![Only You [Hanya Kamu]](https://asset.asean.biz.id/only-you--hanya-kamu-.webp)
Crystal sedang mengemas barang-barang yang akan dia bawa ke Amerika
Ara sedang melihat adiknya itu
"adik, jaga diri bila kat sana ya"
Crystal tersenyum
"okay sis"
Ara tersenyum
"bila kita bersabar, kebaikan akan terus dekat kita" kata Ara
Crystal tersenyum
"betul tu, Crystal bersyukur sangat keluarga kita dah semakin baik. Walaupun kita kehilangan seseorang tapi adik bersyukur mommy dah macam dulu lagi"
"adik, setiap yang berlaku dalam hidup kita sekalipun sakit pasti ada sesuatu yang terbaik untuk datang pada kita biarpun rasa sakit itu yang datang dulu. Jangan biarkan gembira dengan sakit akhirnya, itu lebih menyakitkan"
Crystal tersenyum
Malam pun tiba, Eddy, Ara ,Rose dan Crystal sedang makan malam di rumah
"Eddy, minggu depan mommy dan Crystal akan berangkat ke Amerika. Mommy serahkan Ara pada kamu, jaga dia macam jaga diri kamu sendiri" kata Rose
"baik mommy" kata Eddy
"mommy pun kena jaga diri kat sana" kata Ara
"ya sayang" kata Rose
"sayang, tadi Marissa ada jumpa saya"kata Eddy
mereka sudah berada dibilik
"kenapa?"
"dia cakap ini kali terakhir dia jumpa saya dan suruh bincang dengan daddy"
"so, bincang lah. Jumpa daddy"
Eddy terdiam
"tapi..."
"sayang, kadang-kadang apa yang kita lihat tak selalunya benar. Jangan cepat menghakimi seseorang selagi kita tak tahu hal yang sebenar, awak kena buka minda dan hati awak untuk dengar semua cerita daddy"
Eddy merenung kata-kata Ara
Adam sedang termenung sambil melihat pemandangan yang indah di hadapannya
__ADS_1
telefonnya berbunyi
panggilan dari Lisa
"hello"
"hai abang, bila nak balik"
"hmmp, call abang terus tanya soalan tu, tak tahu lagi"
"abang, dah 3 bulan abang kat sana"
"baru 3 bulan bukan 3 tahun la, bila abang dah sedia, abang balik lah"
"macam-macam lah abang ni"
"hmmp, Lisa ada jumpa Ara?"
"selepas kejadian tu, dah tak jumpa dah"
"oh"
"move on lah bang, masih ramai lagi yang sukakan abang. Kak Alice tu pun dah lama tunggu abang"
"jangan merepek lah, adik tu tak pernah bercinta, so tak faham"
"biarpun adik tak pernah bercinta tapi adik pro tau dalam bab-bab cinta ni"
"dah lah abang ni, adik tunggu sebulan ja lagi kalau abang tak balik, adik datang sana heret ja abang balik sini"
Adam tertawa
"okaylah, bye"
Adam menutup panggilan
'How are you Ara?'
Eddy berada di pejabat bersama Alan
"hey bro, thanks tau pasal bantuan tu" kata Alan
"hm"
"kalau aku dapat yang ni, kau adalah orang yang akan aku sebut kat majlis perkahwinan aku nanti"
"amboi, berangan jauh nampak"
"mestilah"
Alan terbayang-bayang hari itu
__ADS_1
"kau jangan nak main-main, Mimi tu bff wife aku. Kau mainkan dia, aku yang kena"
"ala boss, sekali-sekali kena tak ada masalah, saya setiap hari kena pun hidup ja lagi" kata Alan sambil tersenyum
"amboi, aku bocorkan rahsia kau kat Mimi"
"eh, janganlah boss.. nanti melepas"
Eddy hanya menjeling Alan
"kali ni ja tau aku tolong, nasib baik benda tu hal baik nak tolong mak dia, kalau tak , tak adanya aku nak tolong kau" kata Eddy
"ok boss"
"hah, macam mana perkembangan sekarang?"
"buat masa sekarang tak ada yang mencurigakan lagi lah, semuanya ikut prosedur. Rasanya, mereka agak pintar juga sebenarnya"
"oleh sebab itulah, kita kena lebih pintar dari mereka"
"macam mana, kalau dah sampai ni ja tahap kemampuan saya boss, takkanlah nak sekolah semula"
Eddy hanya menggeleng saja
"dengan jawapan kau ni ,aku rasa tak payalah kut sebab memang tak bezanya pun kalau kau sekolah semula"
"amboi, kejam juga pernyataan kau ni"
Eddy hanya tersenyum
Dean menghantar Marissa di airport
"Melda, jaga Marissa sebaik yang mungkin. Ingat selain saya, jangan biarkan sesiapa tahu dia kat mana"
"baik tuan"
"Marissa, ingat jangan guna nombor tu mulai sekarang, guna nombor yang baru saya bagi tadi. Jangan sembarangan bagi nombor dengan orang lain dan lagi satu mulai hari ini kamu bukan Marissa tetapi Layla, jangan pernah sebut nama Marissa lagi"
"baiklah uncle, saya nak ucapkan terima kasih sebab jaga saya selama ni, saya minta maaf untuk kesalahfahaman saya tentang uncle dan saya harap uncle jaga diri dan saya akan tunggu untuk jawapan dan hukuman kenapa mereka bunuh papa dan mama saya"
"dont worry, uncle akan berikan hukuman yang setimpal dengan apa yang mereka buat dengan kita"
Marissa tersenyum
"bye uncle"
Dean tersenyum
Marissa pergi bersama Melda
❤️Thanks for reading my story guys!! I hope your support😙Jangan lupa like and comment tentang pendapat kamu🤗😀Sorry! sekiranya ada silap ejaan😁Comment sahaja bila ada words yang tak faham, i will fahamkan you all😀🤗Enjoy it!💕
__ADS_1