![Only You [Hanya Kamu]](https://asset.asean.biz.id/only-you--hanya-kamu-.webp)
“I tak tahu kenapa dia tiba-tiba tanya soalan tu” kata Marissa
“its okay beab, you kena teruskan acting you” kata seorang lelaki yang tinggi dan segak
“Frank, i dah penat tau” kata Marissa
“you dah give up ke? Kita dah sampai kat tahap ni, you nak lepaskan semuanya ja?” kata Frank
Marissa hanya diam
“tak lama lagi beab, sabar”
“i tak sanggup nak berhadapan dengan Eddy, dia sangat anti dengan i. You tahu kan perasaan i macam mana? I penat”
“kesabaran you mesti kuat, cuba you ingat siapa yang buat keluarga you hancur? Mama you mati? Siapa? Dean Daniel!” kata Frank
“tapi, i dah maafkan dia”
“maaf? Lelaki tua tu yang khianati papa dan mama you, you rasa papa dan mama you boleh maafkan dia ke?”
Marissa hanya diam dan berfikir
“tapi i tak sanggup, dia daddy kepada orang yang i cinta” kata Marissa
“Marissa, Eddy tu pun tak anggap lelaki itu daddy dia tau”
“okeylah, i nak balik dulu” kata Marissa
“yala, call me”
Marissa terus berdiri dan keluar dari restoran itu
Ara naik semula ke atas dan bertemu dengan Adam.
“Eh? Adam, awak buat apa kat sini?” tanya Ara
“nak jumpa awak lah” kata Adam tersenyum
Ara tersenyum
“saya nak tahu keadaan adik awak, saya ada bawa makanan ni untuk awak”
“awak ni susah-susah ja, saya dah ada makanan ni”
“tak apa lah, awak makanlah semua supaya awak jadi gemuk” gurau Adam
Ara tertawa
“saya tak nak gemuklah, apa kata awak makan dengan saya”
“mm, boleh juga”
Mereka masuk ke wad Crystal
Di bilik itu ada disediakan sofa dan sebuah meja, mereka makan di sana
“cik Lisa jaga cafe?” tanya Ara
“yup”
“dia ada tanya saya?”
“ada, dia ok ja tu. Waktu saya bagitahu dia, dia suruh lagi saya tambahkan cuti awak” kata Adam
Ara tersenyum
“cik Lisa dan Adam memang keturunan yang baik-baik, saya bersyukur dapat kenal dengan korang” kata Ara
“Ara pun baik apa” kata Adam
“macam mana awak tahu saya baik?”
Adam tersenyum
“dari mata awak saya dah tahu awak ni orang baik, lagipun saya ada saksi” kata Adam
“siapa?” hairan Ara
“adalah, eh! Jom makan, saya dah lapar ni” kata Adam tukar topik
“eh yala,jom”
Mereka pun makan.
Eddy sedang di pejabat bersama Alan
“apa yang kau serabut sangat ni?” tanya Alan
“tak ada, fikir tentang manusia zaman sekarang” kata Eddy
“kau ni, bagus kau fikir pasal hidup kau tu, kau
__ADS_1
bersykur tau kau ada aku, kalau tak, seorang lah kau seumur hidup, kawan tak ada, girlfriend tak ada”
“kalau kau dah penat jadi kawan aku, tak payah lah jadi kawan aku”
“eh, aku gurau ja lah, janganlah marah”
Eddy menjeling Alan
“kalau Lee ada, dia confirm bagi nasihat kat aku sekarang” kata Eddy
Wajah Alan berubah,
“kau ni, buat aku rindu kat dia pula” wajah Alan sedih
Eddy melihat Alan
“jangan nak buat muka sedih kau tu”
“eh, aku sedih lah ni”
“aku nak cari tahu, siapa dalang kematian
Lee”
flashback
*“biar aku hantar file ni kat syarikat Edruce” kata Lee
“tak payahlah, biar aku ja” kata Eddy
“tak boleh, kau orang penting dalam syarikat ni”
“kenapa pula, bukannya aku tak pulang. Hantar file ja kan”
Wajah Lee berubah
“tak apa, biar aku”
“eh, biarlah Edd, dah Lee nak hantar biarlah dia hantar” sampuk Alan
Lee tersenyum
“betul cakap Alan”
“yala” kata Eddy
“ingat cakap aku, apa pun yang berlaku kau orang kena kuat dan sabar, jangan terburu-buru dan bertindak sesuka hati, kita mesti ada plan dalam mencari sesuatu. Ingat sabar adalah paling penting”
Kata Lee tiba-tiba
“kau kenapa Lee?” tanya Alan
Lee tersenyum
“tak ada, saja buat lawak”
Eddy tersenyum
“eh, ingat malam ni kita ada party birthday Alan tau” kata Eddy
“ya, aku pergi dulu hantar file ni, take care guys”
Lee memeluk Eddy
“eh, tiba-tiba peluk”
Eddy tersenyum
“saja ,tiba-tiba teringat kebaikan yang family kau kat aku, thanks sebab jaga aku dari kecil”
Alan memandang mereka dengan pelik
“korang gay erk?” tanya Alan
Lee tersenyum dan terus memeluk Alan
“happy birthday bro” Alan terngagah
“kau ni tak ada girlfriend pun jangan lah suka lelaki”
“okeylah, aku pergi dulu”
lee terus pergi,
“pelik Lee hari ni” kata Eddy
beberapa jam setelah Lee menghantar file itu, datang seorang pekerja Eddy dengan wajah yang cemas
“Tuan Eddy, Tuan Alan”
“ada apa?” tanya Alan
__ADS_1
“Tuan Lee, dia dah... tak ada” jawabnya teragak-agak
“APA!!?” jawab Alan dan Eddy serentak
Mereka masih terdiam
“macam mana boleh berlaku?” tanya Alan
“dia kena tembak bahagian jantung sebanyak 3 kali”
“file tu dah hantar kat syarikat Edruce?” tanya Eddy
“dah”
“Lee mati kat mana?” tanya Alan
“depan bangunan Syarikat GOLDSHOP, pekerja GoldShop yang nampak dan terus lapor kepada polis”
“baiklah, awak tolong tuntut mayat dia”
“baiklah”
“patutlah dia macam pelik ja tadi, rupanya...” kata Alan
“dia memang tahu yang dia mati hari ni, dia tak suruh aku hantar file tu sebab dia tak nak aku yang mati” kata Eddy
“ni mesti ada kaitan dengan syarikat Edruce, im sure”
Alan hanya diam*
Kejadian ini berlaku 6 tahun yang lalu, hal ini membuatkan Alan menjadi seorang pendiam dan sangat rasa kehilangan seorang sahabat yang sangat dia sayangi.
Kejadian ini berlaku sebelum kejadian Marissa dan Dean, sekiranya Lee tidak meninggal, kemungkinan besar Eddy tidak menjadi seperti dirinya sekarang.
Lee adalah seorang anak yatim piatu, Dean dan mommy Eddy mengambil Lee sebagai anak angkat setelah bertemu dengan Lee yang sedang tersesat semasa umur 5 tahun.
Semenjak itu, Lee, Eddy dan Alan menjadi sahabat baik, sekolah dan belajar bersama-sama sehingga lah kerja bersama-sama.
Mereka bertiga adalah penghibur Dean dan mommy Eddy.
Umur mereka bertiga adalah sama, tetapi Lee yang paling tua dan matang di antara mereka bertiga, semasa Eddy ditinggalkan oleh mommy nya, Lee mengambil peranan sebagai abang memberi semangat dan nasihat untuk Eddy, oleh itu Eddy sangat selesa dengan Lee dan dia menjadi seorang yang kuat setelah ditinggalkan mommy nya berbanding Alan yang selalu bergaduh denga Eddy.
Eddy sangat yakin kematian Lee ada kaitan dengan syarikat Edruce dan Eddy yakin ada sesuatu yang Lee rahsiah kan.
Eddy terkejut dari lamunanya apabila seorang pekerja mengetuk pintu
“tuan Eddy” “sham, masuk”
“ini profile tentang cik Christyara”
Sham memberi file tersebut kepada Eddy
“cik Christyara ni anak yatim, ayah dia Christoper, ibu dia Rose dan ada seorang adik Crystal yang baru selesai pembedahan beberapa hari yang lepas. 6 tahun yang lalu, ayah dia meninggal sebab kemalangan, selepas kemalangan kehidupan mereka yang senang jadi miskin kerana keluarga ayah dia telah merampas segala kekayaan mereka kerana pada mulanya hubungan kedua ibu bapanya tidak direstu oleh keluarga encik Christoper, iaitu warga Amerika yang berpindah ke Malaysia. Syarikat mereka di Malaysia adalah syarikat GoldShop. Puan Rose iaitu ibu cik Christyara sekarang bekerja di club, cik Christyara ada dua kerja iaitu di cafe pada waktu pagi dan di restoran pada waktu malam. Dulu cik Christyara seorang mahasiswi dalam bidang penulisan selama 3 tahun tetapi selepas ayahnya meninggal dia berhenti kerana tidak mampu membayar yuran. Mereka sekarang tinggal di sebuah rumah sewa kat bangunan Seri Mega, hubungan cik Christyara dan ibunya tidak berapa sefahaman. Ibunya pernah meminjam wang daripada ‘along’ dan sekarang mereka berusaha kerja untuk membayar hutang dan baru-baru ini juga ini juga dia ingin meminjam wang 10 ribu kepada ‘along’ yang sama untuk pembayaran pembedahan anaknya Crystal yang menghidap kanser perut tetapi tidak berjaya kerana masih banyak hutang malahan dia dipukul oleh ‘along’ tersebut” kata Sham panjang lebar
“dan cik Christyara sering mendapat perhatian dan tip dari pelanggan di restoran iaitu kerjanya pada waktu malam, tetapi cik Christyara selalu menolaknya dan memberi duit itu kepada pengemis-pengemis yang ada di hadapan seberang restoran tersebut. Ramai yang mengatakan cik Christyara seorang yang sangat murah hati” kata Sham lagi
Eddy terdiam mendengar penjelasan Sham
“pembedahan adik dia 10 ribu?” tanya Eddy
“ya Tuan Eddy”
“kalau ibu dia tak dapat pinjaman, darimana dia dapat duit” tanya Eddy
“itu saya tak pasti tapi setahu saya Cik Christyara yang bayar kos pembedahan itu”
Eddy terdiam
“cik Ara memang baik, duit yang kau bagi dia kedua kali hari tu kat restoran pun dia tak ambil” sampuk Alan
“habis tu duit tu kat mana?kau cakap dia tak bagi dekat pengemis tu” hairan Eddy
“dia bagi kat aku, aku ambil ja lah. Rezeki mana boleh tolak kan”
Eddy merenung tajam ke arah Alan
“ala, jangan lah marah. Nanti aku pulang balik lah duit kau tu, 2 ratus ja pun” kata Alan
“bukan itu persoalannya, yang kau tak bagitahu aku kenapa?” kata Alan
“dah kau tak tanya”
“nak aku tanya ke, baru kau bagitahu” kata Eddy
“alaa, dah lama berlalu lah” kata Alan
Eddy menjeliing Alan
“Sham, awak boleh keluar” kata Eddy
“baiklah”
__ADS_1
Eddy memikir sesuatu dan tiba-tiba tersenyum.
❤️Thanks for reading my story guys!! I hope your support😙Jangan lupa like and comment tentang pendapat kamu🤗😀Sorry! sekiranya ada silap ejaan😁Comment sahaja bila ada words yang tak faham, i will fahamkan you all😀🤗Enjoy it!💕