7 Sumpahan Permata.

7 Sumpahan Permata.
Kehadiran Tetamu Yang Tidak Diundang.


__ADS_3

Keesokkan harinya…


“Waa..” (Awang menguap sambil meregangkan tubuhnya.)


“Selamat pagi semua.. Huh?”


“Eh? Apa yang sudah terjadi ni?” (Jerit Awang.)


“Kenapa secara tiba-tiba boleh ada lorong jalan yang besar pula di dalam kawasan hutan ni? Semalam tak ada pun? (jerit Awang kepadaku dan Suri sambil tangan menunjuk kearah lorong itu.)


“Abang Azizi, Kak Suri.! Jangan diam sahaja. Jawablah, Awang tanya ni.! Kenapa boleh ada lorong sebesar ini?” (tanya Awang kepada aku dan Suri.)


“Semalam Sang Kelembai ada lalu dekat situ.. (balas Suri.)


APA?!


Sang Kelembai?


“Kenapa kak Suri tak kejutkan Awang? Awang nak lihat Sang Kelembai..” (herdik Awang.)


“Dah kau tidur mati semalam..” (Jawab aku pula.)


“Mana ada Awang tidur mati..” (balas Awang.)


Aku dan Suri memekakkan telinga kami berdua dari mendengar bebelan dari Awang sambil kami mengemas tempat rehat kami sebelum kami meninggalkan kawasan ini.. Sejujurnya aku masih lagi tidak percaya dengan apa yang baru aku lihat semalam.. Wajah sebenar Sang kelembai.


Selama ini aku menyangkakan dia hanyalah seorang wanita tua, tetapi tidak rupanya... Kelibatnya semalam telah merubah faktaku dan fakta-fakta lain yang telah aku dengar mengenainya sebelum ini.. Tidakku sangka semalam dia muncul dalam keadaan wujudnya yang begitu menyeramkan. Dengan tingginya hampir sepuluh meter..


Namun, apakah itu adalah wujud aslinya? Atau dia sekadar merupa demi mengaburi mata orang lain?


Sehingga sekarang aku masih tidak mampu untuk melupakan perkara itu.. Apakah masih ada lagi makhluk mitos seperti dia di luar sana?


“Ahhh.. Sakit pula kepala aku bila difikirkannya..” (bisikku.)


“Ayuh.! Kita bergerak..” (kata Suri kepadaku dan Awang.)


Kami pun memulakan langkah kami, untuk menyambung semula ekpedisi kami menuju ke negeri milik bangsa Daiya.


Sementara itu di istana Mahajarawi…


Disaat Paduka Azlan sedang menikmati secawan air kopi dipagi hari, datang panglima istana yang menangkapku tempoh hari mengadap Paduka Azlan..


“Paduka, patik datang mengadap, sesuai dengan perintah Paduka..” (kata panglima itu.)


Hmm.. Panglima, Beta ingin tahu perkembangan terkini mengenai “KERJA” yang Beta kirimkan pada kamu tempoh hari. Apakah kamu sudah selesaikan kerja kamu itu dengan baik.?” (tanya Paduka Azlan.)


“Paduka, mengenai perkara itu, patik telah pun mengirimkan beberapa orang yang mampu melakukan “KERJA KOTOR” itu, dan sekarang patik juga menunggu berita dari mereka, Paduka..” (jelas Panglima.)


“Hmm.. Siapa yang kau upah panglima.?” (tanya Paduka Azlan.)


“Demi menjaga aib dan rahsia kita, patik telah mengupah pembunuh upahan yang biasa, Paduka.” (jelas Panglima.)


“Apa? Pembunuh upahan yang biasa? Apa kau sudah gila? Apa yang bermain difikiranmu itu Panglima? Kenapa kau menggunakan khidmat dari pembunuh yang biasa?” (herdik Paduka Azlan.)


“Maafkan patik Paduka, tapi izinkan patik mengetahui dimana salahnya, Paduka?” (tanya Panglima semula.)


“Apa kau sudah lupa dengan apa yang telah terjadi kepada kau tempoh hari wahai Panglima? Suri dengan mudah dapat mematahkan serangan kau sehingga wajah kau juga berubah menjadi pucat. Ingat lagikah kau Panglima? Kau bayangkan, sedangkan kau panglima istana, orang kananku dengan mudah Suri dapat tumpaskan, inikan pula pembunuh upahan biasa?” (jelas Paduka Azlan.)


Panglima hanya menundukkan kepalanya kerana malu dihina oleh Paduka Azlan.


“Sudah! Beta mahu kamu carikan pembunuh upahan yang lain. Biarpun mahal bayarannya, Beta sanggup asalkan Batu Permata Sutra Raya itu jatuh ketangan Beta..” (kata Paduka Azlan.)


“Patik rasa ada satu orang yang sanggup melakukan apa sahaja demi wang. Dia dikenali sebagai Si Pembunuh Berdarah Dingin. Namun Paduka, bayarannya tersangatlah mahal, Paduka.” (jelas Panglima.)


“Tak mengapa, lakukan sahaja. Asalkan Batu Permata itu menjadi milik Beta..” (balas Paduka Azlan.)


“Baiklah Paduka, arahan Paduka akan patik laksanakan dengan segera.!” (jawab Panglima.)


Disaat Paduka Azlan sedang berbicara dengan panglimanya, tiba-tiba datang seorang pengawal istana berlari kearah Paduka.. Lelaki itu tersadung kakinya, lalu terjatuh tepat dihadapan kaki Paduka Azlan.


“DASAR KAU TAK BERADAP! KAU INGAT SINI TEMPAT BERMAINKAH?” (herdik Paduka Azlan.)


“Maaf Paduka, Maaf.” (rayu pengawal itu.)

__ADS_1


“Apa tujuan kau datang kemari dengan sikap kau yang tidak sopan itu? Cepat katakan pada Paduka!” (herdik Panglima pula.)


“Ampunkan patik Paduka! Patik datang membawa berita yang kurang enak Paduka.!” (jelas pengawal sambil berlutut pada Paduka Azlan.)


“Berita? Berita apa?” (Tanya Paduka.)


“Gegala Paduka.”


“Gegala bersama dua orang tenteranya telah datang ke istana sambil membawa sepucuk surat Paduka..” (jelas pengawal itu yang dalam ketakutan).


Paduka Azlan yang mendengar berita itu terus terkejut sehingga cawan minumnya terlepas ke lantai..


“APA?!”


“GEGALA?”


“Bagaimana mereka boleh masuk ke dalam kawasan Nauria? Malah sehingga di dalam istana? Mana pengawal yang lain? Kenapa kamu semua tidak tahan mereka?” (Herdik Paduka Azlan yang marah.)


“Pa..Patik tidak tahu Paduka.. Mereka hanya muncul secara tiba-tiba sahaja..”


“Dan.. Dan mereka kata mereka hendak berjumpa dengan Paduka..” (Jawab pengawal.)


“CIS.!” (Paduka Azlan melepaskan geramnya dengan mengetuk meja.)


“Dimana mereka sekarang?” (tanya Paduka Azlan semula.)


“Mereka menunggu Paduka di Singgahsana, Paduka..” (jawab pengawal.)


“Nampaknya kita harus melakukan sesuatu Paduka.” (kata Panglima.)


“Ya benar. Hmm.. Pengawal, segera panggil anakanda Beta bersama.! Katakan padanya Beta mahu dia mengadap Beta di singgahsana sekarang juga..” (arah Paduka Azlan.)


“Menjunjung perintah Paduka.” (balas Panglima, lalu terus meninggalkan Paduka Azlan bersama Panglima.)


“Kamu, kumpulkan kesemua tentera kita, dan kepung Gegala bersama tenteranya,SEKARANG!” (arah Paduka Azlan kepada Panglima.)


“Baik Paduka..” (Jawab Panglima lantas berlari meninggalkan Paduka.)


“CISS.!”


Lantas Paduka pun bergegas pergi ke singgahsananya..


Di Singgahsana Paduka..


“LEKAS SEMUA.!”


“KEPUNG MEREKA.!”


“JANGAN BIARKAN MEREKA TERLEPAS.!” (jerit Panglima.)


Semua pengawal istana berpusu-pusu memasuki ruangan singgahsana Paduka, lantas mereka membuat satu bulatan besar mengepung Gegala bersama dua orang tenteranya..


Kesemua pengawal bersiap-siaga menunggu arahan dari Panglima.. Kelihatan beberapa tangan para pengawal mula bergetaran kerana gerun melihat susuk tubuh Gegala. Tiba-tiba Gegala mulai ketawa.. Ketawanya membuatkan pasukan pengawal istana sedikit terkejut dan gerun malah ada dari kalangan mereka yang mula berganjak kebelakang sedikit.


“HAHAHA..!”


“Hebat kau Azlan.. Satu angkatan kau panggil semata-mata hanya untuk menyambut aku.. Rasa terharu pula aku dibuatnya..” (kata Gegala.)


Tiba-tiba Paduka Azlan dan Tengku Muzaf berjalan laju memasuki ruangan singgahsana dan bersemayam diatas kerusi diraja..


“Haa… Paduka Azlan Mahmud Baginda dan anakandanya yang tercinta, Tengku Muzaf Mahmud Baginda sudah pun masuk ke singgahsana.. Patik terasa sangat bangga dengan kehadiran Paduka..”


“Dan patik juga agak terharu, kerana Paduka sanggup menyuruh kesemua hamba abdi Paduka untuk datang menyambut Patik di sini. Terharunya Patik.. Hahahaha..” (kata Gegala kerana ingin mempermainkan Paduka Azlan.)


“Kurang ajar kau Gegala.! Masuk tidak dijemput, malah tidak beradap.! Lekas, katakan apa tujuan kau kemari sebelum Beta menyuruh kesemua tentera Beta hapuskan kamu bertiga.!” (Herdik Paduka dalam keaadaan marah.)


“Oh… Hahaha… Janganlah lekas marah Paduka.. Tidak manis meninggikan suara dihadapan tetamu terhormat ini Paduka, Hahaha..” (Gegala mengejek Paduka.)


“HEI PADUKA AZLAN MAHMUD BAGINDA.!”


“Atas arahan Permaisuri kami Angmaar, kau diberi perintah untuk menyerahkan kesetiaanmu dibawah naungan Raja Abadi kami, GARUDA…” (kata Gegala.)


“CIS… Telaknatlah kau bersama Angmaar wahai Gegala.. Beta tidak akan pernah sesekali menyerahkan negeri Beta ini untuk berada dibawah naungan Garuda mahupun Angmaar.!” (Jerit Paduka.)

__ADS_1


Tiba-tiba Tengku Muzaf mencelah.


“Apakah kau sedang bermimpi wahai Gegala yang bongkak? Garuda tidak akan pernah bangkit kembali kerana kuncinya ada pada kami.!” (herdik Tengku Muzaf.)


“Hahaha.. Oh ya? Maksud kamu, kunci inikah.? (Tanya Gegala sambil menunjukkan serpihan keris Gading Delima yang mengandungi Batu Permata Delima Hitam yang dipakai olehnya sebagai rantai leher.)


Semua orang di dalam istana menjadi terkejut yang teramat setelah melihat Batu Permata Delima Hitam yang kini berada ditangannya Gegala.


“APAKAH?” (Paduka Azlan terkejut sehingga mulutnya ternganga..)


“Baa.. bagaimana….. Kamu boleh ada batu itu?” (tanya Tengku Muzaf sambil tubuhnya mengetar.)


“Hahaha… Panjang ceritanya Paduka.. Hahaha…. SUDAH.!”


“Paduka Azlan, apa jawapanmu sekarang? (tanya Gegala.)


“Jawapanku tetap sahaja sama.! TIDAK.! Aku tidak akan sesekali tundak kepada Garuda dan Angmaar.! Haram bagiku untuk aku meletakkan dahiku diatas kakinya mereka berdua itu.!” (balas Paduka Azlan.)


“Hmm.. Baiklah.. Kata putus telah pun kau buat, maka dengan itu wahai Paduka Azlan, persiapkanlah segala kelengkapan persemadianmu kerana selepas satu purnama, kami akan datang semula untuk ratakan seluruh negeri Nauria ini serata-ratanya..” (ujar Gegala.)


“Hahahahaha..”


Gegala pun dengan perlahan mengangkat tangannya kearah Paduka Azlan, lalu memetikkan ibu jarinya. Petikan jarinya didengari dengan jelas di dalam kawasan singgahsana. Lantas secara tiba-tiba sebuah asap hitam muncul diantara Gegala, dan terus menghilangkan Gegala bersama-sama dengan dua orang tenteranya.


“ZOOMMSS…”


Suasana di dalam istana terus menjadi tegang.. Semua pengawal istana mula berbalah sesama sendiri sehingga menjadi sebuah keributan yang amat dashyat..


“Ayahanda.. Ayahanda… Apa kita nak buat sekarang?” (tanya Tengku Muzaf.)


Paduka Azlan hanya terduduk diam seribu bahasa. Kerutan dahi dan riaksi mukanya yang sangat gelisah mulai kelihatan.. Wajahnya menjadi pucat seperti seolah-olah baru melihat akan sebuah kematian dihadapannya.


Matahari mula terpajak tinggi dilangit. Cuaca yang panas memerikkan lagi tekakku yang hampir kering. Dengan perlahan aku membuka kantung airku untuk aku meminumnya, namun sayang, airnya sudah pun habis.. Sudah hampir setengah hari kami berjalan mengikuti langkah Suri untuk sampai ke negeri Daiya.. Kakiku sudah mula terasa kebas.. Sudah lama aku tidak berjalan sejauh ini..


“Aduh, penatnya.. Bilakah Suri mahu berhenti untuk berehat seketika? (bisikku.)


Tiba-tiba Awang bersuara..


“Kak Suri, boleh Awang tahu, kenapa perjalanan pertama kita adalah Daiya?” (tanya Awang.)


“Eh? Kamu tidak tahukah Awang? Sudah hampir seminggu perjalanan kita, akak mati-mati ingat kamu tahu. Haha.. Sebenarnya tujuan kita ke Daiya adalah kerana abang Azizi harus menyampaikan sebuah amanat dari ayahanda kepada Paduka Daiya..” (jelas Suri.)


“Tapikan akak…”


Belum sempat Awang bertanya, Suri terus menghalang Awang dari meneruskan perjalanannya dengan menahan Awang menggunakan tangan kanannya.


“Shuuss… Diam.!”


Aku dan Awang terpinga-pinga dengan tindakan Suri itu.


“Hutan ini.. Aku dapat rasakan, ada sesuatu di dalam hutan ini.. Jangan berpecah, kita begerak perlahan-lahan..” (ujar Suri.)


Kami pun menganggukkan kepala, lalu mengikuti arahan Suri… Setelah itu, kami terlihat seperti ada beberapa jasad yang sudah terbongkang sambil tubuh terbelit dengan beberapa batang akar kayu.. Lantas Suri pun berkata dengan nada yang rendah..


“KELEMBAI..” (kata Suri.)


“Jadi kau nak kata ini semua olah dari Sang Kelembai lagi?” (tanyaku.)


“Ya.. Nampaknya Sang Kelembai telah menggunakan kuasanya untuk menghidupkan hutan ini..” (jelas Suri.)


“Kita tidak boleh bergerak melalui jalan ini, sebab hutan ini sekarang sedang hidup. Satu pergerakan yang kita hasilkan akan membuatkan hutan ini terus menyerang kita. Kita terpaksa menggunakan laluan atas.” (kata Suri


lagi.)


“Maksud kau? (tanyaku yang sedikit bingung.)


“Kita terpaksa bergerak melalui dahan-dahan pokok.” (jelas Suri.)


Suri yang melihat aku kian kebingungan berkata lagi..


“Kau jangan risau Azizi.. Pokok-pokok disini mempunyai dahan yang bercabang besar dan kukuh.. Malah dahannya sentiasa berhubung dengan dahan yang lain.. Jadi, akan memudahkan kita untuk bergerak melintasinya nanti..” (kata Suri dengan menyakinkan.)


“Tapi, apa bezanya jika kita bergerak dari atas? Bukankah dengan bergerak dari atas akan menghasilkan getaran juga?” (tanyaku lagi.)

__ADS_1


“Ya, tapi hutan tidak akan menyerang kerana dia tahu hanya binatang sahaja yang menggunakan dahan untuk bergerak seperti monyet, kera dan lain-lain.” (balas Suri.)


“Oh.. Sekarang baru aku mengerti. Baiklah, ayuh kita harus segerakan langkah kita kerana malam pun akan kunjung tiba tidak lama lagi. Takut nanti malam akan lebih menyukarkan kita untuk bergerak melepasi hutan ini nanti..” (jelasku pula.)


__ADS_2