Only You [Hanya Kamu]

Only You [Hanya Kamu]
Masa lalunya


__ADS_3

Ara sedang mengelap badan Crystal


‘Crystal bangun lah, sis rindu ni’ bisik hati Ara


Sedang Ara mengelap lengan Crystal, bunyi pintu dibuka terdengar, rupa-rupanya Rose datang.


Ara membuat muka tidak peduli


“macam mana dia?” tanya Rose


“baru nak datang” kata Ara


“baru ada masa”


Ara tersenyum sinis


“aku datang sini nak lawat dia, kau tak suka ke?”


“mommy sepatutnya datang masa hari pembedahan dia, bukan sekarang. Kalau ia pun mommy sibuk, tak boleh minta cuti ke? Maju sangat ke club tu?” marah Ara


“aku datang sini bukan nak gaduh”


“kalau ia pun mommy benci dengan kehidupan mommy sekarang tapi mommy tak boleh abaikan kami, terutama Crystal. She’s too young, dia masih perlukan mommy”


Rose memandang Ara


“yes, aku benci sangat dengan kehidupan sekarang ni, i hate your daddy! Kenapa dia pergi awal sangat, he’s selfish. Dia tak pernah fikir pasal kita, sekurang-kurangnya dia ada tinggalkan sedikit wang untuk kita teruskan hidup! Tapi, dia pergi macam tu ja”


Ara terdiam


“jadi, Crystal jadi mangsa? Tak apa kalau mommy tak nak peduli dengan Ara tapi bagilah masa untuk Crystal”


“dah la aku malas nak bergaduh”


Rose ingin pergi


“kalau mommy masih sayangkan kami, selalu lah datang jumpa kami”


“aku tak dapat lupakan lelaki tu bila aku pandang muka kau, muka Crystal” Rose terus pergi


Air mata Rose mengalir


Dia membuka pintu dan terus pergi


Rupanya, Eddy terdengar perbualan mereka


Jujur Eddy merasa bersalah dengan Ara atas apa yang telah dia lakukan kepada Ara,


Dia memandang Ara dari cermin pintu tersebut, Ara sedang menangis teresak-esak


‘saat ini aku berasa sangat ingin melindungi dia’


Eddy terus pergi dan berhenti di depan pintu bilik Dean, dia memandang pintu itu dan membuat keputusan untuk masuk ke dalam


Dean terkejut dengan kedatangan Eddy


“Edd?”


Eddy duduk di kerusi sebelah katil Dean “bila boleh keluar?”


“tak tahu lagi, tunggu keputusan kesihatan”


“oh, macam mana syarikat?”


“okey ja”


“baguslah”


Terasa ketegangan di antara mereka


“pasal Ara, kamu janganlah marah dia. Dia budak baik”


“tahu, dia tak sama dengan perempuan lain”


“macam mana kamu kenal dia?” tanya Dean


“dia pernah kerja kat King’s Bag”


“oh, kamu pecat?” Eddy terdiam


Dean tersenyum


“tak apalah, daddy faham”


“dad, can i ask you one question?” tanya Eddy serius


“what?” “why you married that girl? She’s too young for you”


Dean terdiam

__ADS_1


“kalau kamu dah matang kamu akan faham kenapa daddy buat semua ni. Buat masa sekarang daddy tak boleh jawab persoalan kamu, apa yang daddy nak bagitahu ni semua adalah untuk kebaikan kamu”


Eddy tersenyum


“kebaikan? Okey, whatever. Eddy pulang dulu, take care” Eddy keluar


Eddy terserempak dengan Ara


Ara memandang Eddy dengan perasaan yang tidak tenang, Ara pura-pura tidak kenal Eddy, dia terus melewati Eddy tetapi Eddy memegang lengan Ara


“Christy?” panggil Eddy dengan lembut


Ara tergamam seketika


‘panggilan tu? Suara tu? Mirip dengan daddy’


Ara terdiam seketika dan sedar Eddy memegang lengannya, Ara terus melepaskan tangan Eddy


“kenapa awak ni?” tanya Ara


“can we talk?” tanya Eddy


Ara dan Eddy berbincang di kantin hospital tersebut


“cakap apa?” tanya Ara


“im sorry”


Ara terkejut dengan kata-kata Eddy


“for?”


“for everything, hinaan saya, kata-kata yang menyakitkan hati awak dan malam tu...”


“okey, saya nak bagitahu awak something, pengampuan itu sangat susah bagi seseorang yang iman dia tak kuat, saya nak awak tahu, saya tak suka awak tak bermakna saya bencikan awak. So bila awak minta maaf, itu sangat menyenangkan hati saya. Saya maafkan awak dan saya berharap awak tak ulangi kesilapan awak lagi, tapi tak berarti saya dah maafkan awak, saya akan layan awak macam kawan. Saya need time untuk lupakan apa yang berlaku pada kita selama ni, okey?” kata Ara


“okey, kalau awak perlukan bantuan, jumpa saya” Eddy memberi kad nya kepada Ara


Ara mengambil kad itu tanpa berkata apa-apa


“kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu” kata Ara


“eh, Christy?”


‘panggilan tu’


Ara memandang Eddy


Ini pertama kali Ara melihat Eddy tersenyum, Ara hanya mengangguk dan terus pergi.


“Ara!” panggil Mimi dan Lana


“eh, Mimi, Lana? Kenapa datang?”


“kau ni, nak tengok Crystal la. Dia tak sedar lagi?” tanya Lana


“belum lagi, doktor cakap mungkin dalam masa seminggu dia macam ni”


“oh, nah! Makanan untuk kau” kata Mimi


“hish, susah-susah ja”


“tak apa lah, bukan selalu” kata Lana


“esok aku dah masuk kerja “ kata Ara


“oh yeke”


“kenapa? Macam tak nak aku masuk kerja ja?” kata Ara


“ehh! Mana ada, kau tak boleh tambah cuti ke sampai adik kau sedar”


“tak apa lah, dah lama aku cuti”


“suka kau lah” 


Keesokkan paginya, Ara kembali kerja ke cafe pada waktu pagi


“selamat pagi cik Lisa” sapa Ara


“pagi Ara” jawab Lisa


“adik awak dah sedar?”


“belum lagi”


“harap awak bersabar ya”


Ara hanya tersenyum

__ADS_1


“abang saya layan awak okey ke?”


“okey, dia sama macam cik Lisa, baik” kata Ara


“Lisa je Ara” kata Lisa


“okey Lisa” Ara hanya tersenyum


Jauh dari cafe tersebut, Eddy sedang memperhati Ara di dalam kereta miliknya.


Cafe itu berada dekat dengan bangunan syarikat NielShion E.


Eddy hanya tersenyum dan terus pergi.


Selepas kerja di cafe, Ara singgah sebentar ke hospital sebelum pergi ke restoran


Sampai di bilik wad Crystal, ada sebakul buah-buahan dan makanan di atas meja


‘dari siapa ni’


Ada memo yang dilekatkan di bekas makanan tersebut


‘makan malam untuk awak, jangan lupa makan. Take care’


Ara tersenyum


‘dari Adam kut’


Ara melihat adiknya yang masih terbaring dan belum sedarkan diri


‘dear, bangunlah’


Ara mengelu


‘be patience Ara’


Ara kembali positif dan terus keluar dari bilik wad adiknya.


Semasa perjalanan keluar, Ara terserempak dengan Dean


“Ara?” panggil Dean “uncle”


Mereka berbual sambil duduk di kerusi luar bilik wad tersebut


“uncle minta maaf sebab Eddy kasar dengan kamu hari tu”


“tak apa lah uncle, dia ada sebab dia sendiri. Lagi pun dia dah minta maaf dengan saya”


“hah? Minta maaf?” Dean terkejut


“ya, kenapa uncle?” hairan Ara


“selepas dia berubah, dia tak pernah minta maaf dengan orang lain tak kira lah tu salah dia atau salah orang, dengan uncle pun dia tak pernah minta maaf”


Ara terdiam


“mungkin bagi dia, kamu berbeza sedikit. Selepas uncle kahwin lagi, dia sangat berubah. Dia tinggal sendiri, tengok uncle pun jarang, tu pun kalau ada hal yang penting baru dia jumpa uncle. Sebelum ni, dia seorang budak yang ceria, sentiasa tersenyum dan sangat hormat dengan orang tua. Lepas mommy dia tinggalkan dia, dia jadi pendiam tetapi berkat Lee, dia senyum semula. Tapi, bila ada masalah lagi berlaku, dia berubah lagi”


“Lee? Siapa Lee?” tanya Ara


“anak uncle, dia anak yang uncle ambil dari rumah anak yatim. Tapi, 6 tahun yang lalu, Lee dah meninggal sebab yang tak diketahui lagi. Lee tu sangat rapat dengan Eddy, samalah dengan Alan, anak saudara uncle. Tapi hubungan Lee dan Eddy ada istimewa sikit, rasanya Lee lebih penting bagi Eddy berbanding uncle” Dean tersenyum


Ara tersenyum


“saya rasa uncle silap tentang tu, walaupun encik Eddy nampak macam tu tapi dia masih ada hati yang lembut dan rasa sayang dengan uncle. Uncle ayah dia, dia tak akan pernah lupa segala memori dia bersama uncle, cuma dia perlukan masa dan ruang untuk berfikir dan bersiap sedia untuk melawan ego yang ada dalam diri dia. Apa yang uncle perlu buat adalah bersabar, suatu hari nanti dia akan datang jumpa uncle dan minta maaf. Encik Eddy orang baik walaupun dia nampak kasar”


Ara menghembus nafas dan berkata lagi


“jujur saya cakap, pada mulanya saya tak sukakan dia, dia suka-suka hati ja pecat pekerja-pekerja dia padahal dia tak tahu setiap pekerja yang dia pecat tu memiliki kesusahan masing-masing, dia suka rendahkan orang miskin dan dia selalu fikir semua orang sama ja nak kan duit dia. Tapi bila saya tahu cerita yang sebenar, saya rasa bersalah sebab saya menghakimi dia, dia bukan lah orang teruk sangat, dia pun memiliki kesusahan tersendiri. Lagi-lagi bila dia minta maaf dengan saya, saya bersyukur. Walaupun saya masih perlukan masa untuk lupakan segala yang pernah berlaku dalam hidup saya berkaitan dengan encik Eddy”


Ara tersenyum


Dean sangat terharu dengan kata-kata Ara


“thank you Ara, uncle sangat terharu dengan kata-kata kamu. Kata-kata kamu menyedarkan uncle yang uncle ni belum mengenal Eddy lagi padahal uncle kenal dia, masa dia dalam perut lagi. Tak sangka kamu yang baru beberapa bulan kenal dia, kenal dia dengan baik”


Ara tersenyum


“saya tak kenal dia, saya cuma memahami keadaan dia dan saya juga mengalami situasi yang sama”


Dean tersenyum


“okeylah uncle, sekejap lagi Ara ada kerja. Saya pergi dulu”


Dean mengangguk dan melihat Ara pergi dengan senyuman yang senang.


Tak disangka, Eddy mendengar segala perbualan mereka


Eddy tergamam dan sangat terkesan dengan kata-kata Ara

__ADS_1


Ara keluar dari kawasan hospital, dia sedang mencari taksi tiba-tiba..


❤️Thanks for reading my story guys!! I hope your support😙Jangan lupa like and comment tentang pendapat kamu🤗😀Sorry! sekiranya ada silap ejaan😁Comment sahaja bila ada words yang tak faham, i will fahamkan you all😀🤗Enjoy it!💕


__ADS_2