Only You [Hanya Kamu]

Only You [Hanya Kamu]
Perasaan terungkap


__ADS_3

Selesai Dean dan Ara makan malam, Dean memanggil Ara


“Ara?”


“ya daddy?”


“daddy faham perasaan kamu sekarang ni, Eddy tu mungkin stress sebab kerja, jadi kamu fahamlah dengan keadaan dia. Dulu daddy pun macam tu, bila banyak fikir tentang kerja, nak makan pun tak ada selera, nak rehat dan tidur ja. Mungkin Eddy ada masalah kat tempat kerja, lagi-lagi dia dah pegang jawatang besar” kata Dean menenangkan hati Ara


Ara tersenyum “saya faham daddy”


Dean tersenyum


Pembantu rumah membantu Dean masuk ke bilik


Ara masih mengemas meja makan dan dapur, dibantu oleh seorang lagi pembantu rumah


Selesai semuanya, Ara naik ke atas


Dia masuk ke bilik dan melihat Eddy sedang tidur


Ara tidak berniat untuk bertanya hari ini, lagipun Eddy sedang tidur


Ara akan menunggu hari esok, mungkin Eddy akan melayannya seperti biasa lagi


Mimi baru sahaja siap bekerja di restoran, dia terus sahaja menuju ke Hospital untuk menjaga mamanya kerana esok pembedahan akan dilakukan.


Aina melihat Mimi, “hai Ma” sapa Mimi


“kamu seorang ke?” tanya Aina


Mimi tersenyum “seorang lah, apalah soalan mama ni”


“yala, mama fikir bakal menantu mama ikut sekali”


“esh mama ni, kami kawan ja lah”


“yala tu”


Mimi hanya menggeleng sambil tersenyum


Keesokkan paginya, Mimi masih lagi tidur di sofa yang disediakan di bilik rawatan Aina


Beberapa minit, Alan sampai


“hai aunty” sapa Alan


Aina yang sedang termenung terkejut dengan kedatangan Alan


“eh, kamu rupanya. Awal datang”


“tak adalah, saya saja nak temankan aunty dan Mimi. Lagipun saya ada bawa sarapan untuk aunty dan Mimi”


Aina tersenyum


“oh, untuk Mimi ja lah ya. Aunty tak dibenarkan makan sebelum pembedahan”


“eh, ya. Saya lupa lah aunty”


“tak apa, eh duduk lah. Mimi tu masih tidur lagi, dia lewat datang semalam, penat” kata Aina


“okey” Alan duduk


“Alan?” panggil Aina


“ya aunty?”


“kamu suka Mimi kan?” tanya Aina


Alan terkejut dengan persoalan Aina


“kenapa aunty tanya soalan macam tu?”

__ADS_1


Aina tersenyum


“entah, aunty takut kalau pembedahan ni tak berjaya. Mimi tak ada siapa-siapa, papa dia pun tak boleh nak harap, aunty takut bila papa dia tak ada duit, dia buat sesuatu yang buruk dengan Mimi. Jangan salah faham, aunty tak burukkan suami aunty seendiri, tapi itu dari pengalaman sendiri, dulu waktu Mimi kecil, papa dia pernah nak jual Mimi sebab nak duit ja. Tapi, syukurlah aunty dapatkan Mimi semula dengan bantuan kawan aunty. Mimi pun tak tahu soal ni, dia masih kecil waktu tu. So, kalau Alan betul-betul sukakan Mimi, tolong jaga dia, sebab pembedahan aunty ni belum tentu berjaya”


“aunty, tak payahlah cakap macam tu. Pembedahan ni pasti berjaya, kalau Mimi dengar aunty cakap macam ni, tentu dia sedih” kata Alan


“tapi kalau ada apa-apa yang berlaku dengan aunty, kamu janji jaga Mimi tau”


“saya janji aunty, saya akan jaga dia” kata Alan


Aina mengesat air matanya


Tanpa mereka sedari, Mimi mendengar perbualan mereka dengan air mata yang berjatuhan


Ara bangun dari tidur dan melihat Eddy sedang bersiap ke tempat kerja, dia bangun


“kenapa awak tak kejutkan saya, saya belum buat sarapan lagi” kata Ara


“tak apa, saya breakfast kat luar” kata Eddy bersiap untuk berangkat


“awak ada nak cakap apa-apa dengan saya ke?” tanya Ara


Langkah kaki Eddy berhenti


“tak ada” dia terus pergi


Ara geram dengan kelakuan Eddy


Mimi, Alan dan Lana sedang berada di luar bilik pembedahan Aina


Mimi kelihatan sangat risau, Lana cuba memberi semangat kepada Mimi


“mama Aina pasti selamat” kata Lana


Alan membelikan Mimi dan Lana air minum


Setelah beberapa jam, doktor bedah pun keluar dari bilik


“syukurlah, pembedahan berjaya dibuat. Buat masa sekarang, puan Aina masih dikawal lagi, nanti akan ada pemberitahuan bila boleh melawat ya, tapi tak boleh ramai-ramai. Seorang sahaja” jelas doktor tersebut


“baiklah doktor, terima kasih doktor” kata Mimi


Mimi dan Lana berpelukan dengan gembira


Alan senang melihat Mimi tertawa


“so, kalau macam tu. Jom kita lunch, saya belanja”


Mimi dan Lana tersenyum “jom”


Mereka hanya makan di kantin Hospital


Selesai makan, Mimi pergi bekerja di restauran kerana dia syif petang hari ini


“aku pergi dulu tau, malam nanti aku datang lagi” kata Lana


“okay, thanks tau datang teman aku” kata Mimi


“no hal beab, bye, bye encik Alan”


Alan hanya tersenyum


Mimi dan Alan menuju ke atas


“awak tak kerja ke hari ni?” tanya Mimi


“tak, saya minta cuti”


“sorry susahkan awak sampai minta cuti pula”


“eh tak adalah, saya okay ja. Kalau saya tak ada, tak ada yang nak temankan awak. Tengok, Mimi pun tak dapat nak temankan awak sampai petang”

__ADS_1


“saya dah biasa la, tak ada temanpun tak apa”


“yala tu, kalau awak seorang, makan pun tak teratur”


Mimi tersenyum malu


“awak ni, tak payah lah risaukan saya sangat”


Alan hanya tersenyum


“lagipun mama saya okay, pembedahan pun berjaya.So, awak tak payah lah tepati janji awak” kata Mimi lagi


“janji? Janji apa?” hairan Alan


“janji yang awak janji dengan mama saya tadi pagi sebelum pembedahan”


“awak dengar ke?”


Mimi mengangguk dan tersenyum


“kalau saya nak tepati juga, macam mana?” kata Alan


“maksud awak”


Alan menghentikan langkahnya


“saya dah janji dengan mama awak yang saya akan jaga awak, tapi saya tak cakap yang saya tak akan tepati janji tu kalau tak ada hal yang buruk berlaku dengan mama awak. Sekarang saya dah dapat izin dari mama awak, tinggal nak dapat izin dari awak lagi. Boleh tak kalau saya nak jaga awak?”


Mimi terdiam


“apa awak cakap ni? Kenapa pula awak nak jaga saya, saya sihat lagi lah”


“awak memang sihat, saya nak jaga bukan time sakit ja, time awak sihat pun saya nak jaga awak. Singkat kata, forever. Saya nak jaga awak untuk selamanya, kenapa? Sebab saya cintakan awak”


Mimi terkejut “hah?”


Alan tersenyum


“tak apa, kalau awak belum ada jawapan, nanti bila awak dah ready, awak beritahu lah saya jawapan awak. Jom”


Alan terus berjalan


“eh, Alan” panggil Mimi


Alan memandang Mimi


Mimi hanya tersenyum


Ara sedang berbual dengan Mimi melalui telefon


“apa!? Kau dan Alan dah…”


“ya, kau tau dia meluah time ramai orang lalu lalang tau, malu gila aku”


“wah, baguslah. Aku tumpang gembira kalau kawan aku ni bahagia, Lana kat sana ke waktu tu?”


“eh, tak lah. Lana kerja petang, so dia tak ada. Malam nanti dia datang”


“oh, bestnya. Aku tak dapat datang sebab tu lah, daddy Eddy sakitkan, tak ada siapa tengokkan dia”


“yala, tak apa. Lagipun Eddy tak benarkan kau keluar seorang, nanti kau kena culik lagi, kan susah”“tak apa lah, mungkin dia lagi suka aku kena culik. Malas nak cerita pasal dia, dia dah tak kisahkan keselamatan aku”


“kau orang gaduh lagi ke?”


“entahlah, dia tu yang tiba-tiba ada masalah”“biasalah tu, masalah kerja kut. Fikir positif ja lah”


“yala, okay lah. Aku ada kerja ni, nanti kita borak lagi” kata Ara


“okay, bye”


❤️Thanks for reading my story guys!! I hope your support😙Jangan lupa like and comment tentang pendapat kamu🤗😀Sorry! sekiranya ada silap ejaan😁Comment sahaja bila ada words yang tak faham, i will fahamkan you all😀🤗Enjoy it!💕

__ADS_1


__ADS_2