Only You [Hanya Kamu]

Only You [Hanya Kamu]
Bertemu dia


__ADS_3

“Crystal! Faster, dah lambat ni”


“okey sis”


Mereka tergesa-gesa keluar, ini semua berpunca dari jam lonceng Ara yang tiba-tiba kehabisan bateri.


Ara pergi ke King’s Bag,


‘alamak, lupa bawa name tag, nasib lah CEO tu melawat esok’


Ara menukar pakaian dan masuk ke tempat kerja.


“Ara, hari ni CEO tu datang melawat tau, habis lah”


“hah!? Bukan esok ke?”


“salah info” kata Akmal


“CEO dah datang! Awalnya. Cepat-cepat, kemaskan diri kalau tak nak kena pecat!" teriak Lia


Ara menarik nafas,


‘habislah, tapi name tag je. Harap-harap dia tak perasan’


Seorang lelaki tinggi memakai kot berwarna hitam dengan gaya rambut yang menarik, bulu mata yang panjang dan mata bulat, putih melepak dan biji mata yang berwarna coklat, sangat bertuah siapa yang jadi isteri lelaki tersebut.


Eddy Daniel adalah CEO syarikat NielShion E. yang jarang menampakkan diri di sosial media, Eddy juga mempunyai perwatakan yang tegas dan pemarah. Dia tidak suka jika ada yang membantah arahannya, dia ingin semua perkataannya dituruti


Eddy adalah orang tetap terhadap keputusan dan pilihannya, tiada pilihan kedua ataupun peluang yang diberikan kepada orang lain. Dia mengeraskan hatinya untuk berlembut.


Eddy melawat semua kedai yang ada di bangunan itu. Saat ini sudah 20 pekerja yang dipecatnya.


Tibalah di King’s Bag, Eddy memasuki kedai itu dan memperhatikan kawasan kedai tersebut, setelah itu dia memperhati pekerja-pekerja di sana, Ara sangat gementar pada saat itu, Eddy mendekatinya, Eddy melewati Ara, Ara sangat lega.


Tiba-tiba Eddy terhenti dan memandang Ara


“you are fired!”


Ara terkejut “kenapa?”


Eddy mengabaikannya, ketua pengurus King’s Bag mendekati Eddy

__ADS_1


“tuan, dia baru mula bekerja kemarin, bagilah dia peluang untuk biasakan diri. Dia sahaja pekerja yang boleh bercakap banyak bahasa”


“jangan sia-siakan usaha awak selama 5 tahun ketua Lin, kalau awak perlukan pekerja macam ni, apa kata awak yang berhenti”


Ketua Lin terdiam


Ara menahan amarahnya,


“tak apa, saya berhenti”


Eddy terus berjalan,


“selfish!” bentak Ara, membuatkan langkah Eddy terhenti


“what?”


“sikap itu yang ada pada encik, SELFISH! Pentingkan diri sendiri, mulut encik senang je berkata ‘you are fired’, tapi bagi kami yang kena pecat ni, tak mudah untuk dapatkan pekerjaan. Perkara remeh pun boleh dibesarkan, tegas tak bertempat. Well, encik banyak duit jadi tak susah, semua dapat, berlagak”


Ara terus beredar


Eddy memandang Ara dengan tajam


Semua pekerja di sana terkejut dengan tindakan Ara


Ara pergi ke lockernya untuk bertukar pakaian, beberapa perempuan datang,


“nama je handsome tetapi berlagak, satu butang baju je kot aku tak butang, tu pun kena pecat” kata seorang perempuan


“aku memang dah dengar khabar angin yang CEO syarikat ni panas baran, tapi aku saja nak cuba nasib, tak berharap pun nak kerja lama kat sini”


“sama lah, kau tahu tak, setiap bulan mesti ada jawatan kosong, tapi entah ramai juga yang nak kerja kat sini”


“ya, tapi aku pernah dengarkan ex-girlfriend dia kahwin dengan bapa dia sendiri tau”


“hah! Teruknya, sebab tu kot dia macam tu”


“mungkin, eh! Dah lewat, aku pergi dulu”


Ara asyik mendengar perbualan mereka


Seorang perempuan keluar dan seorang masih di dalam pertukaran pakaian bersama Ara

__ADS_1


“hei, kena pecat juga ke?”


Ara tersenyum


“sebab?”


“tak pakai name tag, tertinggal kat rumah”


“oh, teruknya CEO tu”


Ara hanya tersenyum


“berapa hari dah kerja?”


“baru kemarin start” jawab Ara


“wow, saya baru hari ni tau” perempuan itu tertawa


Ara tersenyum


“okeylah, pergi dulu”


Ara keluar dari ruangan itu, dia menekan tombol lift untuk ke tingkat bawah. Apabila lift terbuka, Eddy ada di sana.


Ara buat tidak tahu dan terus masuk, sementara Eddy asyik memandang Ara.


“that is girl, who say im selfish?” kata Eddy


Ara mengabaikannya


“hey!”


Ara memandang Eddy


“do I know you?” kata Ara


Bodyguard Eddy tersengih, Eddy terus memandang mereka dan mereka terus terdiam.


“okay” jawab Eddy tenang


Sampai ke tingkat 1, lift terbuka dan Ara terus keluar.

__ADS_1


❤️Thanks for reading my story guys!! I hope your support😙Jangan lupa like and comment tentang pendapat kamu🤗😀Sorry! sekiranya ada silap ejaan😁Comment sahaja bila ada words yang tak faham, i will fahamkan you all😀🤗Enjoy it!💕


__ADS_2