![Only You [Hanya Kamu]](https://asset.asean.biz.id/only-you--hanya-kamu-.webp)
Ara berada di depan bank, dia duduk di tangga depan bank tersebut.
Dia memandang cek itu
’20 ribu ringgit sahaja’
Air mata Ara mengalir
‘saya berdosa, saya tak tahu apa yang saya buat. Ampuni saya Tuhan, saya melakukan kesilapan besar’
Ara terus menangis teresak-esak
Tiba-tiba dia teringat kata-kata nenek yang dia bantu waktu hari itu
‘anak memang anak yang baik, tapikan nak kadang-kadang gara-gara duit kita boleh gadaikan maruah kita sendiri, jadi anak perlu kuat dan walau apa pun terjadi anak mesti berjalan ke arah yang benar walaupun seringkali membuat kesilapan’
Ara mengelap air matanya dan masuk ke dalam bank.
Eddy keluar dari club itu.
Dia masuk ke dalam keretanya,
‘semua perempuan sama ja, gara-gara duit sanggup gadaikan maruah dan kebahagiaan sendiri. Mula-mula baik tapi lama-kelamaan kebaikan mereka hanya lah satu pembohongan. Sikit lagi aku masuk dalam perangkap!”
Eddy memukul string keretanya, dia sangat marah
Dia mengambil telefonnya
“hello Alan, cancel semua appointment esok. Saya takkan masuk pejabat esok”
Eddy terus meletak telefonnya dan terus bertolak.
Keesokkan paginya, Ara pergi ke hospital sebelum ke cafe untuk membuat pembayaran.
“baiklah cik, esok jam 8 pagi pembedahan akan dibuat” kata doktor tersebut
“baiklah doktor, terima kasih” kata Ara
Ara pergi ke cafe.
“selamat pagi” kata Ara kepada Adam
“pagi Ara” kata Adam tersenyum manis tapi dia dapat merasakan sesuatu perkara yang buruk berlaku
“Ara? Awak okey ke?”
“hah? Okey, saya cuma tak cukup tidur ja”
“oh, awak ada masalah ke? Cerita lah dengan saya, mungkin saya boleh tolong”
Ara memandang Adam dan tersenyum
“saya memang ada masalah, tapi dah settle”
“oh, yeke? Kalau awak nak apa-apa pertolongan, tanya ja dengan saya” kata Adam
“Adam, kalau saya perlukan 10 ribu. Awak pinjamkan saya tak duit tu?”
“of course” Ara terdiam dan memandang Adam
‘kenapa aku tak fikir dengan betul, sebenarnya masih banyak pilihan yang aku boleh buat tapi aku pilih jalan yang salah’
“Ara? Awak okey ke?”
Ara tersedar dari lamunan
“ya, saya okey” Ara tersenyum
“awak perlu duit ke?”
“eh, tak. Saya tanya ja” kata Ara tersenyum
“oh, okay” Adam memandang Ara dengan hairan
“oh ya, Adam esok saya nak minta cuti boleh?”
‘ni kesempatan aku’ bisik hati Adam
“kenapa?”
“err, sebenarnya esok adik saya kena bedah, awal pagi. So saya kena ada”
“oh, jadi inilah masalah awak”
Ara hanya diam
“10 ribu tu, awak dah dapat?” tanya Adam
__ADS_1
Ara tersentak, dia langsung teringat kejadian kemarin
“dah, saya pinjam dengan kawan”
“oh, lain kali kalau awak perlu duit. Minta ja dengan saya”
Ara memandang Adam
“baiknya hati awak, saya baru ja kenal dengan awak tapi awak dah baik macam ni dengan saya”
Adam tersenyum ‘saya dah lama kenal awak’
“saya suka tolong orang yang baik”
Ara tersenyum.
Selepas kerja, Ara pergi ke syarikat NielShon E.
Ara pergi ke kaunter
“cik, encik Eddy ada?” tanya Ara
“tak ada, cik ada janji ke dengan encik Eddy?”
“eh, tak. Saya Cuma nak cik bagi ni dengan encik Eddy”
Ara memberi sebuah beg kertas kecil
“baiklah, boleh saya tahu nama cik?”
“tak apa, bila dia buka beg tu. Dia akan tahu dari siapa”
“baiklah”
Ara tersenyum dan terus pergi
Setelah itu Ara pergi ke tempat Rose bekerja
“mommy?” Rose melihat ke belakang
“ada apa?”
“esok Crystal kena bedah”
“kau dah dapat duit?” tanya Rose
“oh, baguslah. Tak payahlah aku susah-susah nak cari duit”
Ara memandang Rose, terdapat bekas lembam dimukanya
“kenapa muka mommy ni?” tanya Ara
“aku jatuh, tak payah risaulah”
Ara hanya diam memandang Rose
“esok, mommy datang tak?”
“tengoklah kalau aku tak sibuk. Dah lah, aku kerja ni”
Rose terus pergi
“mommy!?”
Ara sangat geram dengan tindakan Rose dan terus pergi dari tempat yang bau dosa itu.
Setelah itu, Ara pergi ke tempat orang jalanan itu ditempatkan.
Ara mengikuti alamat yang diberikan oleh Faiz tersebut.
Ara sampai di sebuah rumah yang cukup besar dan mempunyai halaman yang luas.
Ara berdiri di hadapan pagar rumah itu
“orang baik datang!!” jerit seorang budak iaitu budak yang Ara jumpa malam itu
Ara tersenyum, dulu mereka yang comot kini menjadi seorang yang terurus dan wangi. Air mata Ara hampir keluar, dia sangat berterima kasih dengan orang yang menjaga mereka.
Seorang perempuan keluar,
“cik siapa?”
“saya Ara, dulu saya selalu jumpa mereka sebab mereka tinggal di seberang tempat saya bekerja” jelas Ara
“oh, cik Ara. Silakan masuk”
Ara masuk ke rumah itu
__ADS_1
Rumah ini amat selesa, semua orang tersenyum melihat Ara
“saya Jenny, saya ditugaskan untuk menjaga mereka”
“oh” Ara tersenyum
“orang baik, lama tak nampak” tegur seorang lelaki tua
“saya sibuk tok, baru dah masa nak lawat tok” kata Ara
“terima kasih nak, berkat kamu, kami dijaga, diberi makan dan hidup dengan selesa”
Ara tersenyum “ni bukan berkat saya, Tuhan dah tentukan hidup kamu semua. Kadang-kadang kita susah, kadang-kadang kita senang. Lagipun bukan saya yang sediakan rumah ni”
“ada lelaki handsome yang selalu datang sini, lawat kami. Sama macam orang baik, sangat baik dengan kami” kata budak itu
“tak payahlah panggil saya orang baik, nama saya Ara. Panggil Ara ja”
Mereka tersenyum.
‘lelaki handsome, encik Faiz kot’
Eddy bergegas ke pejabat kerana ada meeting yang sangat penting.
“Eli, saya datang untuk meeting ja. Appointment lain cancel”
“baiklah encik. Oh ya, ni ada seorang perempuan berikan kepada encik Eddy”
“letak kat office saya”
Eddy terus pergi ke bilik meeting
Eddy masuk
“we start now Alan”
Alan pun mula membentangkan tentang projek mereka dengan syarikat Aspire.
“encik Eddy, rasanya syarikat ni sangat bermasalah. Kita patut teruskan juga ke?” kata pegawai 1
“ya, walau apa pun keadaan mereka, syarikat ni penting untuk saya”
“tak merugikan syarikat ni ke?”
”tak, percaya dengan saya. Saya ada cara tersendiri”
“asalkan tak rugi, tak apa” kata pegawai 2
“saya dengar, syarikat Edruce pun melabur dengan syarikat ni”
“ya betul” kata Eddy
“so, kita kena bergabung dengan Aspire supaya kita dapat mengintai kegiatan syarikat Edruce. Saya rasa semua tahu syarikat Edruce adalah musuh terbesar syarikat kita”
Mereka semua mengangguk.
Mesyuarat mereka pun selesai dan Eddy pergi ke pejabatnya
Eddy memandang beg kertas itu ‘apa ni?’
Eddy membukanya, terdapat sebuah sampul yang berisikan duit dan sehelai kertas
‘encik Eddy, saya hanya minta 10 ribu bukan 20 ribu, saya kembalikan 10 ribu kepada encik, saya tolong tunaikan. Terima kasih’
Eddy mengoyakkan kertas tu
‘murah sangat perempuan ni’ dia memanggil Alan
“Alan!!”
Alan terus masuk
“apa?”
Eddy memberi 10 ribu itu kepada Alan
“apa ni?”
“hadiah” Eddy terus keluar
Alan membuka sampul itu, terkejutnya dia apabila melihat duit
“oh my God! Tahu-tahu ja dia aku nak duit”
Alan tersenyum gembira.
Wow 10 ribu!? senang-senang ja dia kasih😎
__ADS_1
❤️Thanks for reading my story guys!! I hope your support😙Jangan lupa like and comment tentang pendapat kamu🤗😀Sorry! sekiranya ada silap ejaan😁Comment sahaja bila ada words yang tak faham, i will fahamkan you all😀🤗Enjoy it!💕