7 Sumpahan Permata.

7 Sumpahan Permata.
Rancangan Gila Awang.


__ADS_3

Tanpaku sedari, masa berlalu dengan sangat pantas. Aku mula menghitung hari-hari kami.


Perjalanan kami ke Daiya mengambil masa hampir lima belas hari kerana kami memulakan perjalanan kami dengan berjalan kaki. Kami berehat pula di Daiya satu hari, dan memulakan perjalanan kami dengan pantas untuk pulang ke Nauria semula. Sekarang sudah genap seminggu jika dihitungkan perjalanannya dari Daiya. Bermakna jika masuk sahaja hari ini sahaja, sudah dua puluh tiga hari semenjak kami meninggalkan Nauria.


“Nampaknya kami akan sempat sampai ke Nauria sebelum peperangan bermula.” (bisikku.)


Larian kuda kami bergerak sama laju dengan nafasnya. Kami berusaha untuk sampai ke Nauria secepat yang mungkin. Di dalam perjalanan itu, terlihat Tengku Bujakng sedang mengasah beberapa senjata yang dibawa bersamanya sambil dia melihat perbuatan Awang dan Puteri yang agak pelik.


“Eh? Jari Puteri boleh berubah menjadi ranting kayu? Jadi inikah antara kelebihan yang dimiliki oleh Sang Kelembai?” (bisik Tengku Bujakng.)


“HA? Dia patahkan jari dia sendiri?”


Tengku Bujakng menjadi terkejut selepas melihat tindakan Puteri.


“Puteri, kenapa kau berbuat demikian? Kau tidak sakitkah dengan mematahkan jari-jemarimu satu persatu?” (herdik Tengku Bujakng.)


“Oh, tidak Tengku. Lagi pula memang saya hendak membantu Awang.” (Jelas Puteri.)


“Hah? Bantu?”


“Bantu apa begitu? Dengan mencederakan tubuh badanmu sendiri. Bukankah itu merupakan satu tindakan yang bodoh?” (tanya Tengku Bujakng.)


“Tengku janganlah risau, kerana saya mempunyai kuasa penyembuhan sendiri serta pengawalan deria. Jadi tiada masalah bagi saya. (jelas Puteri.)


“Dia ada kuasa untuk mengawal deria? Jika kuasa penyembuh, aku tahu memang itu antara kelebihan yang dimiliki oleh Sang Kelembai, tapi kuasa pengawalan deria? Maksudnya dia boleh mengawal semua jenis deria yang dimiliki? Apakah dia juga kebal seperti Garuda dan lain-lainnya?” (bisik Tengku Bujakng.)


“Apakah kau mampu mengawal deria rasa orang lain?” (tanya Tengku Bujakng.)


“Oh. Tidak. Itu mustahil. Saya hanya mampu mengawal deria rasa sendiri sahaja.” (jelas Puteri.)


“BERERTI KAU KEBAL? BEGITU?” (tanya Tengku Bujakng lagi.)


“Eh, mana ada. Jika Puteri Kebal, untuk apa Puteri perlukan kuasa penyembuh?” (Puteri menindakkan sangkaan Tengku Bujakng.)


Tiba-tiba Tengku Bujakng termenung seketika memikirkan sesuatu.


“kalau begitu, sangat beruntung jika dapat memanfaatkan kekuatan Si Kelembai ini semasa peperangan nanti. Dengan kekuatan yang dia ada, sudah pasti ramai para tentera yang terluka parah nanti akan dapat diselamatkankan dengan mudah. Dengan ini, jumlah bilangan para tentera yang terkorban juga akan berkurangan.” (bisik Tengku Bujakng.)


Tengku Bujakng mula terpandang pada longgokkan ranting kayu dibawah kaki Puteri.


“Kamu hendak buat apa dengan ranting kayu yang banyak itu?” (tanya Tengku Bujakng yang hairan.)


“Saya mahu tolong Awang siapkan senjatanya, Tengku.” (jelas Puteri lagi.)


“HAH?”


“Senjata?” (Tengku Bujakng bertambah hairan.)


“Tengku tengok ni!”


Awang dengan semangat menunjukkan beberapa ranting yang telah siap diasah olehnya.


“Kau nak buat apa dengan ranting kayu itu?” (tanya Tengku Bujakng.)


“PELURU LASTIK.” (jawab Awang.)


“Haa?”


“Apa kau sudah gila Awang? Mana boleh ranting kayu hendak dijadikan peluru. Ranting kayu itu rapuh. Nanti, sebelum sempat mencederakan tentera Angmaar, ranting kayu tu sudah pasti akan hancur selepas terkena baju besi mereka. Kenapa kau tidak cari sahaja butir besi? Bukan itu lebih kuat berbanding ranting itu?” (tanya Tengku Bujakng.)


“Hahaha.. Nampak sangat Tengku tidak tahu akan kelebihan Sang Kelembai.” (Awang mengertawakan Tengku Bujakng.)


“Ranting Sang Kelembai ini kekuatan ia berlipat kali ganda lagi kuat dari besi tahu.” (jelas Awang.)


“Hahaha.. Kau jangan nak menipu akulah Awang. Aku makan garam duhulu sebelum kau. Tidak mungkinlah!” (balas Tengku Bujakng.)


“Ha, tidak percaya cubalah patahkan.” (cabar Awang.)


Tengku Bujakng yang mendengar cabaran dari Awang, terus menyahut cabaran itu. Beliau pun cuba untuk mematahkan ranting tersebut. Pada mulanya beliau hanya menggunakan kekuatan yang biasa sahaja, namun setelah beliau mengetahui kekuatan biasa tidak mampu untuk mematahkan ranting itu, beliau pun mencubanya lagi dengan menggunakan kekuatan penuh manusianya.


“Eh? Biar betul? Ranting yang sekecil ini tidak mampu aku patahkan?” (bisik hati Tengku Bujakng.)


Awang dan Puteri mengertawakan Tengku Bujakng.


“Hahaha.. Cubalah gunakan kekuatan Bujang Senang pula.” (cabar Awang lagi.)


Tengku Bujakng yang merasakan dirinya tercabar, terus mengubah tangannya menjadi tangan buaya jadian, lalu beliau pun terus mencuba lagi untuk mematahkan ranting tersebut dengan menggunakan kekuatan penuh dari kuasa bujang senang namun hasilnya tetap sahaja sama. Ranting tersebut masih tetap cantik malah tiada satu pun retak yang berjaya Tengku Bujakng hasilkan.


“BIAR BETULL?!”


“TAK KAN LAH?”


“Dengan kuasa penuh pun ranting kayu ni masih tetap utuh?” (Bisik Tengku Bujakng.)


“Hmm..”


“Benar kata kau Awang. Kekuatan kayu Sang Kelembai ini memang tersangat kuat. Malah dengan menggunakan kekuatan Bujang Senangku pun masih lagi tidak mampu untuk mematahkannya.” (kata Tengku Bujakng.)


“Puteri..” (panggil Tengku Bujakng.)


“Ya Tengku?” (tanya Puteri..)


“Aku mempunyai satu hajat besar. Sudikah kau tunaikan?” (tanya Tengku Bujakng.)


“Hajat besar? Apa hajatnya Tengku?” (tanya Puteri yang kebingungan.)


“Bolehkah kalau kau..”


“Buatkan aku satu LEMBING!”


“TOLONG!” (rayu Tengku Bujakng.)


Melihat gelagat Tengku Bujakng membuatkan kami semua geli hati dan tertawa. Namun seperti biasa cuma aku seorang sahaja yang tiada perasaan ketawa.


“Hmm.. Kenapalah dalam banyak-banyak perasaan, perasaaan ketawa aku juga yang kau ambil, Ayu.. (bisik hatiku.)


“Maafkan aku Azizi.. Aku tidak tahu bahawa kau sangat memerlukan perasaan itu. Aku fikir perasaan gembira itu akan menjadi pengacau dalam kau mengejar misi kau nanti.” (balas Ayu.)


“Boleh sahaja Tengku. Tengku mahu lembing yang bagaimana?” (tanya Puteri.)


“Kalau boleh aku inginkan lembing yang bentuknya berpintal-pintal bermula dari hulu hingga ke mata lembing, dan mata lembing itu juga terbuat dari ranting. Pastikan ianya benar-benar tajam ya..” (rayu Tengku Bujakng.)


“Ohh. Puteri mengerti. Baiklah Tengku, sekarang juga Puteri buatkan.” (jawab Puteri.)


Puteri pun mengangkat tangannya ke sisi, lantas tangannya pun menjadi panjang berpintal serta bentuknya berubah menjadi ranting kayu. Setelah siap, Puteri pun mematahkan ranting itu dan memberikannya pada Tengku Bujakng.


“Nah Tengku. Benarkan begini?” (tanya Puteri.)


“Yayaya!”


“Betul, betul. Terima kasih Puteri!” (balas Tengku Bujakng.)


“Arr…”


“Kamu tidak sakitkan?” (tanya Tengku Bujakng yang agak sedikit risau.)


“Hahaha.. Tengku janganlah risau. Saya tidak apa-apa.” (balas Puteri.)


“Oh, baguslah jika sudah begitu.” (ujar Tengku Bujakng.)


“Nampaknya kita sudah memasuki wilayah Nauria.” (Suri mencelah.)


“Ahh… Tiada yang lebih indah berbanding kampung halaman sendiri.” (balas Awang sambil meregangkan badannya.)


“NANTI!”


“HENTIKAN KERETA SEKARANG!!” (herdik Puteri.)


Suri yang terkejut mendengarkan pekikkan Puteri terus menarik tali kekang kuda. Akibatnya, kami semua terjatuh dari tempat kami masing-masing.


“KENAPA NI SURI! SAKIT TAHU TAK!” (herdik aku.)


“Bukan salah aku. Puteri yang suruh hentikan kereta ini secara tiba-tiba!” (jawab Suri.)


“Kenapa Puteri?” (tanya Paduka Bujakng.)


“Tentera Angmaar…”


“Mereka ada di belakang laluan kita.”


“Kita harus tinggalkan tempat ini dengan segara! SEKARANG!” (kata Puteri.)


“Merepeklah Puteri ni.” (Balas Awang.)


“Tidak. Puteri berkata benar. Cuba kamu semua diam dan dengar.” (Jawab Suri.)


Kami mengikuti sahaja arahan Suri. Suasana disekeliling kami pun menjadi senyap sunyi buat seketika. Lantas secara tidak sengaja kami semua pun terdengar akan seperti sebuah hentakan kaki yang semakin kuat menghampiri kami. Kekuatan hentakan itu membuatkan tanah sedikit bergetaran.


“CEPAT!”


“KITA HARUS TINGGALKAN TEMPAT INI SEKARANG!” (jerit Suri.)


“Tinggalkan? Tapi kita hendak lari kemana?” (tanyaku.)


“KITA LARI MASUK KE DALAM HUTAN!” (jerit Suri.)


“habis, kereta kuda ini macam mana pula?” (tanya Awang.)


“TINGGALKAN!” (balas Suri.)


“Cepat! Tentera Angmaar mampu menghidu kehadiran kita jika kita berdekatan dengan mereka!” (balas Tengku Bujakng pula sambil mengemas barangannya.)


Kami pun terus mengemas barang kami dan mengambil barang kami yang perlu dibawa sahaja. Kemudian kami pun berlari memasuki ke dalam hutan dan meninggalkan kereta kuda kami ditepi jalan.

__ADS_1


Kami berlari sehingga sampai di atas anak bukit untuk menghindari diri kami dari dikesan oleh pihak musuh. Setelah agak jauh, kami pun mengendap laluan tersebut untuk melihat jumlah musuh. Lalu kami mendengar hentakan yang semakin kuat diiringi dengan pekikkan suara para tentera Angmaar yang lengkap bersenjata, berkawad menuju ke Istana Mahajarawi.


“HAH! HAH! HAH!”


Jeritan suara mereka yang semangat untuk pergi berperang.


Aku menjadi terkesima kerana ini kali pertama aku melihat angkatan tentera yang lengkap bersenjata.


“Inikah bentuk kekuatan tentera Garuda yang sebenar?” (tanyaku sambil terkejut.)


“Tidak.. Inilah para tentera Angmaar yang dikenali sebagai Tentera Kegelapan.” (jelas Suri.)


“Tentera inilah yang telah menghancurkan Istana Panca Nila lapan belas tahun yang lalu.” (balas Tengku Bujakng pula.)


“Apa beza Tentera Garuda dan Tentera Angmaar?” (tanyaku.)


"Tentera Garuda cuma tentera biasa yang telah telah disumpah oleh Angmaar untuk taat setia kepada Garuda manakala Tentera Angmaar pula adalah orang dari kalangan pahlawan yang tamak akan duniawi. Mereka telah menyerahkan jiwa mereka kepada Angmaar hanya demi untuk memiliki kekuatan yang tidak terhingga dan akhirnya mereka sendiri yang telah menjadi hamba abdi kepada Angmaar. Agak mustahil untuk tentera biasa mengalahkan mereka kerana kekuatan mereka adalah yang paling tertinggi sekali dari kalangan para tentera yang ada di Langsamudera ini.” (jelas Suri.)


“Untuk membunuh seorang sahaja dari mereka, memerlukan hampir tiga orang tentera ELIT yang terbaik yang ada di Langsamudera ini.” (Tengku Bujakng mencelah.)


Mendengar kata-kata mereka membuatkan aku terkejut sebentar.


“Apakah ini peperangan terakhir buat Nauria? Kerana jumlah mereka yang datang sekarang, aku lihat hampir tiga ribu orang. Malah mereka juga datang dengan kelengkapan penuh.” (bisik ku.)


“Sepertinya Angmaar benar-benar hendak meratakan Nauria.” (ujar Tengku Bujakng.)


“Tapi bagaimana Angmaar mampu mengumpul kekuatan seramai ini?” (tanyaku lagi.)


“Kerana selagi tentera itu bernyawa dan masih lagi dibawah kekuasaan Angmaar, selagi itulah umur mereka dipanjangkan kerana nyawa mereka sekarang ini berada diantara bumi dan langit. Dalam erti kata lain, nyawa mereka sekarang sedang tergantung.” (jelas Tengku Bujakng lagi.)


Aku semakin terkejut setelah mendengar penjelasan dari Tengku Bujakng. Zalimnya tindakan Angmaar, bermakna Angmaar telah menggunakan ilmu hitamnya untuk menahan kematian tenteranya. Ini tidak ubah seperti menzalimi manusia itu sendiri.


Tiba-tiba Suri bersuara.


“Hmm.. Tapi, bagaimana mereka boleh datang melalui jalan ini? Kerana setahuku jalan ini cuma menghubungkan laluan untuk ke Daiya dan Tharis sahaja.”


“Rasanya tentera ini datang dari Tharis.” (jawab Awang.)


“Kau biar betul Awang?” (Suri dan Tengku Bujakng terkejut.)


“Jadi tak kanlah Tharis juga telah mendapat nasib yang sama?” (kata Tengku Bujakng.)


“NANTI!” (Awang mencelah.)


“Ini bermakna….”


“MEREKA HENDAK MENYERANG NAURIA DARI DUA ARAH!” (jelas Awang.)


“HA?”


Aku, Suri, dan Tengku Bujakng tersentak sebentar setelah mendengar kata-kata dari Awang.


“Satu kelompak datang dari arah Utara. Satu arah lagi dari Selatan!” (jelas Awang lagi.)


“Ini bermakna.. Penduduk Nauria juga akan terkena tempiasnya kerana mereka akan mengepung kedua-dua pintu gerbang Nauria.” (jawab Suri.)


“Kita harus bergegas ke Istana cepat! Kita harus sampai terlebih dahulu sebelum mereka.” (tegas Suri.)


“KENAPA SURI?”


“Sepertinya ada benda yang tidak baik akan terjadi.” (tanya Tengku Bujakng.)


“YA! Ayah!”


“Tengku Muzaf beritahu Suri, bahawa Ayahanda Suri telah menyuruh kesemua tentera Nauriau untuk menumpukan Pintu gerbang utara dan membiarkan pintu gerbang selatan tidak dikawal ketat oleh pengawal!” (jelas Suri.)


“APA! KERJA GILA APAKAH INI?!” (balas Tengku Bujakng.)


Aku dan Tengku Bujakng terkejut mendengar penjelasan Suri.


“SUDAH! Kalau begitu, Cepat kita bergegas ke istana sekarang!” (jelas Tengku Bujakng.)


“MARI! Suri tahu jalan singkat ke sana!” (balas Suri.)


Kami pun terus berlari mengikuti Suri dari belakang. Aku masih lagi tidak percaya dengan apa yang telah Suri katakan sebentar tadi. Kenapa seorang Paduka boleh bertindak bodoh yang teramat sangat sampai begitu sekali? Suri berlari kencang sehingga hampir meninggalkan kami dibelakang. Setelah beberapa jam kami berlari, malam pun mula menjelma dan akhirnya kami pun telah sampai di pintu Gerbang istana kedua Mahajarawi. Suri yang tadi berlari kencang secara tiba-tiba terus menghentikan langkahnya secara mengejut. Riak wajah Suri mula berubah secara drastik.


“Kenapa Suri?” (tanyaku.)


“Tidak..”


“Tak mungkin…” (kata Suri.)


“Kenapa?” (tanyaku lagi dari jauh.)


Kami pun berjalan menghampiri Suri. Alangkah terkejutnya kami melihat pintu gerbang istana telah pun berjaya dipecahkan, dan bergendong-gendong tentera Angmaar masuk ke dalam.


“Perang sudah mula? Tapi bagaimana?”


“Bukankah perjanjian adalah selepas satu purnama? Kenapa mereka melakukan serangan awal?” (tanya Suri.)


“Itu perkara biasa kerana Angmaar tidak pernah benar dalam mengungkapkan janji-janjinya.” (balas Tengku Bujakng.)


“Tapi bukankah tadi kita sudah melepasi mereka? Malah kita sudah tinggal mereka jauh kebelakang. Bagaimana mungkin mereka boleh muncul secepat ini?” (tanya Awang yang juga dalam kebingungan.)


“Aku rasa yang kita lihat petang tadi bukan rombongan mereka yang pertama.” (teka Paduka Bujakng.)


Mendengar penjelasan Paduka Bujakng membuatkan aku tersentak sebentar.


“Kalau begini, bermakna ramainya jumlah tentera Angmaar.” (bisik hatiku.)


“Persoalannya sekarang ini bagaimana kita hendak masuk ke sana?” (tanya ku.)


“AWANG TAHU!” (balas Awang.)


Kami menoleh melihat Awang dengan kebingungan. Awang mula tersenyum seperti orang yang punya rencana jahat..


“Dia mula dah idea gila dia.” (bisik hatiku.)


“Bagaimana?” (tanya Kami.)


“Hehehehe..” (Awang balas dengan ketawa sinis.)


Tentera Angmaar semakin rancak berpusu memasuki kawasan pintu gerbang istana sehingga ada diantara rakan mereka sendiri yang mati akibat dipijak oleh mereka. Mereka semakin bernafsu untuk melakukan pembantaian terhadap rakyat Nauria tiba-tiba mereka merasakan seperti ada gegeran tanah yang semakin kuat menghampiri mereka. Lantas mereka pun memberhentikan langkah mereka sebentar kerana merasakan kehairanan.


Disaat itu juga mereka mendengar pekikkan suara remaja yang sedang ketawa, lalu ramai diantara mereka yang menoleh kebelakang untuk mengetahui dari mana datangnya suara ketawa itu.


“BANG!”


Tiba-tiba satu rempuhan besar telah terjadi. Ramai dikalangan tentera Angmaar yang terpelanting dimerata tempat seolah-olah seperti dirempuh oleh sekumpulan kawanan gajah. Berlari mereka yang lain kerana takut dirempuh.


“HAHAHA!”


“LAGI, LAGI!”


“AWANG SUKA!” (jerit Awang.)


“AWANG!”


“INI IDEA GILA AWANG!”


“AKAK NAK TERMUNTAH!” (jerit Suri.)


Aku dan Tengku Bujakng berpaut kuat pada bahu Puteri. Rupanya idea gila Awang adalah dengan menyuruh Puteri berubah wujudnya kepada wujud asli Sang Kelembai, lalu merempuh para kawanan tentera Angmaar yang sedang menghalangi laluan kami untuk masuk ke dalam kawasan istana.


“ARGHH!!”


Puteri garang sambil merempuh para kawanan tentera Angmaar.


“HAHAHA!”


“Rempuh lagi Puteri! Lagi!” (jerit Awang.)


Aku melihat Awang yang sekarang ini tidak ubah seperti orang gila. Lagi terkejut aku melihat Tengku Bujakng yang telah kebiruan wajahnya kerana menahan diri dari muntah, akibat pergerakan Puteri yang terlalu pantas.


“Puteri bahagian kiri!” (jerit Awang.)


Puteri pun terus melibas tangannya yang panjang sehingga terpelanting sekalian tentera Angmaar.


“BERTAHAN!” (jerit aku apabila melihat Puteri melulu laju hendak merempuh masuk ke dalam kawasan istana.)


Setelah rempuhan demi rempuhan akhirnya kami telah pun berjaya memasuki ke dalam kawasan pintu gerbang Istana Mahajarawi.


“SEKARANG PUTERI!”


“Semua, Segera tutup telinga kalian!” (jerit Awang kepada kami semua.)


Kami pun terus mengikuti arahan Awang dengan segera! Puteri menarik nafasnya yang dalam, lantas dia pun menjerit kearah para tentera Angmaar yang sedang berpusu-pusu memasuki ke dalam kawasan istana lantas mereka semua pun terus berubah menjadi batu.


“Tengku, sekarang masanya!” (arah Awang kepada Tengku Bujakng.)


“Hahaha.. Mari kita beraksi.” (kata Tengku Bujakng.)


Tengku Bujakng pun terus melompat turun ke bawah dan bertukar menjadi buaya jadian. Para tentera Angmaar yang melihatnya cuba untuk melarikan diri ketakutan..


“JANGAN KAMU SEMUA NAK LARI!”


“RASAKAN SERANGAN LEMBING BAJAKU INI!”


“ARGH!” (jerit Tengku Bujakng.)


Tengku Bujakng melibas lembingnya kearah mereka sehingga badan mereka terputus dua.


“Hebatnya! Hanya dengan satu libasan sahaja mampu memisahkan tubuh mereka!” ( kata Awang dengan takjubnya.)

__ADS_1


“Puteri! Kita harus segera menutup semula pintu gerbang itu sebelum angkatan tentera Angmaar yang seterusnya tiba!” (jerit Suri.)


“Baiklah Kak!” (balas Puteri.)


Puteri pun menutup kembali pintu gerbang tersebut dengan menggunakan kekuatannya. Lantas dia menggunakan kawanan Tentera Angmaar yang telah menjadi batu tadi sebagai beban penahan pintu gerbang tersebut.


“Hahaha.. Mari kita ratakan para tikus yang sudah terperangkap ini.. (balas Awang.)


Kencana, mari kita kerja. Mohon pinjamkan kekuatan kau.” (bisikku.)


Aku pun terus melompat turun dari Puteri dan membantu Tengku Bujakng untuk membunuh para tentera Angmaar yang masih tersisa. Suri juga turut melompat ke arah tembok gerbang, lantas dengan segera dia mengambil busur dan panah yang ditinggalkan oleh tentera Nauria lalu terus menembak kawanan tentera Angmaar dari atas tembok gerbang.


Gandingan aksi aku dan Tengku Bujakng membuatkan para tentera Angmaar tidak dapat berbuat apa. Pergerakan kami yang sangat pantas menyukarkan mereka untuk menyerang kembali. Disaat kami sedang asyik bertempur, aku terpandang seorang tentera Angmaar yang sangat besar sedang berlari dari arah belakang Tengku Bujakng. Aku pun terus menjerit!


“TENGKU, TUNDUK!”


Tengku Bujakng yang mendengarnya terus menurut. Lantas aku melemparkan Kencana Hitam ke arah tentera itu tepat mengenai dadanya. Tentera itu pun terus memberhentikan lariannya. Lalu Puteri pula datang kearahnya dan terus menyepaknya terpelanting ke udara.


“HAHAHA… Selamat jalan dan jumpa lagi..” (jerit Awang.)


Tengku Bujakng melihat situasi itu terus tersenyum ke arahku dan aku pun membalas semula senyumannya, lalu dengan tidak semena-mena anak panah Suri berlalu tepat disisi mukaku. Aku terus terperanjat dengan kejadian itu.


“APAKAH?”


Aku melihat kearah Suri dengan riaksi yang terkejut.


“Belakang kaulah!” (jerit Suri dari atas.)


Aku pun menoleh, rupanya ada seorang tentera Angmaar hendak membunuh aku dari belakang.


“Kau gilakah Suri? Lagi sikit hendak mengenai aku tahu tak!” (jerit aku.)


“Ya, SAMA-SAMA.” (balas Suri..)


Mendengar ayat Suri membuatkan aku geram. Tidak lama kemudian aku menyedari sesuatu.


“Kenapa jumlah mereka tidak berkurangan sama sekali sedang pintu gerbang sudah ditutup?” (bisikku yang kebingungan.)


Tiba-tiba aku terpandang kearah mayat tentera Angmaar yang baru dibunuh oleh Tengku Bujakng, kembali bangkit dan lukanya sembuh secara sendiri. Kejadian itu membuatkan aku terkejut besar.


“Mereka hidup semula?” (bisiku.)


“Semua! Kenapa jumlah mereka tidak kurang? Apa yang sudah terjadi?” (jerit Tengku Bujakng.)


“Mereka nampaknya seperti kebal!” (jawab Suri pula.)


“Mustahil! Takkan lah.. Kalau begini mustahil untuk menewaskan mereka semua!” (bisikku lagi.)


Tiba-tiba aku terfikir sesuatu.


“Ayu.. Bantuku!” (bisikku lagi.)


“Gunakan kuasa pandangan ketiga kau, hijab mata kau. Maka kau menemui jawapannya.” (balas Ayu.)


Setelah aku mendengar jawapan dari Ayu, aku pun terus memejamkan mataku sebentar sambil menarik nafasku dalam-dalam.


“Pandang ketiga.. Hijab mata.. Bukalah..” (seruku.)


Setelah aku membuka kembali mataku dengan perlahan, aku terus melihat seperti adanya sebuah aura yang berwarna merah pekat sedang menyelubungi dibahagian tengah dada para tentera Angmaar. Aura itu sangat terang sekali.


“Ayu, apakah itu?” (bisik hatiku.)


“Itulah pusat ilmu hitamnya Angmaar! Angmaar mengawal jiwa mereka dari situ! Jadi untuk mengalahkan mereka, kau perlu menusuk tepat kearah aura itu, nescaya aura itu akan hilang dan seterusnya mereka akan mati.” (jelas Ayu.)


“Baiklah, sekarang aku sudah mengerti. Terima kasih Ayu.” (balasku.)


Aku terus mengikuti seperti apa yang disarankan oleh Ayu sebentar tadi, dan ternyata benar. Setelah aku menusuk tepat kearah dada tengah dada mereka, aku dapat melihat dengan mata kasarku kelihatan seperti ada sebuah bayangan hitam kemerahan keluar melalui ubun kepala mereka, lantas mereka pun terus mati disitu juga. Melihat kejadian itu, aku segera menyampaikan pada rakanku yang lain.


“Semua! Mereka bukannya kebal, mereka ada kelemahan! Pusat kelemahan mereka adalah ditengah dada mereka kerana disitu pusat ilmu hitam Angmaar bersemadi! Tusuk dada mereka!” (jeritku.)


Tengku Bujakng terus tersenyum setelah mengetahui kelemahan mereka.


“Oh, begitu rupanya. Hahaha.. Terima kasih Azizi kerana sudah membocorkan rahsia mereka. Lagi mudah untuk kita hapuskan Tentera Angmaar yang kononnya kebal ini.” (kata Tengku Bujakng.)


Suri dan Tengku Bujakng terus mensasarkan serangan mereka kearah dada pihak musuh. Tentera Angmaar yang turut mengetahui akan perkara itu, turut berubah riaksi wajah mereka kerana ketakutan.


Setelah beberapa lama kemudian, akhirnya kami dapat menewaskan sisa tentera Angmaar yang terperangkap di dalam kawasan pintu gerbang Selatan serta dapat menutup semula pintu Gerbang itu dari dicerobohi sekali lagi.


“Haa.. Letihnya..” (kataku.)


“Hahahah. Ini baru sikit. Ada lagi yang menanti kita dipintu gerbang utara sana.” (jawab Tengku Bujakng.)


“Semuanya baik-baik sahajakah?” (tanya Suri sambil berlari datang ke arah kami.)


“Yaa. Setakat ini.” (balasku.)


Tiba-tiba datang sekumpulan tentera Nauria bersama Tengku Muzaf.


“Eh? Apa yang sudah jadi? Semua tentera Angmaar telah tumpas? Tapi bagaimana?” (bisik Tengku Muzaf yang terkejut besar setelah melihat mayat tentera Angmaar yang begitu ramai begelimpangan di atas tanah.)


“Ha? Itu Kanda Suri!” (bisik Tengku Muzaf lagi.)


Lalu Tengku Muzaf melambaikan tangannya kearah Suri sambil menjerit.


“KAKANDA!”


Tengku Muzaf dan Suri terus berlari dan berpelukan untuk melepaskan rindu mereka seketika.


“Kakanda tidak apa-apakah?” (tanya Tengku Muzaf.)


“Ya. Kakanda baik sahaja. Nasib baik kami sempat pulang.” (balas Suri.)


“Ini.?” (tanya Tengku Muzaf kepada Suri.)


“Ohh, ini Tengku Bujakng Mamut Aria.” (jelas Suri)


“Ohh. Selamat berkenalan. Maafkan patik akan kelalaian patik kerana tidak mengenali Tengku.” (ujar Tengku Muzaf.)


“Tidak mengapa. Patik juga faham.” (balas tengku Bujakng.)


“Kalau yang ini?” (tanya Tengku Muzaf lagi.)


“Ohh, Kalau yang ini Azizi.” (jawab Suri.)


“Oh, Salam kenalan.” (sahut Tengku Muzaf.)


“Teman lelaki Kakanda ke?” I(bisik Tengku Muzaf.)


“DINDA!” (Suri memarahi Tengku Muzaf.)


“Hahaha. Apa-apa pun saya mengucapkan terima kasih atas bantuan kamu semua. Tapi sebelum bolehkah saya tahu. Apakah kamu semua yang telah membunuh kesemua tentera Angmaar ini?” (tanya Tengku Muzaf yang kebingungan.)


“Ya. Namun Saki-baki masih ada diluar, mujur sahaja kami sempat menutup semula pintu gerbang itu kembali. Jika tidak, mungkin sampai sekarang kami masih lagi memerah keringat kami untuk melawan mereka.” (balas Tengku Bujakng yang berseloroh.)


“Oh yakah? Terima kasih banyak-banyak kerana sudi membantu Nauria, namun boleh saya tahu, bagaimana kamu boleh menghapuskan mereka dengan begitu mudah sekali? Bukankah mereka ini agak LIAT nyawanya? Malah ada diantara kami yang beranggapan bahawa mereka ini kebal.” (tanya Tengku Muzaf lagi.)


“Hmm.. Sebenarnya mereka ini tidaklah sekebal mana pun. Azizi sempat menemui titik kelemahan mereka semasa kami sedang bertempur dengan mereka sebentar tadi.” (balas Suri pula.)


“Ha? Titik kelemahan? Maksud kalian? (Tengku Muzaf terkesima sebentar.)


“Kita harus hapuskan sumpahan ilmu hitam Angmaar yang berada di tengah-tengah dada mereka dengan cara menusuk apa sahaja tepat mengenainya. Hanya dengan cara itu sahaja sumpahan itu dapat dibatalkan serta dapat menghapuskan mereka. (jawab Suri.)


Mendengar penjelasan dari Suri terus membuatkan Tengku Muzaf menjadi tergamam sebentar.


“Kalau begitu, kita harus segera sampaikan berita baik ini kepada semua tentera yang lainnya. Jika cara ini benar, maka berkemungkinan besar sudah pasti kita dapat mematahkan kemaraan mereka dengan mudah. Mari semua, kita harus segera sampaikan berita ini kepada Paduka dan yang lainnya!” (ajak Tengku Muzaf.)


Kami semua mengangguk setuju. Sebelum pergi, Tengku Muzaf terpandang kearah kawasan pintu gerbang istana.


“Eh?”


“Itu Bukankah Awang ka?” (tanya Tengku Muzaf.)


“HAHAHA!!”


“PIJAK LAGI!! PIJAK!!”


“LEYEK SEMUANYA SEKALI!!”


“HAHAHA!!”


“LEYEK BUAT CUCUR KODOK!!” (jerit Awang yang berada dibahunya Puteri.)


Puteri pun seronok mengikuti arahan Awang sambil melompat-lompat memijak sisa baki tentera Angmaar yang masih lagi nyawa-nyawa ikan.


“Dari awal lagi aku sudah syak, budak ini memang sudah gila. (bisikku.)


“Hahaha… (mereka semua ketawa melihat gelagat Awang dan Puteri.)


“Mari! Kita ke kubu tempur.” (kata Tengku Muzaf.)


“Baiklah! (sahut kami.)


“Awang sudah-sudahlah! Mari!” (jeritku.)


“ALAA…”


“Yelah!” (jerit Awang.)


Puteri pun menurunkan Awang dengan perlahan lantas dia pun berubah kembali ke wujud manusia semula.


“Lekas!” (jeritku.)


“Baik.” (jawab mereka.)

__ADS_1


Kami pun terus berlari mengikuti Paduka Muzaf ke kubu tempur.


__ADS_2