![Only You [Hanya Kamu]](https://asset.asean.biz.id/only-you--hanya-kamu-.webp)
Eddy sampai di halaman rumahnya, dia keluar dari keretanya dan melihat seorang wanita yang sangat tidak asing baginya.
Eddy menghembus nafasnya dan berusaha mengabaikan wanita itu.
“Edd”
Eddy hanya melewatinya
“Edd! Please listen to me”
Langkah Eddy terhenti
“who are you?”
“Edd, dah 5 tahun berlaku, you masih benci I?”
“I never forget it, Marissa” Eddy tersenyum sinis
“whatever, you dad tak sihat, dia nak jumpa you”
“oh, so you came here because nak I jumpa daddy I?”
Marissa hanya diam
“good stepmother!” Eddy menepuk tangannya
“terserah you lah, tapi kalau daddy you ada apa-apa, jangan salahkan I sebab tak bagitau you”
“okey, paling tidakpun I tumpang gembira sebab you dah dapat apa yang you impikan selama ni selepas orang tua tu die!” Eddy tersenyum
Marissa merenung tajam ke arah Eddy dan terus pergi dengan geram
Wajah Eddy terus berubah menjadi serius setelah Marissa pergi.
Keesokkan paginya, Ara bersiap-siap ke tempat kerjanya di café.
Ara sampai di depan café dan terlihat seorang lelaki yang tinggi dan penampilan yang menarik serta memiliki wajah yang tampan.
“good morning” sapa Ara
Lelaki itu tersenyum
“morning Ara”
Ara sedikit terkejut mendengar lelaki itu menyebut namanya
“err, encik ni..?”
“saya Adam, abang Lisa”
“oh, abang Lisa” Ara berasa lega
“Lisa balik kampung seminggu, so saya datang gantikan dia”
Ara hanya tersenyum
“nah, this is for you” Adam memberi Ara kopi
“eh, tak apalah encik Adam, saya dah breakfast tadi kat rumah” tolak Ara dengan baik
“ambil ja la, saya belanja. Tak baik tau tolak rezeki”
Ara teragak-agak, lama-lama dia mengambil kopi tersebut
“thanks”
“welcome, panggil saya Adam ja, tak payah lah nak berencik-encik”
Ara tersenyum
“baiklah Adam”
Adam tersenyum
‘wanita yang saya cari selama ni, ada di dekat saya’
Adam tersenyum memandang Ara yang sedang melayan pelanggan.
Ara sedang menunggu bas di perhentian. Dia memperhati seorang nenek tua melintas jalan dan secara tiba-tiba plastik warna kuning yang berisi buah epal dan limau koyak dan buah-buah tersebut berjatuhan.
Ara terus berlari ke arah nenek tua itu dan membantunya mengutip buah-buah yang terjatuh, ramai kenderaan yang menghon ke arah mereka.
Ara mengangkat tangan supaya mereka bersabar.
__ADS_1
Seorang lelaki mendekati nenek tua itu
“Puan, nah” lelaki itu memberi RM100 kepada nenek itu
“ini untuk?”
“ramai kereta yang nak lalu, tak payah nak kutip buah-buah ni, beli baru ja guna duit ni”
“Encik Eddy, encik simpan ja lah duit encik tu” bentak Ara
“tak payah nak masuk campur lah”
“cara encik Eddy bercakap, sama ja encik sedang menghina kami yang miskin ni”
“hei, awak ni pandai sangat ke? Saya bagi dia duit untuk beli buah yang baru, buah-buah ni dah kotor. Susah sangat ke nak faham”
“buah-buah ni ada kulit, yang kat dalam tu takkan kotor. Ni lah orang kaya, benda yang rosak tapi masih boleh diguna dibuang je, awak tak fikir ke orang miskin yang ramai kat luar tu memerlukan benda-benda yang korang buang tu, jangan fikir duit tu boleh menyelesaikan banyak masalah, tak. Maruah lebih penting daripada duit”
“dah habis cakap”
“orang miskin sama ja macam buah epal ni, bila masih bersih, disayang, dicuci dan dijaga. Tapi bila dah jatuh, dikutuk, dipijak” Ara menjatuhkan sebuah epal dan memijaknya
‘pon! Pon!’
Ara mengambil duit RM100 dan membuangnya di muka Eddy dan terus membawa nenek itu ke perhentian bas.
Eddy terus masuk ke dalam kereta dengan keadaan marah
“nenek tak apa-apa?” nenek itu tersenyum “nenek okey”
“maaf nek, saya dah rosakkan buah epal nenek tadi, ni sebagai ganti”
“tak apa nak, nenek faham situasi tadi”
Ara tersenyum
“anak memang anak yang baik, tapikan nak kadang-kadang gara-gara duit kita boleh gadaikan maruah kita sendiri, jadi anak perlu kuat dan walau apa pun terjadi anak mesti berjalan ke arah yang benar walaupun seringkali membuat kesilapan”
Ara tersenyum
"baik nek”
“nenek pergi dulu, terima kasih untuk tadi”
Eddy mengingati kejadian tadi.
‘dia berbeza’ Eddy tersenyum
Eddy dan Alan pergi ke restoran Delicious.
“pa hal kau ajak aku datang sini ni?” tanya Alan
“kau rasa, kita datang sini nak buat apa?”
“makan lah”
“so, why you ask me?” Eddy terus masuk ke dalam restoran
“yang ni dua, dan yang ni pun dua” kata Alan
"baiklah”
“selalunya aku bawa kau makan, kau menolak tapi ni tiba-tiba pula nak ajak makan sini”
“jom lah pulang”
“eh, aku gurau je la, tu pun nak sentap”
Eddy menjeling Alan
“nah, nanti kau bagi dengan perempuan tu”
Eddy memberi RM200 dengan Alan
“kau bagilah sendiri, dia tak nak tu” Eddy memandang tajam ke arah Alan
“okey lah”
Selesai makan, Alan pergi ke kaunter membayar bil
Setelah itu merekapun keluar dari restoran
Eddy memerhati perlakuan Alan
__ADS_1
“kau kenapa, tengok aku semacam je”
“perempuan tu tak suruh kau bagi duit tu dengan pengemis tu ke ?”
“tak”
Eddy hanya berdiam
“okeylah, jom”
“apa yang kau fikir ni Ed?”
“nothing”
Ara sampai di rumah.
Ara melihat Rose ada di rumah “mommy”
“mm”
“Crystal mana?”
“entah, kat bilik kot”
Ara masuk ke bilik, dia melihat Crystal menangis
“hei, what happened?”
“perut Crystal dari tadi sakit”
“dah makan ubat ke? Makan malam dah?”
Crystal menggeleng
“kenapa belum”
“Crystal tak larat”
“mommy kan kat luar, kenapa tak suruh mommy”
“mommy tak dengar”
Ara terus keluar
“mommy!kenapa mommy tak tengok-tengokkan Crystal?”
“kenapa dengan budak tu?”
“dia sakit perut, makan malam pun tidak”
“sakit perut je kan, masih boleh ambil ubat sendiri, makan sendiri. Dia kan dah besar”
“mommy ni dah semakin teruk, buat apa mommy balik sini kalau bukan nak tengok kami! Bagus mommy tinggal ja kat club tu!”
“hei, ni pun rumah aku juga, suka hati akulah!”
“sampai macam ni mommy berubah. Dulu mommy tak macam ni, sakit sikitpun mommy dah risau!”
“tu dulu!! Sekarang ni kita tak ada apa-apa, jadi semua kena berdikari! Kalau aku tak ada kat sini tadipun, dia masih boleh berusaha sendiri!”
“mommy kat sini, tak ada kat sinipun sama je”
“kau ni kan, semakin besar semakin kurang ajar tau!”
Crystal keluar dari bilik
“tak apalah sis, Crystal boleh ambil ubat sendiri. Betul kata mommy, kita kena berusaha sendiri” Crystal mengambil ubat di peti sejuk
Rose terus keluar dari rumah tu
Dia menahan tangisannya
‘maafkan mommy Crystal’
Rose mengeluarkan tangisannya
Ara memandang adiknya dan mendekatinya
“maafkan sis Crystal” Ara terus memeluk Crystal
Ara dan Crystal terus menangis bersama.
❤️Thanks for reading my story guys!! I hope your support😙Jangan lupa like and comment tentang pendapat kamu🤗😀Sorry! sekiranya ada silap ejaan😁Comment sahaja bila ada words yang tak faham, i will fahamkan you all😀🤗Enjoy it!💕
__ADS_1