”


Aku tersentak sebentar lalu aku memikirkan kembali..


“Kenapa mereka boleh tidak mendengarkannya sedangkan suara pekikkan tadi amat jelas kedengaran? Apakah aku sudah gila? Jika benar kata mereka, kenapa pula buaya tembaga boleh menyahut teriakkan tadi?” (bisikku.)


Tiba-tiba aku mendengar sekali lagi suara itu.


“Suara itu datangnya dari aku.. Aku yang mencabar dia..”


“Kau Ayu? Benarkah suara itu milik kau? Kenapa hanya aku dan buaya tembaga sahaja yang boleh mendengarnya? Kenapa rakan-rakanku yang lain tidak boleh mendengarnya?” (tanyaku di dalam hati.)


“Sudah tentu kau boleh mendengarnya kerana kau adalah tuanku. Selain itu, aku juga mampu membuat sesiapa sahaja yang aku kehendaki untuk memperdengarkan suaraku atau melihat wujudku.” (balas Ayu.)


“DIA DATANG.!” (jerit Suri.)


Aku yang pada ketika itu sedang mengelamun sebentar terus terkejut selepas mendengar jeritan Suri. Lantas kami semua terus melompat kesisi sekali lagi untuk mengelak dari terkena libasan ekor buaya tembaga itu.

__ADS_1


“Nampaknya dia tidak henti menyerang! Kenapa dia begitu marah pada kita? Apa salah kita?” (jerit Awang.)


“AWANG, PUTERI.!”


“Menjauh kalian dari sini dengan segera.! BAHAYA! kakak bersama Abang Azizi akan cuba melengahkan buaya ini. Kamu berdua cepat pergi.! (jerit Suri kepada Awang dan Puteri.)


Setelah mendengar sahaja arahan dari Suri sebentar tadi, Awang dan Puteri pun terus mengikuti sahaja tanpa menunggu masa lagi.


“Kenapa kau berkata sedemikian? Tidakkah kau sedar bahawa kata-katamu itu sudah membuatkan dia menjadi murka? Sekarang kau lihat sendiri, kau sudah membahayakan kami semua.!” (kataku pada Ayu.)


“Aku berkata begitu kerana aku tidak suka dia mengganggu ambisi kita. Dia tidak layak untuk menghalang kita. Bagiku, dia hanya seekor cicak yang suka mengganggu sahaja. Dia tiada apa-apa jika dibandingkan dengan kita.” (balas Ayu.)


“Apa yang kau merepekkan ini Ayu?” (balasku.)


“Apa kau tidak percaya? Bagus, sudah alang-alang, mari kita uji sejauh mana kekuatan kau yang sebenar. Selamat maju jaya ya..” (jawab Ayu.)


“KAU!!” (herdikku.)


“AZIZI, HATI-HATI.!” (jerit Suri secara tiba-tiba.)


Aku melihat buaya tembaga itu melompat sambil membuka mulutnya dengan luas untuk memakan aku, dengan pantas aku menarik pedang Kencana Hitamku sambil menjerit kepada Ayu.


“AYU.! BANTU AKU.!!”


Buaya itu terus membaham dan mengigit-gigit dengan begitu kuat sekali. Suri, Awang dan Puteri yang melihat kejadian itu terus tercengang sebentar. Tubuh Awang mula mengeletar, manakala Suri pula terus terduduk ditempat dia berdiri.


“ABANG AZIZI!! (Awang menjerit.)


Suri yang turut melihat terus menutup wajahnya kerana terkejut lantas dia menangis teresak-esak kerana kehilanganku. Lalu aku memengang bahunya Suri.


“Kenapa kau menangis? Aku belum mati lagilah.” (jelasku.)


Mereka semua terkejut melihatku..


Ba..Bagaimana kau?” (Suri tergamam.)


“Sudah, nanti aku jelaskan. Sekarang aku mahu kau menjauh dari sini, kerana sukar untuk beraksi jika kau berada berdekatan denganku.” (kataku.)


Suri yang masih tergamam, hanya mengikuti sahaja arahanku.. Suri berjalan meninggalkanku sambil matanya tidak henti melihatku sesekali.”


“Kau masih hidup? Tapi bagaimana? Ah.. Itu tidak mustahil kerana aku tahu kau ada pendamping yang bersama dengan kau. Malah Kencana Hitam bersama Batu Permata sudah cukup menjadi bukti bahawa kau datang kemari dengan membawa niat yang tidak baik. Kamu semua pasti pengintipnya Angmaar.” (kata buaya tembaga itu.)


“Kelembai.. Apa yang sudah kau lakukan pada Kelembai? Mengapa dia boleh bersama dengan orang yang seperti kau? Lekas, lepaskan Kelembai sebelum nyawa kau aku iring ke neraka!!” (herdik buaya itu.)


“Bla..Bla..Bla.. Apa-apa sahaja.. Dari bicara tanpa henti, mari kita beraksi.” (balasku sambil menghunuskan pedang Kencana Hitam kearahnya.)


“Hmm? Kenapa budak ini secara tiba-tiba boleh bertukar menjadi berani? Malah semangatnya juga berubah menjadi semakin agresif? Apakah kerana pendampingnya?” (bisik buaya tembaga itu.)


Aku tersenyum sinis melihat buaya tembaga itu mula menjadi gelisah setelah melihat aku. Dengan perlahan aku memegang dada kiriku sambil berkata.


“Terima kasih Ayu kerana kau sudah tepat waktu membantuku, pilihan perasanku yang kau ambil juga amat tepat. Terima kasih kerana sudah menghilangkan perasaan takutku dan memberikan kuasa kepantasan kepadaku.” (bisikku sambil aku tersenyum melihat buaya tembaga itu.)


“Hahaha.. Patik hanya menurut perintah sahaja, Tuanku..” (balas Ayu.)


“Hahaha.. Kau mahu melawan akukah? Mari.. Mari.. aku sudah lama tidak beraksi..” (kata buaya tembaga itu.)


Mendengar cabaran buaya itu telah membuatkan jiwaku semakin membara, lalu aku memulakan langkahku dengan perlahan mendekatinya. Buaya itu melihat peluang yang terhidang, dengan pantas dia melibasku dengan menggunakan ekornya sekali lagi namun secara tiba-tiba aku menghilang dari pandangannya. Buaya itu terus terkejut lalu dia terpandang kearah sisinya.


Sekali lagi dia terkejut melihatku menghunuskan pedangku, bersiap sedia untuk menusuk tengkuknya. Sambil tersenyum aku berkata.


“Jangan disangka bila diri kau besar, kau sudah merasa diri kau sudah kuat. Apa kau tidak tahu, bila besar sesebuah sasaran itu, lagi mudah untuk membunuhnya?” (kataku.)


“Oh, jadi kau mahu aku sebesar kau? Hahaha boleh sahaja.” (balas buaya itu.)


Secara tiba-tiba muncul sebuah cahaya yang amat terang ditubuh buaya itu. Aku yang merasakan silau, terus mengundurkan diriku dari situ dengan segera. Aku melihat buaya itu sedang merubah dirinya menjadi seorang manusia.


Awang dan Puteri yang terkejut melihat sebuah cahaya yang muncul secara tiba-tiba pada ketika itu, terus berlari kearah aku dan Suri untuk melihatnya dengan lebih jelas.


“Apa kau tidak apa-apa Azizi?” (tegur Suri.)


“Ya.. Aku tidak apa-apa.” (balasku.)


“Siapa makhluk itu abang? Kenapa dia beriya sangat hendak melawan kita? ( tanya Awang.)


Belum sempat aku menjawabnya, Puteri pun mencelah.


“Itulah Bujang Senang..” (Kata Puteri.)


Kami semua memandang Puteri kerana terkejut dengan jawapan yang Puteri berikan. Lalu kami melihat semula ke arah Buaya yang sedang merubah dirinya itu..


“Hmmm…”


“Menarik..” (kataku.)


Akhirnya buaya itu pun berjaya melengkapkan perubahannya. Kelihatan tubuhnya seperti seorang manusia gagah namun bentuk dirinya tidak ubah seperti seekor buaya. Begitu juga dengan wajahnya. Malah dia juga mempunyai ekor yang mirip seperti seekor buaya.


“Nampaknya dia sudah bertukar kepada Buaya Jadian. Abang Azizi, tolong hati-hati kerana kekuatannya sekarang sudah berlipat kali ganda berbanding ketika dia menjadi buaya sepenuhnya.” (jelas Puteri.)


Aku hanya menggangguk faham setelah mendengar penjelasan dari Puteri.


“Ahhh…”


“Mari kita mulakan.” (kata buaya jadian itu.)


“Dengan senang hati.” (balasku.)


Dengan sekelip mata buaya jadian itu terus menghilang dan tiba-tiba muncul disisiku sambil mencuba hendak mencakarku.


“ARGGHHH.!!!” (jerit buaya jadian.)


Aku yang melihatnya terus memeluk Awang, manakala Suri pula memeluk Puteri, lantas kami melompat untuk menghindari dari serangan buaya jadian itu.


Setelah kami berjaya menjauhkan diri dari buaya jadian itu aku pun menyerahkan Awang pada Suri.


“Jaga mereka!”


“Dan jangan masuk campur dalam pertarungan ini!” (balasku, lantas terus berlari kearah buaya jadian.)


“NANTI!” (Suri menjerit padaku.)


Aku menghiraukan sahaja panggilan Suri, lalu aku pun menghunuskan pedangku untuk menyerang buaya jadian itu. Buaya itu terpegun melihat kesungguhanku.


“Hahaha.. Bersungguh benar kau ya?”


“Jadi memang benarlah bahawa kau adalah pengintipnya Angmaar. Hahaha.. Dengan ini, senang sikit aku, boleh membunuh kau tanpa rasa was-was.” (Ujar buaya jadian itu)


Dengan pantas buaya jadian itu pun terus melakukan serangan ke atasku.


“ARGHH.!!!”


Aku melihat dia datang dengan melulu lantas melibasku dengan cakarnya. Tanpa berfikir panjang aku pun menahan serangan tersebut dengan pedangku. Akibat menahan impak dari serangan yang agak kuat itu telah membuatkan aku terseret kebelakang sedikit.


“Argh.!! Serangannya terlalu kuat!!” (jerit hatiku.)


“HAHAHA!!”


“ HEBAT!”


“Kau mampu menahan serangan aku nampaknya. Aku Suka!” (ujar buaya jadian itu.)


Sukar untukku percaya rupanya ada juga manusia yang mampu menahan serangan libasanku tanpa ada sebarang luka sedikit pun. Tak sia-sia Angmaar mengambil kau menjadi hambanya. Ingin sekali aku bertanya kepada kau budak.”


“Siapakah kau disisinya Angmaar? Apakah kau Panglima? Ataupun Gundiknya?” (tanya Buaya jadian.)


“Aku….”


“Aku adalah kematian bagi dia dan engkau..” (balasku sambil tersenyum.)


“Hahaha…. Cakap besar kau budak! Kau kata bahawa kau adalah kematianku?”


“HAHAHA.!!”


“Baiklah kalau begitu. Mari pula kita lihat jika kau mampu untuk mengelak serangan berganda aku ini.!!”


“Arghh!!” (balas buaya jadian.)


Lalu dia pun menyerangku dengan bersungguh-sungguh, membuatkan aku tidak dapat membuat sebarang serangan balas. Aku hanya mampu mengelak setiap serangan dia sahaja. Aku cuba untuk mencari jika ada sebarang peluang yang membolehkan aku untuk membuat serangan balas, namun buaya jadian itu lebih bijak dari sangkaanku. Dia terlebih dahulu berjaya menutup kesemua ruang yang ada sehingga menyukarkan aku untuk mencarinya.


“Sekali lagi…”


“Aku tidak mampu menandinginya. Dia tersangat kuat! Setiap serangannya yang terkena pokok, terus mengakibatkan pokok tersebut terbelah dua!” (bisik hatiku.)


Tiba-tiba aku terdengar sebuah suara berbisik di telingaku..


“Tusuk Kencana Hitam pada tubuhnya!”


“Susah Ayu, susah!!”


“Hendak mendekatinya sahaja sukar apatah lagi hendak menusuknya..” (balas bisikanku.)


“Tapi itu sahaja caranya untuk menambahkan kekuatan serangan yang ada pada kau!” (herdik Ayu.)


“Maksud kau?” (aku mula kebingungan.)


“Untuk menambahkan kekuatan kau, kau hanya perlu menumpahkan setitik sahaja darah musuh kau mengenai mata Kencana Hitam. Maka nanti, Kencana Hitam dengan sendirinya akan membantu untuk menambahkan kekuatan kau supaya kau mampu menandingi musuh kau itu. Tidak kiralah sehebat mana pun musuh kau itu, jika darah mereka kau mampu milik walaupun hanya dengan setitik sahaja, sudah cukup bagi Kencana Hitam untuk beraksi. Ayuh Azizi, hanya setitik sahaja..” (jelas Ayu.)


“Tapi bagaimana?” Kulitnya keras!” Aku sudah cuba menebasnya, tapi tiada sebarang impak! Seolah-olah sepertinya dia kebal.” (bisikku.)


“Bahagian dada dan perutnya lembut!”


“Sebab itu dia selalu menjaga jaraknya dengan kita!” (balas Ayu.)


“Apa?!”


Aku pun terus cuba untuk merapatkan jarakku dengan buaya jadian itu kerana ingin melihat samada tekaan Ayu benar atau salah.


Alangkah terkejutnya aku kerana apa yang dikatakan oleh Ayu adalah benar sama sekali.

__ADS_1


“Iyalah.!”


“Setiap serangan yang telah dia lakukan, dia akan cuba menjaga jaraknya supaya menyukarkan aku untuk mendekatinya.” (bisikku.)


“Kau lemparkan Kencana Hitam padanya sekarang!” (kata Ayu.)


“APA? Lemparkan Kencana?”


“Tapi..”


“Aku kata SEKARANG!” (herdik Ayu.)


Tanpa berfikir panjang, aku pun mengikuti sahaja perintah Ayu dengan melemparkan pedang Kencana Hitam ke arah buaya jadian itu.


Suri, Awang, dan Puteri yang melihat aku dari jauh terus terkejut dengan tindakan aku itu. Buaya jadian yang melihat aku melemparkan pedangku pada arahnya, terus mengelak sambil ketawa besar.


“HAHAHA!”


“BODOH!”


“Apakah kau tidak tahu bahawa dengan tindakan kau itu akan memudahkan aku untuk membunuh kau?” (ujar buaya jadian itu.)


Lantas tanpa berlengah lagi, buaya jadian itu terus menerkam aku untuk membunuhku. Tiba-tiba Ayu bersuara lagi padaku.


“Seru Kencana Hitam!”


“CEPAT!” (kata Ayu.)


Aku pun terus memanggil pedangku semula.


“KENCANA!”


“ KEMARI.!!” (jeritku.)


Secara tiba-tiba pedang Kencana Hitam yang aku lemparkan sebentar tadi terus menghilang dari pandangan dan kemudian ia muncul secara tiba-tiba di dalam genggamanku.


“SEKARANG!! (jerit Ayu.)


Aku yang melihat kedudukan buaya jadian yang sangat dekat padaku dengan bahagian dadanya yang terdedah pada seranganku. Tanpa berlengah lagi, aku pun terus melibas pedangku tepat mengenai dada buaya jadian itu..


“ARGHH.!!”


Menjerit buaya jadian itu akibat terkena libasan pedangku, lalu dia pun melompat menjauhkan dirinya dariku sambil dia memegang luka yang ada pada tubuhnya.


“Apakah? Bagaimana Kencana itu boleh ada dengan kau? Bukankah kau baru sahaja melemparnya sebentar tadi.?” (tanya buaya jadian itu dalam kesakitan.)


“Hmm..”


“Benar.. Memang aku melemparnya..”


“Supaya mengumpan kau untuk mendekatiku..”


“Maka dengan itu, kelemahan kau akan mudah terdedah akibat dari keghairahan kau sendiri.” (jelasku.)


“Kurang Ajar kau!!” (balas buaya jadian itu.)


“Aku tidak perlu membunuh kau. Cukup bagiku, sekadar mendapatkan setitik sahaja darah kepunyaan kau, maka seluruh kekuatan kau akan ku miliki..” (jelasku lagi.)


Suri yang mendengar penjelasanku sebentar terus menjadi terkejut. Lantas dia terimbas kembali disaat dia terluka akibat memegang sarung pedang Kencana Hitam sebelum ini.


“Apakah itu kelebihan Kencana Hitam? Mendapatkan kekuatan pihak lawan hanya melalui titisan darah sahaja?” (bisikan hati Suri.)


“Patutlah kekuatan Azizi boleh berubah secara drastik. (bisik Suri lagi.)


“Tak guna kau! Kau telah mempermainkan aku!” (herdik buaya jadian.)


“Bukan aku yang mempermainkan kau namun kau sendiri yang lupa bahawa setiap pertarungan harus mempunyai perancangan.” (jelasku.)


“Tidak guna kalau sekuat mana sekali pun, namun jika otak tidak diguna pakai, kau tetap sama sahaja seperti orang yang bodoh, sampah!” (kataku lagi.)


“BIADAP KAU!”


“ARGGHH!” (jerit buaya jadian.)


Buaya jadian itu terus membuat gerakan kilat untuk menerkam aku. Aku tersenyum melihat tindakkan buaya jadian itu yang agak tergopoh-gapah. Lalu dengan perlahan aku menyebut..


“Kuasa Permata..”


“DIBUKA!”


Buaya jadian terus terkejut kerana secara tiba-tiba aku menghilangkan diri dari pandangannya.


“APA?”


“Dia menghilang?” (bisik buaya jadian.)


“Mana kau?!” (Jerit buaya jadian.)


Tiba-tibaku muncul dibelakangnya.


“Aku disini.” (balasku.)


“Dia dibelakangku? Bila masa? Kenapa deriaku tidak dapat merasa langsung akan kehadirannya? Apakah dia terlalu pantas sehingga deriaku tidak dapat mengesannya? (bisik buaya jadian.)


Buaya jadian itu terus menyerangku lagi, dan sekali lagi aku menghilangkan diri. Setiap serangannya langsung tidak mengena, dan lebih menyakitkan lagi, bila setiap kali selepas serangannya aku muncul dibelakangnya.


“Sampai bila kau mahu berada dibelakangku, Syaitan!” (herdik buaya jadian.)


Buaya jadian menjadi semakin marah.


“Baiklah jika kau mahu benar aku berada dihadapanmu, akan ku tunaikan.” (balasku.)


Buaya jadian itu pun menoleh, lalu dia menggangkat tangannya untuk menyerangku.. Secara tiba-tiba dia terkejut melihat aku menusuk pedang kencanaku ke perutnya.


“Apakah? Arrghh..” (buaya jadian menjadi terkejut.)


Lantas aku pun menarik pedang kencanaku.. Buaya jadian itu terus rebah ke tanah. Tiba-tiba satu cahaya muncul di tubuh buaya jadian itu dan merubah wujud buaya jadian itu menjadi seorang manusia asal yang sempurna. Aku dengan segera menyimpan pedangku semula sambil kehairanan melihat susuk lelaki itu. Suri, Awang, dan Puteri pula bergegas menghampiriku.


“Abang tidak apa-apa?” ( tanya Puteri.)


“Hmm… Yaa..” (balasku dalam keadaan senyum sambil mengusap rambut Puteri.)


“Kamu baik sahaja Azizi? Kenapa kamu suka sangat bertindak ceroboh sebegitu?” (Suri marah padaku.)


“Hahaha.. Maafkan aku.” (balasku sambil aku menggarukan kepalaku.)


“Siapa lelaki ini Azizi?” (tanya Suri.)


“Entahlah Suri, aku pun belum sempat menanyakannya lagi. (jelasku.)


Kami melihat sahaja susuk tubuh lelaki itu yang sedang nazak. Tiba-tiba Awang dan Puteri cuba mendekati lelaki misteri itu untuk melihat keadaannya


“Eh, jangan.!” (jerit Suri.)


Awang terus terkejut setelah melihat susuk lelaki itu lantas dia pun berkata,


“Eh ini Tengku Bujakng Mamut Aria.!”(jelas Awang.)


“Tengku Bujakng Mamut Aria? Siapa dia?” (tanya Suri.)


“Dia ini adik kepada Paduka Djata Mamut Aria, Paduka bagi negeri Daiya.” (jelas Awang lagi.)


“Haa? Adik Paduka? Macam mana..” (belum sempat aku bertanya, Suri mencelah.)


“Ayuh cepat selamatkan dia!” (Jerit Suri.)


Awang dan Suri pun bergegas menolong lelaki itu dengan membalut luka yang ada di perutnya.


“Ke…kenapaa…”


“Kau… cuba… menolong aku?” (tanya lelaki itu.)


“Kami bukan orangnya suruhan Angmaar..” (jelas Suri.)


“Kau.. Tipu…” (balas lelaki itu.)


“Benar kata mereka Bujakng..” (Puteri mencelah.)


“Kau… Kau Kelembai?”


“Kenapa kau.. bersama.. mereka?”


“Apakah… Kau… sudah… bersekongkol dengan Angmaar..? Oh… tidak….” (ujar Bujakng.)


“Sudah lebih baik kau diam sahaja dan jangan banyak bergerak kerana lukamu dalam sekali..” (balas Suri yang cuba untuk merawat luka Bujakng.)


“Akak Suri, biar Puteri bantu.” (kata Puteri.)


“Kamu bolehkah? (tanya Suri.)


“Boleh..” (balas Puteri.)


Puteri pun mendekati Tengku Bujakng, lalu dia mencabut beberapa daun yang ada pada tubuhnya, lantas dia menutupi kawasan luka itu dengan daun tersebut. Selepas dia menutupinya, maka daun itu pun mengeluarkan cahaya hijau seolah-olah kelihatan seperti daun itu cuba untuk menyembuhkan luka Tengku Bujakng.


“Penyembuhan ini akan mengambil masa yang agak lama, buat masa sekarang kita perlu membawanya ke Istana Daiya.” (jelas Puteri.)


“Baiklah, mari kita bawak dia.” (kata Suri.)


Aku dan Suri pun mulai memapah Tengku Bujakng dan membawanya ke kereta kuda.


“Kamu semua lepaskan aku! Aku tidak perlukan bantuan kamu semua..” (kata Tengku Bujakng.)


“Baik kau diam sahaja. Jangan banyak bercakap. Luka kau belum benar-benar sembuh lagi. Namaku Mahsuri Puspa Cempaka, Anakanda dari Paduka Azlan Mahmud Baginda, Paduka bagi Nauria. Kau boleh percayakan aku.” (jelas Suri.)


“Ohh.. Jadi nama penuh Suri, Mahsuri Puspa Cempaka.” (bisik hatiku.)


Kami pun membantu Tengku Bujakng menaiki kereta kuda untuk menuju ke Istana Daiya.

__ADS_1


__ADS_2