
Suasana pada malam itu sungguh tenang dan nyaman dengan angin yang bertiup lembut membuatkan sesiapa sahaja senang dibuai oleh mimpi yang indah. Kami berhenti sebentar untuk bermalam tepi bukit setelah penat seharian mencari jalan keluar dari hutan kecil itu ditambah pula dengan tragedi yang menimpa aku siang hari tadi telah memberikan aku sedikit pengajaran dan pengalaman yang tidak mungkin akan aku lupakan.
Aku melihat kearah Awang, lalu aku tersenyum setelah mengetahui bunyi denguran itu datangnya dari suara Awang. Nampaknya Awang sedang tidur mati sekali lagi. Barangkali mungkin dia agak keletihan. Maklumlah seharian penat berjalan.
Sang Kelembai pula sedang nyenyak tidur dengan kepalanya beralaskan pahaku sambil aku mengusap rambutnya dengan perlahan. Aku hanya tersenyum melihat Sang Kelembai, kerana dengan melihatnya sedikit sebanyak mampu mengubat rinduku kepada arwah adik perempuanku.
Suri datang mendekatiku lalu dia memberikan secawan kopi panas padaku..
“Nah.. Minumlah sementara ianya masih panas.” (ujar Suri lalu dia pun duduk disebelahku.)
“Bagaimana Sang Kelembai boleh mengenali kau? Malah aku lihat dia agak rapat dengan kau seolah-olah seperti kamu berdua sudah lama berkenalan?” (tanya Suri sambil melihat Sang Kelembai).
“Hmm… Entahlah. Aku pun kehairanan juga. Kau nak tahu, sehingga ke saat ini setiap kali aku menatap wajahnya, hatiku seolah-olah dapat merasakan kehadiran arwah adikku dalam dirinya. Kerana itu kau boleh nampak seperti kami ini sangat akrab..” (jelasku.)
“Hmm.. Mungkin dia mempunyai kuasa untuk mengubah pandangan mata hati kau, supaya kau dapat menyayanginya sama seperti kau menyayangi ahli keluarga kau sendiri.” (jelas Suri.)
“Ya.. Mungkin juga.. Namun jika benar sekali pun tekaan kamu itu, aku tetap tidak akan memarahinya atau menyimpan apa-apa perasaan dendam terhadapnya, kerana aku tahu dia bertindak sedemikian kerana ada sebab.. Mungkin dia sudah lama dikejar oleh para tentera Garuda..” (balasku pula.)
“Kesian aku tengok dia. Menangis sahaja dari tadi. Aku rasa dia terlalu rindukan Damak yang asli agaknya sehingga aku pun disangkanya Damak.” (jelasku lagi..)
“Hmm..”
“Ya… Kekadang sakitnya akan sebuah rindu itu lebih menyakitkan lagi, dari ditarik oleh sembilu yang tajam..”
“Walaupun sakit dibadan akan meninggalkan parut, namun sakit itu boleh dilihat dan ubat. Berbeza dengan sakit dihati yang tiada ubat dan tidak dapat dilihat.. Namun parutnya tetap melekat sampai kemati..” (ujar Suri lalu meminum kopinya.)
Aku hanya tersenyum selepas mendengar kata-kata dari Suri..
Dengan perlahan aku berkata…
“Suri.. Kekadang jika kau melihat orang itu sedang bahagia, jangan disangka dia tidak ditimpa musibah. Semua orang mempunyai kisah silam yang pilu. Namun ianya bergantung pada cara kau mengatasinya..”
“Mudahlah kau berkata, kehidupan kau berbeza dengan kehidupanku.” (balas Suri.)
“Kehidupan kita baik dari dulu, hingga sekarang, sama sahaja Suri.. Kita ini sebenarnya Suri, hanya mempunyai tiga hari sahaja dalam kehidupan kita.” (jawabku.)
“Maksud kau?” (tanya Suri.)
“Hari yang lepas.. Hari yang tidak mampu untuk kita berpatah balik dan memperbaikinya..”
“Hari esok.. Hari yang kita sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi..”
“Namun percayalah Suri, kita masih mempunyai hari ini.. Jadi gunakanlah hari ini untuk kita memperbaiki hari yang lepas dan membuat rancangan supaya hari esok akan menjadi hari yang lagi terbaik dari hari ini..” (ujarku.)
“Tak guna kau asyik mengenang kisah yang lalu Suri, kerana masa depan kau berada dihadapan, bukannya dibelakang.. Jadi rancanglah masa depan kau supaya kau mampu mengubah masa lalu kau itu Suri..” (ujarku lagi.)
Suri hanya terdiam tidak berkata apa.. Dia mula termenung memikirkan kata-kataku, lalu dia sedikit tersenyum..
“Terima kasih Azizi.. Kerana kau sudah menyedarkan aku.. Hatiku sekarang sudah mula rasa sedikit lega.. Terasa seolah-olah seperti sebuah batu besar yang membebaniku dahulu, kini sudah pun hilang.. Terima kasih sangat. Aku sangat menghargainya.” (balas Suri.)
Mendengar ucapan dari Suri membuatkan aku menjadi senang hati kerana aku sudah pun berjaya mengembalikan kepercayaan dalam dirinya semula. Aku tahu sakitnya akan sebuah derita perpisahan, namun perlu di ingatkan bahawa kehidupan ini hanyalah sebuah persinggahan sementara bagi manusia. Tidak salah mengingati orang yang kita sayang namun jangan sampai memakan diri..
Kami berdua termenung sejenak melihat kearah unggun api yang sedang rancak membara. Lantas Suri kembali bersuara.
“Azizi, boleh aku lihat pedang kau?” (tanya Suri.)
“Ohh.. Boleh, sekejap ya.” (jawabku.)
Lantas aku mengambil pedangku yang aku simpan dibelakang lalu aku berikannya kepada Suri.
“Nah…” (aku meletakkannya dihadapan Suri.)
Dengan perlahan Suri mengusapnya dan membeleknya..
“Sarung sisik naga..”
“Hmm.. Tidak syak lagi. Inilah Pedang Kencana Hitam..” (kata Suri.)
“Pedang Kencana Hitam?” (tanyaku yang agak kebingungan.)
“Ya. Nama pedang ini Kencana Hitam..” (jawab Suri.)
“Bagaimana kau boleh mengetahuinya?” (tanyaku lagi.)
“Ini pedang lagendalah Azizi.. Semua orang di Langsamudera mengenalinya. Kerana didunia ini hanya ada satu pedang sahaja yang mempunyai sarung bersisik seperti ini dan sisik ini adalah sisik asli yang diambil dari badan seekor naga tasik. Pedang ini juga adalah pedang kesayangan Angmaar dan hanya dia sahaja yang memilikinya.” (jelas Suri.)
Aku yang mendengarnya menjadi terkejut…
“Sisik Naga?”
“Jadi Naga juga wujud di Langsamudera ini?”
“Apakah Naga itu sekutunya Angmaar? Kerana pedang ini adalah milik Angmaar..” (bisik hatiku.)
“Yang menjadi persoalannya sekarang, bagaimana pedang ini boleh berada ditangan kau sedangkan pedang ini sudah lama menghilang di Langsamudera ini?” (tanya Suri lagi sambil mengusap tangannya membelek bentuk sarung pedang itu.)
“Aku pun sebenarnya tidak tahu pedang ini milik Angmaar, sebab pedang ini merupakan pemberian dari Nenek Kebayan kepadaku. Dia berikan padaku sewaktu kita hendak bertolak hari itu..” (jelasku.)
“Hmm.. Hairan..” (balas Suri.)
Tiba-tiba..
“Ouchhh.!”
__ADS_1
Suri menjerit lantas dia menarik tangannya dari menyentuh sarung pedang yang bersisik itu..
Aku agak sedikit terkejut mendengar jeritan Suri. Aku melihat jari telunjuknya sudah sedikit terluka dengan kesan toresan. Aku mula terpandang kearah sarung pedang itu. Sepertinya ada sedikit tumpukkan darah Suri pada sarung pedang itu, lantas dengan dua biji mataku, aku melihat darah itu meresap ke dalam sarung pedang itu seolah-olah seperti sarung itu sedang menghisap darahnya Suri..
“Tajamnya sisik dari sarung pedang ini..” (jelas Suri sambil menghisap jarinya yang terluka.)
“Hah.! Nampak gayanya pedang ini memang sentiasa lapar laparkan darah. Amat sesuai dengan jolokannya, Pedang Si Pemakan Darah.. Kau kena hati-hati Azizi. Berkemungkinan besar Angmaar mampu mengincar kita menggunakan pedang ini..” (kata Suri.)
“Boleh jadikah perkara yang seperti itu?” (tanyaku lagi.)
“Mungkin sahaja... Tiada yang mustahil jika melibatkan Angmaar.” (jelas Suri.)
Lalu Suri menguap menandakan dia sudah mengantuk.
Suri pun bangun dan mengeliatkan badannya lantas dia pun terus ke tempat tidurnya sambil berkata..
“Malam ni kau pula berjaga.! Aku nak tidur. Selamat malam..”
Suri lantas terus dia masuk ke dalam selimutnya meninggalkan aku yang terpinga-pinga..
“Ah Sudah..!”
“Dia bagi aku takut, selepas itu dia boleh pula pergi tidur tinggalkan aku sendirian.. Kalau jadi apa-apa nanti, bagaimana?” (bisik hatiku.)
Malam itu aku pun berjaga dengan memerhati keadaan sekeliling. Sudah hampir satu jam masa berlalu, mataku sudah semakin berat, namun aku tetap melawannya demi keselamatan rakan-rakanku.. Aku cuba meminum segelas air kopi untuk menghilangkan mengantukku namun ianya tetap juga tidak berhasil.
Disaat mataku mula semakin berat, secara tidak sengaja aku terlihat seperti ada sosok seorang budak perempuan sedang berdiri melihat kami. Aku cuba mengosokkan mataku, lalu aku melihatnya kembali, namun bayang budak itu tidak kelihatan pula..
“Ahh.. firasat aku agaknya. Barangkali mungkin aku agak keletihan sehinggakan semua perkara mula kelihatan.” (bisikku cuba untuk menenangkan kegelisahan hati ini.)
Lalu aku tertoleh kearah kiri. Alangkah terkejutnya aku melihat susuk budak perempuan yang selalu bermain di dalam mimpiku, muncul disebelahku. Aku terus melompat bangun dan segera mencapai pedang kencanaku kearahnya dengan penuh ketakutan.
“SI..SIAPA KAU?”
“Kenapa kau kerap mengganggu aku? Pergi kau dari sini.! Aku tidak mahu lihat kau.!” (jeritku.)
“Tenang Azizi.. Tenang.. Aku tidak akan apa-apakan kau.. Aku cuba datang hendak berjumpa dengan kau sahaja.” (jelas budak perempuan itu.)
“Berjumpa denganku? Untuk apa?” (tanyaku kembali.)
“Aku ingin berjumpa dengan kau atas urusan Batu Permata yang ada pada diri kau..” (jelas budak perempuan itu.)
“Batu Permata? Apa kau Angmaar?” (tanyaku yang ketakutan.)
“Hahaha.. Lawak apakah kau ini Azizi? Takkan Angmaar sebesar aku pula?” (balas budak perempuan itu sambil mengetawakan aku.)
“Untuk pengetahuan kau, aku adalah jiwa dari ketujuh-tujuh Batu Delima yang kini sedang kau cari. Aku datang berjumpa dengan kau adalah kerana kau sudah pun menerima akad untuk menjadi penjagaku yang seterusnya.” (jelas budak perempuan itu.)
“Aduhai Azizi.. Bukankah siang tadi kau sudah menerima akadmu? Menjadi Yang Terpilih? Sebab itulah aku datang menemuimu.” (jelas budak perempuan itu lagi.)
Kata-kata budak perempuan itu telah mengingatkan aku kembali akan kejadian siang tadi. Kemudian aku terus menjadi kecewa dan menyesal kerana aku sudah menerima sebuah akad tanpa usul periksa terlebih dahulu..
“Hahaha.. Kau jangan risaulah Azizi. Aku bukan saka yang akan mengikuti kau sampai kemati. Aku cuba datang untuk meminta kau selesaikan akad kau itu dengan sempurna sahaja.” (ujar budak perempuan itu lagi.)
“Selesaikan Akadku dengan sempurna? Maksud kau?” (tanyaku yang agak kurang mengerti.)
“Keluarkan keris Gading Delima, dan hulurkan keris itu..” (arah budak perempuan itu.)
Aku yang masih kurang mengerti, terus mengikuti sahaja arahannya..
“Bagus.. Sekarang tumpahkan setitik darahmu diatas Batu Permata Sutra Raya itu.” (arah budak perempuan itu lagi.)
“Nanti.! Untuk apa?” (tanyaku.)
“Dengan menumpahkan darahmu diatas Batu Permata itu, maka akan lengkaplah perjanjian kau denganku, menjadikan kau sebagai penjaga dan tuanku yang sah..” (jelas budak perempuan itu.)
“Kalu aku menjadi tuan kau, apa yang akan aku dapat?” (tanyaku lagi.)
“Akanku tunaikan apa sahaja permintaanmu walaupun kau hanya menghajatinya melalui hatimu. Tetapi ada syaratnya.” (kata budak perempuan itu.)
“Apa syaratnya?” (balasku.)
“Setiap permintaanmu akanku cabut satu perasaan yang ada pada dirimu sehingga kau tiada lagi sifat perikemanusiaanmu, dan akhir sekali, penamatnya ialah jiwa kau pula.” (jelas budak perempuan itu lagi.)
Aku yang mendengarnya, terus menundukkan kepalaku sebentar sambil tersenyum, lantas aku menyarungkan kembali keris Gading Delima yang ku pegang sebentar tadi..
“Kenapa kau menyimpannya kembali?” (tanya budak perempuan itu.)
“Aku tidak akan pernah sesekali menjual maruahku hanya demi sebuah impian yang sampah.! Aku rela hidup secara sederhana asalkan aku punya harga diri.” Aku simpan kembali hasratku untuk meneruskan akad ini. Kau boleh pergi mencari tuan kau yang lain. Aku tidak berminat dengan sebarang perjanjian kau. Berambus kau dari sini.” (jelasku yang agak bersahaja.)
Mendengar kata-kataku membuatkan budak perempuan itu menjadi murka, namun dia tetap tersenyum melihatku.
“HAHAHA..”
“Dasar manusia bongkak.! Jangan kau selalu merasa tinggi dengan maruah kau yang tidak seberapa itu.. Suatu hari nanti, kau pasti akan berlutut kepadaku juga..” (balas budak perempuan itu.)
“Selamat tinggal Azizi, aku akan menanti jawapanmu itu..”
Dengan perlahan budak perempuan itu berjalan mengundur seperti hantu, dan terus menghilangkan diri disebalik kegelapan hutan.. Setelah melihat dia pergi, aku terus terduduk kerana merasakan lututku sudah tidak berdaya lagi akibat menahan ketakutan yang membuak-buak di dalam diriku.. Aku terus memegang kepalaku sambil termenung resah.
“HAH… Hampir sahaja… Nasib baik aku menahan diriku ini.. Azizi apa yang kau fikirkan, kau hampir sahaja menjualkan jiwa kau kepada syaitan.. Bilakah semua ini akan berakhir? Aku sudah tidak sanggup meneruskan pengembaraan gila ini.. Aku nak balik.! AKU NAK BALIK..! (tegasku yang dalam dilema.)
Pada keesokkan harinya kami bangun awal dan memulakan perjalanan kami semula. Semuanya berjalan dengan baik. Aku melihat wajah Sang Kelembai agak sedikit ceria berbanding dengan hari yang semalam.
__ADS_1
“Abang Damak, kita hendak kemana sebenarnya?” (tanya Sang Kelembai.)
“Kita akan pergi ke Daiya, serana Abang ada beberapa urusan yang harus diselesaikan disana.” (jelasku.)
“Oh ya Kelembai, bolehkah mulai hari ini kamu jangan panggil Abang dengan panggilan Abang Damak?” (tanyaku.)
“Kenapa?” (tanya Sang Kelembai.)
“Sebabnya Abang perlu merahsiakan nama itu buat masa sekarang ini. Agak bahaya jika Abang menggunakannya.” (jelasku lagi.)
“Jadi Kelembai nak panggil Abang apa?” (tanya Sang Kelembai lagi.)
“Panggil sahaja Abang Azizi..” (jawabku.)
“Oh baiklah.. Kalau begitu, Kelembai pun hendak tukar nama jugalah. Panggil Kelembai ini… Puteri.. Boleh?” (tanya Sang Kelembai.)
Aku melihatnya dengan senyuman, lalu aku berkata.
“Boleh Puteri.”
Sang Kelembai yang mendengarnya menjadi sangat gembira sehingga aku boleh nampak pipi diwajahnya menjadi kemerahan.
“Kelembai! Ehh, Puteri.. Boleh Awang tahu berapa umur kamu sekarang ini?” (tanya Awang.)
“Umur Puteri tiga ratus tahun.” (jawab Puteri sambil berjalan melompat-lompat seperti anak kecil.)
“APA?!”
“TIGA RATUS TAHUN?”
Kami bertiga terkejut mendengar jawapan Puteri.
“Iya..” (Puteri menganggukan kepalanya.)
“Kalau begitu nama Puteri tidak sesuai untuk kamu. Layaknya kamu sepatutnya dipanggil NENEK sahaja.” (usik Awang.)
“AWANG..! (Puteri menjerit pada Awang, lantas dia terus mengejar Awang.)
Awang cuba berlari mengelilingi Aku dan Suri sambil dikejar oleh Puteri.. Suri sedikit ketawa bersama melihat gelagat mereka itu. Aku memandang wajah Suri.. Inilah kali pertama aku melihat Suri ketawa riang.. Mungkin semalam benar katanya, bahawa beban yang ditanggung olehnya selama ini sudah kian menghilang dari mengganggu fikiran dan hatinya.. Aku juga tumpang bahagia dengan perubahan yang berlaku kepada Suri.
Namun aku merasa sedikit kehairanan.
Kenapa jiwaku sekarang terasa kosong? Selalunya aku mudah terhibur, namun kali ini perasaanku rasa berbeza. Apakah kerana aku masih lagi dilema dengan perkara yang terjadi semalam? Soalnya hatiku sehingga sekarang masih terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena..
“Rasa seperti..”
“Ahh… Perasaan hati sahaja ni..” (bisik hatiku.)
Ketika matahari mula meninggi di langit, kami cuba mencari tempat untuk berteduh dan berehat sebentar untuk makan siang. Namun pandangan kami terarah kepada suatu kawasan ditepi tanah lapang. Kami melihat sepertinya ada sebuah kereta kuda ditepi jalan sambil ada beberapa orang lelaki disisi kereta kuda tersebut. Kami pun cuba mendekatinya kerana mungkin kereta kuda itu sedang mengalami kerosakan. Dalam fikiranku terlintas jika mungkin sahaja tuan kereta kuda itu sudi menumpangkan kami jika kami menolongnya nanti. Sesampai sahaja kami disitu, kami pun disergah oleh seorang lelaki yang turut berada disitu juga.
“Hey budak! Kau mahu kemana?” (tanya lelaki itu.)
“Kami mahu pergi ke Daiya.” (jawabku.)
Aku baru sahaja ingin bertanya kepada mereka, namun aku memberhentikan niatku sebentar kerana aku melihat gaya mereka tidak ubah seperti sekumpulan perompak. Aku memandang seorang lelaki yang begitu besar susuk tubuhnya, siap berparut lagi dibahagian wajahnya.
“Rasanya lelaki itu mesti ketua mereka..” (bisik hatiku.)
Puteri yang melihat mereka juga berlari menyorok dibelakangku dengan ketakutan. Aku melihat tiga orang rakan lelaki itu sedang seronok ketawa sambil memukul, dan memijak seorang lelaki yang tidak berdaya. Manakala seorang lagi rakan mereka sedang merogol seorang wanita disebalik kereta kuda itu.. Mendengar jeritan wanita yang merayu dalam keadaan tidak berdaya meminta untuk dilepaskan itu membuatkan darahku mulai menyirap. Aku menggenggamkan tanganku dengan kuat menahan amarahku..
“Kau tahukan sesiapa yang melalui jalan ini harus membayarnya? Kau mesti tidak mahu nasib kau seperti mereka bukan?” (tiba-tiba rakan mereka mencelah.)
Lelaki yang sedang merogol wanita tadi lantas dia mengalihkan pandangannya melihat kami, dan dia terpandang kearah Suri, lantas dia segera menyelesaikan urusannya, dan segera berjalan kemari sambil memperbetulkan celananya. Lantas dia berkata,
“Kalau kau tiada duit pun tidak apa..”
lelaki ****** itu mendekati Suri.
“Asalkan, kau izinkan kami pinjam sekejap teman wanita kau yang comel ini pun boleh..” (ujar lelaki ****** itu sambil memegang wajah Suri membeleknya.)
“Huuuih.. Wanginya bau..”
“Adik ikut abang nak tak? Kita pergi ke syurga duniawi sekejap. (tanya lelaki ****** itu.)
Tindakan lelaki ****** itu telah membuatkan rakan-rakannya yang lain mengetawakan kami.
Tiba-tiba Suri terus memegang kuat pergelangan tangan lelaki ****** itu, lantas Suri mengeluarkan pisau belatinya dan terus mengelar pergelangan tangan lelaki itu.
“ZAAPP!”
“AAAGGRRHHH.!” (jerit lelaki itu sambil memegang pergelangan tangannya.)
KURANG AJAR KAU..!! (jerit rakan mereka seorang lagi.)
Ketika rakannya hendak menerpa kearah kami, Ketua mereka terus menahan tindakan rakannya dengan menghadangkan tangannya kearah mereka..
“Nanti dahulu.!” (herdik ketua mereka.)
“Aku rasa kita sudah pun ketemu orang yang kita cari selama ini..”
Kata-kata ketua mereka membuatkan kami kebingungan seketika. Aku dan Suri memandang diantara satu sama lain kerana kehairanan dengan kata-kata yang dilemparkan oleh ketua mereka barusan.
“Hei budak, serahkan segera Batu Permata Sutra yang ada pada kau dengan segera!” (herdik ketua mereka.)
__ADS_1