![Only You [Hanya Kamu]](https://asset.asean.biz.id/only-you--hanya-kamu-.webp)
Eddy sampai dirumahnya, dia asyik memikirkan tentang Ara
Tiba-tiba telefon Eddy berbunyi, Alan menelefonnya
“hah? Kenapa?” tanya Eddy
“amboi, ganasnya”
“bad mood”
“oh, kau memang setiap hari bad mood”
“kenapa?”
“esok sabtukan, rumah yang kau beli tu dah settle dah, nak sign kontrak”
“oh, yala”
“hmmp, esok jam 2 tau. Jangan tak datang, barang-barang pemilik lama masih ada ni”
“so?” “kau nak buang ke derma?”
“esok lah aku putuskan, aku tak dapat berfikir sekarang ni. Okey, bye”
Panggilan tamat...
Seorang lelaki mendekati sebuah kereta dan masuk ke dalam kereta tersebut
“ini dia boss” kata lelaki itu dan memberi beberapa keping gambar kepada seorang lelaki
“siapa perempuan ni?”
“kurang pasti boss, tapi rasanya encik Eddy sukakan perempuan ni”
Lelaki itu tersenyum “bagus, kau dah jumpa kelemahan lelaki tak guna tu”
Ara sedang melamun
‘dua kali dia ajak aku kahwin? Gila ke dia tu’
‘tapi, panggilan Christy tu sama dengan cara daddy panggil aku’
Ara tersenyum
Eddy sampai di rumahnya
Dia duduk di sofa rumahnya dengan keadaan yang gelisah dan bimbang
‘aku kena dapatkan dia’
Kata Eddy di dalam hatinya
Keesokkan harinya, Eddy bertemu dengan Alan
“nah, maklumat pemilik rumah tu” Alan memberi sebuah dokumen kepada Eddy
Eddy memeriksa dokumen tersebut
Dia membaca dengan teliti
Tiba-tiba dia menyedari sesuatu
“Alan, bekas pemilik rumah tu Christopher Robert?”
“yup, bekas CEO Syarikat Gold Shop yang meninggal pada sebelum sehari Lee pergi”
“kau dah baca ke dokumen ni?” tanya Eddy
“tak ada. Malaslah, rumah kau kan, buat apa aku nak baca”
“Christopher ni daddy Christy” kata Eddy
“hah!? Cik Ara ke?”
Eddy mengangguk
“oh, so maksudnya rumah tu tempat cik Ara tinggal dulu”
“yala”
“macam ni, petang ni aku sign kontrak kan. So, aku nak kau tempatkan barang-barang lama kat sana tu kat suatu bilik. Jangan buang , ingat ya jangan buang”
__ADS_1
Jelas Eddy
“okey”
‘Syarikat Gold Shop, syarikat ni da dalam senarai kerjasama syarikat Edruce, CEO Gold Shop meninggal sebelum sehari Lee pergi? Mesti ada something”
Ara sedang berada di cafe bersama Adam
“cik Lisa cuti lagi ke?” tanya Ara
“ya, dia pulang kampung dengan daddy saya”
“oh, Adam tak ikut sekali?”
“Tak lah, saya tak boleh tinggal Ara seorang kat cafe ni” kata Adam tersenyum
Ara tersenyum
“tak apalah Adam, saya boleh uruskan. Saya ni pekerja jujur” kata Ara
“eh, saya tak cakap yang saya tak percayakan awak ye”
“haha, saya gurau je lah”
Adam tersenyum melihat Ara tergelak
Ara perasan pandangan Adam lain terhadapnya
“kenapa? Ada yang tak kena dengan saya ke ?”
Adam tersenyum “ada”
“hah! Apa?” Ara mula mengelap mukanya
“eh, tak ada lah. Yang tak kena tu, awak cantik sangat bila gelak. So, gelak lah selalu supaya nampak cantik”
“esh, awak ni” Ara tersenyum
“esok sabtukan” kata Adam
“ya”
“jom keluar” ajak Adam
“kat mana? Cafe tak buka?” tanya Ara
“ermmm, okay” kata Ara
Eddy sudah menandatangani kontrak pemindahan milik rumah tersebut
“rumah ni dah 6 tahun kosong, sebelum ada orang nak beli tapi tak jadi” kata pemilik tanah tersebut
“encik tahu ke, kenapa pemilik asal rumah ni jual rumah ni kepada encik?” tanya Eddy
“selepas pemilik asal ni meninggal, orang tua pemilik rumah ni yang jual rumah ni. Bekas pemilik rumah ni orang Amerika tapi menetap kat Malaysia”
“oh, encik tahu tak bekas pemilik ni ada isteri dan anak?”
“tahu, mungkin mereka pindah kat Amerika lah tu. Yala, mereka dah tak ada tempat nak bergantung”
Eddy hanya mengangguk
Selepas berbual panjang dengan pemilik tanah tersebut, Eddy meninjau kawasan rumah tersebut
Rumah tersebut kelihatan semak, rumput panjang tetapi halaman rumah tersebut sangat luas. Di belakang rumah tersebut terdapat pondok-pondok kecil dan buaian yang sudah berkarat
Eddy tersenyum
‘mungkin kat sinilah Christy selalu main dulu kan’
Eddy masuk ke dalam rumah tersebut, rumahnya cukup besar, terdapat 4 bilik tidur dan 3 bilik air
Namun 6 tahun sudah dibiarkan kosong, habuk mulai menguasai setiap kawasan rumah tersebut
Eddy naik ke atas, dia melihat sebuah bilik yang di depan pintu tertulis nama ‘Christy’
Eddy masuk ke bilik tersebut
Bilik tersebut adalah tempat tidur Ara dulu
Eddy melihat gambar-gambar dari kecil sampailah dewasa, barang-barang kepunyaan Ara juga masih banyak di sana
Eddy hanya tersenyum
Dia keluar dari bilik tersebut
Sebuah pintu kecil menarik minat Eddy untuk masuk
__ADS_1
‘stor ke ni?’ Eddy memegang tombol pintu tersebut
Tiba-tiba “Edd!” Alan datang
Eddy terkejut dengan kedatangan Alan
“kau ni kan, buat aku terkejut ja”
“ala, terkejut ke? Sorry” Alan tertawa-tawa
Eddy hanya menjeling Alan
“so, macam mana? Dah fikir nak decorate ke?”
“hal itu aku serah dengan kau, aku nak semua bersih, dalam dan luar. Buaian, pondok dan apa-apa ja bendah kat luar tu aku nak kau baiki menjadi seperti yang baru,ingat ye baiki bukan beli baru. Kalau ada benda yang tak dapat dibaikan baru boleh beli yang baru. And pondok tu baiki semula supaya jadi lebih cantik, tambahlah bunga-bunga ke apa ke. Okey”
“amboi, kedekut sangat ke nak keluar duit” kata Alan
“itu bukan masalahnya, benda-benda yang ada kat halaman ni dan yang ada kat dalam ni berharga buat seseorang yang berharga untuk aku”
“ooh, cik Ara ke?” Alan tersenyum
Eddy mengabainya
“lagi satu, barang-barang yang ada kat rumah ni kemaskan sahaja. Jangan ubah, ubah apa yang patut sahaja, kalau dah rosak buang cari yang baru dan mesti sama. Bilik-bilik rumah ni kemaskan ,bilik yang utama tu bilik aku. So, kau design lah, kau tau kan style bilik aku macam mana, lepas tu barang-barang yang ada dalam bilik tu jangan buang, simpan dalam stor dan yang lebih penting bilik yang ada tertulis nama ‘CHRISTY’ tu, kemaskan sahaja, jangan pindahkan apa-apa kecuali tilam katil dan sebagainya yang dah rosak, tapi gambar-gambar dan barang-barang yang masih bagus, jangan buang. Faham?”
“alahai, banyak macam lah kau ni”
“amboi, kau ingat free ke aku suruh kau ni”
“hah, mengugut” kata Alan
“buat ja la apa aku suruh, bukan kau yang buatkan. Kau cuma arah pekerja kau ja”
“yala”
“okeylah, tu ja” Eddy terus pergi
“amboi, pergi macam tu ja”
Ara datang ke hospital
“hai sis” tegur Crystal
“adik sihat?” Crystal tersenyum
“bila Cyrstal nak keluar?”
“doktor cakap, adik kena sihat sepenuhnya baru boleh keluar. Luka adik belum kering lagi, bahaya”
“okeylah. Sis, mommy ada datang tak?”
Wajah Ara berubah
“ada, tapi adik selalu tidur waktu mommy datang”
Crystal hanya diam
Pintu terbuka
“hai?” Eddy datang membawa buah dan makanan
“encik Eddy?” Ara terkejut dengan kedatangan Eddy
“hai” Crystal memandang Eddy
“abang ni siapa?” tanya Crystal “kawan kak Christy”
“oh” Crystal tersenyum
“awak buat apa datang? Sejak bila pula kita jadi kawan?” kata Ara
“hari tu awak dah cakap”
“bila?”
“awak lupalah tu, tapi awak tak payah perasan la. Saya datang nak tengok Crystal bukan awak” kata Eddy
Ara mengepal tanganya, Crystal hanya tersenyum
“nah, saya ada bawa buah untuk Crystal”
“letak ja kat sana” bentak Ara
“terima kasih abang”
Eddy hanya tersenyum.
__ADS_1
❤️Thanks for reading my story guys!! I hope your support😙Jangan lupa like and comment tentang pendapat kamu🤗😀Sorry! sekiranya ada silap ejaan😁Comment sahaja bila ada words yang tak faham, i will fahamkan you all😀🤗Enjoy it!💕