
Aku hanya terdiam seribu bahasa sambil mengikuti mereka sehingga tanpa aku sedari, kami telah pun memasuki tengah kota bandaraya Nauria..
“Kamu tidak apa-apakah Azizi?” (tanya Nenek Kebayan secara tiba-tiba.)
“Haa? Oh, saya baik-baik sahaja, cuma terasa sakit sedikit dibahagian kepala.” (jelasku.)
“Oh, mungkin itu kesan sampingan selepas kamu melalui ruangan masa sebentar tadi.” (jelas Nenek Kebayan.)
“Maafkan Nenek kerana terpaksa memanggil kamu kemari.” (ujar Nenek Kebayan lagi.)
“Ahh, tidak mengapa Nenek. Saya faham situasi yang dialami oleh Nenek sekarang ini.”(balasku pula.)
Tapi aku masih lagi tertanya. Kenapa aku yang dipanggil kemari? Kenapa bukan orang lain? Apa yang istimewanya aku berbanding insan lain? Andai sahaja mereka mengetahui bahawa aku ini orang yang tidak berguna diduniaku pasti mereka akan kecewa besar.
“Ahh.. Tidak usah aku fikirkan buat masa sekarang. Lebih baik aku mengikuti sahaja mereka buat sementara waktu ini. Mungkin nanti aku akan mendapat jawapannya.” (bisik hatiku.)
Aku pun mula melihat pemandangan sekeliling untuk aku lupakan sementara persoalan demi persoalan yang bermain di fikiranku ini.
“Haa? Inikah bandaraya Nauria?” (bisikku.)
Aku menjadi terkejut dan terpesona setelah aku melihat keindahan suasananya yang benar-benar tidak ubah seperti sebuah perkampungan di zaman pertengahan. Berbumbungkan atap nipah, kayu yang disusun cantik besertakan corak bunga melambangkan sifat kemelayuan disitu. Para wanita berbaju kurung sambil menutupi kepala mereka dengan seledang dan kain batik. Sungguh ayu bila aku melihatnya. Bila difikirkan balik terasa sedih pun ada kerana di zamanku wanita semakin melupakan adat dan resam budaya dalam etika pemakaian. Selalu sahaja dapat dilihat mereka mengenakan pakaian yang menjolok mata.. Aku juga melihat para kaum lelaki mengenakan pakaian baju melayu berlengan tiga suku, bersamping dan bertanjak malah ada juga yang memakai semutar. Tidak dilupakan juga keris dan parang yang sentiasa ditangan mereka.. Aku tersenyum manis melihat orang disekeliling kota itu, lalu aku berkata didalam hati.
“Ah.. Sudah lama aku tidak melihat pakaian warisan melayu ini semua. Sungguh cantik dan indah semuanya. Inilah dia busana warisan bangsa melayu yang sebenar. Kata orang…”
“Bicara ditutur seribu makna,”
“Membawa adat warisan budaya,”
“Akhlak dijunjung hormat dibawa,”
“Itulah tanda Melayu Nusantara.”
Di saat aku sedang asyik melihat keindahan kota itu, secara tidak sengaja aku terpandang kearah wajah Suri. Lalu aku memberanikan diri untuk berbicara dengannya..
“Ma…maaf, kalau boleh patik ingin bertanya.. Nama permaisuri, Suri kan?” (bernada perlahan.)
Lalu Suri memandangku dengan seimbas lalu tanpa berkata sepatah dua, dan mengendahkan pertanyaanku tadi.. Aku hanya menunduk malu sambil berjalan mengikuti mereka.. Tiba-tiba…
“Jangan berpatik denganku. Panggil sahaja aku Suri. Aku tidak suka orang menyanjungku hanya kerana aku anak Paduka.” (kata Suri.)
“Oh.. Baik..” (balasku.)
“Bagaimana kau boleh kemari?” (Tanya Suri.)
Aku menjadi sedikit gembira kerana Suri mahu berbual denganku.. Tanpa berlengah aku pun menjawab pertanyaannya..
“A..aku tak pasti, tapi seingat aku, aku kemari selepas aku menyentuh Batu Permata ini.” (jawabku sambil aku mengeluarkan Batu Permata Sutra dan mengusapnya..)
“Kau harus berhati-hati, kerana setiap Batu Permata mempunyai sumpahan, dan jangan sesekali kau menunjukkannya pada orang yang sebarangan kerana sumpahan Batu Permata boleh mengakibatkan jiwa orang yang melihatnya menjadi tidak tentu arah, dan mula merebutnya sehingga ada yang sanggup membunuh diantara satu sama lain.” (jelas Suri.)
Mendengar kata-kata Suri telah membuatkan aku menjadi sedikit ketakutan lalu aku menyimpannya dengan tergesa-gesa..
“Biar betul apa yang dikatakan oleh Suri.? Bermakna Batu ini berpuaka? Aduh.. Kenapalah aku menyentuh Batu ini..” (bisikku.)
“Ahh.. Lebih baik aku lupakan kata-kata Suri itu.. Aku anggap sahaja seperti aku belum pernah mendengarnya..” (bisikku lagi.)
Setelah itu, aku pun menyambung semula menikmati keindahan suasana desa itu sambil mengikuti jejak langkah mereka.. Lantas aku terpandang pada susuk seorang lelaki yang tersangat gagah, berambut panjang, bersama beberapa orang, berkemungkinan pengawal dari kerajaan lain kerana pakaian mereka agak lain dari pengawal Nauria.. Aku melihat susuk lelaki itu tidak ubah seperti seorang lelaki perkasa dengan otot-otot yang kuat.. Tinggi lelaki itu berkemungkinan tujuh kaki.. Aku yang kebingungan terus menanyakan pada Suri..
“Suri, boleh aku tahu. Siapa lelaki itu?” (tanyaku sambil mataku memandang lelaki misteri itu.)
“Mana? Ohh, itukah?” (tanya Suri kembali.)
Aku menjawabnya dalam keadaan mengganggukkan kepalaku tanpa bersuara.
“Itulah Si Perkasa BADANG.. Dan orang yang bersama dengannya itu, mereka adalah panglima tertinggi dari bangsa Asucia..” (jelas Suri.)
“Oh.. Jadi itu semua pasukan Badang dan mereka adalah bangsa dari Asucia. Ini bermakna Badang adalah dari bangsa Asucia, begitu?” (tanyaku lagi.)
“Iya..” (Jawab Suri sambil menganggukkan kepalanya.)
“Hmm..”
“Ehh, nanti sekejap!
“JADI ITULAH BADANG!” (jeritku.)
“WAAA.! Pertama kalinya aku melihat Badang yang sebenarnya.. Semangatnya aku.” (bisikku.)
Aku terus berlari ke arah Badang, meninggalkan Nenek Kebayan dan Suri.. Mereka berdua terus terkejut setelah melihat tindakan aku itu. Suri terus mengejarku sambil menjerit..
“NANTI.!”
“Kau nak kemana tu?” (jerit Suri.)
“HEI SURI.! TUNGGU NENEK.!” (jerit Nenek Kebayan pula.)
Sampai sahaja aku kepada Badang dalam keadaan termengah-mengah, membuatkan Badang dan pasukanya melihat aku dalam keanehan dan terpinga-pinga..
“ENCIK BADANG, ENCIK BANDANG.!”
“Ini Encik Badangkan? (tanyaku dalam keadaan yang sangat teruja.)
“Errkk.. Iya.. Ada apa yang boleh saya bantu?” (jawab Badang sambil melihat aku dalam keadaan yang aneh.)
Aku terus menghulurkan bahagian bajuku yang sedangku pakai kepadanya.
“Boleh saya dapatkan Autograph?” (tanyaku dalam keadaan teruja.)
Tindakan aku itu telah membuatkan Badang dan pasukannya menjadi terkejut dan terpinga-pinga, lantas Suri yang mengejarku sebentar tadi, terus datang dan menampar kepalaku dari belakang sambil dia memarahiku.
“Kenapa kau lari secara tiba-tiba? Menyusahkan aku sahaja terpaksa mengejar kau tahu tak!”
“DASAR TOYOL!” (Suri memarahiku dengan nada yang tinggi..)
“Aduh! Sakitlah Suri! Sakit kau tahu tak!” (jawabku dalam kesakitan.)
“Eh, kau rupanya Suri. Aku fikir siapalah tadi. Hahaha.. Garang kau tak pernah berubah ya? (usik Badang pada Suri.)
“Maafkan Suri abang Badang kalau lelaki ini ada buat salah tadi dengan abang Badang.. (jawab Suri dalam keadaan mukanya merah padam.)
“Eh? Saya mana ada buat salah apa pun, Suri.” (jelasku.)
Suri terus mencubit lenganku dengan cara sembunyi-sembunyi tanpa diketahui oleh Badang.
“Arghh.! Sakit.!” (jeritku.)
“Haa, kenapa tu?” (Tanya Badang.)
Belum sempat aku menjawab, Suri mencelah.
“Ohh.. Mungkin diketik kerengga barangkali.” (Jawab Suri.)
Aku hanya memerhati sahaja gelagat Suri dalam penuh keadaan geram..
“Dia ni sudah kenapa? Tetiba sahaja cubit aku.. Hmm..” (bisikku.)
Badang, dan pasukannya hanya mampu tersenyum dengan melihat gelagat kami berdua.
“Suri bersama lelaki inikah? Siapa lelaki ini? (tanya Badang.)
“Oh.. Lelaki ini.. sebenarnya.. laki ni..” (secara tiba-tiba Suri menjadi gagap.)
“Nama saya Azizi. Saya adalah seorang pengembara. Selamat berkenalan.” (aku mencelah sambil menghulurkan tanganku untuk bersalaman dengan Badang.)
“Oh.. Iyakah? Selamat berkenalan.” (Jawab Badang sambil menyambut salamku.)
“Maaf kalau bertanya, kamu dari bangsa mana? Kerana nama dan pakaian kamu agak unik… (tanya Badang lagi.)
Tidak sempat aku menjawabnya tiba-tiba Suri mencelah sambil menarik aku pergi.
“Dia dari negara seberang abang Badang.. Maaf ya abang Badang, tapi kami harus segera pergi kerana ada banyak hal yang hendak diselesaikan. Maaf ya abang Badang. Kami minta diri dulu.” (kata Suri sambil menarik tanganku.)
“Oh, baiklah.. hati-hati..: ( Jawab Badang sambil kebingungan.)
“Apa ni Suri.! Belum sempat aku nak minta autograph dia..” (balasku dalam keadaan kecewa.)
“Hei, Apa yang kau fikir? Kau tahu ka siapa dia? Kenapa kau main terjah begitu? Mana adab kau? Adab kau sudah tertinggal di dunia kau sebelum kau datang kemari ka? Memalukan.! Beginikah sifatnya Damak? Dengan sifat dan cara inikah kau nak menyelamatkan Langsamudera?” (kata Suri.)
Kata-kata Suri membuatkan aku tersentak seketika..
“Benar kata Suri.. Jika di fikirkan balik tindakanku tadi sangat memalukan. Walaupun ianya nampak normal di duniaku, namun bagi dunia Suri yang penuh dengan adab dan tatasusila, ianya satu tindakan yang kurang sopan dan memalukan.” (bisikku.)
__ADS_1
“Maafkan saya Suri..” (balasku sambil menundukkan wajahku.)
“Sudah..! lupakan hal tu semua. Aku tidak mahu rahsia kau itu terbongkar. Sikap kau tadi boleh membahayakan kita semua.! Jangan diulangi lagi.! (jawab Suri dalam keadaan marah.)
“Hmm… baiklah.” ( Jawabku..)
Setelah beberapa ketika kami berjalan didalam kawasan desa itu, akhirnya kami pun sampai di satu destinasi.. Aku melihatnya seperti rumah kedai.
“Rumah siapa ni Suri.?” (tanyaku.)
“Ini rumah Pak Zabit, Si tukang Besi.” (jawab Suri.)
“Mari kamu berdua..” ( balas Nenek Kebayan.)
Nenek Kebayan mempelawa kami berdua untuk masuk kedalam rumah itu. Kami dengan segan silu pun mengikuti sahaja pelawaannya.
“Selamat Petang, Salam Sejahtera keatas kamu.. Ada orang tak?” (tanya Nenek Kebayan.)
Aku melihat sekeliling ruangan rumah kedai itu. Aku sedikit teruja kerana rupanya aku telah memasuki kedai yang menjual pelbagai peralatan perang. Terdapat pelbagai jenis pedang, perisai dan baju besi yang dapat aku lihat. Kesemuanya cantik belaka.. Tiba-Tiba seorang lelaki dalam lingkungan lima puluhan keluar dan menegur kami.
“Ya, Selamat Sejahtera juga ke atas kamu.. Ohh.. Nenek Kebayan rupanya. Ehh Suri, kamu pun ada sekali? Ini mesti ada hal yang penting ni..” (teka tukang kedai itu.)
“Tidaklah penting sangat Pak Zabit.. Perkara biasa sahaja..” (Balas Suri.)
“Siapa lelaki ini? Hmm..” ( tanya Pak Zabit)
Pak Zabit melihatku dengan renungan tajam sekali, lalu dia pun mendiamkan diri sambil tersenyum sinis melihatku.. Tindakan tukang kedai itu membuatkan aku sedikit kurang selesa..
“Ahh, Sudahlah Zabit, jangan kamu nak takutkan lelaki itu. Zabit, apakah kamu sudah sediakan kesemua barang yang aku minta tempoh hari?” (tanya Nenek Kebayan.)
“Ohh.. Ada Nek.. saya ada simpan di dalam bilik saya, nanti saya pergi ambilkan. Nenek pergilah duduk berehat dahulu di sana tu.. (jawab Pak Zabit.)
Bagus. Tak mengapa, kamu pegang dahulu. Nanti aku yang akan kesana. Sekarang izinkan aku meminjam sebentar bilik ini, kerana ada beberapa urusan yang ingin aku bicarakan kepada mereka berdua ini.. (balas Nenek Kebayan.)
Oh yaka, boleh sahaja Nek.. Sila kanlah Nek.. Buat seperti rumah sendiri ya..( jawab Pak Zabit).
Kami pun memasuki bilik tersebut, Disaat itu aku sempat menoleh kearah bilik Pak Zabit yang sedikit terbuka ruangan pintu biliknya. Aku melihat ada sepasang pakaian lengkap bersamping seperti baju melayu bangsawan yang dikenakan keatas sebuah patung jerami di dalam bilik itu..
“Cantiknya baju tu...” (bisikku.)
“Baiklah Nek, saya akan tunggu diluar, jika ada apa-apa panggil sahaja saya. Saya beredar dulu ya Nek..” (kata Pak Zabit lalu perlahan-lahan menutup pintu bilik.)
“Jemputlah duduk Damak, Suri.. (Nenek Kebayan mempersilakan kami duduk di hadapan mejanya)
“Maafkan Nenek kerana terpaksa membawa kamu berdua kesini. Sebenarnya Nenek tidak mahu rancangan kita diketahui orang lain, kerana Nenek yakin, sekarang ini pasti ramai orang diluar sana sedang bercakap mengenai kemunculan kamu Damak.” (jelas Nenek Kebayan.)
“Maafkan saya Nenek Kebayan, tapi bolehkah Nenek Kebayan memanggil saya dengan nama Azizi sahaja? Kerana saya bukannya Damak dan saya tidak kenal pun siapa itu Damak.” (ujarku..)
“Hmm… Nenek tahu itu. Tapi panggilan Damak tu, hanya untuk orang yang Terpilih seperti kamu cu… (Nenek Kebayan menjelaskan sambil tersenyum).
“Nenek Kebayan.. Benarkah sekarang ini ada seseorang sedang membuka pintu keranda Garuda seperti yang diterangkan oleh Nenek kepada Ayahanda sebentar tadi? Dari mana Nenek mengetahuinya?” ( Tanya Suri.)
“Ya, benar.. Berita ini Nenek dapat semasa Nenek sedang membuat tilikan masa depan.. Saat itulah mangkuk suci Nenek telah menunjukkan ramalan itu sebelum ianya meletup dengan sendiri.. Dan disebabkan itu jugalah Nenek terpaksa memanggil Damak kemari.. (jawab Nenek.)
Belum sempat nenek menyambung percakapannya, aku mencelah..
“Maaf Nenek, sekali lagi.. Saya Azizi, bukannya Damak..” (aku mencelah.)
Celahanku telah membuatkan mereka memberhentikan perbualan mereka berdua dan melihatku dengan renungan yang tajam..
“Ehh? Kenapa mereka melihatku begitu? Apa salahku?”
“Oh, ya.! Aku telah menyampuk.! Itukan satu tindakan yang kurang sopan juga.. Arghh.. Sekali lagi aku telah memalukan diriku pada orang seperti mereka..” (bisik.)
“Maafkan saya. Nenek sambunglah..” (aku berkata dalam keadaan yang segan.)
“Tapi kan Nenek, bagaimana jika ianya hanya sebuah hayalan? Kerana sampai sekarang tiada sesiapa yang mengetahui lokasi tepat dimana kurungan Garuda berada sekarang ini..” (tanya Suri.)
“Itu tidak mungkin, kerana mangkuk suci tidak pernah silap dalam menilik selama ini.. Lagipula, ada benarnya juga apa yang Ayahanda kamu katakan. Berkemungkinan besar ada pembelot diantara Paduka yang lain..” (jawab Nenek Kebayan lagi).
Suasana menjadi senyap seketika…
“Yang kita mampu berharap sekarang, adalah kejayaan misi yang akan diharungi oleh lelaki muda ini… Damak… Oh, maaf.. Maksud Nenek, Azizi… (Nenek sedikit berseloroh membuatkan aku kesal).
“Apa misinya itu Nenek?” (tanyaku.)
“Kamu harus mengembara, mengelilingi Langsamudera untuk mengumpulkan kembali Ketujuh-tujuh Batu Permata bersama dengan Serpihan keris Gading Delima.. Hanya dengan ini sahaja peluang yang kita ada, untuk membunuh dan melenyapkan terus Garuda dari muka bumi ini buat selamanya..” (jelas Nenek Kebayan.)
“Tidak. Sebenarnya Kesemua Batu Permata itu, sudah bersatu bersama dengan serpihan keris Gading Delima. Jadi untuk memisahkan ke semua Batu Permata itu, para Paduka telah memisahkan bilah keris itu menjadi kepada tujuh serpihan yang memegang tujuh Batu Permata.” (jelas Nenek Kebayan.)
“Kenapa keris itu dipisahkan bilahnya?” (tanyaku lagi.)
“Kerana ingin menyembunyikan kesemua Batu Permata..” (jawab Nenek Kebayan.)
“Maksudnya?”
“Maksudnya, sekarang ini Angmaar juga sedang mencari kesemua Batu Permata itu. Jadi untuk menyukarkan Angmaar mencarinya, kesemua Batu Permata itu harus dipisahkan, dan disembunyikan dari diketahui oleh Angmaar. (jelas Nenek Kebayan lagi.)
“Maaf Nenek Kebayan, saya masih lagi kurang mengerti.. Apa tujuan Angmaar mencari kesemua Batu Permata itu, dan bagaimana saya hendak mencari kesemua Batu Permata itu? Sedangkan Angmaar juga sukar mencarinya apatah lagi saya..” (Tanya ku lagi.)
“Ahh.. Sudahlah. Nanti Suri yang akan menerangkannya kepada kamu kerana sepanjang perjalanan kamu itu nanti, kamu akan ditemani oleh Suri.”
“Suri, Nenek mahu kamu menemani Azizi ini nanti. Nenek sudah tidak boleh biarkan Azizi pergi mengembara seorang diri lagi kerana Nenek tidak mahu pisang berbuah dua kali. Nenek berharap sangat kamu dapat menjaga Azizi.” (ujar Nenek Kebayan)..
“Baiklah Nenek, saya akan laksanakan amanat Nenek itu..” (jawab Suri sambil menganggukkan kepalanya.)
“Dan kamu Azizi, terimalah ini. Inilah Keris Gading Delima yang Nenek katakan tadi. Tapi bilah keris ini sudah tiada. Hanya tinggal sarung dan hulunya sahaja. Maka nanti, setiap kali kamu dapat mengumpulkan Batu Permata bersama serpihannya, gabungkanlah ia dengan hulu keris ini sehingga ia lengkap menjadi sebuah keris yang sebenar..” (kata Nenek Kebayan sambil menyerahkan keris itu.)
Dengan perlahan aku menerimanya,
“Cantiknya keris ini.. Ukiran seni pada sarungnya sungguh asli dan unik.” (bisikku.)
Aku pun membukanya dengan perlahan-lahan, lantas aku mengambil Batu Permata Sutra Raya milik Atuk, bersama serpihan keris tersebut, dan aku cantumkannya bersama keris yang tadi secara perlahan-lahan. Lantas Batu Permata Sutra Raya pun terus mengeluarkan satu cahaya putih yang sangat terang sehingga menerangi disetiap ruangan bilik itu.. Suri yang melihatnya berasa terkejut dan kagum..
“Ahh… Sudahlah Azizi, simpanlah barang itu baik-baik seperti nyawamu sendiri. Sekarang Nenek hendak kamu pergi berehat, kerana hari pun sudah senja. Esok pagi Nenek mahu kamu berdua bersiap-siap untuk memulakan perjalanan kamu nanti. Malam ini kamu Azizi, bermalamlah disini. Nenek dah uruskan semuanya.. Kamu boleh tidur di bilik ini..” (kata Nenek Kebayan.)
Nenek Kebayan pun mengeluarkan beberapa helai pakaian dari kain yang dibungkusnya..
“Nah.. Ini pakaian tinggalan cucu Nenek. Terimalah. Nenek rasa pakaian ini muat dengan kamu.. Ambil dan pergilah mandi, rehatkan badan kamu itu.. Pasti kamu letihkan..” (ujar Nenek kebayan.)
“Baiklah, terima kasih Nenek kerana susah-susah sahaja bawakan untuk saya..” ( balasku semula.)
Selepas aku melangkah keluar, Nenek Kebayan mempelawa Suri untuk bermalam di sini kerana Nenek Kebayan masih lagi risau jika berlaku perkara yang tidak diingini kepadaku, namun Suri menolaknya dengan cara baik sambil Suri menyakinkan Nenek Kebayan bahawa malam nanti tiada apa yang akan berlaku.. Lalu Suri dan Nenek Kebayan pun bangun dan meninggalkan bilik itu kepadaku.
“Zabit.. Malam ini, lelaki ini akan tidur di bilik ini, aku tidak boleh membawanya pulang ke rumahku.. Agak bahaya. Sewa biliknya nanti aku bayarkan.” (jelas Nenek Kebayan.)
“Tidak usahlah Nenek.. Saya faham situasi Nenek..” (balas Pak Zabit.)
“Terima Kasihlah Zabit kerana memahami situasi aku sekarang ini..” (jawab Nenek Kebayan.)
Lalu Nenek Kebayan menoleh ke arah Suri.
“Suri.. Nenek berharap sangat pada kamu kali ini. Ingat pesan Nenek ya..” (rayu Nenek Kebayan).
“Nenek janganlah risau. Saya akan pegang janji saya pada Nenek.. (jawab Suri dalam keadaan senyum manis sambil memimpin nenek keluar rumah..)
“Oh ya Zabit, sebelum aku terlupa. Esok selepas subuh, tolong berikan lelaki itu pakaian PUSAKA yang aku minta kamu siapkan tempoh hari.” (Kata Nenek Kebayan.)
Pak Zabit hanya tersenyum sinis sambil menganggukkan kepalanya.
Di malam hari yang sunyi. Aku sedang berbaring beralaskan tikar dan berlapikan lengan sebagai bantai. Mendengar bunyi binatang malam, menambahkan lagi ketengangan di jiwa..
“Ahh..”
“Tenangnya malam ni..”
“Seperti yang aku impikan dalam kehidupan nyataku.. Tiada bunyi bising dari kenderaan, yang ada pun hanya bunyi cengkering yang sedang bernyanyi sambil disambut dengan suara pungguk yang sedang rindukan bulan..”
“Udaranya pula sangat segar. Alangkah indahnya jika suasana ini kekal buat selamanya. Tapi. Semua itu mustahil, kerana setiap kali berlakunya pengedaran masa, suasananya juga akan berubah..”
“Hmm…”
“Sungguh kacau kehidupan aku hari ini. Persoalan demi persoalan datang menyapaku tanpa henti. Tapi apa-apa pun aku ingin sekali mengucapkan terima kasih kepada Suri. Kalaulah dia tidak munculkan diri tepat waktu tadi, sudah pasti aku sekarang berada di alam lain.”
“Suri.. Sehari aku dengan kau tapi, nama penuh kau belum sempat aku mengetahuinya… Hebat benar kau bermain senjata tadi. Sampai pucat wajah panglima dibuatnya. Hahaha...”
“Namun, disebalik ketangkasan kau. Ada juga kelembutan dan keayuan dirimu. Aku sempat melihat kau senyum pada Abang Badang dan Nenek Kebayan tadi. Senyuman manis kau membuatkan hatiku sedikit bergoncangan.. Bagaimanalah kau boleh berubah menjadi segarang itu Suri?”
“Hmm…”
“Ahh.. Apa kau ni Azizi? Berfikir yang bukan-bukan pula.! Sudah, lupakan sahaja.. Lagipula dia itu Puteri Raja.. Mana layak kau nak dibandingkan dengan dia.. Umpama pipik dengan enggang jadinya nanti.” (bisikku.)
__ADS_1
“Hmm..”
Aku kembali mengelamun sejenak.. Lalu mataku menjadi berat. Dengan perlahan aku mula khayal dibuai bunyi malam yang indah, lantas aku terlena tanpa ku sedari…
Malam yang sepi dan tenang, secara tidak diduga, telah bertukar menjadi malam yang menakutkan. Warna kemerahan mulai menerangi langit yang gelap. Suara jeritan wanita tiba-tiba didengari.. Tangisan anak kecil menghiasi malam yang penuh dengan kekacauan. Orang ramai mula melarikan diri, dan ada diantara mereka bangkit melawan.
Terlihat kelibat pasukan berwarna hitam sedang membantai seluruh penduduk kampung. Habis semua rumah dibakar oleh mereka. Kesemuanya menjadi huru-hara.! Disaat itu aku terlihat kelibat lembaga hitam yang baru membunuh seorang lelaki tua dengan sadisnya. Lantas lembaga itu menoleh dan melihat aku, dengan mempamerkan senyumannya yang agak menakutkan, dia datang menghampiriku sambil ketawa mengilai. Aku yang dalam kebingungan dan ketakutan, terus melarikan diri dari lembaga itu. Aku cuba berlari sekuat hatiku.. Dalam benak hatiku sekarang yang aku fikirkan hanya satu….
Mungkinkah aku akan mati malam ini? Aku cuba berlari sekencang yang mungkin sambil aku cuba mencari Suri dan Nenek Kebayan..
Disaat aku sedang mencari mereka, telingaku terdengar akan suara seorang budak perempuan memanggilku dengan sayu….
“AZIZI…”
“AZIZI…”
“TOLONG…”
Aku pun terus menoleh kebelakang.. Lantas aku melihat sosok seorang budak perempuan yang masih kecil, sedang terduduk sambil menghulurkan tangannya memanggilku. Budak itu mengalirkan air mata sehingga ke pipinya, namun tidak ada pula riak tangisan diwajahnya. Mukanya sangat kotor, keadaannya sangat menyedihkan, dengan pakaian yang sudah koyak rabak.. Lantas datang seorang lelaki bengis yang tidakku kenali, berdiri dibelakang budak perempuan itu. Lelaki itu melihat aku, lalu dia ketawa besar. Lantas dia menghayunkan kapak yang dipegang olehnya itu tepat ke arah budak perempuan yang sedang terduduk tadi.!
“TIDAKK..!”
Jeritan aku membuatkan Pak Zabit bergegas ke bilikku.
“APA YANG TELAH TERJADI?”
“Semua baik-baik sahaja kan? (jerit Pak Zabit.)
“HAAA?”
“Apa kahh?” (Bisik hatiku.)
Aku terus bangun dari tempat tidurku. Jantungku berdenyut kencang sekali. Nafasku menjadi tak menentu seperti seorang pelari pecut yang baru sahaja menyelesaikan sebuah maraton. Mukaku berpeluh, badanku mengeletar. Kepalaku secara tiba-tiba terasa sangat sakit.. Aku memegang kepalaku sambil aku memejamkan mata menahan sakit kepalaku. Kejadian itu sangat nyata. Aku tidak pernah melihat mimpi yang begitu nyata sekali seumur hidupku.
Lalu aku membuka mataku dan menoleh melihat wajah Pak Zabit yang sedang risaukan diriku.
“Kamu baik-baik sahajakan Azizi?” (tanya Pak Zabit dengan riak wajah yang merisaukan.)
“I..Iya…”
“Maafkan saya. Saya cuma mengalami mimpi yang agak mengarut sebentar tadi..” (jelasku yang agak kelelahan.)
“Oh, iya ka? Tak mengapalah. Mungkin kerana badan kamu terlalu letih tu. Sebab itu kamu mimpi benda yang bukan-bukan. Nanti sebelum tidur pergi basuh kaki itu dulu.. (kata Pak Zabit).
“Baiklah Pak Zabit.. Maaf sekali lagi.” (jawabku.)
Sudah.. Pergilah tidur. Esok kamu nak bangun awal. Selamat malam.” (ujar Pak Zabit lalu dengan perlahan dia menutup pintu bilikku.)
“Baiklah Pak Zabit, Selamat malam..” (jawabku.)
“Aduhh.. Kenapalah waktu begini aku boleh mimpi buruk pula? Hmm…” (bisik hatiku.)
Aku pun baring semula ke tempat tidurku, lalu mataku kembali lali, secara tidak sengaja aku pun menyambung semula tidurku.
Keesokkan harinya aku mula untuk bersiap. Lalu pintu bilikku diketuk oleh seseorang.
“TUK! TUK! TUK!”
“Azizi? Pak Zabit nak masuk boleh?” (Tanya Pak Zabit sambil mengetuk pintu bilikku.)
“Ya, masuklah Pak Zabit..” (jawabku.)
“Waa… Awal benar kamu bangun, bersemangat nampak?” (tanya Pak Zabit).
“Hahahah… Tak lah Pak Zabit.. Saya cuma tidak mahu Nenek Kebayan dan Suri menunggu saya terlalu lama nanti..” (jawabku untuk menyangkal pertanyaan Pak Zabit).
“Oh ya.. Lupa pula Pak Zabit.. Ini Nenek Kebayan menyuruh kamu Memakai baju ini sekarang..” (sambil Pak Zabit memberikan pakaian yang aku lihat semalam).
“Haa? Itu baju bangsawan yang aku lihat semalam? Biar betul baju ini untuk aku?” (bisikku.)
“Ohh yaka? Baiklah Pak Zabit. Nanti saya gantikan dengan baju saya.. Terima kasih ya Pak Zabit.” (jawabku).
“Ya.. Sama-sama. Pak Zabit keluar dulu ya.. Apa-apa nanti, panggillah. Jangan segan silu.” (ujar Pak Zabit, lalu pergi meninggalkan ku).
Beberapa ketika kemudian. Aku pun keluar dari bilikku dengan pakaian baru yang telah diberikan oleh Nenek Kebayan melalui Pak Zabit.. Aku masih lagi merapikan pakaian itu, lalu aku terpandang kearah Nenek Kebayan dan Suri. Aku terus terkejut melihat mereka yang sedang berbual-bual dengan Pak Zabit, lantas aku menyapa mereka..
“Ehh, Nenek Kebayan.. Sudah lama ka sampai? Saya tak dengar pula tadi..? (tanyaku.)
“Oh, kamu rupanya Azizi.. Baru sahaja sampai.. Wah.. Segak kamu hari ini ya.. Tak sangka pula Nenek, kamu muat dengan pakaian tu..” (jawab Nenek Kebayan kepadaku.)
“Macam mana? Sesuai tak?” (tanya aku pada Nenek kebayan dan Suri.)
Suri yang melihatku, terus mengalihkan pandangannya.
“Hmm… Sesuai.” (jawab Suri sambil mengalih pandanganya).
Aku mengelengkan kepalaku selepas melihat gelagat Suri itu, manakala Nenek Kebayan pula mampu tersenyum melihat gelagat kami berdua..
Tiba-tiba beberapa buah kotak telah terjatuh bersama seorang remaja lelaki.. Suri yang terkejut melihatnya terus berdiri dihadapanku untuk melindungiku sambil dia mengeluarkan kedua pisaunya. Remaja itu telah mengalihkan beberapa kotak yang menimpanya, lalu dia berdiri sambil berkata..
“Nenek, Awang nak ikut.!” (teriak lelaki itu.)
“Ahh.. kau rupanya Awang.. Terperanjat Nenek tau.!” (balas Nenek Kebayan.)
“Hehehe.. Maaf Nek.”
Awang meminta maaf dalam keadaan ketawa sinis sambil dia menggarukan kepalanya.
“Kamu ni Awang. Nasib baik kakak tidak baling pisau ni kearah kamu tadi..” ( Suri mencelah).
“Rupanya Suri juga mengenalinya..” (bisikku.)
“Hehehe.. Janganlah marah kakak..” (rayu Awang lagi.)
Aku memerhati sahaja gelagat Awang ini.. Aku agak pelik dengan cara pakaiannya.. Dengan cermin mata besar diikat diatas kepalanya… Dari gelagatnya aku dapat rasakan bahawa dia ini merupakan seorang cendiakawan..
“Awang nak ikut boleh?” (tanya Awang.)
“Ishh.! Kamu ni Awang… Kamu tu kecil lagi.! Tak payah ikut, Bahaya..” (marah Pak Zabit).
“Tapi Awang nak ikut kak Suri dan abang Azizi.. Awang bosan duduk dikampung ini. Awang teringin hendak mengembara..” (jelas Awang.)
“Awang kenal aku? Tapi bagaimana.?” (bisikku lagi.)
“Tapi Awang, misi ni bahaya Awang..” (jelas Suri.)
“Awang boleh jaga dirilah kak.! Nekk… bolehlah… Awang nak ikut..” (rayu Awang lagi.)
“Hmm… Biarkanlah dia Zabit. Dia sudah anak teruna pun.. Baiklah Awang.. Nenek benarkan, tapi kamu mesti patuh dengan arahan kak Suri dan abang Azizi kamu itu..” (kata Nenek Kebayan).
“BAIKLAH NENEK.! Boleh ya Pakcik? Nenek sudah kasi Awang ikut.. Boleh ya? Boleh ya? (rayu awang pada Pak Zabit.)
“Hmm… Yalah… Tapi kamu mesti hati-hati… Dengar apa yang Nenek cakapkan tu..” (jawab Pak Zabit.)
“YEAHH.!”
“Akhirnya.! Aku dapat juga mengembara..!” ( Awang yang melompat dengan gembira).
Kami hanya ketawa dengan melihat gelagat Awang yang mencuit hati.. Selepas kami semua telah menyiapkan segala perlengkapan kami dihadapan rumah Kedai Pak Zabit..
“Baiklah Nenek, kami gerak dulu..” (ucap Suri sambil menghulurkan tangannya pada nenek).
“Hati-hati dan ingat pesan Nenek ya cu..”(pesan nenek sambil bersalaman dengan Suri, aku dan Awang).
“Baiklah Nenek.. kami akan ingat segala pesan Nenek.” (balasku kembali).
“Kamu kena hati-hati Awang.. Jangan berjauhan dari kakak Suri dan abang Azizi kamu tu..” (pesan Pak Zabit.)
“Ya.. ya.. Awang ingat.. Jom lah kita bertolak..” (balas Awang sambil menarik tangan kami berdua dengan kuatnya..)
“Ehh.! Ehh.!” (jerit Suri dan aku semasa tangan kami ditarik oleh Awang ketika hendak meninggalkan Nenek Kebayan dan Pak Zabit.)
“Yaaa.. Maka bermulalah misi pengembaraan yang hebat dari kami bertiga.!”
“LANGSAMUDERA.!”
“Kamu tunggu.!” (jerit Awang ketika kami berjalan meninggalkan kota Nauria.)
Lambaian tangan Nenek Kebayan dan Pak Zabit mengiringi perjalanan kami dalam menempuh misi yang berbahaya…
Disaat kami berjalan keluar dari pintu gerbang istana Nauria, terlihat akan susuk seseorang yang sedang memerhatikan kami dari jauh. Dia mulai tersenyum sambil melihat berjalan meninggalkan Nauria, lalu dia pun pergi menghilangkan diri..
__ADS_1