Only You [Hanya Kamu]

Only You [Hanya Kamu]
Cinta Sejati


__ADS_3

Ara melihat ke luar jendela biliknya


dia termenung memikirkan tentang dirinya saat ini


Eddy datang membawa makanan untuk Ara


"Christy, awak makanlah dulu. Tadi pun awak tak makan" kata Eddy


dia meletakkan pinggan dan gelas itu di meja


Ara tidak mendengar kata-kata Eddy


Eddy mendekati Ara


dia memegang bahu Ara


"awak tak berseorangan, saya ada, mommy ada ,Crystal ada, awak adalah perempuan yang paling kuat saya kenal. Awak ingat tak mula-mula kita jumpa, awak adalah pekerja pertama yang melawan saya selepas kena pecat. Dari situ saya tahu yang awak perempuan yang berani" kata Eddy


Ara tersenyum


"thanks Eddy, sebab awak selalu ada untuk saya"


Ara terus memeluk Eddy


Eddy tersenyum dan membalas pelukan Ara


Tinggal beberapa minggu lagi Ara dan Eddy akan berkahwin


Mereka sedang sibuk membuat persiapan pernikahan mereka


Untuk saat ini, Ara sudah dapat menerima kenyataan yang dia mengandung


Alan membawa Mimi bertemu dengan Ara


Alan membunyikan lonceng


Eddy yang membuka pintu


"Lan? eh? Mimi, awak pun ada"


"hai encik Eddy" Mimi tersenyum


"dia rindu Bff dia, aku bawa lah dia jumpa cik Ara" kata Alan


"oh, masuklah"


Alan dan Mimi masuk


"Christy kat atas, Mimi pergilah tengok" kata Eddy


"okey encik Eddy"


Mimi naik ke atas


'tok!tok!'


"pintu tak kuncilah Ed" kata Ara dari dalam


"ni bukan Eddy!" kata Mimi terus membuka pintu


"hei! Mimi?"


Mimi memeluk Ara


"apa khabar?" tanya Mimi


"okay ja lah, kau?"


"sihat ja, your..."


Mimi menunjukkan perut Ara


"kau tahu?"


"Alan bagitahu, tapi jangan risau aku tak cakap dengan siapa-siapa termasuk Lana"


Ara tersenyum


"kalau simpan pun, lama-lama orang akan tahu juga" kata Ara


"sabarlah, kau beruntung dapat encik Eddy yang setia tau, dah lah handsome, kaya pula tu" usik Mimi


"kau ni kan.. Lana mana? kenapa tak ikut?"


"aku dah ajak tapi dia cakap dia ada date dengan boyfriend dia tu" kata Mimi


"oh yeke? hmm, kau ni tak ada masa nak date ke?" usik Ara


"bukan tak ada masa, tak ada yang nak kat aku" kata Mimi cemburut


"yala tu, kau tu yang jual mahal.. kau datang dengan siapa?" tanya Ara


"Alan"


Ara memandang Mimi dengan pandangan pelik


"apa?" tanya Mimi


"Alan? sejak bila pula kau rapat dengan dia?"


"rapat? taklah, tak rapat pun. Dia saja nak tolong aku jumpa kau, taklah rapat macam kau dengan boss Adam"


wajah Ara berubah


"alahh, aku gurau ja lah" kata Mimi memegang lengan Ara


Ara tersenyum


"tak da apa lah, dia macam mana?"

__ADS_1


"dia pergi US, belum balik lagi.. Cik Lisa yang selalu datang sana"


Ara hanya mengangguk


Tiba-tiba mata Mimi terpandang sebuah gaun berwarna putih keemasan


"wah!! cantik gila gown ni?" kata Mimi terus mendekati gaun itu


"gown wedding aku" kata Ara tersenyum


"wow! cantiknya Ara, mesti cantik kalau kau pakaikan"


"tak adalah" kata Ara malu-malu


Mimi mengambik gambar gaun tersebut


"hei, kau jangan pandai-pandai nak upload erk, nanti tak suprise" kata Ara


"aku tau lah"


Ara tersenyum


"boss, minggu depan majlis perkahwinan encik Eddy dan cik Ara"


Edruce tersenyun


"kat mana?"


"Dewan W boss, tapi saya dengar tempat tu dikawal ketat, hanya tetamu yang ada kad jemputan sahaja boleh masuk"


Edruce tersenyum


"Mak Timah!" panggil Rose


"ya puan?"


"tolong hantarkan kad-kad ni kat bilik Ara ya" kata Rose


"baik Puan"


Mak Timah membawa kad-kad jemputan itu ke atas


Eddy sibuk mengurus hal di dewan


Telefonnya berbunyi, telefon dari Ara


"hello?"


"Ed, berapa keping awak buat kad jemputan ?"


"dalam 350 keping"


"yeke? macam ada kuranglah, awak ada ambil ke?"


"tak ada, saya belum ambil lagi"


"tak apalah, mungkin kedai tu silap kira kut. Nanti saya telefon mereka" kata Eddy


"okay"


Ara mematikan panggilan telefon


Mak Timah bertemu seseorang di pagar rumah


dia memberi sesuatu kepada lelaki itu


Crystal yang ingin keluar melihatnya


Mak Timah masuk ke dalam semula


"mak Timah jumpa siapa?" tanya Crystal


Mak Timah terkejut


"hah? tak, tu anak mak Timah.. dia minta duit" kata Mak Timah tergagap


"oh, okay" Crystal terus keluar


Mak Timah menghembus nafas lega dan terus masuk


Crystal pergi ke kedai dengan basikalnya


Semasa di kedai, dia bertemu dengan Sean


"Crys? hai" tegur Sean


"sean? hai"


"what are you doing here?" tanya Sean


"err, saya tinggal kat hujung sana tu.. awak?"


"oh, saya tinggal kat area sini juga, kat belakang ni" kata Sean


"oh, yeke?"


"awak baru pindah sini?"


"sebenarnya, saya membesar kat kawasan ni, tapi disebabkan masalah yang tak dapat dielakkan, saya and family terpaksa pindah. Tapi beberapa minggu yang lalu saya pindah semula kat sini" terang Crystal


"ooh, baguslah.. Senang kita study sama-sama"


Crystal tersenyum


"boleh ja, lagipun beberapa bulan lagi nak UPSR kan"


"ya" kata Sean


"saya pergi membeli dulu ya" kata Crystal

__ADS_1


"okay, saya pun nak membeli ni. Jomlah sama-sama"


Mereka pun masuk bersama-sama


Eddy membawa Ara ke bangunan syarikatnya


Ara seperti tidak selesa


"awak nak kenapa?" tanya Eddy


"saya cuma tak selesa lah, kan saya pernah kerja kat sini"


Eddy tertawa


"sekejap ja, saya cuma nak sign ja"


"tu lah awak, saya nak tunggu kat kereta ja, awak nak juga saya ikut"


"yala, saya tak nak sesuatu yang buruk berlaku lagi.. awak tunggu kat lobby ni, saya pergi sana dulu" kata Eddy


Ara mengangguk dan duduk


Eddy pergi dari situ


"Akmal, tu kan Ara? pekerja yang baru sehari kerja tapi dah kena pecat oleh boss tu" bisik Lia


Mereka adalah pekerja dari kedai king's bag


"yala"


"tak sangka kan, dia akan jadi isteri boss"


"yala, mungkin sebab dialah boss berubah jadi baik"


Lia mengangguk


Alice mendengar mereka dari belakang terus berdehem


"apa ni, gosip ja kerja korang kan? pergi buat kerja!" ara Alice


mereka terus bergerak


Alice memandang Ara dari jauh


Ara memandang sekeliling dengan tidak selesa


"Ara?"


Ara memandang ke belakang dan perempuan itu adalah Alice


"eh? cik Alice kan?"


Alice mengangguk


"awak bakal isteri encik Eddy?" tanya Alice


Ara mengangguk


"so, pasal awaklah Adam balik US?"


Ara tersentak


Alice tersenyum sinis


"tak apa, saya faham, awak lebih suka yang kaya kan, walaupun sebenarnya Adam tu kurang kaya sikit ja dari boss"


Ara terkejut dengan kata-kata Alice


"apa cik Alice cakap ni? semua ni tak ada kaitan pun dengan duit"


Alice tersenyum


"yeke?"


Ara terus berdiri dan pergi ke arah Eddy yang sedang bercakap dengan beberapa pekerjanya


Eddy memandang Ara


"kenapa?"


"tak, saya saja nak tunggu kat sini" kata Ara dengan wajah yang marah


Eddy memandang ke lobi dan melihat Alice


"awak tunggu kejap"


Eddy bercakap dengan pekerjanya dalam 5 minit setelah itu dia dan Ara pun pulang ke rumah


semasa di dalam kereta


"awak rasa, saya kahwin dengan awak sebab awak kaya ke?" tanya Ara


Eddy tersenyum


"awak rasa?"


"saya tanya awak! awak tanya saya pula" Ara membuat muka merajuk


"hei, tak adalah.. kalau ya awak nak duit saya, masa saya ajak awak kahwin pertama kali tu awak dah terima, lagi awak takkan pulangkan 10 ribu tu semula kat saya, dan awak takkan beli jam mahal ni untuk saya.. Lagipun, awak pun kaya apa, ada company sendirikan. Awak tak payah lah dengar orang tu cakap apa, sebab orang tu cemburu dengan awak, yala kan awak dapat bakal suami yang handsome ni" kata Eddy


Ara memandang Eddy dan terus mencubit pinggang Eddy


"heii, saya drive ni" kata Eddy tertawa


Ara tersenyum senang


'Terima kasih Tuhan, Engkau telah menghantar seseorang yang sangat baik'


❤️Thanks for reading my story guys!! I hope your support😙Jangan lupa like and comment tentang pendapat kamu🤗😀Sorry! sekiranya ada silap ejaan😁Comment sahaja bila ada words yang tak faham, i will fahamkan you all😀🤗Enjoy it!💕

__ADS_1


__ADS_2