![Only You [Hanya Kamu]](https://asset.asean.biz.id/only-you--hanya-kamu-.webp)
Mimi datang ke rumah Ara
“kau dah semakin berisi ya” kata Mimi
“mestilah, aku kan dan kahwin. Bukan macam kau” kata Ara
“apa pula macam aku, pasangan aku belum sampai lagi lah”
“yala tu belum sampai, habis setiap hari keluar dengan dia tu”
“hei, tu ada urusan lain lah. Bukannya dating”
“yala, tak apa lah, urus hal lain tapi dalam hati nak sesuatu”
“hei mak cik! Apa kau cakap ni ah? Semenjak kau berbadan dua ni, lain macam ja perangai kau”
“tak lah, aku ni suka kalau kawan aku bahagia. Lagipun Alan tu okay ja, baik. Jangan memilih sangat”
“aku bukan memilih, cuma nak berhati-hati dari salah pilih”
“yala, Lana kerja erk?” Tanya Ara
“ya, sepatutnya dia cuti hari ni tapi entah tiba-tiba dia tak nak cuti, bergaduh dengan boyfriend kut”
“oh. Mama kau macam mana?” Tanya Ara
“mama okay ja, macam tu ja lah”
“sorry tau, dah lama aku tak tengok mama kau kat hospital, kau tau lah banyak hal yang berlaku selama beberapa bulan ni, Ed pun tak benarkan aku keluar kalau bukan dengan dia”
“eh, tak apa lah. Mama aku faham, dia tahu semua tu”
“bila mama kau operate?”
“Lusa ni”
“oh, nanti kau cakap dengan anti Aina yang aku tak dapat datang time pembedahan tu tau, tapi nanti ada masa aku ajak Eddy lawat mama kau kat Hospital”
“okay, tak payah risaulah”
“sorry tau tak dapat teman kau waktu tu”
“tak apalah Ara, aku faham. Lagipun Lana dan Alan ada temankan aku”
“oh, Alan pun ada, ingatkan Lana ja” kata Ara tersenyum
Mimi hanya tersipu malu “esh kau ni”
Eddy sedang berada di pejabatnya, pembantunya masau
“Boss, ada seorang wanita nak jumpa boss”
“suruh dia masuk” arah Eddy
Seorang wanita melangkah masuk, rupanya wanita itu adalah Katy
Eddy terkejut dengan kedatangannya tetapi dia tidak terlalu menunjukkan rasa terkejutnya
“kenapa datang sini?”
__ADS_1
“can we talk?”
“about what?”
Katy duduk di hadapan Eddy
“mommy rasa kamu dah tahu yang daddy dan Marissa dah bercerai kan?”
Eddy terus memandang Katy
“dan mommy tahu, kamu nak sangat tahu kenapa mereka bercerai”
“why?”
Katy menghembus nafas dan mula menceritakan punca penceraian Dean, tetapi Katy hanya menceritakan hal yang berkaitan dengan Marissa sahaja, dia tidak menceritakan semua yang berkaitan Robert.
Eddy sangat terkejut dengan cerita Katy
“what? Are you kidding?” Eddy seperti tidak percaya
“terserah Daniel nak percaya atau tidak, tapi Daniel ini semua betul. Daddy buat semua tu sebab nak lindung kamu, ingat apa yang kamu nampak tak selalunya betul. Daddy sangat sayang dengan kamu sampai dia sanggup berkorban, kahwin dengan orang yang dia anggap seperti anak sendiri dan lebih parah lagi dia sanggup buat semua walaupun dia tahu itu akan membuatkan hubungan kamu dengan daddy hancur”
Eddy hanya terdiam
“tapi apa pun, kamu jangan salahkan Marissa. Sebab dia juga mangsa keadaan, dia tak tahu semua tu, bila dia tahu, dia juga rasa bersalah dengan Daddy sebab selama ni dia salah faham dengan daddy”
“mangsa keadaan?”
Wajah Katy berubah
“kamu tak perlu tahu semua tu, apa yang mommy dan daddy buat, semuanya untuk kebaikan kamu. Kamu kena jaga diri kamu dan jaga Ara baik-baik, jangan mudah percayakan orang luar”
“termasuk 20 tahun lalu?” kata Eddy
“Daniel, mommy minta maaf untuk semuanya. Mommy tak dapat berikan kamu kasih sayang seorang ibu, mommy terpaksa. Bila dah sesuai waktunya, kamu pasti akan tahu juga kenapa semua ni berlaku. Mommy minta kamu tengok-tengokkan daddy, daddy sakit sekarang. Mommy tak boleh nak jumpa kamu dan daddy selalu”
“why? Kenapa tak boleh jumpa selalu?”
Katy memandang wajah Eddy
“mommy sibuk, mommy pergi dulu” kata Katy dan bersiap untuk pergi
“sibuk? So kesibukan lebih penting lah. Habis tu, kenapa muncul semula? Why?” kata Eddy
Katy menahan sebak
“I have to go” Katy terus pergi
Eddy memukul mejanya dengan perasaan yang bercampur
Frank asyik menelefon seseorang
“angkat lah”
Beberapa orangnya datang
“hah macam mana? Jumpa?” Tanya Frank
“tak adalah boss, kami dah cari semua tempat. Kat rumah pun tak ada”
__ADS_1
“okaylah, terus cari kalau jumpa cepat-cepat call saya”
“baik boss”
‘kau kat mana Marissa?’
Mimi dan Ara sedang baring di tilam sambil mengunakan mask muka, telefon Ara berbunyi
Ara terus duduk, Mimi terkejut
“ada apa Ara?”
“mommy Eddy nak datang sini”
“oh, aku fikirkan apa”
“kenapa ya dia nak jumpa aku?”
“nak datang melawat daughter in law dia lah”
Ara hanya terdiam
Alan masuk ke pejabat Eddy, Eddy asyik termenung sahaja. Dia bingung dengan perasaanya, dia rasa bersalah dengan Dean tapi pada masa yang sama dia juga tidak tahu bagaimana nak tunjukkan perasaan itu. Alan masuk pun Eddy tidak menyedarinya
“boss, ni ada sedikit maklumat tentang kematian Lee” kata Alan
Eddy hanya mengangguk
‘dia ni kenapa? Esh, tak apa lah, nanti dia marah pula kalau aku cakap banyak’ kata Alan dalam hati dan terus keluar
Katy pun sampai di rumah Ara, Mimi sedang membuat air untuk mereka
“minum aunty”
Katy tersenyum
“ermm, Ara dan aunty berbual lah dulu. Mimi masuk dulu, ada kerja” kata Mimi sengaja memberi ruang kepada mereka untuk berbual
“Ara apa khabar?” Tanya Katy
“sihat ja, mommy pula?”
“sihat ja. Erm, Ara, mommy datang hari ni bukan nak lawat kamu saja, mommy nak minta tolong dengan Ara”
“tolong apa mommy?”
“tolong pujuk Eddy untuk tinggal buat sementara waktu kat rumah daddy”
“hah? Maksud mommy?”
“maksud mommy, mommy nak Ara dan Eddy berpindah sementara kat rumah daddy untuk tolong tengok-tengokkan daddy sebab daddy tak sihat sekarang. Kat sana pun, ada maid ja, tapi tu lah susah nak percayakan orang luar, mommy pun tak boleh nak jaga daddy selalu” jelas Katy
“oh, Marissa? Dia..?”
“Marissa dah bercerai dengan daddy”
Ara terkejut “apa? Tapi kenapa?”
“erm, punca dia kamu kena tanya Eddy. Dia tahu semuanya”
__ADS_1
Ara hanya berdiam dan banya persoalan bermain difikirannya.
❤️Thanks for reading my story guys!! I hope your support😙Jangan lupa like and comment tentang pendapat kamu🤗😀Sorry! sekiranya ada silap ejaan😁Comment sahaja bila ada words yang tak faham, i will fahamkan you all😀🤗Enjoy it!💕