
Sudah beberapa hari kami menempuh perjalanan kami menuju ke negeri milik bangsa Daiya untuk berjumpa dengan Paduka Djata Mamut Aria.. Sepanjang perjalanan kami, Suri ada memberitahuku bahawa setiap Paduka memiliki satu Batu Permata. Dengan informasi yang aku dapat dari Suri ini, sedikit sebanyak akan memudahkan misi aku untuk mengumpulkannya kembali, kerana seingat aku, Atuk pernah berkata bahawa Langsamudera mempunyai lima Paduka.
Jadi lima campur satu Batu Permata milik Atuk, maka akan ada enam Batu Permata yang harus aku dapatkan nanti. Jadi yang tinggal hanya satu Batu Permata sahaja lagi yang perlu dicari, tetapi persoalannya, siapa pemilik bagi Batu Permata yang ketujuh itu? Aku harus segera mencari tahu akan persoalan ini. Tapi apa-apa pun aku berharap sangat agar Paduka yang bakal aku jumpa ini nanti adalah orang yang mudah untuk dibawa berbincang. Harap-harap dia tidak seperti Paduka Azlan itu, sudahlah bengis, sombong pula.
“Hmm..”
“Jauh lagikah perjalanan kita ini Awang?” ( tanyaku sambil mengeluh.)
“Jauh lagi abang Azizi..” Bersabar sahajalah ya..” (jawab Awang yang juga keletihan sepertiku).
“Aduh.. Sudah nak tercabut kepala lutut aku dibuatnya.. Kenapalah aku diberi ujian yang berat sebegini rupa?” (bisiku.)
“Awang.. Kenapa kita tidak bergerak menggunakan kuda sahaja? Sudah pasti kita akan sampai dengan lebih cepat dan tidak letih begini..” (herdik ku).
“Awang sudah pun bertanya pada kak Suri dan dia tidak kasi kita naik kuda. Dia kata, Awang dengan abang Azizi tak pandai tunggang kuda. Nanti jatuh.. Lagi pula tak kan kita berdua nak tumpang kuda kak Suri pula? Tak manis bila dipandang orang nanti… (jawab Awang sambil ibu jarinya menunjuk-nunjuk kearah Suri yang berjalan dihadapan kami.)
Aku yang mendengarnya, mula terasa kecewa.
“Aduhai.. Kenapalah boleh ada babak yang tidak menyeronokkan di zaman pertengahan ini? (bisikku dalam keadaan yang kecewa.)
Sepanjang perjalanan kami bertiga, aku melihat Awang sangat akrab dengan Suri seperti adik dan kakak. Melihat kemesraan mereka mengingatkan aku kembali kepada arwah adik perempuanku.
Hmm.. Bila difikirkan semula terasa rindu pula aku padanya. Sudah hampir enam bulan aku tidak menjenguk kububurannya akibat kesibukan yang melanda keatasku sejak akhir-akhir ini..
Aku melihat kembali kearah Awang, lantas aku terfikirkan sesuatu..
“Awang..” (panggilku.)
“Ya?” (Awang menyahut.)
“Sahaja ja abang Azizi nak tanya. Awang sudah lama ka kenal dengan kak Suri? (tanyaku.)
“Ya.. Agak sudah lama jugalah.. Awang rapat dengan kak Suri dari kecil lagi.. Sebab dahulu Awang sering ikut Pak Cik pergi hantar alat perang yang ditempah oleh Panglima ke istana. Jadi dari sanalah Awang mengenali kak Suri dan seterusnya menjadi kawan sampailah sekarang.. Kenapa?” (tanya Awang.)
“Oh.. Jadi agak lama jugalah.. Mesti Awang sudah mengenali sikap kak Suri kan?” (tanyaku kembali.)
“Ya, tapi tak semua..” (jawab Awang.)
“Kak Suri sikapnya memang begitukah?” (tanyaku lagi.)
“Begitu yang bagaimana?” (Awang menyoalku dalam kehairanan.)
`”Yalah… Garang.. mukanya pula sentiasa tegas.. Tak banyak cakap.” (jelasku.)
“Ohh… Taklah.! Bagi Awang kak Suri tu baik sahaja.. Dia memang begitu kalau dengan orang baru atau melakukan urusan negara. Dia memang akan buat kerja dengan benar dan tegas..” (jelas Awang.)
“Oh.. Dia memang sentiasa bersikap dinginkah dengan Paduka?” (tanya ku lagi.)
“Hmm.. Entah. Tidak tahu pula Awang mengenai perkara itu.” (jawab Awang.)
“Ceh.! Apalah Awang ni, nama sahaja cendiakawan. Bila tanya dikatanya serba tahu tapi permasalahan istana negeri sendiri pun boleh tak tahu..” (bisik hatiku dengan kecewa.)
Awang kembali bersuara…
“Abang Azizi.. Awang nak tanya boleh?”
“Tanyalah..” (balasku).
“Abang Azizi ni sebenarnya datang dari mana?” (tanya Awang.)
“Ohh.. Hmmm.. Rasanya hendak mula dari mana ya.? Sebenarnya abang…”
“Nampaknya kita sudah sampai..” (Suri mencelah perbualan kami.)
“Kita akan berehat dahulu sebentar disini, selepas itu kita akan menyambung semula perjalanan kita.. Awang, pergi ke rumah itu.. Ambil duit ini. Cuba kamu pergi jumpa tuan rumah itu dan tanya jika dia boleh menjualkan kepada kita beberapa makanan yang boleh kita jadikan sebagai bekalan nanti..” (kata Suri sambil memberikan seuncang wang.)
“Baiklah kak.!” (jawab Awang.)
Awang pun mengambil wang tersebut lantas terus berlari menuju ke rumah itu.
“Azizi.. Mari ikut aku, kita harus mengisi semula air di dalam karung ini.. (jelas Suri.)
“Hmm.. baiklah..” (balasku.)
Aku pun mengambil beberapa karung yang dibawa oleh kami bersama lalu mengikuti Suri hingga sampai ke sebatang anak sungai yang kecil.. Hatiku sedikit terpesona dengan kejernihan air itu. Sungguh jernih sehingga aku mampu melihat dasarnya dari jauh.. Setelah sampai, aku yang tanpa berfikir panjang, terus menadahkan tanganku dan meminum air tersebut berulang kali.
Ahhh.. Indahnya rasa air sungai ini.. Kesejukkan air itu mengalir masuk ke dalam anak tekakku membuatkan rasa dahagaku hilang dalam sekelip mata.. Lantas aku menadahnya lagi, lalu aku menyapukan air itu diseluruh wajahku ini.. Alangkah indahnya dan selesanya bila air yang sejuk terkena wajah.. Terasa nyaman sekali seolah-olah aku ingin membuang bajuku untu mandi di dalam sungai ini..
Setelah selesai aku membasuh wajahku, aku pun mula menadah air tersebut dalam kantung air yang aku bawa bersama.. Tiba-tiba aku dan Suri terdengar suara Awang menjerit..
“AAAGGGRRRR..!”
Tanpa berfikir panjang, aku dan Suri terus berlari kearah Awang.!
Sampai sahaja dihadapan pintu rumah itu, aku melihat Awang yang sedang terduduk ketakutan sambil tangannya menggigil menunjukkan sepasang suami isteri yang telah berubah menjadi patung batu. Sebahagian rumah mereka juga turut berubah menjadi batu..
“Apakah?” (mataku juga terbeliak melihat kejadian yang mengejutkan itu.)
“Suri, adakah ini angkara Angmaar atau Garuda?” (tanyaku.)
“Tidak. Aku tidak rasa ini adalah perbuatan mereka. Melihat dari bentuk sumpahan yang digunakan, aku yakin ini pasti perbuatan dari Sang Kelembai.. (dijawabnya Suri sambil dia menghulurkan tangannya pada Awang untuk membantu Awang bangun.)
“APA?”
“SANG KELEMBAI?”
“Tak kan lah? (balas aku dan Awang.)
“Ya, Kelembai.. Aku yakin sekali. Dilihat dari bentuk kesan yang terkena sumpahan ini pun aku sudah dapat agak, ini adalah olah dari Sang Kelembai.. Mesti dia ada lalu disini semalam.. (jawab Suri sambil mengeledah rumah itu seperti tiada apa yang berlaku.)
Aku dan Awang saling melihat satu sama lain lalu terlintas persoalan baru difikiranku..
“Sang Kelembai?”
“Jadi dia benar-benar wujud?” (bisik hatiku.)
Aku mula tertanya-tanya. Mula-mula Badang, sekarang Sang kelembai pula. Sebenarnya erapa banyakkah makhluk mitos yang wujud di dalam dunia ini?
Aku pun memandang kearah Awang. Kelihatannya dia seperti sedang meneliti setiap patung batu yang ada di dalam rumah ini.
“Awang.. Apa yang kamu tengokkan lagi tu? Cepat bantu kakak.. Kita harus segera kumpulkan bekalan makanan yang ada disini sebelum hari mulai senja dan tukar gelap..” (ujar Suri.)
Aku dan Awang yang mendengar kata-kata Suri, terus bergegas membantu Suri mengumpulkan apa sahaja yang boleh kami guna untuk sepanjang perjalanan kami nanti..
Lantas kami pun bergegas pergi meninggalkan rumah itu dan meneruskan perjalanan kami.. Disaat kami hendak mengorak langkah, aku terpandang akan sebuah pekan yang ada berhampiran dengan rumah itu, aku pun terkejut setelah melihat apa yang terjadi dihadapanku. Aku pun terus memanggil Suri dan Awang.
“Suri, Awang.! Cepat kemari, tengok pekan tu.!”
Suri dan Awang pun datang kepadaku, lalu mereka pun melihat kearah pekan itu.. Suri dan Awang juga terkejut melihat keadaan pekan itu..
__ADS_1
“Tak mungkin.” (kata Suri.)
“Kak… Mereka semua pun dibunuh oleh Kelembai juga ka kak.?” (tanya Awang yang ketakutan.)
Kami semua terdiam seribu bahasa. Aku tidak mampu untuk berfikir sekarang ini. Fikiran aku mula terganggu dengan kejadian yang dahsyat ini. Keadaan pekan ini sangat sadis. Tidak dapat aku bayangkan perkara sekejam ini boleh berlaku di dunia ini.
Tubuhku menggeletar melihat darah yang menyimbah dimerata tempat dengan begitu banyak. Bau darah yang sangat kuat menutupi bau mayat yang ada di pekan itu. Mayat yang tidak cukup sifatnya juga berlimpangan dimerata tempat.. Boleh dikatakan satu pekan telah dibunuh oleh Sang Kelembai. Aku mula tertanya-tanya, apakah Sang Kelembai sekejam ini?
Kami pun berjalan pergi kearah pekan itu untuk melihatnya dengan lebih jelas. Disaat itu aku mula mendekati Suri, dan bertanya padanya..
“Apakah ini juga termasuk dari perbuatan Sang Kelembai?”
“Tidak.. Itu tidak mungkin.! Sang Kelembai bukan jenis yang suka membunuh.! Dia juga tidak akan mungkin memasuki kawasan pekan, kerana setahu aku Sang Kelembai itu suka menyendiri dan suka menjauhkan dirinya dari manusia..” (jelas Suri.)
“Habis itu, siapa lagi kalau bukan Sang Kelembai.?” (tanyaku lagi.)
“Kakak.! Datang sini lekas. Lihat apa yang Awang jumpa.!” (jerit Awang.)
Aku dan Suri terus bergegas kearah Awang. Setelah sampai,
“Tidak, Ini tidak benar.! Pasti ada yang tidak kena.. (kata Suri.)
“Kenapa Suri?” Kau kenalkah dengan mayat ini? (tanyku yang kebingungan.)
“Ini…. Ini salah seorang dari tenteranya Garuda..” (balas Suri.)
Mendengar kata-kata Suri, membuatkan aku dan Awang terkejut sekali lagi. Aku mula ketakutan, lalu aku melihat disekeliling pekan mencari jika masih ada orang yang sedang mengintai kami. Ketakutan yang tidak pernah aku rasakan, mulai menyelimuti diriku sehinggakan tubuhku mula mengeletar.
“Kau biar betul Suri. Kau yakinkah?” (tanyaku yang inginkan kepastian.)
“Memag tak syak lagi.. Mayat ini adalah tenteranya Garuda, tapi aku juga hairan, bagaimana mereka boleh sampai kemari tanpa dapat dikesan oleh para tentera pengintip Nauria.. Dan aku nak tahu apa kaitan mereka dengan Sang Kelembai.? Kau lihatlah sendiri. Ada diantara mereka yang telah disumpah oleh Sang Kelembai. (jelas Suri.)
Suri.. Kau rasa apakah Sang Kelembai itu sudah menjadi sekutunya Garuda dan Angmaar? (tanyaku.)
Aku rasa tak mungkin begitu.. Seperti yang aku katakan tadi, Sang Kelembai itu jenis suka menyendiri… dan takut pada manusia.. Jadi agak mustahil untuk kelembai bekerjasama dengan Garuda atau Angmaar.. (jelas Suri.)
“Hmm.. Tapi bila difikirkan balik, ada benarnya juga apa yang dikatakan oleh Suri itu. Penjelasan yang disampaikan oleh Suri sangat mirip dengan mitos Sang Kelembai yang sering aku dengar didunia nyata.. (bisik hatiku.)
“Marilah kita tinggalkan tempat ini dengan segera. Aku risau, takut tentera Garuda masih ada berdekatan dengan tempat ini..” (jelasku.)
“Ya. Mari..” (balas Suri.)
Kami pun meninggalkan tempat ngeri itu dan meneruskan perjalanan kami seperti biasa. Aku sempat melihat Awang. Kelihatannya dia masih lagi dalam keadaan terkesima setelah apa yang dia lihat barusan… Memang wajar dia agak terkejut kerana itu mungkin perkara baru bagi dirinya berbanding Suri yang sudah terbiasa dengan perkara seperti ini.
“Hei Awang.. Apa yang kau termenungkan?” (tanyaku.)
“Tiada apa.. Cuma teringat akan kejadian barusan.. Sungguh mengerikan. Tambahan pula ini kali pertama Awang melihat sumpahan Sang Kelembai. Tak sangka sumpahan Sang Kelembai sekuat itu..” (jelas Awang.)
Aku yang mendengarnya hanya mampu menganggukkan kepalaku..
“Ehhh?”
“Awang tersenyum? (bisik hatiku.)
Aku sedikit terkejut melihat riaksi wajah Awang secara tiba-tiba berubah.. Dia mulai tersenyum seolah-olah Awang sepertinya sangat gembira dengan kejadian yang dia lihat barusan..
“Apa yang difikirkan oleh Awang sehingga dia boleh tersenyum seperti itu? Menakutkan sungguh budak ini.” (bisikku.)
Riaksi Awang membuatkan aku rasa sedikit tidak selesa.
“Ahh.. Biarkanlah dia.. Asalkan dia tidak menganggu aku sudah..” (bisik hatiku lagi.)
Setelah jauh perjalanan… Hari pula kian gelap…
Aku melihat sekeliling, suasana, dan tempatnya agak strategik. Lantas aku menanyakan Suri.
“Apa hutan ini bersih.? Maksud aku, tiada binatang buas atau jejak tentera Garuda?” (tanyaku).
“Dari bentuk yang aku lihat disekitar hutan ini.. Iya. Bersih. Kau jangan risau.. Kau boleh percayakan aku..” (jawab Suri dengan menyakinkan.)
“Abang Azizi jangan risaulah.. Kak Suri ini hebat tau orangnya. Dia pakar mengenai selok-belok hutan ini.. Kalau abang Azizi hendak tahu, sebenarnya kakak Suri ini merupakan salah seorang tentera Pengintai yang terhebat di Nauria tau.! Setakat hutan kecil seperti ini, semua itu permainan dia sahaja..” (Awang mencelah memuji Suri dihadapanku.)
Wah… Tak ku sangka, Suri sehebat itu… Memang aku tidak boleh memandang rendah dengan kehebatan Suri.. Walaupun dia seorang kerabat diraja, namun keahlian dia dalam mengenali alam sangat luar biasa..
Aku sebagai seorang lelaki terasa malu dan segan kerana aku tidak sehebat dia.. Malam itu, kami menghidupkan unggun api, dan berehat sebentar sambil memanaskan diri kami ditepi unggun api itu..
Malam itu aku telah memasak bubur untuk dijamah oleh kami bertiga. Dan malam itu agak istimewa sedikit kerana bahan yang aku gunakan adalah hasil dari bahan yang telah kami kumpulkan dari rumah yang kami singgah petang tadi..
Lantas aku menuangkannya di dalam mangkuk, lalu bawakan kepada mereka yang sedang menantiku.
“Nah Awang.” (sambil aku memberikan semangkuk bubur pada Awang.)
“Terima kasih abang Azizi..” (jawab Awang sambil menerima pemberianku itu.)
“Nah Suri, ambillah.. Aku buat bubur ni.. Makanlah, bagi panas sedikit perut itu.. (kataku.)
Suri pun dengan perlahan mengambilnya dariku, lalu dia melihat kearah unggun api yang sedang rancak membara. Dengan tidak semena-mena dia pun termenung seorang diri.
Awang yang pada mulanya kelihatan agak gelojoh menjamah bubur yang aku berikan tadi, terus memberhentikan sebentar perbuatannya itu, setelah dia melihat Suri yang sedang termenung seorang diri. Lantas Awang yang kebingungan mula melihat diriku. Dia pun memberikan beberapa isyarat mata kepadaku untuk menyuruhku berbual dengan Suri.. Aku yang melihat isyarat yang diberikan oleh Awang sebentar tadi pun terus mengikuti sahaja arahannya. Aku mula duduk disebelah Suri, dan aku mulakan perbualanku dengan nada yang perlahan..
“Suri… Maaf kalau aku hendak bertanya, apa yang kau termenungkan itu? Jauh sangat aku melihatnya? (tanyaku.)
“Aku rindukan arwah ibuku..” (jawab Suri.)
Tiba-tiba suasana malam itu bertukar menjadi senyap sunyi… Wajahku juga berubah mengikut suasana itu.
“Dia selalu menemaniku masa aku kecil dulu.. Tak kiralah disaat aku gembira, mahu pun berduka.. Dia selalu ada disisiku setia menemaiku.”
“Dia kerap memberikanku kata-kata semangat.. Dia tahu.. Ayah tidak pernah memperdulikan aku sejak dari aku lahir lagi.. Ayah selalu lebihkan adik lelakiku.. Sebab itu ibu selalu menjaga aku..” (Suri mengeluh sayu.)
“Oh. Rupanya Suri ada adik lelaki.” (bisik hatiku.)
Suri menyambung keluhannya.
“Hidup aku dulu tidak seperti ini.. Aku gembira dengan ibu walaupun aku dibenci oleh ayah..”
“Tapi..”
“Selepas ibu meninggal, hidupku mula berubah… Aku sudah tidak ada tempat untuk mengadu nasib.. Malah aku seperti hilang arah.. Seolah-olah duniaku menjadi gelap gelita..
“Hmm… Jadi, Siapa yang membesarkan kau selepas ibu kau pergi? (tanyaku.)
“Dayang istana dan Nenek Kebayan.. Mereka semua baik denganku sampailah sekarang..”
“Tapi bagiku rasanya tetap tidak sama seperti dibesarkan dengan kasih sayang dari seorang ibu.” (jawab Suri.)
Mendengar kata-kata Suri, aku juga menumpang sedih, lalu aku melihat kearah Awang,
Secara tiba-tiba mood sedih aku bertukar menjadi mood hendak ketawa selepas melihat gelagat Awang yang terpinga-pinga seperti seekor kera melihat kearah kami sambil mulutnya tidak henti-henti menghirup bubur yang buat olehku sebentar tadi.. Aku pun membuat beberapa ***** muka untuk memberikan isyarat kepada Awang..
__ADS_1
“HOI.! HOI.!”
“Kau makanlah elok-elok sikit.! Yang kau makan sampai pipi kau mengelembung seperti itu apa hal?” (bisikku sambil aku membuat isyarat pada Awang.)
“Maaf abang, maaf.. Cerita kak Suri ini rancak sangat.! Kena pula dengan bubur panas abang ni, Huiihh… Mantap habis abang.” (balas Awang dalam bahas isyarat.)
“KEPALA OTAK KAU!”
“Ingat cerita aksi ka nak rancak? Tendang kang.! Sudah.! Makan elok-elok sikit.! Jangan nak curi-curi dengan pula perbualan orang dewasa. Tidak sopan kau tahu.!” (balasku.)
“Baik baang.. Maaf, maaf..” (balas Awang, lantas dia pun bangun meninggalkan kami berdua.)
Aku mula mengambil mod sedihku semula, dan mendengarkan kembali keluhan Suri..
“Kerana itu aku memilih hidupku menjadi sebagai seorang pengintip.. Kerana aku boleh bebas pergerak kemana sahaja yang aku mahu.. Hanya dengan cara ini sahaja boleh membuatkan hatiku terasa tenang walaupun pada hakikatnya ia tidak mampu menghilangkan rinduku yang teramat sangat akan sebuah kucupan dan pelukan dari seorang ibu..” (jelas Suri).
“Hmm.. Tapi, mengapa ayah kau tidak suka pada kau? Bukankah kau juga anak kandung dia? (tanyaku kembali..)
“Kerana aku serorang perempuan.” (balas Suri membuatkan aku sedikit kebingungan.)
“Kenapa pula? Anak itukan anugerah Tuhan.? Dan bukan kita yang hendak menentukan soal jantina ini. Semuanya sudah dirancang oleh Tuhan yang Maha Mengetahui akan sesuatu. (balasku semula.)
“Mesti kau tidak tahu aturan Langsamudera bukan? Untuk pengetahuan kau, aturan dalam pertabalan mahkota di Langsamudera ini, pewaris kerajaan haruslah dari kalangan lelaki. Jika pewarisnya adalah perempuan, maka akan terputuslah jalur pewarisan takhta dalam sesebuah kerajaan itu.” (jelas Suri.)
“Oh.. Begitu rupanya.. Patutlah Suri nampak tegang dengan ayah dia..” (bisik hatiku.)
“Walaupun waris perempuan dibesarkan sama seperti waris lelaki di dalam istana, namun dia tidak akan tersenarai sebagai pewaris diraja dan tidak akan diberikan apa-apa hak istimewa, atau sebarang takhta diraja bila dia besar nanti..” (tambahan Suri.)
“Oh.. Jadi disebabkan itulah kau membuat haluan hidup kau sendiri?” (tanyaku.)
“Ya.. Dan sekarang aku sudah pun mempunyai matlamatku sendiri.” (balas Suri.)
“Matlamat? Apa matlamat kau?” (tanyaku lagi.)
“Aku hendak membuktikan pada semua orang di Langsamudera ini bahawa pangkat dan takhta tidak boleh memisahkan hubungan darah daging keluarga..” (kata Suri membuatkan aku kebingungan lagi.)
“Maksud kau?”
“Kau ingat aku saja-saja ikut kau disebabkan arahan dari Nenek Kebayankah? Aku sebenarnya sudah rancang sejak dari awal lagi selepas aku jumpa kau.” (jelas Suri.)
Aku masih lagi bingung.
“Maaf Suri, aku masih lagi tidak mengerti apa maksud kau yang sebenarnya.” (balasku.)
“Sebenarnya aku ikut kau kerana aku tahu perjalanan kau itu akan membawa aku kepada Garuda. Dan pada saat itulah nanti, akanku bunuh Si Garuda itu dengan kedua-dua belah tanganku ini.. Hanya dengan cara ini sahaja aku dapat membuktikan bahawa aku juga merupakan seorang pewaris diraja.. Ini sumpah janjiku. Jika sekali aku bersumpah, akanku genggam erat kataku walaupun tanganku penuh luka darah. (jawab Suri.)
Mendengar kata-kata Suri membuatkan aku terkesima sebentar, lalu aku mulai senyum, lantas aku memberikan kata-kata semangat pada Suri..
“Baiklah jika itu yang kau impikan.. Aku juga janji akan membantu kau untuk mewujudkan impian kau itu..” (balasku.)
“Hmm.. Terima kasih, Azizi..”
Suri yang mendengar kata-kataku itu, mulai tersenyum sinis. Lalu dia pun mengesatkan air matanya.
Aku dapat merasakan Suri sudah sedikit tenang sekarang, kerana nampak gayanya dia sudah mahu makan, berbanding sebentar tadi dia hanya termenung diam sahaja.. Bagus rasa bila dia sudi meluahkan perasaannya itu.. Sedikit sebanyak hatinya akan tenang.. Aku tahu perasaan kerinduan itu amat menyakitkan sekali…
Kerana sekarang ini aku juga merasakan apa yang dia rasa.. Sakitnya rindu itu tiada penghujungnya..Yang mampu meredakan ia hanyalah berdoa dan meluahkan rasa terbuku dijiwa.
Hmm…
Mak……
Ayah….
Walaupun kita sudah berpisah jauh… Namun senyuman wajah mak dan ayah, tidak akan pernah Azizi lupakan…
Terkadang Azizi juga merindui pelukkan dari mak dan ayah..
Tetapi… Itu agak mustahil untuk Azizi dapatkan…
Mak…
Ayah….
Azizi berharap semoga satu saat nanti Azizi dapat berjumpa dengan mak dan ayah… walaupun ianya hanya hadir di dalam bentuk mimpi…. Azizi sayang sangat dekat mak dan ayah..
Tiba-tiba airmataku mula mengalir dengan sendirinya..
“Hahaha.. Aku menangis?”
“Sudah agak lama aku tidak merasakan perasaan ini.. Terima kasih Suri kerana kau telah mengingatkan aku kembali pada orang yang ku sayang. Aku berjanji dengan airmata kasihku ini, aku akan membantu kau merialisasikan impian dan harapan kau itu, walaupun aku terpaksa berkorban nyawa sekalipun…
Pada malam itu, Kami tidur berselimutkan air mata kerinduan.. Unggun api yang sebentar tadi menyala terang, kini mulai malap dan akhirnya ia pun terpadam dengan sendirinya…
Malam itu, aku termimpikan kehadiran anak perempuan itu sekali lagi. Namun kali ini dia datang dengan mengenakan baju gaun yang berwarna hitam pekat.. Seperti biasa, dia duduk dalam posisi yang sama seperti sebelumnya sambil dia memanggil namaku..
“AZIZI…”
“ AZIZI…”
“ AZIZI…”
Lalu dengan tidakku duga, budak perempuan itu terus terbang dan terkam kearahku dengan pantas sekali.!
“PULANGKAN PERMATAKU SEMULA.!” (jerit budak perempuan itu.)
“HAAH..!”
Aku yang terkejut terus membuka mataku sambil aku bernafas resah. Tiba-tiba seorang perempuan menutup mulutku dengan kuat.! Aku menjadi terkejut.. Aku cuba hendak meronta tapi pergerakanku telah dikunci oleh dia.
“Shuuss…”
“Diam.!”
“Jangan bergerak!” (Suri berbisik ditelingaku sambil menutup mulutku dengan tangannya.)
Rupanya Suri yang menutup mulutku. Aku pun mulai bertanya pada Suri..
“Kenapa ni Suri? Kenapa kau menutup mulutku..” (bisik aku pada Suri.)
“KELEMBAI…” (balas Suri.)
“Haa? Mana?” (aku yang terkejut mula tercari-cari di mana Sang Kelembai itu.)
“Kreeekkkkkk...”
“Praaankkk…”
Aku terdengar bunyi seperti ada beberapa dahan pokok yang sedang dipatahkan disambut pula dengan bunyi seperti sesuatu yang sedang menyelusuri semak samun di dalam hutan dengan kuatnya. Tiba-tiba aku ternampak seperti ada sebuah batang pokok yang sedang bergerak di malam hari….
__ADS_1
“ITU?”
“Tak mungkin?” (bisik hatiku.)