7 Sumpahan Permata.

7 Sumpahan Permata.
Si Penunggu Permata.


__ADS_3

Malam itu hujan turun dengan sangat lebat sekali sehingga membatasi pandangan mata untuk melihat jalan pada ketika itu. Di sebuah rumah, kelihatan seorang lelaki tua sedang menyalakan beberapa obor untuk menerangi ruangan rumahnya.


Di saat dia sedang menyalakan sebatang obor yang berada di ruangan anjung rumah, dia terlihat seperti ada sebuah kereta kuda yang sedang menghampiri rumahnya. Pada mulanya dia masih lagi tertanya-tanya, siapa gerangan orang yang sedang mengenderai kereta kuda tersebut, namun setelah kereta kuda itu mula kelihatan jelas, dia terus tersenyum lantas dia melambaikan tangannya kearah kereta kuda itu setelah mengetahui kereta kuda itu adalah kereta kuda milik anak perempuannya.


Lelaki tua itu terus segera menghampiri kereta kuda itu lantas alangkah terkejutnya dia setelah melihat yang mengenderai kereta kuda itun adalah Suri dan bukannya anak perempuannya.


“Siapa kamu? Mana anak perempuan saya? Mana menantu saya?” (tanya lelaki tua yang gelisah itu.)


“Maafkan saya, adakah bapa mengenali tuan empunya kereta kuda ini?” (tanya Suri.)


“Iya! Sudah tentulah saya kenal. Ini kereta kuda anak perempuan saya bersama suaminya.” (jelas lelaki tua itu.)


“Mana anak saya? Ke mana mereka?” (tanya lelaki tua itu kembali.)


Suri hanya mengendahkan sebentar persoalan lelaki tua itu. Suri menoleh kearahku yang berada didalam kereta kuda itu, lantas dia pun memberikan isyarat.


“Azizi, lakukan segera sebelum dilihat orang lain.” (ujar Suri.)


Mendengar arahan Suri itu, tanpa berlengah aku terus mengendong perempuan yang sedang lemah itu, turun dari kereta kuda dan segera membawanya masuk ke dalam rumah lelaki tua itu. Lelaki itu terus terkejut setelah melihat keadaan puterinya yang begitu sadis.


“Teratai…”


“Apa yang sudah terjadi? Kenapa Teratai jadi begitu? Kamu ni siapa? Apakah ini semua perbuatan dari kamu semua? Hei.! Jawablah? Apa yang kamu semua mahu dari kami?” (jerit lelaki tua itu.)


Lelaki tua itu berusaha untuk menghalangi aku ketika aku mencuba untuk membawa puterinya masuk ke dalam rumahnya. Suri yang nampak akan perbuatan lelaki tua itu pun terus bergegas turun dari kereta kuda dan menghampirinya, lantas Suri menarik bahunya dan terus menutup mulut lelaki tua malang itu lalu Suri menunjukkan cop diraja yang dibawa oleh Suri.


“Nama saya Suri, puteri kepada Paduka Azlan Mahmud Shah dan merupakan panglima bagi parajurit pengintip Nauria. Puteri bapa siang tadi telah dirompak oleh beberapa orang penyamun. Kami yang menyelamatkannya. Sekarang saya mohon, bapa jangan berbuat bising, nanti diketahui oleh orang sekeliling. Kami tidak mahu kehadiran kami diketahui oleh penduduk lain..” (jelas Suri.)


Setelah mendengar penjelasan dari Suri, lelaki tua itu terus tersentak sebentar, lalu dengan dia menundukan kepalanya menahan sebak didada. Kami semua hanya mendiamkan diri sahaja melihat situasi yang terpaksa ditanggung olehnya.. Tiba-tiba lelaki tua itu mula bersuara dengan tenang.


“Wahai anak muda, kamu bawaklah dia masuk. Begitu juga kamu yang lain. Masuklah, kerana hujan sedang lebat sekarang ini. Takut nanti kamu semua kedinginan pula..”


Mendengar kata-kata lelaki tua itu, kami semua pun terus menurutinya tanpa berkata sepatah dua. Setelah masuk ke dalam rumahnya, lelaki tua itu terus mengarahkanku untuk meletakkan puterinya disebuah bilik sambil diikuti olehnya dan Suri. Aku pun dengan perlahan meletakkan wanita itu diatas katilnya, lantas aku terus beredar dari situ.


Lelaki tua itu bergegas ke ruangan rak almarinya, lalu dia pun mencari beberapa ubat-ubatan yang ada disitu. Aku dan Awang hanya mampu melihat sahaja gelagat orang tua itu. Dari situ aku mula terlintas sesuatu difikiranku.


“Nampaknya lelaki tua ini seorang pembuat ubat-ubatan tradisional rupanya. Baguslah kalau begitu. Mudahlah dia untuk mendapatkan bahan yang diperlukan olehnya dengan segera.” (bisikku.)


Setelah sekian lama menunggu, hujan pun kini kembali reda. Bunyi suara katak yang sedang menyanyi mula mengamit suasana malam.. Di saat aku dan Awang sedang termenung di luar jendela tiba-tiba kami berdua disapa oleh lelaki tua itu.


“Nah, ambillah kain sarung dan baju menantu bapa ini. Rasanya muat dengan kamu berdua. Kamu gantikanlah pakaian kamu itu dahulu sebab pakaian kamu berdua sudah basah tu. Kalau tidak ditukar, nanti kamu berdua kesejukan pula. Badan boleh masuk angin nanti.” (ujar lelaki tua itu.)


“Terima kasih bapa.” (jawabku dan Awang.)


Kami pun mengambil pakaian yang diberikan olehnya tadi, dan kami terus menggantikan dengan segera.


“Bapa ingin mengucapkan terima kasih kepada kamu semua kerana sudi menyelamatkan puteri bapa siang tadi.” (kata lelaki tua itu.)


“Ya, sama-sama. Lagi pula memang sudah tanggungjawab kami untuk menyelamatkan rakyat Langsamudera ini dari ditimpa musibah.” (jawabku.)


“Hmm.. Boleh bapa tahu, dimana menantu bapa, suami kepada Teratai? Kenapa hanya Teratai sahaja yang kamu bawa pulang?” (tanya lelaki tua itu.)


Aku dan Awang terus saling berpandangan mata kerana buntu bagaimana hendak menjawab persoalan lelaki tua itu, memandangkan dia sekarang sedang ditimpa musibah yang agak berat. Awang memberikanku isyarat mata meminta untuk aku menjawabnya, namun aku tetap merasa serba salah. Aku menarik nafasku dengan dalam, dan aku cuba untuk bersikap tenang untuk menyampaikannya.


“Bapa.. Saya harap bapa dapat bersabar dan tabah dengan segala dugaan yang ditimpa oleh bapa sekarang ini.”


“Sebenarnya kami tidak dapat menyelamatkan menantu bapa siang tadi.” (ujarku.)


“Maksud kamu?”


“Menantu bapa sudah meninggal dunia.” (jawabku.)


Mendengar jawapanku tadi terus membuatkan lelaki tua itu tersentak seketika, lalu dia pun berjalan dan duduk di kerusinya tanpa berkata apa. Aku dan Awang hanya menundukkan kepala kami tanpa bersuara. Aku tahu berat bagi seorang lelaki yang sudah berusia seperti dia hendak menanggung dugaan yang seperti ini. Aku berjalan menghampirinya untuk menenangkannya. Pada ketika itu, lelaki tua mula mencari rokok paipnya, lalu dia menghisapnya dengan tenang.


“Bapa, maafkan kami kerana kami tidak sempat menyelamatkan menantu bapa.” (jelasku lagi.)


“Tidak mengapala nak. Setidaknya kamu semua sudah pun membawa balik Teratai dengan selamat. Itu pun bapa sudah cukup bersyukur nak..” (jawab lelaki tua itu.)


“Oh ya.. Sudah lama kita berborak, hampir terlupa pula bapa hendak menanyakan kamu semua.. Siapa kamu?” (tanya lelaki tua itu kembali.)


“Yang disana itu namanya Awang, wanita yang telah membantu bapa tadi Suri, dan seorang lagi yang kecil itu namanya Puteri. Nama saya pula Azizi.” (jelasku.)


“Azizi?”


“Unik sungguh nama kamu. Belum pernah bapa mendengar nama seperti itu.. Nama bapa, Adiman. Kamu boleh saja panggil bapa dengan panggilan Pak Adi kerana dikampung ini, semua orang panggil bapa, Pak Adi.” (ujar Pak Adi.)


“Oh, baik Pak Adi..” (balasku.)


“Kamu berehatlah dahulu, bapa tahu kamu berdua mesti penat bukan? Kamu boleh gunakan bilik hujung. (ujar Pak Adi.)


Pak Adi pun berjalan memasuki rumahnya meninggalkan aku dan Awang di ruangan anjung.


Lantas Pak Adi duduk berehat sebentar dikerusi malasnya sambil dia menyalakan sebatang rokok untuk dihisap. Malam itu sangat sejuk sekali kerana setelah hujan mulai reda, angin malam pula datang menyapa. Bunyi katak dan cengkerik mula kedengaran dengan rancaknya. Setelah hampir satu jam masa berlalu, Akhirnya Suri dan Puteri pun keluar meninggalkan Teratai yang sedang berehat di dalam biliknya. Pak Adi yang melihat kelibat Suri, terus menyapanya dengan tergesa-gesa.


“Ha, bagaimana dengan keadaan Teratai? Apakah dia baik-baik sahaja di dalam sana?” (tanya Pak Adi.)

__ADS_1


“Bapa janganlah risau. Teratai dalam keadaan baik sahaja. Buat masa sekarang ini kita jangan ganggu dia, biarkan dia berehat dahulu kerana dia perlukan tenaga untuk dia sembuh kembali.” (jelas Suri.)


“Baiklah. Terima kasih banyak-banyak nak kerana telah menyelamatkan puteri kesayangan bapa. Teratai sahajalah satu-satunya harta yang bapa ada sekarang ini. Bapa tidak dapat bayangkan bagaimana nasb bapa jika kamu semua tidak menyelamatkan teratai tadi siang. Terima kasih sekali lagi bapa ucapkan.” (ujar Pak Adi.)


Mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Pak Adi telah membuatkan Suri sedikit tersenyum, lantas Suri menjawabnya dengan lemah lembut.


“Tidak mengapa bapa, sudah menjadi tanggungjawab saya dan rakan-rakan untuk membantu rakyat Nauria yang berada di dalam kesusahan.”


“Terima kasih.. Nampaknya hari sudah pun larut malam. Kamu dan adikmu pergilah berehat dahulu. Kamu boleh menggunakan bilik bapa untuk kamu beristirehat. Pergilah..” (kata Pak Adi.)


“Baiklah. Terima kasih ya bapa. Kami masuk dahulu..” (jawab Suri.)


Suri dan Puteri terus memasuki bilik tersebut meninggalkan kami bertiga di ruang tamu.


“Kamu berdua kenapa tidak tidur? Sudah lewat malam ni..” (tanya Pak Adi kepadaku dan Awang.)


“Tak mengapalah, kami berdua tidur diluar sahaja. Kalau jadi apa-apa nanti malam, mudah untuk kami bertindak. Bapa gunakan sahajalah bilik hujung itu. Tak mengapa biarkan kami yang tidur diluar. Agak tidak manis untuk tuan rumah yang terpaksa tidur diruang tamu sedangkan tetamu tidur dibilik.” (jelasku.)


Pak Adi yang mendengar penjelasanku, mulai tersenyum lalu dia pun bangkit dari kerusi malasnya.


“Baiklah jika sudah kamu bilang begitu. Bapa masuk ke dalam dahulu. Terima kasih kerana sudah membawa anak bapa pulang, sekarang sudi pula kamu untuk menjaganya..” (balas Pak Adi.)


“Sama-sama bapa. Bapa janganlah risau. Serahkan sahaja kepada kami. Bapa boleh percayakan kami. (jawabku.)


Pak Adi terus berjalan pergi kebilik hujung meninggalkan aku dan Awang.


Awang melihatku dengan riak wajah yang pucat.


“Haa, kenapa kau? Tiba-tiba ja pandang Abang macam pandang hantu ni kenapa? Sudah! Tidur!” (kataku kepada Awang.)


Awang yang mendengar kataku, hanya menuruti sahaja tanpa berkata sepatah apa. Tindakan Awang membuatkan aku sedikit kehairanan. Aku yang malas hendak berfikir panjang terus pergi memadamkan obor yang menerangi ruang tamu itu, lalu aku pun berbaring disebelah Awang. Disaat aku memejamkan mataku, secara tiba-tiba aku terdengar akan sebuah suara anak perempuan memanggilku.


“AZIZI..”


“AZIZI..”


“BANGUN…”


Aku yang mendengarnya, terus membuka kembali mataku. Alangkah terkejutnya aku kerana sekali lagi budak perempuan itu muncul kembali dihadapanku.


“KAU.!! Kenapa kau muncul lagi? Apa mahu kau? Kenapa kau kerap mengganggu aku?” (herdikku.)


“Sabar Azizi.. Janganlah dikau bersikap begitu. Kitakan kawan..” (jawab budak perempuan itu.)


“Kawan? Kawan apa macam kau.! Berani mengambil jiwa insan lain. Kau bukan kawan melainkan kau hanyalah jelmaan syaitan.!” (herdikku lagi.)


Budak perempuan itu terus memetik jarinya, lantas keluar beberapa akar dari tanah, lalu terus membelitku dan menutup mulutku sehingga aku tidak mampu untuk mengeluarkan sebarang suara. Aku terus mencuba untuk melepaskan diriku namun ianya hanyalah sia-sia.


“Maafkan aku, tapi kau yang telah memaksa aku untuk bertindak sedemikian..” (kata budak perempuan itu.)


“Janganlah kau risau wahai Azizi. Walaupun kau berada di duniaku, itu tidak bererti bahawa aku hendak menculikmu, melain aku ingin berbicara denganmu. Sebenarnya aku boleh sahaja datang ke dunia kau untuk menemuimu, namun untuk aku berbuat sedemikian, ianya memerlukan kuasa magik yang sangat kuat untuk menghubungkan antara dunia kau dan duniaku.. Buat masa sekarang, aku hanya mampu menggunakan kuasaku untuk aku bercakap dengan kau sahaja, kerana kuasa magikku sudah pun habisku gunakan semasa pertemuan kita yang pertama.”


“Oh ya.. Apa-apa pun, aku ingin mengucapkan, selamat datang ke duniaku.. Dunia khayalan dan impian bagi setiap penderita di dunia nyata.. Dunia Mimpi..”


“HMM! HMM..! HMM..!!!” (jeritku.)


“Ha? Apa yang kau katakan? Aku tidak mengerti sepatah ayat pun.”


“Oh! Hahaha.. Maaf, patutlah aku tidak faham, rupanya aku sudah menutup mulutmu.. Hahaha.. Maafkan aku.” (kata budak perempuan itu.)


Budak perempuan itu pun memetik jarinya sekali lagi, lantas akar yang membelitku itu terus menghilang dengan sendirinya. Aku mula menarik nafas dalam kerana aku merasa sakit dibahagian dadaku akibat dililit oleh akar yang sangat kuat tadi..


“Apa yang ingin kau bicarakan denganku?” (tanyaku dalam kemengahan.)


“Azizi.. Kau sudah menggunakan satu dari enam kekuatan Batu Permata, maka kau masih lagi berbaki lima permintaan yang tidak kau ungkapkan.. Disebabkan itu, aku sudah pun mengambil perasaan gembira kau seperti mana yang sudah tertakluk di dalam perjanjian kita..” (jelas budak perempuan itu.)


“Tapi.. Aku tidak sengaja. Apakah tiada cara lain untuk aku membatalkan perjanjian ini?” (tanyaku.)


“Ada, namun pasti berat untuk kau tunaikannya Azizi..” (jawab budak perempuan itu.)


“Apa caranya?” (tanyaku kembali.)


“Kau harus mati. Hanya dengan cara itu sahaja dapat membatalkan perjanjian kita..” (jawab budak perempuan itu.)


Mendengar jawapan yang baru aku dapatkan tadi, telah membuatkan aku sedikit tersentak. Fikiranku secara tiba-tiba menjadi kosong. Aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan sekarang. Apakah ini sudah takdirku atau ini balasan dari perbuatanku yang terdahulu. Lalu budak perempuan itu menghampiriku, lantas dia memegang bahuku dengan perlahan.


“Azizi.. Maafkan aku. Aku hanya menjalankan tugasku sahaja. Lagi pula untuk pengetahuan kau, aku bukannya Angmaar seperti yang kau sangkakan. Aku ini sebenarnya hanyalah sebuah jiwa yang tidak lengkap sifatnya. Dahulu aku kerap dijadikan sebagau senjata oleh Angmaar untuk dia melakukan kejahatannya terhadap Langsamudera.” (jelas budak perempuan itu.)


“Hmm. Kalau kau bukan Angmaar, siapa kau yang sebenarnya?” (tanyaku kembali.)


“Namaku Ayu. Aku dikenali sebagai Sang Jiwa Mutiara yang kini sudah dipisahkan kepada tujuh bahagian Batu Permata yang menjadi rebutan oleh semua orang di Langsamudera ini.” (balas budak perempuan itu.)


“Ayu? Maksud kau, asalnya kau dari Batu Permata juga?” (aku semakin binggung.)


“Iya Azizi.”

__ADS_1


“Kalau kesemua Batu Permata ini adalah bahagian dari kau, kenapa mereka memisahkan kau kepada tujuh kepingan?” (tanyaku.)


“Angkara nafsu tamak yang serakah, mahukan kuasa untuk memerintah, tidak memikirkan nasib sesiapa, sehingga sanggup berbunuhan diantara mereka.” (jelas Ayu.)


“Demi mengelak kembalinya sejarah yang duka, maka diriku dipisahkan kepada tujuh bahagian Batu Permata, diberikan kepada Raja dan para Paduka, untuk disimpan sebagai peringatan semua.” (jelas Ayu lagi.)


“Tapi kenapa kini mereka mahu kau disatukan kembali?” (tanyaku lagi.)


“Kerana hanya kuasaku sahaja yang mampu untuk mengalahkan Angmaar serta melenyapkannya selamanya dari muka bumi ini.” (jawab Ayu.)


“Andai kata kesemua Batu Permata itu berjaya kau satukan, maka aku akan mendapatkan semula kekuatanku yang sebenar. Dengan itu akan memudahkan aku untuk menghapuskan Angmaar.” (kata Ayu lagi.)


“Hmm.. Itu pun bergantung kepada siapa tuan kau. Nasib sahaja aku yang menjadi tuan kau. Kalau andai kata Angmaar yang menjadi tuan kau, sudah pasti kau akan menurutinya juga, bukan?” (balasku.)


“Cis.! Wanita jijik itu.. Aku benci dia! Kalau dia menjadi tuan aku sekali pun, aku rela dihapuskan dari menuruti permintaan dia kau tahu tak! Aku benci kepada Angmaar..” (herdik Ayu.)


“Kalau kau rasa aku akan bertindak seperti yang kau fikirkan, sudah lama aku berkhidmat dibawah tapak kakinya Angmaar, kau tahu.” (balas Ayu.)


“Kenapa pula?” (tanyaku.)


“Kerana salah satu bahagianku ada pada Angmaar.!” (jelas Ayu.)


Aku terus terkejut setelah mendengar penjelasan oleh Ayu.


“Satu bahagian? Maksud kau dekat Angmaar juga ada satu Batu Permata? Begitukah Ayu?” (tanyaku yang agak tergopoh.)


Ayu mula ketawa sinis, lalu dia menganggukkan kepalanya.


“Permata apa yang ada padanya Ayu? Jawablah!” (tanyaku.)


“Permata Delima Hitam..” (kata Ayu.)


“Delima Hitam?”


Aku termenung seketika sambil memikirkan sesuatu.


“Tak.. Takkanlah.. Bagaimana aku hendak merampas Batu Permata itu dari tangannya Angmaar? Ahh.. Kenapa semakin hari semakin sulit dugaan yang aku terima? Kenapa aku? Kenapa bukan orang lain? Aduhai, andai sahaja aku tidak mengusik Batu Permata Atuk kemarin, sudah pasti nasibku tidak akan terjadi seperti sekarang.” (bisikku.)


Tiba-tiba Ayu mencelah..


“Janganlah kau terlalu khawatir Azizi. Aku berjanji akan sentiasa menolongmu semampu dayaku kerana aku juga ingin menghapuskan Angmaar dengan menggunakan kuasaku sendiri. Aku sudah muak dengan dia, kerana dia sudah melakukan banyak kerosakan diatas muka bumi ini. Oleh itu, sudikah kau bersama-sama denganku wahai Azizi?” (tanya Ayu.)


“Hmm.. Sesungguhnya musuh kepada musuhku adalah rakanku. Jika itu yang kau impikan, maka aku akan bersetuju namun dengan satu syarat.” (kataku.)


“Apa syaratnya?” (tanya Ayu.)


“Selepas kita hapuskan Angmaar, aku mahu kau kembalikan semula perasaanku yang telah kau ambil dariku sebelum aku dihantar pulang kedunia asalku.” (balasku.)


“Hahaha… Baiklah, jika hanya itu permintaanmu, maka dengan senang hati aku menerimanya.” (jawab Ayu.)


Aku dan Ayu mula bersalaman sebagai tanda setuju menerima syarat masing-masing dalam membentuk kerjasama untuk menghapuskan Angmaar.


Pagi mula menyingsing, matahari mula menunjukkan dirinya dari arah timur. Ayam berkokok nyaring mengatakan hari sudah pun siang. Kami berempat mengemas barang kelengkapan kami sebelum kami meninggalkan Pak Adi dan Teratai untuk meneruskan perjalanan kami. Kami sangat berterima kasih kepada Pak Adi kerana dia sudi memberikan kami kereta kudanya. Katanya perjalanan kami untuk menuju ke Daiya masih lagi jauh jika hanya berjalan kaki..


Kami juga merasa sedikit lega kerana Teratai pagi ini sudah nampak semakin pulih berbanding semalam.. Disaat kami sudah pun mengemas barang kami, Suri pun berjalan kearah Pak Adi untuk meminta izin meninggalkannya dan Teratai, lantas Suri terpandang kearah beberapa kotak kayu yang disusun oleh Pak Adi di tepi anjung rumahnya. Kotak-kotak tersebut telah pun terisi dengan pelbagai ubat-ubatan yang sangat banyak di dalamnya. Kejadian itu telah membuatkan Suri sendikit kebingungan lalu Suri mula bertanya kepada Pak Adi.


“Bapa maaf jika saya ingin bertanya. Jika boleh saya tahu, untuk apa bapa menghasilkan ubat-ubatan yang terlalu banyak ini? Siapa yang menempahnya?”


“Eh? Kamu tidak tahu? Yang tempah kesemua ubat-ubatan ini adalah adik kamu iaitu Tengku Muzaf Mahmud Baginda. Katanya mahu digunakan untuk menghadapi perang.” (jelas Pak Adi.)


Suri terus terkejut setelah mendengarkan jawapan dari Pak Adi.


“PERANG?”


“Perang dengan siapa? Bila? Di mana? Kenapa saya tidak mendapat sebarang berita dari pihak istana?”


“Hmm. Mengenai hal itu, bapa juga tidak tahu. Tengku Muzaf hanya meminta bapa untuk menyiapkan ubat-ubatan ini dengan segera sahaja. Mengenai peperangan itu, beliau tidak menceritakan sedikit pun kepada bapa. Maafkan bapa kerana bapa tidak dapat membantu kamu dalam hal ini.” (balas Pak Adi.)


Suri terus menoleh membelakangi Pak Adi. Dari riak wajah Suri, sepertinya dia sedang memikirkan sesuatu. Kami semua hanya terdiam melihat gelagat Suri yang agak aneh.


“Suri, lebih baik kita pulang sahaja ke Istana. Nanti disana kamu boleh bertanya secara bertentang mata dengan ayahandamu.” (kataku.)


“Tidak! Tak usah! Kita tidak boleh membuang masa kepada perkara yang belum kita ketahui kesahihannya lagi. Lebih baik kita teruskan sahaja perjalanan kita.” (balas Suri.)


“Tapi apakah tidak apa-apa kak Suri? Bagaimana jika ianya benar?” (tanya Awang.)


“Hmm.. Hanya ada satu cara untuk mengetahuinya..” (jawab Suri.)


Kami semua kebingungan sebentar.


“Bapa Adi, bolehkah Suri pinjam sebentar burung penghantar surat?” (tanya Suri secara tiba-tiba.)


“Ha? Bo..Boleh.. Burung ada dibelakang. Sekejap ya bapa pergi ambil.” (jawab Pak Adi.)


Suri terus menulis sepucuk surat untuk dihantar kepada pihak istana. Tidak selang beberapa minit, Pak Adi pun datang sambil membawa seekor burung merpati putih bersamanya. Setelah siap surat itu ditulis, Suri pun memasukkannya ke dalam sebuah kantong surat yang telah diikat dikakinya burung merpati putih itu lalu dia pun melepaskan burung itu terbang keudara. Suri menoleh kearahku dan Awang.

__ADS_1


“Ayuh kita berangkat..” (kata Suri.)


__ADS_2