![Only You [Hanya Kamu]](https://asset.asean.biz.id/only-you--hanya-kamu-.webp)
Mereka semua melihat Eddy
"kau dah buat dia macam ni, kau nak kahwin dengan dia lagi?" marah Adam dan terus berdiri
Lisa memegang tangan Adam
"saya akan jaga dia" kata Eddy
yang lain hanya diam sahaja
"tak, kau tak layak jaga dia"
Sedang mereka bertekak
Ara teringat sesuatu
"daddy, macam mana nak cari pasangan yang betul-betul sukakan kita?" tanya Ara
"Hmm, carilah orang yang selalu ada dengan Christy bila susah, senang dan saat Christy nangis, dia pun nangis" kata Christoper
"Hmm, macam mana nak pilih orang yang kita suka pula?"
"Christy cari orang yang Christy rasa nyaman dan aman"
"macam daddy?"
"yes, macam daddy, handsome kan?" kata Christoper tersenyum
"handsome! super" kata Ara tertawa
Ara mengingat kenangannya dengan Christoper semasa dia kecil
Ara menghembus nafas
'Eddy seperti daddy, saya rasa nyaman dan aman dengan dia seperti bersama dengan daddy dulu'
"saya setuju!" kata Ara tiba-tiba
Mereka semua terdiam termasuk Eddy
Mereka sangat terkejut, begitu juga Eddy
"Ara?" Adam terkejut
"Maafkan saya, ini keputusan saya sendiri"
Kata Ara
"Ara, ini tentang masa depan awak. Awak kena bersama dengan orang yang awak cinta" kata Lisa
"saya tak boleh kata yang saya cintakan dia dan saya juga tak boleh kata yang saya tak cintakan dia"
"tapi Ara, awak tahukan abang saya dah lama sukakan awak" kata Lisa
"saya tahu, maafkan saya Adam. Terima kasih sebab sukakan saya, tapi saya tak nak awak bersama dengan orang macam saya. Saya tak macam perempuan lain, saya harap awak boleh cari perempuan yang lebih baik"
"saya tak peduli semua tu Ara" kata Adam
"Eddy adalah orang yang paling bertanggungjawab dalam hal ni, sebabkan dia saya jadi macam ni, saya tak nak awak korbankan semuanya hanya untuk saya. Awak dah banyak tolong saya, saya sangat hargai. Tapi, saya hanya selesa berkawan dengan awak Adam. Maafkan saya" kata Ara
__ADS_1
Adam terus berdiam
dia terlihat sangat kecewa
"kalau itu boleh buat awak bahagia, saya akan bahagia untuk awak. Tapi, bila awak tak bahagia, saya sentiasa ada untuk awak. Saya akan tunggu awak.. Saya pergi dulu" Adam terus keluar diikuti Lisa
Air mata Ara mengalir
'maafkan saya Adam'
Eddy memandang Ara dengan sayu
"saya nak cakap dengan Eddy seorang diri" kata Ara
Mereka yang lain keluar dan membiarkan mereka berdua
Eddy duduk di kerusi yang berada di samping Ara
Mereka terus berdiam diri
Selepas beberapa minit, Eddy bersuara
"betul ke, awak setuju"
Ara hanya mengangguk
Ara memandang wajah Eddy
"kenapa dengan muka awak" tanya Ara
"tak ada apa-apa"
"awak jumpa Edruce?"
"jangan salahkan diri awak atas apa yang berlaku, saya terima awak disebabkan mommy dan Crystal, sebab hanya yang saya percaya untuk menjaga mommy dan Crystal. Edruce akan tetap ganggu awak, dia akan libat semua orang disekeliling awak, saya tak nak hal yang buruk berlaku pada family saya. Saya dah tak ada pilihan lain, saya dah masuk dalam list Edruce. Dia pernah culik mommy saya, saya tak nak dia buat sesuatu yang lagi buruk pada Crystal. Sebab itu, saya terima awak. Saya rasa nyaman dan selamat bila dengan awak" kata Ara
"Saya takkan biarkan hal ini berulang lagi pada orang yang saya sayang, saya janji"
"Awak dah berjanji, awak mesti tepati"
Eddy mengangguk
Ara tersenyum
Hal ini sudahpun diketahui oleh Dean
"sampai hati Edruce buat macam tu. So, Ara macam mana?" tanya Dean kepada Sham
Sham merupakan mata-mata Dean untuk Eddy selama beberapa tahun. Namun, tidak diketahui oleh Eddy
"Cik Ara dah stabil, tapi dia masih di hospital"
"kesian Ara, tak pasal-pasal dia jadi mangsa"
"tak apalah, nanti saya lawat Ara kat hospital" kata Dean
"baik Tuan"
Adam pulang dengan hati yang kecewa
__ADS_1
Lisa sedang memandu risau melihat abangnya
"abang, dah lah tu. Mungkin abang dengan Ara memang ditakdirkan tak bersama"
Adam hanya mendiamkan diri
'Yang saya harapkan, awak sentiasa bahagia walaupun bukan bersama saya. Awak adalah seorang wanita yang mengajar saya erti kebaikan dan kesabaran. Saya bersyukur kerana mengenali awak, Ara. Walaupun kita tak dapat bersama, tak apa. Awak bahagia, saya bahagia'
Adam menahan sebak
Dia mengingat saat pertama kali dia melihat Ara
Dia melihat Ara sewaktu Ara memberi makanan kepada orang-orang miskin di seberang restoran secara diam-diam. Adam selalu memperhatikan Ara yang selalu berbuat baik dengan orang-orang itu, disebabkan itu, Adam memindahkan orang-orang itu ke tempat yang lebih selesa.
Apabila Adam mengetahui bahawa Ara sedang mencari kerja part time, Adam terus membuka sebuah cafe dan berancang untuk memberikan pekerjaan kepada Ara dan tidak disangka Ara akan bekerja di situ.
Adam adalah seorang yang tidak mudah bergaul, dia tidak peduli dengan orang di sekelilingnya, dia tidak pernah berfikir untuk bercinta mahupun berkahwin, tetapi setelah dia mengenal Ara, dia mengerti ertinya mencintai dan peduli tentang orang lain
Oleh sebab itu, Adam menganggap Ara adalah orang yang special di hatinya.
'I hope, you always happy Ara'
Mimi dan Lana masih di hospital
"Ara, aku tak sangka pula yang boss suka kat kau" kata Lana
Ara hanya tersenyum
"sedih aku tengok muka boss tadi tau" kata Mimi
Ara menghembus nafas
"aku dah kotor Mimi, aku tak nak orang yang baik macam boss bersama dengan orang yang dah tak suci ni" kata Ara
"habis tu, encik Eddy layaklah?" tanya Mimi
"dia lain, aku dapat rasakan dia adalah orang yang boleh lindungi aku dan family aku"
"tapi, semakin kau dekat dengan encik Eddy, nyawa kau akan terancam" kata Lana
"dia dah buat aku macam ni, aku rasa, aku kena hadapi dia. Dia punca, kenapa semua ni berlaku dalam hidup aku dan family aku. Aku nak tahu cerita yanh sebenar"
"dia ? siapa? cerita apa?" tanya Mimi
"nanti bila aku dah sedia, aku cerita kat kau ya"
"okeylah"
"hei, dah lewat ni Ara. Kami kerja malam ni" kata Lana
"yala, dah jam 6. Tak sedar pula" kata Mimi
"okey, thanks datang. Hati-hati"
"okey, bye"
"bye"
Mimi dan Lana pun pergi
__ADS_1
'Edruce, dia bunuh daddy. Why? i want that answer'
❤️Thanks for reading my story guys!! I hope your support😙Jangan lupa like and comment tentang pendapat kamu🤗😀Sorry! sekiranya ada silap ejaan😁Comment sahaja bila ada words yang tak faham, i will fahamkan you all😀🤗Enjoy it!💕