
Derapan kuda mulai kedengaran semakin kuat menghampiriku… Dari kejauhan aku dapat melihatnya seperti sebuah angkatan tentera berkuda sedang kearahku.. Lantas mereka semua mengelilingiku, sehingga menutupi pandanganku dengan gerombolan debu yang dihasilkan oleh kaki kuda. Kelihatan seperti seorang panglima datang menghampiriku lalu dia pun menghunuskan tombaknya dari atas kuda tepat kearah wajahku sambil mengeluarkan suaranya yang agak tegas..
“Kau.! Siapa gelaran kau, dan apa keperluan kau datang kemari.?”
Aku masih lagi terpinga-pinga dan tertanya-tanya.. Dimanakah aku sekarang? Mengapa aku boleh berada disini? Tempat apakah ini? Dan..
Siapakah mereka semua ini? Berbaju seperti orang orang zaman dahulu, siap bersenjata dan berkuda lagi?
“Ahh… Sakitnya kepala aku, seperti hendak pecah rasanya.. Mengapa seluruh tubuhku terasa seperti mengigil secara tiba-tiba?” (bisik hatiku)
“HEI, JAWAB.!”
“Kenapa kau masih membisu?” (ditanya lagi panglima itu padaku dengan nadanya yang keras).
Aku cuba untuk bangun sambil bersuara, namun secara tiba-tiba penglihatanku kian kabur, badanku kian lemah.. Dengan perlahan aku pun terus rebah dan pengsan ditempat itu.
“PANGLIMA.!”
“Nampaknya lelaki ni sudah pengsan.. Apa yang patut kita lakukan Panglima.?” (tanya seorang tentera yang turut bersama panglima itu.)
“Kalau begitu kita bawa dia ke istana. Biar Paduka sendiri yang tentukan nasib orang ini..”
“Kamu berdua, angkat dan bawa dia cepat.!”(kata panglima.)
“Baik Panglima.!”(balas tenteranya.)
Sementara itu, di Istana Mahajarawi kepunyaan Bangsa Nauria.. Terdengar sebuah suara seorang tentera berlari dalam kemengahan, memasuki ke ruangan singgahsana..
“PADUKA.!”
“PADUKA.!”
Tentera itu terus berlutut menunduk hormat dihadapan Paduka Azlan Mahmud Baginda.
“Ampun Paduka..”
“Patik datang membawa sebuah perkhabaran yang mengejutkan, Paduka.” (jelas tentera itu.)
“Hmm.. Perkhabaran apa yang kau bawa sehingga sanggup berlari seperti ini? Sudah seperti orang yang baru terserempak dengan hantu gayanya?” (tanya Paduka Azlan.)
“Panglima, Paduka.. Panglima..”
“Haa.. Kenapa pula dengan Panglima?”
“Panglima bersama-sama dengan para tenteranya telah kembali ke Istana sambil membawa seorang lelaki yang tidak dikenali asal usulnya, Paduka.”
“Malah pakaian yang dipakai oleh lelaki itu juga kelihatan agak aneh. Kami mengesyaki berkemungkinan besar lelaki tu adalah pengintip yang dihantar oleh Angmaar, Paduka..” (jelas tentera itu.)
“APA.! Pengintip?” (Paduka Azlan terkejut sehingga dahinya berkerutan.)
“Dimana lelaki itu sekarang?” (tanya Paduka Azlan dalam keaadaan marah.)
“Lelaki itu sekarang telah dipenjarakan buat sementara waktu, Paduka. Lagi pula semasa Panglima membawanya pulang, kami melihat lelaki itu sepertinya sudah pengsan, Paduka. Mungkin sahaja Panglima telah bertarung dengan lelaki itu sebelum dia pengsan, dan membawanya pulang ke istana untuk dipenjarakan, Paduka..” (Jawab tentera itu.)
“Pengsan?”
“HAHAHA.! Bagus Panglima, bagus.!”
Paduka Azlan tertawa besar selepas mendengar jawapan yang diberikan oleh tentera sebentar tadi.
“Tak ku sangka, Panglima kita hebat orangnya.. Boleh mengalahkan pengintip milik Angmaar sehingga pengsan.. HAHAHA.!”
“Angmaar, Angmaar.. Rupanya kau tidak sekuat yang ku sangka.! Mungkin kau sudah terdesak tersangat-sangat sehingga sanggup menyuruh pengintip kau yang selemah itu untuk membuat onar dinegeriku.. Hahaha..” (Paduka Azlan mulai menunjukkan sifat riaknya sambil ketawa bahagia.)
“KAMU.!”
“Suruh penjaga kejutkan budak itu dan suruh Panglima bawanya datang mengadap Beta.. Hahahaha..” (kata Paduka Azlan.)
“Baik Paduka.!” (sahut tentera itu.)
Lalu tentera itu pun bangun beredar dari singgahsana.
Paduka Azlan masih lagi ketawa riang seolah-olah seperti sedang menikmati akan sebuah kemenangan yang sangat memuaskan hati, tanpa beliau sedari bahawa perbicaraan mereka sebentar tadi itu, sebenarnya sedang didengari oleh seorang wanita yang tidak dikenali yang sedang bersembunyi disebalik tirai istana, lantas wanita itu juga berlalu pergi tanpa disedari olehnya.
Di bilik penjara..
Aku mendengar suara seorang wanita yang cuba membangunkan aku, lalu dengan perlahan aku pun membuka mataku.. kelihatan gambaran yang agak samar-samar menyukarkan aku untuk melihat wajah orang itu.. Perlahan demi perlahan wajahnya yang kembang, dapatku lihat dengan jelas. Tiba-tiba, aku terdengar pula suara pagar besi bergeseran.. Aku melihat wanita itu terus berlari meninggalkan aku dan bersembunyi disebalik kegelapan bayang yang ada dibahagian tepi dinding tembok.
“SPLASHH..!”
Sebaldi air dicurahkan tepat kearah wajahku sehingga basah kuyup dibuatnya.
“HEI KAMU.! BANGUN.!”
Jeritan pengawal penjara itu membingikkan telingaku.
“Sudahlah dia menyurahkan aku sebaldi air, sekarang dia mengarahkan aku pula.” (bisik hatiku.)
“AKU KATA BANGUN.!”
Tak semena-mena pengawal itu telah memegang bahuku dengan kuat, lalu mengangkat diriku. Lantas, dengan kasarnya dia terus mengheretku keluar dari penjara dan membawa aku terus ke arah Panglima tentera itu tadi..
“Kamu.! Sila ikut saya ke istana.. Paduka hendak kamu mengadapnya sekarang.!” (jelas Panglima itu dalam keadaan bengis.)
“Ahh.. SEKEJAP.!”
Tetiba aku terfikirkan sesuatu..
“PADUKA?”
“Sepertinya macam aku pernah mendengarkan panggilan seperti itu? Tapi… Dimana?”
“Ohh tidak..”
“Tak kanlah..”
“Itu tidak mungkin.! Aku perlu siasat dengan lebih dalam lagi untuk pastikan kesahihan perkara ini dahulu..” (bisik hatiku.)
Tanpa berkata apa, aku mengikuti sahaja jejak Panglima itu ke istana. Di dalam perjalanku, aku dapat melihat dengan jelas akan bendera yang agak aneh seperti bendera di zaman pertengahan. Malah bendera itu sedang berkibar megah dibeberapa sudut banggunan istana. Kelihatan suasana disini nampak sangat asli.
Binanya juga nampak sangat asli dan kukuh. Tidak seperti “PROPS” yang dibuat di dalam filem mahupun pentas teater.. Setibanya aku di dalam singgahsana istana, alangkah terkejutnya aku dengan reka bentuknya yang agak menarik. Luas sungguh ruangan di dalam singgahsana ini. Boleh dikatakan tiga kali ganda luasnya berbanding keluasan rumah yang aku tinggal sekarang.. Aku terpandang akan sosok seorang lelaki dalam lingkungan enam puluhan sedang bersemayam diatas sebuah kerusi yang sangat megah yang belum pernah aku melihatnya..
Lelaki itu melihatku dengan renungan yang tajam sambil beliau menongkat dagunya menggunakan kedua belah tangannya yang digenggamkan bersama. Lantas beliau pun bersuara dengan sangat tegas sambil beliau menundingkan jarinya ke arahku.
“KAU.!”
“Terangkan pada Beta.. Siapa Kau dan apa tujuan Angmaar menghantar kau kemari..
__ADS_1
“Beta?”
“Angmaar?”
“Ahh.. Tidak syak lagi.. Nampaknya tekaanku memang benar. Aku telah terperangkap diantara dua dimensi. Tapi bagaimana?” (bisik hatiku.)
“HEI, KAU PEKAK KA? Paduka tanya tu..”
“JAWAB.!” (Panglima menengking aku sambil menampar kepalaku.)
“Aduh, Sakitlah bodoh.! (Jawab hatiku sambil menahan sakit.)
“Aku mesti fikirkan sesuatu.. Nampaknya perkara ini sudah semakin mengarut.! Tak mungkin “Time Travel” itu wujud.! Mesti ada muslihat disebalik semua ini.”(bisikku lagi.)
Aku memandang tepat kearah wajah Paduka itu..
“Aku tidak boleh gelabah. Aku harus bertenang.” (bisikku lagi.)
“Namaku AZIZI.. dan aku bukan dari dunia ini.! Aku juga tidak kenal siapa itu Angmaar. Sekarang lepaskan aku.!” (jawabku dengan nada yang tegas.)
“BIADAP.!”
“Kau tidak kenal siapa Beta? Beta Paduka Azlan Mahmud Baginda.! Penguasa Bagi Kerajaan bangsa Nauria.” (ujar Paduka.)
“Bangsa Nauria? Jadi bendera yang baru aku lihat tadi adalah bendera lambang kerajaan Nauria?” (bisik hatiku).
Disaat aku sedang dibelenggu dengan pelbagai pertanyaan, datang seorang tentera mengadap Paduka Azlan dan menyerahkan sesuatu yang dibawa olehnya kepada Paduka Azlan.
“Paduka, ini Batu Permata Sutra Raya yang telah lama menghilang. Kami telah berjaya menemuinya di dalam kantung baju lelaki itu, Paduka.” (jelas tentera itu sambil menunjukkan Batu Permata Sutra Raya kepada Paduka Azlan).
Wajah Paduka Azlan terus berubah secara drastik setelah melihat Batu Permata itu dengan matanya sendiri. Lantas beliau terus melihat aku dengan keadaan yang marah..
Disaat itu juga, ada seorang wanita misteri yang sedang mencuri dengar akan perbualan kami disebalik tirai. Wanita itu juga terperanjat selepas melihat Batu Permata itu dari jauh, namun dia tetap mendiamkan dirinya kerana tidak mahu kedudukannya diketahui oleh kami. Paduka Azlan terus bangun dari kerusinya lalu beliau terus menanyakanku.
“Dari mana kau dapat Batu ini? Apakah Angmaar yang memberikannya pada kau? Jawab.!” (tanya Paduka Azlan dengan nadanya yang keras.)
“Sumpah.!”
“Aku tidak kenal langsung siapa Angmaar.! Dan Batu itu adalah kepunyaan Atuk aku.! Jadi aku mohon, tolong pulangkan Batu itu semula dan tolong lepaskan aku.!” (tegasku.)
“Siapa kata Batu ini milik kau?”
“Batu ini adalah milik Negara Langsamudera.! Kau yang mencurinya.! kau tahukan apa hukumannya kepada orang yang suka berbohong seperti kau?” (jelas Paduka Azlan.)
“OH, YA?”
“Peduli apa aku.! (aku mula menengking pada Paduka Azlan.)
“Kau memang biadap!
“PANGLIMA!”
“BUNUH SAHAJA MANUSIA YANG TIDAK TAHU UNTUNG INI.!” (Jerit Paduka Azlan.)
Setelah panglima mendengar arahan yang dikeluarkan oleh Paduka Azlan, dia pun terus mengeluarkan kerisnya, lantas dia menoleh ke arahku dan terus menghunuskan kerisnya tepat ke arahku untuk membunuhku tanpa segan silu. Aku yang melihatnya menjadi tidak keruan sehingga aku terasa seperti jantungku berhenti berdenyut buat seketika.!
Lantas, wanita yang bersembunyi di sebalik tirai itu terus munculkan dirinya dengan berdiri di belakang panglima secara tiba-tiba sambil meletakkan kerambitnya tepat kearah leher panglima.. Aksi ni membuatkan kesemua orang yang melihatnya menjadi terkesima buat seketika.. Aku juga terkedu dan tertanya-tanya dari arah mana wanita ini muncul? Lalu dengan nada yang lembut wanita ini berbisik ditelinga panglima..
“Satu langkah lagi..”
“kau MATI..”
Bisikan wanita itu telah berjaya membuatkan panglima itu memberhentikan niatnya untuk membunuhku.. Aku sempat melihat wajah panglima itu bertukar menjadi gelisah dan ketakutan. Tapi ada satu perkara yang berjaya menarik perhatianku, wanita itu. Dengan berjubah seperti seorang pembunuh upahan. Siapa dia yang sebenarnya? Apakah dia Angmaar?
“Wanita ini yang kejutkan aku sebentar tadi!” (bisikku.)
Paduka Azlan yang terkejut dengan kejadian itu, terus bersuara dengan nadanya yang keras.
“ANAKANDA.! Hentikan perbuatanmu itu.!” (Titah Paduka Azlan.)
“Anakanda?”
“Oh.. Jadi wanita ini adalah anak kepada Paduka Azlan rupanya.. Patutlah dia berani bertindak sedemikian rupa.” (bisikku.)
Dengan perlahan kedua-dua mereka menurunkan senjata masing-masing, lalu wanita itu menarik baju Panglima dengan sekuat tenaganya untuk menjauhkan panglima itu dari mendekatiku. Panglima itu sedikit terkejut dan marah dengan tindakan wanita tersebut yang seolah-olah seperti sengaja mempermalukan Panglima dihadapan kesemua tentera bawahannya dan juga Paduka.
Wanita itu berjalan mendekatiku, lalu berdiri disisiku, lantas dia menoleh semula melihat ayahandanya dan berkata..
“Ayahanda.!”
“Apa tujuan Ayahanda hendak membunuh lelaki ini tanpa usul periksa?”
“Kenapa Ayahanda dan panglima tidak memaklumkan kepada Anakanda dahulu mengenai kemunculan lelaki ini?”
“Bukankah Anakanda yang mengetuai misi pengintipan ini? Sepatutnya lelaki ini diserahkan kepada Anakanda dahulu sebelum Ayahanda membuat sebarang keputusan.. (kata wanita itu.)
“Suri.”
“Ayahanda bukan tidak mahu beritahu kamu, tetapi kami sekarang berada didalam situasi yang sangat tegang.”
“Tambahan pula, lelaki ini membawa Batu Permata Sutra Raya bersamanya. Maka sudah pasti dia adalah orang suruhan Angmaar..” (jelas Paduka.)
“Ayahanda jangan hendak menipu Anakanda.!”
“Anakanda bukannya budak kecil yang mudah untuk Ayahanda tipu.! Anakanda tahu niat sebenar Ayahanda.! Ayahanda hendak membunuh lelaki ini kerana Ayahanda hendak memiliki Batu Permata itu bukan? (balas Suri.)
Pertanyaan Suri telah membuat Paduka Azlan mulai gelisah.
“Ciss.!”
“Muslihatku sudah ketahuan nampak gayanya.” (Bisik Paduka sambil mengeratkan gigi beliau).
Disaat kekecohan sedang rancak berlaku, tiba-tiba terdengar suara pintu singgahsana dibuka, lantas aku terdengar pula suara seorang wanita tua yang menjerit sambil berlari ke arah Paduka Azlan.
“NANTI, PADUKA.!”
“SABAR.!” (jerit wanita tua itu).
Lantas wanita itu terus berlutut pada Paduka Azlan dalam keadaan kemengahan.
“Haa.. Kamu rupanya Kebayan.. Kenapa kamu datang kemari dengan keaadaan yang tergesa-gesa?” (tanya Paduka Azlan.)
“Ampun Paduka..”
“Mohon patik jelaskan hal yang sebenar supaya keaadaan ini tidak menjadi semakin keruh wahai Paduka.” (rayu Nenek Kebayan.)
Permintaan Nenek kebayan telah membuatkan semua orang terpinga-pinga dan tertanya-tanya apa kaitannya aku dengan Nenek Kebayan..
__ADS_1
“Ampun Paduka.”
“Sebelum itu, patik ingin meminta maaf kerana patik telah bertindak tanpa memaklumkannya dahulu pada Paduka. Bukannya patik ingin membelakangkan Paduka melainkan patik terpaksa lakukannya demi keselamatan kita semua.” (jelas Nenek Kebayan.)
Kata-kata Nenek Kebayan telah membuatkan semua orang menjadi binggung buat seketika..
“Apa maksud kamu Kebayan? Beta kurang mengerti. Bolehkah kamu terangkannya dengan lebih jelas?” (tanya Paduka Azlan.)
“Ampun Paduka.”
“Sebenarnya Paduka, patik telah mendapat ramalan, bahawa pintu pertama dari tiga pintu yang telah mengunci Garuda, kini sudah pun terbuka.. (jelas Nenek Kebayan lagi.)
“APA.!”
Paduka menjadi terkesima dengan penjelasan Nenek Kebayan.
“Apa benar yang kau lihat Kebayan? Mungkin kau tersalah melihatnya barangkali?” (tanya Paduka Azlan.)
“Benar Paduka.”
“Pada mulanya patik juga tidak mempercayainya, namun bila patik menilainya sekali lagi, rupanya ia adalah ramalan yang benar.” (jawab nenek Nenek Kebayan)
“Tak mungkin..”
“Sepatutnya pintu itu tidak ada sesiapa yang mengetahuinya.. Malah lokasinya juga tidak pernah diceritakan kepada sesiapapun kecuali kami, Paduka yang menjadi saksi disaat kejadian itu berlaku.. (jelas Paduka Azlan dalam keadaan cemas.)
“Melainkan…”
“Melainkan ada salah seorang dari kalangan kami yang telah belot kepada Langsamudera.!” (kata Paduka Azlan).
“Tapi siapa Paduka? (tanya Nenek Kebayan.)
“Hanya satu orang yang sanggup melakukan perbuatan keji itu. Kerana dia pernah melakukannya sekali, pada waktu itu.. Dan tidak mustahil untuk dia melakukannya sekali lagi buat kali kedua..” (jelas Paduka Azlan.)
Tekaan Paduka telah membuatkan semua orang didalam singgahsana menjadi tegang..
Aku pula masih terpinga-pinga dengan situasi yang berlaku dihadapanku sekarang ini.. Lalu Nenek Kebayan menyambung semula penerangannya kepada Paduka Azlan..
“Dan disebabkan itulah, patik terpaksa memanggil Damak untuk kembali, wahai Paduka..”
“Lelaki yang berdiri dihadapan Paduka sekarang ini adalah Damak yang telah dipanggil oleh patik, Paduka.. (jelas Nenek Kebayan.)
“DAMAK.?” (Paduka Azlan terkejut.)
Semua orang terus terkejut selepas mendengar penjelasan dari Nenek Kebayan, lantas mereka semua memandangku dengan keanehan, termasuk juga Suri yang berada disebelahku.. Aku semakin kebingungan.
“Siapakah pula Damak? Kenapa aku, mereka panggil Damak? Apakah nenek tua ini sudah tersalah orang?” (bisikku.)
Ahh… nampak gayanya situasi ini membuatkan aku semakin gila jadinya. Lalu aku menyampuk perbualan mereka sebentar..
“Maafkan saya semua.. Tapi nampaknya, Nenek sudah salah orang ni. Saya bukan Damak. Saya adalah Azizi.” (jelasku).
“Hahaha…”
“Apa yang kau merepek ni cu.. Kau adalah Damak.. Batu Permata Sutra Raya sebagai tanda buktinya bahawa kau adalah Damak. Jika kau bukan Damak, sudah pasti tubuh kau sudah hancur berkecai sebelum sempat kau kemari… ( Jelas Nenek Kebayan itu, membuat aku terdiam kebingungan.)
“HAH, Sudah.!”
“Diam semua. Beta tidak mahu keadaan menjadi semakin tidak terkawal lagi.” (balas Paduka Azlan.)
“Baiklah Kebayan.. Beta percayakan kamu, dan Beta serahkan Damak ini kepada kamu.. Kamu boleh uruskannya seperti yang sebelumnya..”
“Namun, Beta berharap kali ini ianya menjadi.”
“Beta tidak mahu pisang berbuah dua kali. Beta harap kamu mengerti akan kata-kata Beta ini Kebayan. (ujar Paduka Azlan lagi.)
“Ba..baik Paduka.. Akan patik ingat pesanan Paduka itu..” ( jawab Nenek Kebayan dalam ketakutan.)
“Tapi ada syaratnya wahai Kebayan..” (balas Paduka Azlan.)
“Aaa.. Apa syaratnya itu, Paduka? Akan patik cuba selesaikan semampu daya patik, Paduka..” (tanya Nenek Kebayan.)
“Beta mahu Damak paksa "Paduka Djata Mamut Aria" untuk menyerahkan kawasan timur laut yang dikuasai oleh bangsa Daiya kepada Beta..
Semua orang mulai terkejut dengan permintaan Paduka Azlan yang menunjukkan seolah-olah beliau sepertinya sedang merancanakan sesuatu dan ingin memanfaatkan diriku demi kepentingan dirinya sendiri..
“Ba..Baiklah Paduka..” (Nenek Kebayan terus menjawabnya tanpa berbincang denganku.)
Aku melihat kearah Suri, kelihatan Suri sedang menggenggam tangannya dengan kuat dengan reaksi mukanya yang agak merah padam seolah-olah seperti dia tidak suka dengan permintaan bapanya sendiri.
“BAIKLAH SEMUA.!”
“DENGAR SINI.!”
“Beta hendak kamu semua yang berada di sini supaya merahsiakan akan perkara ini dari sesiapa pun.! Jangan ada sesekali yang membocorkannya. Andai kata ada yang cuba mencabar Beta, maka orang itu akan dihukum pancung.!”
“FAHAM?” (titah Paduka Azlan.)
“BAIK PADUKA.!” (Jawab semua yang berada berada bersama kami pada ketika itu.)
“Dan kamu, Si budak mentah.”
“Beta mahu kamu menggunakan nama samaran.!
Beta tidak mahu identiti kamu sebagai Damak diketahui oleh orang lain. Jika Rahsia kamu diketahui, maka kamu akan Beta bunuh.! (kata Paduka Azlan.)
“Hmm..” (Balasku kepada Paduka Azlan sambil membuat muka menyebalkan.)
“Dasar manusia tidak tahu untung.!” (bisik Paduka Azlan.)
Paduka Azlan pun bangkit, lalu beliau mengambil Batu Permataku itu dari panglima, lantas Beliau terus melemparnya ke arahku.
“NAH.”
“Ambil semula Batu Permata kau ini dan pergi berambus kau dari sini.” (herdik Paduka).
“Panglima, buka ikatan budak hingusan itu.”
Panglima yang mendengar titah dari Paduka Azlan, terus mengikutinya tanpa sebarang bantahan. Akhirnya aku dilepaskan dari ikatan yang terseksa itu. Aku pun pergi mengambil semula Batu Permataku yang telah dilemparkan oleh Paduka Azlan diatas lantai sebentar tadi, lantas aku bangun dan berlalu pergi mengikuti jejak Nenek Kebayan meninggalkan singgahsana. Aku pergi tanpa langsung menghormatinya dan tindakanku itu telah membuatkan Paduka Azlan menjadi semakin marah padaku.
“Nanti.! Suri, kemana Anakanda hendak pergi? (tanya Paduka Azlan.)
Suri pun menoleh lalu berkata..
“Dari Anakanda duduk disini melihat tindakan Ayahanda yang tidak ada adab pada tetamu, lebih baik Anakanda pergi membantu Damak dan Nenek Kebayan..”
Suri terus pergi mengikuti kami, meninggalkan bapanya yang sombong itu bersama pengawalnya. Mendengar kata-kata yang telah dilemparkan oleh anakandanya membuatkan Paduka Azlan tersenyum sinis, lalu Paduka Azlan berbisik sesuatu kepada pengawalnya disaat kami meninggalkan singgahsana.
__ADS_1