Only You [Hanya Kamu]

Only You [Hanya Kamu]
Kehidupan


__ADS_3

Apa makna kehidupan ? ramai manusia yang hidup di bumi ini tanpa mengetahui ertinya kehidupan. Ada dua jenis kehidupan, iaitu kaya dan miskin, apabila orang melihat kehidupan si kaya, mereka akan berfikir ‘wah! Kehidupan mereka sangat bahagia!’ tetapi sebenarnya mereka juga ada penderitaan tersendiri yang tidak diketahui oleh semua orang walaupun mereka sudah memiliki segalanya, wang, rumah,kereta dan sebagainya.


Dari segi kehidupan si miskin, kadang-kadang apabila orang melihat kehidupan si miskin, ramai yang berfikir ‘betapa susahnya hidup mereka’ fikiran itu adalah betul, tetapi kadang-kadang kebahagian si miskin tidak di alami oleh si kaya walaupun si miskin hidup dalam kekurangan. Kehidupan manusia kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah tetapi situasi ini masih ada kekurangan sesuatu hal ,masih terasa kekosongan jiwa.


Ini bukanlah makna kehidupan yang sebenar, makna sebenar kehidupan sekarang dan di dunia akhirat boleh didapati melalui hubungan Tuhan-manusia yang dipulihkan selepas termusnah semasa Adam dan Hawa berdosa. Setiap halangan dan rintangan yang kita alami ada di sebalik rancangan Tuhan, oleh itu kita perlu kuat dan sabar dalam menempuhinya, jangan pernah berputus asa dalam melakukan sesuatu.


Saya pernah mengalami dua kehidupan ini, saya pernah menjadi kaya, memiliki segala hal tetapi terasa sangat kosong kerana saya hanya memiliki agama di atas kertas sahaja. Saya jarang berdoa dan sembahyang, oleh itu saya tidak memiliki kedamaian. Setelah itu saya menjadi orang miskin yang tidak memiliki apa-apa, hal ini sangat membuat saya menderita kerana saya terpaksa korbankan impian saya, meninggalkan pelajaran saya dan hidup dalam kesusahan.

__ADS_1


Tetapi satu hal yang saya sedar, ini adalah rancangan Tuhan untuk saya merasakan kedamaian tetapi dengan situasi yang berbeza. Saya mula berdoa dan berharap kepada Tuhan.


Walaupun saya kesusahan tetapi hati saya sentiasa damai dan tenang, sepertinya ada seseorang yang mulia hidup di dalam saya.


Nama saya Christyara Hana, saya berumur 26 tahun. Saya mempunyai seorang ibu, Rosedyla (39) sebelum kami jatuh miskin, ibu atau panggilan yang biasa saya sebut iaitu mommy adalah seorang yang sangat penyayang dan prihatin, dia tidak pernah mengabaikan kami. Tetapi, setelah kami jatuh miskin mommy berubah menjadi seorang yang pemarah dan pentingkan diri sendiri. Dia sering mengabaikan saya dan adik saya, ini sangat memberi kesan yang mendalam kepada saya, terutama adik saya, Crystal Alle (12). Crystal yang dulu penuh kasih saying daripada mommy kini menjadi seorang anak yang tidak mempuyai ibu. Setelah itu, Crystal yang dulu ceria kini menjadi semakin pendiam dan jarang bergaul.


Pada awalnya, saya sangat marah kerana daddy pergi dengan begitu cepat dan saya mula menyalahkan Tuhan. Tetapi perlahan-lahan saya mula menyedari bahawa semua itu ada hikmah disebaliknya.

__ADS_1


Semenjak kejadian ini menimpa keluarga kami, saya berhenti menyambung pelajaran saya dalam bidang penulisan kerana saya tidak mampu membayar yuran dan saya perlu bekerja untuk hidup. Saya terpaksa melepaskan impian saya untuk menjadi seorang penulis.


Saya mempunyai banyak kerja part time, saya mula bekerja di sebuah restoran Delcious sebagai pelayan untuk malam hari iaitu bermula jam 7 petang hingga 12 malam. Upah untuk pekerjaan ini adalah sebanyak RM15 untuk 1 jam. Saya sudah bekerja selama 2 tahun di restoran ini.


Pekerjaan pada waktu pagi pula asyik bertukar ganti kerana masalah yang tertentu. Saya baru sahaja berhenti kerja sebagai cleaner di sebuah syarikat kerana terlalu penat dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk Crystal. Mommy jarang pulang, kadang-kadang dia akan tidur di club tempat dia bekerja.


Mommy pernah berhutang dengan seseorang sebanyak RM50 000, duit itu digunakan untuk membuat perniagaan pada mulanya, tetapi mommy telah terpengaruh dengan kawannya untuk melabur tetapi semuanya adalah tipu. Hal ini menyebabkan hubungan mommy dan saya renggang. Oleh itu, saya terpaksa bekerja keras untuk membayar hutang tersebut.

__ADS_1


❤️Thanks for reading my story guys!! I hope your support😙Jangan lupa like and comment tentang pendapat kamu🤗😀Sorry! sekiranya ada silap ejaan😁Comment sahaja bila ada words yang tak faham, i will fahamkan you all😀🤗Enjoy it!💕


__ADS_2