![Only You [Hanya Kamu]](https://asset.asean.biz.id/only-you--hanya-kamu-.webp)
"Christy?" panggil seseorang
Jantung Ara berdetak
Ara memandang ke belakang dan melihat Eddy datang kepadanya
“encik Eddy?”
Eddy secara tiba-tiba memeluk Ara
“kenapa ni?” Ara sangat bingung
“kata-kata awak tadi sangat membuat saya terkesan. Terima kasih sebab memahami saya, saya tak pernah merasakan perasaan ni selepas Lee pergi”
Ara hanya terdiam
“saya hanya cakap apa yang patut ja”
Eddy melepaskan pelukannya
“maaf”
Ara hanya diam, saat ini dia merasa sangat tegang
“saya rasa awak macam Lee, setiap perkataan yang keluar dari mulut korang, sangat menyentuh dan menyedarkan saya” kata Eddy
Ara tersenyum
“baguslah, saya rasa awak patut perbaiki hubungan awak dan daddy awak”
“ya, tapi bukan sekarang”
“saya faham, awak carilah masa awak”
Eddy tersenyum
“Christy?” setiap kali Eddy memanggilnya ‘Christy’, jantung Ara pasti berdegup kencang
“kenapa?”
“awak kahwin dengan saya?” kata Eddy
Ara terngagah dan terkejut
“apa awak cakap ni!?”
“saya tahu ni secara tiba-tiba. Tapi saya rasa awak sesuai untuk saya”
“atas sebab apa? Sebab saya macam Lee? Kahwin ni bukan hal yang boleh bawa main-main. Ni menentukan masa depan saya” marah Ara
“tak, bukan sebab tu. Saya cuma nak jaga awak ja”
“awak suka saya?”
Eddy terdiam
“saya tak tahu tapi hati saya cakap yang saya nak berada dekat awak,jaga awak dan lindungi awak”
Ara tersenyum
“cari perasaan awak dulu, baru cakap nak kahwin dengan saya. Lagipun saya tak ada perasaan dengan awak” kata Ara
Eddy hanya terdiam
“saya pergi dulu” Ara pergi
“Christy!”
“jangan panggil saya Christy! Panggil saya Ara!” bentak Ara
“kenapa?” tanya Eddy
Ara memandang dengan tajam ke arah Eddy
“baiklah, saya minta maaf sebab apa yang berlaku hari ini, tapi saya akan cari perasaan saya dan buat awak jatuh cinta dengan saya. Ini pertama kali saya bawa perempuan kahwin dengan saya, saya tak akan putus asa. Jangan bercinta atau jatuh cinta dengan orang lain, awak tunggu saya dan saya akan tunggu awak” Eddy tersenyum
Ara terdiam dan terus pergi
‘pelukan dan panggilan tu sama dengan daddy’
Ara masih dalam keadaan yang membingungkan.
Eddy masuk ke pejabat dengan hati yang senang, Alan hairan dengan tingkah Eddy
“nah, ni file dari syarikat Immortal” Alan meletakkan file itu di meja Alan
“okey” kata Eddy
“kau ni senyum-senyum, kenapa?” tanya Alan
“nothing. Oh ya, malam ni kita dinner at Restoran Delicious, aku belanja” kata Alan
“what!?” Alan terkejut
“what?” tanya Eddy
__ADS_1
“dah nak kiamat ke dunia ni? Ni first time tau kau ajak aku makan malam, selalunya aku yang ajak” kata Alan
“tak nak sudah”
“okey, okey. Esh, kau ni gurau pun tak boleh”
Eddy tersenyum.
Ara sangat gelisah pada saat ini, apa yang berlaku dengan Eddy? Kenapa dia boleh berubah macam tu?
Ara asyik teringat kejadian tadi sehingga dia tidak fokus dengan kerjanya
Faiz hanya memperhatikan Ara saja
“Ara?” namun Ara tidak mendengarnya
“Ara!? Christyara Hana!” panggil Faiz
Ara terkejut “ya encik Faiz?”
“kamu ni kenapa? Kerja tak fokus? Saya panggil pun tak dengar, kalau masih banyak masalah, bincang dengan saya supaya saya boleh bagi cuti”
“eh, tak adalah encik Faiz. Saya minta maaf, fikiran saya melayang tadi” Ara tersenyum
“yala tu, jangan libatkan hal personal dengan kerja. Faham?” kata Faiz
“faham encik Faiz”
Faiz ingin pergi “err.. encik Faiz, boleh minta tolong tak?” tanya Ara
“apa?”
“panggil full name saya macam tadi”
“Christyara Hana?”
“err, panggil Christy” Ara tersenyum
“Christy!” panggil encik Faiz
Ara tergelak kecil
“okey, terima kasih encik Faiz. Teruskan panggil saya Ara” kata Ara
“kamu ni, ada-ada ja” Faiz terus pergi
Ara tersenyum
‘tak sama’ bisik hati Ara
Alan memanggil pelayan dan kebetulan Ara yang datang
Eddy tersenyum melihat Ara
Ara terkejut melihat Eddy, dia sangat tidak selesa
“hai Christy” Eddy tersenyum
Jantung Ara berdetak
“nak order apa?” tanya Ara
“nak yang ni, ni dan ni. Hidangan untuk dua orang tau, minum air kosong ja la. Kau Edd nak?” tanya Alan
Eddy asyik tersenyum melihat Ara
“woi!” panggil Alan
“apa?” Eddy terkejut
“kau nak minum pa?”
“apa-apa ja” kata Alan
“okey, bagi dia coklat panas” kata Alan
“baiklah, tunggu sebentar” kata Ara dan terus pergi
“kau ni kenapa? Buat malu ja la. Kau dah macam angau je dengan cik kacukan tu” kata Alan
“binggo!” Eddy tersenyum lebar
“what!? Hei, kau ni kenapa? Sakit ke?”
“tak” “bukan kau cakap semua perempuan sama ke, nak duit kau ja”
“yup, tapi dia lain” kata Eddy
“yeke, bukan kau benci dia ke”
“itu dulu, aku belum kenal dia lagi tapi sekarang berbeza”
“beza? Sama ja pun macam dulu” kata Alan sambil mencari-cari Ara
“bukan berbeza dari segi luar la. Kau ni nama ja sekolah tinggi-tinggi tapi...” Eddy menggeleng-geleng kepalanya
__ADS_1
Seorang pelayan datang menghantar makanan mereka
“thank you” kata Alan
“you’re welcome, enjoy your food” katanya
“awak kawan Christy?” tanya Eddy
“Christy? Oooh, Ara ke? Ya saya kawan dia Mimi” kata Mimi
“dia okey tak kerja sini?” tanya Eddy
“err, okey ja” kata Mimi
“mulai hari ni saya nak awak tengok-tengok kan dia, jangan sampai dia jatuh cinta atau mesra-mesra dengan lelaki lain tau. Ni kad saya, saya nak awak whatsapp saya untuk bagitahu saya setiap gerak-geri dia” kata Eddy
Mimi terdiam dan mengambil kad Eddy
“err, encik ni?” tanya Mimi
“bakal suami Christy” jawab Eddy
Mimi terngagah “hah!?” Alan dan Mimi serentak
Eddy tersenyum
“tak payahlah terkejut sangat” kata Eddy
“hihi, baiklah” kata Mimi
“eeh, nah. Hadiah” Eddy memberi Mimi duit
Mimi nampak senang “thank you encik”
“nama saya Alan” sampuk Alan tiba-tiba
“saya Mimi” “ni Eddy” kata Alan
Eddy tersenyum
“baiklah, saya pergi dulu”
Mimi terus pergi
“apasal lambat sangat” tanya Ara
“tak ada apa-apa, kau ni nak kahwin pun tak nak bagitahu” kata Mimi
“kahwin? Siapa cakap?” tanya Ara
“lelaki kat meja 11 tu future husband kau kan” kata Mimi
“eh, mana ada” kata Ara
“yala tu, dia yang cakap”
“esh, dia tu gila” Ara terus sambung kerja
‘apalah encik Eddy ni’
Selesai makan, Alan membayar di kaunter dan Eddy mengikutinya. Kebetulan Ara ada di kaunter
“guna kad yer” kata Alan
Ara tersenyum
Eddy tersenyum memandang Ara
“nah, terima kasih” kata Ara
“bye Christy” kata Eddy
Ara terdiam, jantungnya terus berdebar
Alan dan Eddy pun pergi.
‘kenapa dengan aku ni’ Ara memegang dada nya.
“kau ni betul-betul gila” kata Alan
Eddy hanya diam dan fokus memandu
“esok aku datang melawat kedai-kedai tau”
“melawat ja lah, kat sana aku tak ada tugas. Aku kerja kat syarikat writing ja”
“amboi, cakap siapa?”
Alan tersenyum “yala, aku gurau ja”
Eddy tersenyum
“entahlah berapa puluh orang lagi kau akan pecat lagi” kata Alan
Eddy tersenyum.
__ADS_1
❤️Thanks for reading my story guys!! I hope your support😙Jangan lupa like and comment tentang pendapat kamu🤗😀Sorry! sekiranya ada silap ejaan😁Comment sahaja bila ada words yang tak faham, i will fahamkan you all😀🤗Enjoy it!💕