Only You [Hanya Kamu]

Only You [Hanya Kamu]
Saksi


__ADS_3

Ara sudah dipindahkan ke wad biasa


Eddy menjaga Ara di wad, Eddy sudah pun memberitahu Rose tentang Ara


Eddy mengaku dia tidak berguna kerana tidak menjaga Ara dengan baik, dia asyik mempersalahkan dirinya


Ara masih belum sedar lagi


Edruce mempunyai perasaan bersalah kepada Ara, dia tidak tahu kenapa dia merasakan perasaan tersebut


Edruce terus berada di bilik adiknya, dia tidak pernah lagi keluar dari bilik tersebut. Dia hanya berharap supaya adiknya bangun.


Beberapa jam kemudian, Ara sedar. Eddy membelai rambunya, “awak dah bangun”


Ara masih lagi lemah, “saya kat..” “awak kat Hospital”


Ara mengangguk


“how are you?” tanya Eddy


“im okay, you?”


“im okay too”


“saya okay? Baby?” tanya Ara


Eddy berdiam diri seketika, dia tidak tahu macam mana untuk menjelaskannya


“Ed?”


“sayang, I minta maaf sebab tak dapat jaga sayang”


“maksud you?”“baby dah tak ada”


Ara terkejut


“maafkan saya”


Air mata Ara keluar


Sebulan berlalu setelah Ara keguguran, dia tidak marahkan Eddy atas apa yang berlaku, Ara percaya bahawa semua yang berlaku aka nada kebaikannya, cuma ia harus bersabar untuk menunggu kebaikan itu.


Dugaan dalam kehidupan tidak akan pernah berhenti, ia pasti akan datang dan datang lagi. Oleh itu, Ara berkata dalam dirinya, dia perlu kuat untuk menghadapi kehidupannya yang penuh dengan suka dan duka.


Selagi orang-orang yang disayanginya masih dekat dengannya, dia tetap akan berjuang untuk meneruskan kehidupannya. Dia percaya, orang yang sering menderita hidupnya, penuh dengan berkat.


“jangan pernah katakan yang awak gagal jaga saya. Awak tak pernah gagal, walaupun dimata saya awak sempurna, tapi tidak di mata Tuhan. Kita sama-sama tidak sempurna, pasti akan buat kesilapan, awak sudah berusaha sebaik mungkin, so jangan salahkan diri awak. Awak dah jaga saya dengan baik” kata Ara

__ADS_1


Eddy tersenyum dan terus memeluk Ara dengan erat


Kini, mereka masih tinggal bersama Dean. Dean juga sudah semakin membaik, namun dia perlukan rehat yang banyak. Dean sudah menyerahkan jawatannya kepada Eddy, sekarang Eddy semakin sibuk kerana dia perlu uruskan segala hal. Ara faham dengan pekerjaan Eddy, Ara juga sudah semakin pulih setelah dia mengalami keguguran.


Eddy dan Alan baru sahaja selesai mesyuarat di luar dan sedang dalam perjalanan pulang ke syarikat.


Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang memakai mask dan topi datang berjumpa Eddy


“encik Eddy?” kata lelaki itu


“ya saya, kamu siapa?”


“saya ingin berbicara dengan encik sekejap tentang kematian Lee”


Eddy memandang Alan


Mereka berbicara di sebuah restoran


“cerita lah apa yang awak tahu?” tanya Alan


“saya Daus. Saya sebenarnya tahu siapa yang tembak Lee”


“siapa? Dan macam mana awak tahu?” tanya Eddy


“sebenarnya saya ada di tempat kejadian tanpa sesiapa pun yang tahu. Waktu itu saya sedang memeriksa kawasan yang akan dirobohkan, saya bekerja dalam bahagian penghacuran bangunan lama. Saya nampak mereka berkumpul di sana, saya tengok apa yang mereka buat secara senyap, dan saya melihat seperti ada sesuatu yang tidak kena dan saya melihat seorang lelaki, wajahnya seakan-akan orang putih sedang memegang pistol dan mengacukan kepada Lee lalu menembaknya. Saya sangat terkejut dan terus berlari keluar dari kawasan itu” jelas Daus


“betul ke apa yang awak cakap ni?” tanya Alan


“ya”


“kenapa awak baru muncul sekarang?” tanya Eddy


“sebenarnya, selepas kejadian tu saya trauma dan saya terus murung, jadi selama beberapa tahun ni saya dijaga oleh Hospital Bahagia, baru beberapa bulan saya bebas dan masa tu saya dah sedar sepenuhnya, so saya berusaha untuk mencari ahli keluarga. Saya sangat bersyukur kerana saya dapat tahu pasal encik Eddy. Kalau encik tak percaya, saya ada surat bahawa saya pernah ditahan di Hospital Bahagia, ini dia” Daus member sebuah dokumen kepada Eddy


Eddy dan Alan melihatnya, sepertinya mereka percaya dengan dokumen tersebut


Alan mengeluarkan telefonnya


“ada tak orang yang tembak Lee di dalam gambar ni?” Alan menunjukkannya


Daus memperhatikan gambar itu, dia memandang Eddy dan mengangguk


“siapa?” tanya Eddy


“yang ini” tunjuk Daus


Alan dan Eddy memandang antara satu sama lain sambil terkejut

__ADS_1


“awak yakin ke?” tanya Eddy


“ya, saya yakin dia lah orang tu”


Eddy terus terdiam


“baiklah, terima kasih untuk info awak Daus” kata Alan


Eddy terus bergerak keluar dengan perasaan yang bercelaru


Setelah Eddy dan Alan keluar


Daus tersenyum sinis dan mengeluarkan telefonnya


“dah settle boss” kata Daus kepada seseorang melalui telefonnya


Eddy dan Alan berada di dalam kereta


“takkan la Daddy Christy yang tembak Lee?” kata Eddy seakan tidak percaya


“aku pun tak nak percaya, tapi tu lah tak percaya pun tak boleh juga”


Eddy mengeluh


“tapi, kita tak boleh nak percaya sepenuhnya juga, kita kena selidik betul-betul” kata Alan


“kalau betul? Macam mana?”


Alan hanya berdiam


“aku dah cakap, orang yang tembak Lee adalah orang yang tak boleh aku maafkan biarpun dia dah mati” kata Eddy dengan amarah


Ara sudah menyiapkan makan malam untuk mereka, Dean dan Ara menunggu Eddy pulang


Beberapa minit kemudian, Eddy sampai


“awak, jom lah makan” panggil Ara


“saya dah makan. Awak dan daddy makan dulu ja” kata Eddy terus naik ke atas


Ara hairan dengan tingkah Eddy


“tak apa lah Ara, kita makan berdua ja” kata Dean


Ara mengangguk


❤️Thanks for reading my story guys!! I hope your support😙Jangan lupa like and comment tentang pendapat kamu🤗😀Sorry! sekiranya ada silap ejaan😁Comment sahaja bila ada words yang tak faham, i will fahamkan you all😀🤗Enjoy it!💕

__ADS_1


__ADS_2