Only You [Hanya Kamu]

Only You [Hanya Kamu]
Crush


__ADS_3

Adam sampai di hospital dan terus menuju ke bilik Crystal


Adam membuka pintu dan melihat Eddy di sana


“eh, Adam? Awak buat apa kat sini?” tanya Ara


“hurm, saja nak lawat Crystal”


“hai abang Adam” sapa Crystal


“hai, ni buah untuk Crystal” Adam memberikannya pada Crystal


“thank you” Adam hanya tersenyum


‘aduii, kenapa pula dua-dua nak datang hari ni’ Ara kurang selesa dengan kedatangan mereka berdua


“Crystal jaga diri. Kalau ada apa-apa call abang, jangan call orang lain, okay?” kata Eddy


Crystal hanya tersenyum


“okay abang”


“abang pulang dulu” Eddy terus pergi dan memandang dingin terhadap Adam


Ara memandang kepegian Eddy


‘cakap suka, pandang aku pun tak. Blah macam tu ja’


Kata hati Ara


‘ching!’


Bunyi telefon Ara


[harga paling berharga awak ada dengan saya, kalau awak nak semula, kahwin dengan saya]


Ara tersenyum


‘gila lah lelaki ni’


“Ara?” teguran Adam membuat Ara terkejut


“hah! Eh, Adam.. sorry ,saya tak dengar. Awak cakap apa tadi?”


“tak ada, saya panggil awak ja”

__ADS_1


“oh, duduk lah”


Adam duduk


“apa hubungan awak dengan bekas bos awak tu?”


“tak ada hubungan apa-apa pun. Tapi, kami selalu jumpa sejak kebelakangan ni, so bolehlah dikira kawan. Daddy dia ward sebelah, ada sempat cerita-cerita juga masa lalu bekas bos saya tu”


“cerita masa lalu?”


“ya, tu lah. Setiap manusia berubah pasti ada alasan, kita tak boleh salahkan sesiapa, tak boleh nak judge orang. Masing-masing ada kesulitan masing-masing”


Adam mengangguk


Setelah beberapa minit, Adam pun pulang.


“Wah, baru beberapa hari adik koma. Dah banyak peminat sis”


“esh, tak lah ..abang Adam tu bos kakak”


“oh yeke, yang lagi satu”“bos juga, tapi bekas”


“bekas? Jarang bekas bos cari bekas pekerja”


“adik, you dont know everything okay.. yang adik kena tau, mereka bukan boyfriend sis, okay”


Keesokkannya, Ara sampai di cafe


“eh, cik Lisa”


“hai Ara”


Ara tersenyum “apa khabar?”


“baik, Ara?”


“sihat ja, hari ni encik Adam tak ada?”


“tak, dia outstation hari ni”


“oh”


“why, Ara dah rindu dia ke?” usik Lisa


“hah? Tak adalah, tanya ja sebab selalunya encik Adam ada kat sini”

__ADS_1


Lisa ter senyum lebar


“saya gurau ja la”


Ara tersengih


“tapi awak ada perasan something tak pasal abang i tu?” “something? Apa dia?”


“hurm, abang saya tu memang pandai simpan perasaan, dah setahun kot awak masih tak perasan lagi”


“perasan apa cik Lisa?” “Lisa je Ara, tak payah lah cik-cik”


Ara tersenyum “okay Lisa”


“sebenarnya, abang saya dah lama suka kat awak “


Kata Lisa selamba


“hah?” Ara terkejut


“Ara, dah berapa lama awak kerja kat restoran tu?”


“dah nak dekat 3 tahun rasanya”


“tahun lalu, bulan mei, abang balik dari UK selepas beberapa tahun dia kat sana. Belajar, kerja, tu ja dia buat. Tak ada masa nak bersosial, bercinta ke, jatuh cinta. Tak ada”


“sampailah dia balik hari tu, terus dia pergi restoran tapi bukan sebagai boss, sebagai pelanggan. Dia kata nak tengok-tengok suasana kat sana, dan dia bagitau Lisa, dia jumpa seseorang yang buat jantung dia berdegup kencang, iaitu Ara”


Ara hanya terdiam


“semenjak hari tu, dia tak nak sesiapa pun tahu yang dia boss kat sana kecuali manager restoran tu, saya lupa nama dia. Kat sana, dia nampak semua kelakuan Ara, Ara seorang yang baik, selalu tolong orang gelandangan tu kan? Dah lama dia perhatikan Ara, tapi baru kali ni dia dapat jadi kawan dengan Ara melalui cafe ni”


“cafe ni, dia saja buka tau untuk Ara sebab dia tahu Ara sedang cari kerja. Kalau ikutkan hati saya, tak boleh dah buka cafe ni sebab restoran tu pun tak terurus, cawangan sana sini lagi, tapi lepas dia ceritakan semunya pada Lisa, Lisa terus setuju”


Ara terdiam mendengar cerita Lisa


Dia merasa bersalah dan merasa terlalu menyusahkan mereka


“Ara tak payahlah rasa bersalah, sebenarnya Lisa faham situasi Ara, lagipun Lisa suka tolong orang yang baik”


“Lisa, Ara bukan lah terlalu baik. Setiap manusia pasti ada buat kesilapan, tapi Ara bersyukur sangat sebab berjumpa dengan Adam dan Lisa. Tapi, ini terlalu besar untuk Ara”


“cakap ja lah, mungkin ni berkat dari Tuhan untuk Ara”


Lisa tersenyum.

__ADS_1


❤️Thanks for reading my story guys!! I hope your support😙Jangan lupa like and comment tentang pendapat kamu🤗😀Sorry! sekiranya ada silap ejaan😁Comment sahaja bila ada words yang tak faham, i will fahamkan you all😀🤗Enjoy it!💕


__ADS_2