
Hujan mula turun dengan renyai mengiringi keranda Permaisuri Anggerik Sari. Semua orang yang menghadirinya, turut menangisi akan pemergian Permaisuri mereka yang tercinta. Setelah sampai di tempat pemakamannya, keranda Permaisuri pun mula diturunkan perlahan-lahan dengan menggunakan tali yang dikawal oleh para pengawal istana ke dalam tanah sambil disaksikan oleh anakanda permaisuri yang sedang digendong oleh dayang pada ketika itu.
Anakanda permaisuri hanya mampu melihat keranda ibunya yang sedang diturunkan di dalam liang lahat kemudian mula dikambus menutupi keranda ibunya sedikit demi sedikit tanpa dia mengetahui apa yang sedang berlaku keatasnya sekarang ini. Makam Permaisuri Anggerik Sari disemadikan bersebelah dengan makam Raja Agung, Tuanku Izzuddin Shah. Panji Langsamudera turut diturunkan separuh tiang menandakan mereka sedang berkabung di atas pemergian Permaisuri Anggerik Sari. Suasana sayu mula menyelubungi disegenap Langsamudera tidak kira tua mahupun orang muda.
Malam itu semua orang mula berkumpul di Singgahsana Istana Panca Nila untuk berbincang semasa Paduka dan pembesar untuk menentukan hala tuju Langsamudera yang seterusnya. Semua orang hanya menundukkan kepala mereka sambil membisukan diri mereka kerana mereka masih lagi tidak mampu untuk melupakan kejadian yang baru menimpa keatas mereka semua. Suasana di istana yang dahulunya meriah kini telah bertukar menjadi hiba.
Disaat mereka sedang berkumpul untuk bermusyawarah, terlihat susuk dayang yang kini dilantik untuk menjaga anakanda Permaisuri buat sementara waktu, mula memasuki ruangan singgahsana..
“Hmm.. Dayang, apakah Tengku sudah tidur?” (tanya Paduka Dharmasakti secara tiba-tiba.)
“Ya Paduka.” (jawab dayang.)
“Jadi, siapa yang menemaninya tidur sekarang?” (tanya Paduka Dharmasakti lagi.)
“Patik telah pun menyuruh lima orang pengawal untuk menjaganya sesuai diatas perintah Paduka.” (jelas dayang.)
“Hmm.. Baguslah.” (balas Paduka Dharmasakti.)
Disaat semua orang sedang ternanti-nanti perancangan terbaru dari para Paduka, maka bangkitlah seorang Paduka muda dari Asucia yang bernama Paduka Arjuna Wijaya. Beliau merupakan anakanda dari Paduka Asucia yang turut terkorban bersama Raja Agung semasa melakukan serangan menentang Garuda tempoh hari.
“Dengar ini semua sekalian rakyat jelata. Sesungguh kami hanyalah perisai kepada Raja Agung kita dan juga menjadi tali untuk menghubungkan kamu semua dengan Raja Agung namun sekarang Raja Agung sudah pun tiada bersama kita, begitu juga dengan Permaisuri yang kita santuni.”
“Kini yang tinggal bersama kita cumalah pewaris Raja Agung kita iaitu Tengku Zainal Izzuddin Shah sahaja. Oleh itu, kami dari para Paduka sudah pun putuskan bahawa akan ada salah seorang dari kami yang akan memerintah Langsamudera buat sementara waktu sehingga Tengku Zainal Izzuddin Shah meningkat dewasa dan seterusnya akan menyerahkan kembali tahta ini kepadanya semula.”
“Setelah kami berempat berbincang, maka untuk menentukan hala tuju Langsamudera ini, sukacita dengan ini Beta ingin mencadangkan ayahanda Paduka Dharmasakti peguasa dari bangsa Tharis untuk menyandang jawatan Diraja buat sementara waktu ini. Jika ada dikalangan kamu yang ingin membuat sebarang bantahan, silakan kamu tampil kehadapan.” (tanya Paduka Arjuna Wijaya.)
Semua orang mendiamkan diri mereka. Para Paduka cuba melihat sekeliling jika ada salah seorang yang berani tampil dihadapan mereka, namun keadaan sebaliknya lantas Paduka Azlan Mahmud Bginda berbisik kepada Paduka Mamut Aria.
“Nampaknya tiada seorang pun dari kalangan mereka yang berani tampil kehadapan. Mungkin mereka setuju dengan pemilihan kali ini.” (ujar Paduka Azlan Mahmud Baginda.)
“Baguslah jika begitu, memang layaklah kanda Dharmasakti diangkat kerana beliau yang paling tua dari kalangan kita dan yang beliau juga cukup rapat dengan Raja Agung semasa Raja Agung masih hidup.” (tambah Paduka Mamut Aria.)
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Paduka Mamut Aria telah membuatkan Paduka Azlan Mahmud Baginda merasakan dirinya mula tercabar lalu dia memalingkan wajahnya dari Paduka Mamut Aria kerana merasakan kecewa dan marah.
“Hmm.. Kenapa bukan aku yang dipilih oleh mereka? Apa kurangnya aku berbanding lelaki tua itu?” (bisik Paduka Azlan Mahmud Baginda.)
Setelah Paduka Arjuna Wijaya melihat tiada seorang pun yang tampil kehadapan, maka beliau pun menyambung semula ucapannya.
“BAGUS! Oleh kerana tiada siapa yang tampil kehadapan, Beta akan mengaggap bahawa semua rakyat bersetuju dengan cadangan kami ini. Maka dengan ini, marilah kita semua menunduk hormat kepada Raja baru kita iaitu RAJA PADUKA DHARMASAKTI!”
Maka bersahutlah sekalian rakyat Langsamudera yang menyaksikan detik bersejarah itu di dalam kawasan istana Panca Nila.
“DAULAT TUANKU!!”
“DAULAT TUANKU!!”
“DAULAT TUANKU!!”
Setelah mencapai kesepakatan diantara semua pihak, Selang seminggu selepas itu, sebuah majlis keramaian pun telah dibuat untuk menyambut pertabalan raja baru mereka. Semua orang turut hadir bersama untuk meraikannya. Disaat suasana di dalam kemeriahan yang tidak terkira, kelihatan para Paduka sedang duduk di sebuah sudut makan bersama sambil bergurau-senda sesama mereka.
“Ohh, Kamulah Arjuna yang sering diceritakan oleh Ayahanda kamu dahulu? Sudah besar nampaknya. Hahaha. Bagaimana? Semuanya baik-baik sahaja bukan?” (tanya Paduka Dharmasakti kepada Paduka Arjuna Wijaya.)
“Rumit juga nampaknya menjadi sebagai seorang Paduka ni Ayahanda.” (balas Paduka Arjuna Wijaya dengan sedikit ketawa.)
“Tidak mengapalah, nanti kelamaan kamu akan membiasakan diri juga dengan kerja ini. Hahaha.” (jawab Paduka Dharmasakti.)
Disaat mereka sedang bergelak ketawa, tiba-tiba Paduka Mamut Aria mencelah sebentar.
“Kanda, maaf jika Adinda ingin bertanya.”
“Oh, Tanyalah.” (balas Paduka Dharmasakti yang sedang gembira.)
“Adinda ingin tahu, kedudukan Batu Permata milik Raja Agung. Siapa yang akan memegangnya buat sementara waktu sekarang ini?” (tanya Paduka Mamut Aria.)
Pertanyaan Paduka Mamut Aria telah membuatkan kesemua Paduka yang lain menjadi kurang senang dan terus melihat kearah Paduka Mamut Aria.
“Kamu ini Mamut Aria, malulah sikit dengan Paduka Arjuna. Kenapa kamu berani sungguh untuk menanyakan soalan yang begitu kurang sopan?” (herdik Paduka Dharmasakti.)
“Ya! Benar itu. Tindakan kamu itu sangat memalukan!” (Paduka Azlan mencelah.)
Celahan Paduka Azlan Mahmud Baginda telah membuatkan Paduka Mamut Aria menjadi geram dan marah kerana tindak Paduka Azlan itu tidak seperti mencurahkan minyak ke dalam bara api.
“Maafkan Adinda di atas kelancangan mulut Adinda sendiri, wahai Kanda.” (jawab Paduka Mamut Aria sambil menundukkan kepalanya.)
Paduka Dharmasakti mula memeluk tubuhnya sambil menarik nafas dalam untuk mengawal emosinya.
“Hmm. Semua sudah sedia maklum bahawa setiap Paduka hanya dibolehkan untuk menyimpan sebuah Batu Permata sahaja. Oleh hal yang demikian, Kanda tidak suka jika ada dari kalangan kamu bertiga yang ingin untuk memiliki lebih dari satu Batu Permata!”
“Ingat pesan Raja kita! Tugas kita hanyalah untuk menyimpannya bukan untuk memilikinya! Kamu semua juga sudah tahu bahawa Batu Permata ini membawa lebih banyak kemungkaran berbanding kebaikkannya bukan?”
“Andai kata ada dari kalangan kamu bertiga yang hendak cuba menyimpan niat untuk memiliki dan menguasai kekuatan dari Batu Permata ini, nasihat Kanda adalah lebih baik kamu lupakan sahaja. Binasa badan kelak tidak berguna.” (kata Paduka Dharmasakti.)
“Kata Kanda itu memang benarnya dan Adinda juga tidak menyangkalkan hal itu, cuma Adinda hanya ingin mengetahuinya sahaja. Jika kita memiliki setiap seorang hanya satu Permata sahaja, jadi dimanakah perginya lagi baki Batu Permata tersebut? Iaitu Batu Permata Delima Hitam, Putra, dan Badar Besi? (tanya Paduka Mamut Aria.)
“ISH! Kenapakah perlu kau mengambil tahu? Bukannya urusan kau, atau kau memang sudah ada niat untuk memiliki kesemua Batu Permata itu?” (tiba-tiba Paduka Azlan Mahmud Baginda mencelah.)
“CIS! Kenapa dengan kau?”
“Ribut tak ada, angin tak ada, tiba-tiba sahaja datang mengherdikku! Aku tidak mencari sebarang masalah pun dengan kau. Sungguh biadap tindakan kau Azlan!”
“Jangan sesekali kau cuba untuk menjadi Batu Api dalam membabitkan hal ini!” (herdik Paduka Mamut Aria.)
Paduka Mamut Aria yang marah telah meninggikan suaranya kepada Paduka Azlan Mahmud Baginda sehingga tindakan kedua-dua Paduka itu terus mendapat perhatian dari kalangan orang-orang istana yang mendengar pertengkaran mereka sebentar tadi.
“SUDAH!” (Jerit Paduka Dharmasakti.)
Jeritan Paduka Dharmasakti telah membuatkan kesemua orang mula terkejut sehingga majlis itu terus terhenti secara tiba-tiba. Kesemua orang yang berada di dalam majlis itu pun terus memandang kearah para Paduka.
“Kalian ini Paduka! Apa kalian tidak tahu malukah dengan sikap kalian ini?” (tanya Paduka Dharmasakti yang bengang.)
“Untuk pengetahuan kamu semua, ketiga-tiga Batu Permata itu ada bersama Tengku Diraja! Hanya Tengku sahaja yang layak memegangnya!” (jelas Paduka Dharmasakti.)
Paduka Mamut Aria dan Paduka Azlan Mahmud Baginda mula menundukkan kepala mereka kerana terasa malu dengan tindakan mereka yang telah dilihat oleh khalayak ramai.
Tiba-tiba datang seorang pengawal istana secara melulu kearah para Paduka dalam keadaan kemengahan.
“PADUKA, PADUKA!” (jerit panglima.)
“Ada apa kamu dengan kamu ini? Mengapa kamu berlumuran darah?” (tanya Paduka Dharmasakti.)
“ANGMAAR!”
“Angmaar bersama tentera kegelapannya telah datang secara tiba-tiba hendak menyerang istana Panca Nila, Paduka!”
“APA!!” (jerit para Paduka.)
“TIDAK MUNGKIN!”
“Bukankah Angmaar sudah mati? (tanya Paduka Dharmasakti sambil melihat kearah Paduka Mamut Aria dan juga Paduka Azlan Mahmut Baginda.)
“YA!!”
“Benar! Kami yang telah membunuhnya hari itu dengan kedua-dua belah tangan kami ini! (jelas Paduka Mamut Aria.)
“Hmm.. Tidak mungkin dia hidup kembali. Sudah! Kamu Azlan, cepat kerahkan kesemua bala tentera dan halang pintu masuk utama!” (arah Paduka Dharmasakti kepada Paduka Azlan Mahmud Baginda.)
“Baik Kanda!” (jawab Paduka Azlan, lantas beliau bergegas lari keluar meninggalkan mereka yang lain.)
“Pengawal! Cepat bawakan panglima ini ke bilik rawatan dan pengawal yang lain tolong lakukan pengungsian penduduk sekarang!” (arah Paduka Dharmasakti kepada para pengawal yang ada.)
“MENJUNJUNG PERINTAH PADUKA!” (jawab mereka.)
Lalu Paduka Dharmasakti menoleh kearah Paduka Arjuna Wijaya, dan terus memegang bahunya Paduka Arjuna sambil berkata.
“Kamu Arjuna, tolong bantu pengawal yang ada disini. Pastikan tiada seorang pun penduduk yang tercicir.” (rayu Paduka Dharmasakti.)
“Ayahanda boleh harapkan Anakanda.” (jawab Paduka Arjuna sambil menggenggam erat bahu Paduka Dharmasakti.)
“Mamut Aria, kamu ikut Kanda. Kita akan ke pintu Gerbang Utama untuk membantu Paduka Azlan dan para tentera menghalang kemasukan tenteranya Angmaar.” (kata Paduka Dharmasakti kepada Paduka Mamut Aria.)
“Baiklah!” (balas Paduka Mamut Aria.)
Mereka pun terus bergegas menuju ke pintu Gerbang Utama. Kelihatan beberapa para tentera bersekutu juga turut turun berlari menuju kearah pintu Gerbang Utama untuk menyertai tentera bersekutu yang lain.
“TUTUP PINTU GERBANG!” (jerit seorang ketua panglima disitu.)
“Tapi masih ada lagi penduduk dan tentera kita diluar sana!” (balas seorang tentera.)
“TUTUP SAHAJA! SUDAH TIDAK SEMPAT!” (balas ketua panglima.)
Sesampai sahaja para Paduka di hadapan Menara pintu Gerbang Utama, alangkah terkejutnya mereka melihat jumlah tentera Angmaar yang tidak terhitung jumlahnya.
“TAK MUNGKIN..”
“INI..”
“MUSTAHIL..”
“Angmaar mampu mengumpulkan kekuatan tenteranya sebanyak ini hanya dalam tempoh satu purnama sahaja?” (tanya Paduka Dharmasakti yang tekesima.)
“Kanda! Dengan jumlah mereka sebanyak ini, mustahil untuk kita menahannya! Jumlah mereka terlalu ramai!” (ujar Paduka Mamut Aria.)
“Benar Kanda Dharmasakti! Nisbah mereka dengan kita sekarang seolah-olah seperti tiga puluh nisbah satu.” (balas Paduka Azlan Mahmud Baginda pula.)
“Lebih baik kita berundur Kanda!” (kata Paduka Mamut Aria.)
“KANDA, LIHAT ITU!!” (jerit Paduka Azlan Mahmud Baginda sambil menunjukkan tangannya kearah suatu tempat.)
Kelihatan Angmaar yang menunggang seekor harimau kumbang yang sangat besar sedang mendekati pintu Gerbang Utama.
“HEI KAMU SEKALIAN MANUSIA..”
“MALAM INI ADALAH MALAM TERAKHIR BAGI KAMU MELIHAT DUNIA!”
“KERANA AKU AKAN LENYAPKAN KESEMUA INSAN YANG MASIH MEMPUNYAI JIWA..”
“LALU AKANKU RATAKAN TEMPAT INI SEHINGGA TIADA JEJAKNYA..” (kata Angmaar.)
Tiba-tiba Paduka Dharmasakti menyahut kata-kata Angmaar.
“HEI ANGMAAR!”
“JANGAN SESEKALI ENGKAU BERMEGAH BANGGA DENGAN KUASA KAU!”
“SESUNGGUHNYA SETIAP KEKUASAAN ITU ADALAH PINJAMAN SEMATA-MATA.”
“SIAPA KAU INGIN MENGAMBIL NYAWA KAMI SEDANGKAN KAU JUGA MAKHLUK BERNYAWA?”
“KAMI TIDAK TAKUT MATI DITANGAN KAU WAHAI PENGABDI IBLIS YANG DURJANA!”
“Mamut Aria, Kanda mahu kau mengambil alih barisan hadapan. Lengahkan mereka selama yang mungkin!”
__ADS_1
“Azlan, Kanda mahu kamu menyelamatkan Tengku diraja! Bawa dia lari dari tempat ini! Nanti Kanda akan menyusul kamu.”
“Kita semua harus tinggalkan tempat ini sekarang juga! Nampak gayanya istana ini akan lenyap buat selamanya!”
“PERGI!” (jerit Paduka Tharis.)
“BAIK!” (balas Paduka lain.)
Angmaar mula ketawa sinis melihat para Paduka, lalu dia mengangkat tangannya tinggi diudara, dan terus menghalakan tangannya kearah Paduka Dharmasakti.
HANCURKAN MEREKA DEMI RAJAMU.!!! (kata Angmaar.)
Lantas berlarilah para tentera kegelapan Angmaar menyerang istana Panca Nila. Kawasan Panca Nila mula terasa bergegar seolah-olah seperti sedang berlakunya sebuah gempa bumi. Semua orang mula terasa ketakutan kerana merasa resah akibat dari gegaran itu. Bertapa besarnya angkatan tentera Angmaar sehingga larian mereka mampu menghasilkan gegaran yang amat menakutkan.
“Pemanah, tembak!”
“Jangan sisakan walau satu pun anak panah kamu semua!!” (jerit Paduka Mamut Aria.)
Para pemanah pun terus melepaskan anak panah mereka tanpa henti demi menghalang para tentera Angmaar mendekati pintu Gerbang. Tiba-tiba muncul satu lembaga yang sangat besar sedang berlari mendekati pintu gerbang utama. Paduka Dharmasakti yang melihatnya terus terkejut.
“ITU..”
“GERGASI!!”
“CEPAT!”
“Panah dia sebelum dia berjaya merempuh pintu!!” (jerit Paduka Dharmasakti.)
Pemanah pun menumpukan sasaran mereka kearah gergasi itu, namun ianya sudah pun terlambat kerana gergasi itu sudah hampir dengan pintu gerbang. Lantas sebuah letupan besar pun berlaku akibat rempuhan yang dihasilkan oleh gergasi itu.
“BANGG!!”
“ARGGHHHH!!”
Menjerit semua orang yang terkena rempuhan yang dahsyat itu. Paduka Dharmasakti dan Paduka Mamut Aria juga terut terpelanting dari tempat mereka.
“SERANG!!” (jerit ketua tentera Angmaar.)
Semua tentera Angmaar melulu masuk kedalam kawasan istana dan peperangan besar pun terus berlaku.
“TAHAN MEREKA!”
“BENTENG!! BENTENG!!” (jerit panglima.)
Para tentera berlari berpusu-pusu menahan kemaraan tentera Angmaar yang sedang marak merempuh masuk kedalam istana. Keadaan yang kelam-kabut menyukarkan mereka untuk mengekalkan formasi pertahanan mereka semula. Suasana kemaraan tentera Angmaar tidak ubah seperti kawanan semut yang sedang menyerbu makanan yang sedang terhidang.
Paduka Mamut Aria mula merasakan dunianya gelap seketika. Suara jeritan dan tangisan mula kedengaran sayu dari telinganya Paduka Mamut Aria. Lantas datang seorang tentera bersekutu cuba untuk menyedarkan Paduka Mamut Aria. Selang tidak lama kemudian, Paduka Mamut Aria pun mula tersedar, lalu bertanyakan khabar Paduka Dharmasakti kepada tentera itu namun pertanyaan beliau tidak dijawab oleh tentera itu.
Kemudian Paduka Mamut Aria terpandang kearah Paduka Dharmasakti yang berada agak tidak jauh dari tempat beliau terdampar. Paduka Dharmasakti pada ketika itu sedang menjerit kesakitan kerana separuh dari anggota badannya telah pun tertindih dengan hempapkan batu yang sangat besar.
Paduka Mamut Aria yang melihat keadaan Paduka Dharmasakti yang sedang kritikal itu, terus berlari kencang mendapatkan Paduka Dharmasakti.
“KANDA!”
Sesampai sahaja disamping Paduka Dharmasakti, Paduka Mamut Aria pun terus meriba Paduka Dharmasakti.
“Kanda! Kanda! Tolonglah bertahan…” (rayu Paduka Mamut Aria.)
“Pergi Kau! Tinggalkan kota ini sekarang.. Kita sudah tidak boleh berbuat apa lagi.. Kota ini akan musnah tidak lama lagi.” (ujar Paduka Dharmasakti yang sedang nazak.)
“Tidak! Kanda harus ikut Adinda.. Kita tinggalkan kota ini bersama!” (balas Paduka Mamut Aria yang sedang menangis.)
“Jangan!”
“Kanda akan menjadi beban kamu nanti..” (balas Paduka Dharmasakti.)
Tiba-tiba Paduka Dharmasakti memberikan Batu Permata Sutra Raya kepada Paduka Mamut Aria.
“Nah.. Ambillah Batu Permata ini. Berikan kepada yang hak! Jangan biarkan kesemua Batu Permata jatuh ke tangan Angmaar.” (kata Paduka Dharmasakti.)
“Tidak! Adinda mahu Kanda yang memegangnya! Kita akan keluar dari tempat ini bersama-sama! (balas Paduka Mamut Aria sambil beliau mencuba untuk mengeluarkan Paduka Dharmasakti dari hempapkan batu besar itu.)
“Pergilah. Ini perintah terakhirku..” (balas Paduka Dharmasakti.)
Disaat Paduka Mamut Aria sedang mencuba sedaya-upayanya untuk mengeluarkan Paduka Dharmasakti, tiba-tiba beliau terasa aneh kerana melihat Paduka Dharmasakti yang tidak bersuara serta tubuhnya menjadi lemah kaku tidak bergerak.
“Kanda?”
“Kanda?”
Paduka Mamut Aria cuba untuk membangunkan Paduka Dharmasakti, namun panggilan beliau tidak disambut.
“KANDA!!
Paduka Mamut Aria terus memeluk Paduka Dharmasakti setelah mengetahui bahawa Paduka Dharmasakti sudah pun tiada. Menangis Paduka Mamut Aria dengan kuatnya sehingga beliau tidak lagi menghiraukan keadaan sekeliling yang dalam ketegangan pada ketika itu. Lalu beliau pun mengambil Batu Permata Sutra Raya yang telah diberikan oleh Paduka Dharmasakti sebelum menghembuskan nafasnya sebentar tadi, lantas Paduka Mamut Aria pun menggenggamnya dengan kuat sambil menahan kesedihan yang amat dalam.
“PANGLIMA!”
“Cepat arahkan sema tentera tinggalkan tempat ini sekarang! Cepat!” (Jerit Paduka Mamut Aria.)
“BAIK PADUKA!” (Balas Panglima.)
Paduka Mamut Aria pun bangun dengan perlahan lantas pergi meninggalkan jasad Paduka Dharmasakti yang sudah tidak bernyawa lagi. Walaupun berat hatinya untuk meninggalkan orang yang sudah dianggap seperti abang kandungnya sendiri, namun beliau terpaksa kerana situasi yang tidak mengizinkan beliau untuk membawa jasad Paduka Dharmasakti bersamanya. Disaat Paduka Mamut Aria sedang berlari menuju ke pintu bahagian belakang istana, beliau ternampak susuknya Paduka Arjuna Wijaya yang sedang membantu para pengawal untuk melakukan pengungsian penduduk pada ketika itu. Lantas Paduka Mamut Aria pun terus menjerit kearah Paduka Arjuna Wijaya.
“ARJUNA!”
“Cepat tinggalkan tempat ini! Gerbang sudah musnah!”
“Kamu pergi dahulu, nanti aku akan menyusul!” (jawab Paduka Mamut Aria kembali.)
“Baiklah kalau begitu, Anakanda pergi dahulu!”
Paduka Arjuna Wjiya pun terus mengikuti jejak langkah para pengawal dan penduduk meninggalkan Istana Panca Nila dengan segera.
“Aku mesti selamatkan Azlan juga!” (bisik Paduka Mamut Aria.)
Seterusnya Paduka Mamut Aria pun terus berlari menuju ke bilik istana untuk memberitahu pada Paduka Azlan Mahmud Baginda supaya meninggalkan tempat ini dengan segera. Sampai sahaja di bilik istana, Paduka Mamut Aria mula terdengar suara Paduka Azlan yang agak garang sedang mengugut dayang.
“Cepat serahkan kesemua Batu Permata itu! Kalau tidak kau akanku bunuh!” (tegas Paduka Azlan Mahmud Baginda.)
“Tidak!!”
“Patik tidak akan menyerahkannya! Walaupun nyawa patik sebagai taruhannya! Tidak tahu malukah Paduka dihadapan Tengku?” (balas dayang.)
“Kau jangan jadi bodoh! Budak itu tidak tahu apa! Cepat serahkan!” (tegas Paduka Azlan lagi.)
“TIDAK!!”
“TAK AKAN!!” (balas dayang.)
Mendengar kata balas yang keluar dari mulut dayang sendiri telah membuatkan Paduka Azlan mula menjadi hilang sabar, lantas beliau pun terus menerpa dayang untuk menikamnya, namun tindakan beliau itu dapat dipatahkan dengan pantas oleh Paduka Mamut Aria yang turut berada disitu.
Disaat Paduka Arjuna Wijaya mula terasa tidak sedap hati. Lantas beliau memberhentikan langkahnya dan terus menoleh kebelakang.
“Kenapa Ayahanda Mamut Aria berseorangan? Dimanakah Ayahanda Dharmasakti dan juga Ayahanda Azlan Mahmud Baginda? Apakah mereka sekarang sedang berhadapan dengan Angmaar? Ah.. Aku mesti bantu mereka, tidak guna aku melarikan diri sedangkan mereka mempertahankan kota ini. Walaupun aku masih muda namun aku bukannya seorang Paduka yang pengecut. Tugas Paduka adalah sebagai benteng terakhir dalam mempertahanan Langsamudera, bukannya melarikan diri. Ya, aku mesti bantu mereka!” (bisik Paduka Arjuna Wijaya.)
Tiba-tiba.
“Paduka, ayuh kita larikan diri. Kenapa Paduka memberhentikan langkah Paduka?” (tanya seorang pengawal kepada Paduka Arjuna Wijaya.)
“Pengawal, kamu pergi dahulu, nanti Beta akan menyusul. Beta mahu menyelamatkan Paduka Ayahanda yang lain dahulu. Kamu pergi! Jangan tunggu Beta! (balas Paduka Arjuna.)
“Hmm! Baiklah kalau begitu. Hati-hati Paduka!” (jawab pengawal tersebut.)
Lantas pengawal itu terus lari meninggalkan Paduka Arjuna Wijaya keseorangan. Paduka Arjuna terus mengeluarkan pedangnya, lalu berlari kearah bertentangan untuk menyelamatkan para Paduka yang lain.
Pada ketika itu dibilik istana, suasana mula terasa tegang kerana Paduka Azlan sudah pun menunjukkan belang.
“Apa nak jadi dengan kau ini?”
“Kenapa kau tergamak hendak membunuh dayang dengan secara tiba-tiba?” (marah Paduka Mamut Aria.)
“Hah!”
“Kau rupanya Mamut Aria.. Kau jangan jadi bodoh! Mana mungkin budak kecil ini mampu memerintah kita! Beraknya sahaja kita yang kena basuhkan, inikan pula hendak memerintah kita? Lebih baik Batu Permata itu diserahkan sahaja padaku, supaya senang aku menggunakannya nanti untuk kebaikan kita semua bersama!” (ujar Paduka Azlan Mahmud Baginda.)
“Kegilaan apakah yang telah merasuk kau?”
“Dia adalah pewaris Diraja!”
“Biadapnya tutur bahasa kau dihadapan pewaris Diraja! (tegas Paduka Mamut Aria.)
“Hahaha… Kau jangan jadi bodohlah. Aku tahu kau juga menginginkan Batu Permata ini bukan? Apa kata jika kita kongsi bersama? Dengan adanya Batu Permata ini, kita pasti akan memerintah dunia! Hahaha… (kata Paduka Azlan Mahmud Baginda.)
“Jangan kau nak bermimpi!”
“DAYANG!!”
“Cepat bawa Tengku pergi dan tinggalkan kota ini sekarang juga! (jerit Paduka Mamut Aria.)
Dayang yang mendengarnya, terus membukakan langkahnya untuk melarikan diri bersama Tengku meninggalkan Paduka berdua.
“HAH!! JANGAN KAU NAK LARI!”
“ARGGHHH!” (Jerit Paduka Azlan Mahmud Baginda yang hendak menerkam dayang.)
“KAU LANGKAH MAYATKU DAHULU!!” (balas Paduka Mamut Aria yang menghalangnya.)
Paduka Mamut Aria dan Paduka Azlan pun mula bertarung sesama mereka. Setiap pergerakan Paduka Azlan dapat dibaca dengan baik oleh Paduka Mamut Aria. Tiba-tiba dengan hanya satu gerakan sahaja, Paduka Mamut Aria telah berjaya membuatkan lembingnya mengguris lengan kiri Paduka Azlan.
“ARGHH!!”
“CELAKA KAU!” (jerit Paduka Azlan sambil memegang lengannya yang cedera parah.)
“Kau tidak layak untuk menentangku kerana kau bukan lawanku. (ujar Paduka Mamut Aria.)
Tiba-tiba Paduka Azlan terpandang akan Batu Permata Sutra Raya yang dipakai oleh Paduka Mamut Aria.
“ITU?”
“Bagaimana Batu Permata Sutra Raya boleh ada pada kau?” (tanya Paduka Azlan.)
Belum sempat Paduka Mamut Aria menjelaskannya, tiba-tiba kelihatan susuk Paduka Arjuna Wijaya yang sedang datang kemari. Melihat kehadiran Paduka Arjuna yang datang tepat pada waktunya, Paduka Azlan pun terus mengambil kesempatan itu untuk memfitnah Paduka Mamut Aria supaya didengari oleh Paduka Arjuna Wijaya.
“KAU TELAH MEMBUNUH KEKANDA DHARMASAKTI! (jerit Paduka Azlan.)
Mendengar jeritan Paduka Azlan telah membuatkan Paduka Arjuna Wijaya pun terus terkejut besar! Paduka Mamut Aria mula terpandang kearah Paduka Arjuna Wijaya yang secara tiba-tiba muncul dihadapan pintu bilik istana, lalu Paduka Mamut Aria pun menjadi gelisah.
“Tidak!”
“ITU TIDAK BENAR!” (balas Paduka Mamut Aria.)
__ADS_1
“Habis, Batu Permata Sutra Raya itu apa? Bagaimana Batu itu boleh ada pada tangan kau? (tanya Paduka Azlan Mahmud Baginda.)
“Ayahanda…. Benarkah?”
“Katakan ini tidak benar..” (kata Paduka Arjuna Wijaya pula yang kini sudah berkaca matanya kerana terkejut.)
“Tidak Anakanda, tidak!” (balas Paduka Mamut Aria.)
“AAHH!”
“Itu semua bohongan belaka! Apa Anakanda hendak tahu, dia juga ada melakukan percubaan untuk membunuh Tengku dan ingin merampas kesemua Batu Permata Tengku sebentar tadi. Nasib baik Ayahanda sempat menghalangnya! (tambah Paduka Azlan lagi.)
“Ayahanda Mamut…..”
“Apakah benar?” (tanya Paduka Arjuna.)
“Argghh!!”
“KAU DASAR PEMFITNAH!!”
“AKU BUNUH KAU!” (jerit Paduka Mamut Aria yang sudah tidak tahan lagi dengan sikap Paduka Azlan Mahmud Baginda.)
Tiba-tiba tindakan Paduka Mamut Aria itu telah dihentikan oleh Paduka Arjuna Wijaya. Paduka Arjuna Wjiaya telah menikam perutnya Paduka Mamut Aria dengan menggunakan keris pusaka milik Ayahandanya. Paduka Arjuna Wijaya juga telah menunjukkan riaksi wajahnya yang agak marah kepada Paduka Mamut Aria.
“Arghh!”
“Anakanda?”
Raduka Mamut Aria terkejut dengan tindakan Paduka Arjuna Wijaya.
“Pengkhianat mesti dibunuh! Supaya bangsa dapat hidup aman.. (balas Paduka Arjuna Wijaya.)
Tindakan Paduka Arjuna Wijaya telah membuatkan Paduka Azlan Mahmud Baginda mula tersenyum sinis. Akibat tusukan yang tersangat dalam telah membuatkan Paduka Arjuna Wijaya terus rebah ke bawah.
“Anakanda Arjuna…. Kenapa…”
“Kenapa kamu tidak berikan Ayahanda peluang untuk menjelaskannya? (ujar Paduka Mamut Aria)
“SUDAH!”
“Anakanda mari kita lari dari sini. Kita tinggalkan saja pengkhianat ini dekat Angmaar. Biar Angmaar sahaja yang mencabut nyawanya. Kita tidak layak untuk menamatkan riwayatnya kerana kita bukan sekeji dia! Mari!” (balas Paduka Azlan.)
Lalu Paduka Azlan Mahmud Baginda pun menarik tangannya Paduka Azlan Wijaya, pergi meninggalkan Paduka Mamut Aria berseorangan yang sedang di dalam kesakitan menahan luka tusukan.
“Jangan..”
“Pergi...” (rayu Paduka Mamut Aria yang tidak berdaya.)
Dayang terus berlari kencang seperti lipas kudung kerana pada waktu itu dia sedang dikejar oleh beberapa orang tentera Angmaar, lalu dayang terus menyorok disebalik tembok istana yang gelap. Dayang cuba menutup mulut Tengku dengan tangannya kerana tidak mahu Tengku membuat bising. Airmata dayang mengalir sama deras dengan dengupan jantungnya yang kencang.
“CEPAT!”
“KEJAR DIA!”
“MUNGKIN DIA LARI DISEBELAH SANA!” (tegas seorang tentera Angmaar.)
Mereka yang tidak perasan dayang sedang bersembunyi disebalik tembok istana, terus berlari meninggalkan dayang. Dayang yang melihat tentera Angmaar pergi meninggalkannya, terus menyambung langkah lariannya semula, berlari kearah yang berbeza.
Namun disaat dia hendak melarikan diri, Batu Permata Putra, Delima Hitam, dan juga Batu Permata Badar Besi yang pada ketika itu berada di dalam sebuah uncang yang diikat dilehernya Tengku telah pun terjatuh kerana semasa dayang menutup mulut Tengku, Tengku malah mengelupur untuk melepaskan diri, maka tangan Tengku secara tidak sengaja telah menarik-narik uncang tersebut sehingga membuatkan uncang itu terbuka.
Dayang yang terkejut, terus cuba untuk mencari semula ketiga-tiga Batu Permata yang telah jatuh itu, namun yang hanya ditemuinya cuma Batu Permata Putra sahaja. Dayang hendak menyambung cariannya semula, namun selepas mendengar suara tentera Angmaar yang sedang berpatah balik semakin dekat menghampirinya telah membuatkan dia terpaksa melupakan hasratnya itu, lantas dayang pun berlari meninggalkan tempat itu dengan segera.
Di istana Panca Nila, Paduka Mamut Aria yang sedang sekarat sedang cuba berjalan perlahan-lahan sambil tangannya melata dinding istana yang ada untuk keluar dari istana Panca Nila. Namun disaat beliau sudah sampai didepan pintu istana yang sudah pun terbuka luas, secara tiba-tiba ada sebuah tangan mula muncul dan terus menolak Paduka Mamut Aria sehingga terpelanting jatuh terlentang.
“ARGHHH! SAKITNYA..” (desah Paduka Mamut Aria.)
Paduka Mamut Aria cuba melihat kearah pintu istana untuk mencari tahu siapa yang telah menolaknya sebentar tadi, tiba-tiba muncul susuknya Angmaar bersama beberapa orang tenteranya mendekati Paduka Mamut Aria.
“Mamut Aria..”
“Hebat… kau masih lagi mampu untuk berdiri meskipun kau sekarang sedang sekarat.” (kata Angmaar.)
“Angmaar? Kau?” (Paduka Mamut Aria terkedu sebentar.)
Angmaar terus meletakkan jari telunjuknya dibibirnya Paduka Mamut Aria, sambil tangan kirinya mengusap rambut Paduka Mamut Aria.
“Shuushh…. Jangan banyak bicara, kau sedang nazak sekarang..”
“Huhuhu.. Kesian.. Sudahlah terluka, difitnah pula. Apalah nasib kau Mamut Aria. Sudah terjatuh, ditimpa tangga pula.” (ujar Angmaar.)
“Kau mahu apa lagi?”
“Cepat katakan!” (balas Paduka Mamut Aria yang sedang kesakitan.)
“Sudah hendak mati, namun masih lagi sombong!”
“Hmm.. Apa kata..”
“Kalau kau bergabung denganku?”
“Jadi, mudahlah untuk kau membalas dendammu kepada Azlan dan Arjuna, dan bersihkan nama baik kau semula. Kemudian, akanku berikan segala kemewahan dan pangkat kepada kau wahai Mamut Aria. Kau hanya perlu sebutkan sahaja, maka akanku tunaikan semuanya. Mahukah engkau?” (tanya Angmaar.)
“PUIH!” (Paduka Daiya meludah Angmaar.)
“Pergi mampus dengan tawaran hina kau itu! Aku lebih rela mati dari menjadi anjing kau!” (balas Paduka Mamut Aria.)
“CEPAT BUNUH SAHAJA AKU!” (jerit Paduka Daiya.)
“Hahaha...”
“Kau ingat aku akan bunuh kau semudah itu?”
“Walaupun Kota besar Langsamudera ini sudah hancur, tetapi dendamku pada kamu semua tidak serapuh kota ini.” (ujar Angmaar.)
“APA LAGI YANG KAU MAHU!”
“Kau sudah pun membunuh RAJA kami! Kau juga sudah menghancurkan Istana Panca Nila dan kota ini!”
“Apa lagi?!” (herdik Paduka Mamut Aria.)
“HAHAHA…”
“Aku mahu Langsamudera ini lenyap dari..”
“DUNIA..” (balas Angmaar.)
Lantas Angmaar pun terus mencekik Paduka Mamut Aria dan mengangkatnya dengan sebelah tangan sahaja sehingga kaki Paduka Mamut Aria mula tidak memijak bumi.
“Argghhh!!”
Paduka Mamut Aria cuba menjerit walaupun beliau sudah tidak berdaya. Mendengar jeritan Paduka Mamut Aria membuatkan Angmaar gembira.
“Manusia seperti kamu semua.”
“LEMAH!”
“Tetapi selalu sahaja merasakan diri itu hebat!”
“Apakah kau tahu, hanya dengan satu genggaman sahaja, aku mampu untuk menghancurkan jantung kamu semua hingga *****.”
“HAHAHA..” (kata Angmaar.)
Tiba-tiba muncul satu anak panah dari arah atas dan terus menusuk ke tangan Angmaar.
“Aghhh!”
Angmaar yang menjerit lalu melepaskan cekikkannya itu. Paduka Mamut Aria terus terjatuh kebawah, lantas muncul anakandanya, Tengku Bujakng yang sudah berubah menjadi seekor buaya jadian.
“ARGHH!” (Tengku Bujakng datang untuk mencakar Angmaar.)
Tindakan Tengku Bujakng membuatkan Angmaar sedikit terkejut lantas terus berundur kebelakang. Tengku Bujakng yang melihat Angmaar sedikit jauh dari ayahandanya, terus mengambil kesempatan itu dengan mengendong ayahandanya, lalu melarikan diri dari Angmaar.
“CEPAT KANDA, LARI!” (jerit Tengku Bujakng kepada kakandanya Tengku Djata yang berada ditingkat atas istana sambil memegang busur.)
Mereka terus melarikan diri meninggalkan Angmaar bersama para tenteranya. Angmaar hanya tersenyum sinis melihat mereka yang semakin jauh dari Angmaar. Para tentera Angmaar hendak mengejar mereka namun dihentikan oleh Angmaar.
“Biarkan mereka.” (kata Angmaaar kepada tenteranya.)
Tiba-tiba seorang tentera Angmar yang mengejar dayang sebentar tadi datang menemui Angmaar.
“Tuanku, kami tidak berjaya mengejar perempuan itu tetapi kami telah berjaya menemui Batu Permata ini.” (ujar tentera itu.)
Tentera itu menyerahkan Batu Permata Delima Hitam dan Batu Permata Badar Besi kepada Angmaar.
“Hahaha…”
“Bagus.. Syabas wahai hambaku.”
“Dengan ini, mudah untuk aku membangkitkan semula senjata pemusnahku.” (jelas Angmaar.)
Angmaar dengan perlahan berjalan kearah singgahsana Diraja, lalu dia menghampiri tempat duduk diraja, dan terus duduk diatas kerusi singgahsana itu sambil ketawa.
Malam itu cahaya merah mula menerangi langit malam. Kota Istana Panca Nila yang dahulunya menjadi kebanggaan bagi kesemua penduduk di Langsamudera, kini telah pun musnah menyembah bumi. Api yang besar sedang rancak membakar kota itu. Malam itu telah menjadi sebuah sejarah dan amat pahit bagi kesemua orang yang menyaksikannya.
Paduka Mamut Aria yang sedang nazak telah dibawa pulang oleh anak-anaknya. Semasa dalam perjalanan pulang, beliau sempat mengambil Batu Permata Sutra, lalu menggenggamnya dengan erat sambil mulutnya terkumat-kamit mengatakan sesuatu.
“Akan ku tunaikan janjiku padamu wahai kanda Dharmasakti.” (ujar Paduka Mamut Aria)
Lantas Paduka Mamut Aria pun terus membacakan sebuah mantera.
“Batu Putih Cahaya Sinar,”
“Cahaya sinar Permata Sutra,”
“Carilah Dikau pemilik sebenar,”
“Untuk membela Langsamudera!”
Maka Batu Permata Sutra Raya pun mulai bercahaya dengan sangat terang sekali. Tengku Bujakng dan Tengku Djata terus tekesima setelah melihat cahaya yang muncul dari Batu Permata itu. Lantas Batu Permata Sutra Raya pun terus menghilangkan dirinya dari genggaman Paduka Mamut Aria.
Dayang yang telah berjaya melarikan diri dari dikejar oleh para tenteranya Angmaar, terus melanjutkan lariannya itu bersama Tengku tanpa henti sehingga mereka masuk ke dalam sebuah hutan kecil yang berhampiran dengan Istana Panca Nila. Disaat dayang membuka langkahnya tanpa henti, tiba-tiba dia telah terserempak dengan Sang Kelembai yang sedang berada dicelah pokok hutan. Pertemuan mereka berdua merupakan pertemuan yang tidak tepat, kerana pada ketika itu Sang kelembai juga sedang menyembunyikan dirinya. Sang kelembai yang terkejut dengan kehadiran dayang yang muncul secara tiba-tiba, terus membunuh dayang dengan cara mengarahkan ranting pokok untuk melibas kepala dayang tanpa berfikir panjang. Kepala dayang pun terus pecah akibat terkena libasan dari dahan pokok itu dan jasadnya terus rebah kebumi. Tengku yang turut jatuh bersama dengan jasad dayang pun mulai menangis kerana terkejut dengan rebahan yang terjadi secara tiba-tiba itu.
Sang Kelembai yang mendengarnya terus mendekati Tengku.
“Alamak.. Nampaknya perempuan ini orang awamlah.”
“Aduhai… Kenapalah aku suka bersikap tergopoh-gapah.” (kata Kelembai.)
Kelembai pun terus mengambil Tengku, lalu menghanyutkannya ke anak sungai.
“Semoga engkau selamat ya budak.” (kata Sang kelembai.)
__ADS_1
Sang Kelembai pun terus melarikan diri meninggalkan tempat kejadian itu.