Only You [Hanya Kamu]

Only You [Hanya Kamu]
Harus memilih


__ADS_3

Ara sedang memikirkan tentang Eddy


‘kenapa dengan dia ya?hah! mungkin Alan tahu masalah dia’


Dia menelefon Alan dan ingin bertemu dengannya esok pagi


Malam harinya, Eddy masih tidak melayan Ara


Ara sudah malas ingin bertekak dengan Eddy, dia hanya membiarkannya sahaja.


Dean hanya melihat karenah mereka berdua


Selesai makan malam, Ara naik ke atas dan Eddy berada di ruang tamu


Dean berbual dengan Eddy


“Ed, macam mana syarikat?” tanya Dean


“okay ja”


“kamu ada masalah ke?”


“tak ada”


“habis tu, kenapa kamu layan Ara macam tu?”


Eddy hanya diam


“kalau kamu ada masalah, jangan pendam. Kalau kamu pendam, kamu sendiri akan menderita lagi-lagi orang yang kamu sayang. Jangan dah terlambat, baru kamu nak menyesal”


“tak ada apa-apa lah daddy, Ed naik atas dulu” Eddy terus naik ke atas


Ara sedang membaca novel, Eddy baring membelakangi Ara


“awak, awak tahu tak Alan dan Mimi dah bersama”


“hm” hanya itu dibalas oleh Eddy


Ara hanya mengeluh


Keesokkan paginya, selepas Eddy keluar kerja


Ara bersiap untuk keluar bertemu denga Alan


Dia sudah memberitahu pembantu rumah yang dia keluar sekejap


Alan dan Ara bertemu di sebuah café


“congratulation” ucap Ara

__ADS_1


Alan hanya tersenyum malu


“thank you cik Ara”


“panggil Ara ja lah”


“dah biasa”


Ara hanya tersenyum


“sebenarnya, saya jumpa awak sebab nak tanya pasal Ed”


Wajah Alan berubah


“kenapa dengan Eddy?”


“beberapa hari ni dia layan saya dingin ja, bercakap pun tidak. Macam ada sesuatu yang tak kena, saya ada buat salah ke dengan dia? Atau dia terlalu banyak masalah?”


Alan terdiam


“awak tahu kenapa dia macam tu?”


“sebenarnya, saya tak boleh ceritakan pada siapa-siapa tentang hal ni. Tapi, disebabkan Ara isteri Eddy dan hal ini pun berkaitan dengan Ara. So, saya rasa Ara perlu tahu”


“tentang apa?”


Ara terkejut mendengarnya


“mustahil daddy saya buat macam tu? Tak mungkin”


“sebenarnya, saya pun tak percaya dengan kata-kata Daus. Walaupun dia ada dokumen yang mengesahkan dia pesakit mental, tapi itu tidak mustahil yang dia boleh palsukan dokumen tu”


“habis tu, Eddy percaya? Sebab tu lah dia tak layan saya, sebab saya ni dia anggap anak pembunuh?”


“mungkin Ed keliru, lagipun dia selalu nak tahu siapa yang tembak Lee. Dan dia sangat terpukul bila tahu tu ayah orang yang dia cintai”


“takkan lah dia nak percaya sepenuhnya dengan kata-kata lelaki tu”


“saya pun masih siasat tentang latar belakang Daus, tapi tu lah. Lepas pertemuan hari tu, saya dah tak dapat nak jumpa dia lagi”“kalau betullah daddy yang buat, tu mesti bukan sebab kerelaan dia sendiri melainkan dia kena ancam ke? Ugut ke? Kita tak tahu. Lagipun daddy ada tulis surat sebelum dia pergi, dia cakap hati-hati dengan nama Edruce, Frank and Robert, but I only know Edruce and Frank”


“really? Ada something wrong ni. Mungkin betul apa kata Ara yang daddy Ara kena ugut. Tapi tu ja lah, kita tak ada bukti”


Ara hanya berdiam


“nanti Ara send gambar surat yang daddy Ara tulis ya”


Ara hanya mengangguk dan berdiam diri


“Ara, Ed memang macam tu. Ada something yang tak kena, dia pasti akan berdiam diri. Dia tak nak cakap dengan siapa-siapa, lagi-lagi yang terlibat”

__ADS_1


“yala, but im his wife. Dia buat macam ni, seolah-olah dia dah tak nakkan saya”


“eh, takkan lah sampai macam tu. Tak lah, apa yang Ara perlu buat sekarang ni adalah bersabar”


Ara hanya mengangguk


Alan melihat telefonnya


“Ara, Ed mesej lah. Dia cakap uncle kat Hospital, sakit dia datang balik” kata Alan tiba-tiba


“hah? Kenapa dia tak call saya?” Ara membuka telefonnya


“oh my God! Phone saya mati, patutlah tak ada bunyi”


“jom lah kita pergi Hospital” kata Alan


Mereka terus pergi ke Hospital


Kelihatan Eddy sedang berada di tempat penungguan bersama dengan pembantu rumah


Ara dan Alan menuju ke arah mereka


“daddy macam mana?” tanya Ara


Eddy memandang tajam ke arah Ara, dia menarik tangan Ara dan menuju ke tempat yang kurang orang


“awak ni kenapa?” tanya Ara


“awak pergi mana? Saya call tak dapat, maid call tak dapat, awak keluar pun tak beritahu saya”


“saya jumpa kawan, and phone saya mati. Saya baru sedar tadi, so saya nampak mesej awak dan saya datang sini”“kenapa tak beritahu saya yang awak keluar, dah berani sangat?”


“yang awak nak marah-marah saya kenapa? Awak sepatutnya tanya diri awak, kenapa awak tak nak cakap dengan saya? Awak tak nak cakap dengan saya, macam mana saya nak beritahu?”


“sekurang-kurangnya awak boleh chat saya kan?”


“ya, tapi saya malas nak chat awak”


“kalau phone saya pun mati tadi, awak rasa apa yang akan berlaku dengan daddy?”


“so, awak nak salahkan saya lah. Ya, memang salah saya. Saya tak patut keluar pun. Tapi sebenarnya, kalau awak tak layan saya macam ni saya tak akan keluar lah tadi! Saya dah cakap, kalau awak ada masalah tak payah tunjuk depan saya. Kalau ada yang awak tak puas hati dengan saya, beritahu saya! Saya dah penat nak fikir, saya dah tahu semua. Awak percaya seratus peratus kan dengan orang yang baru awak kenal, awak percaya hanya dengan apa yang dia cakap dan dokumen yang mengesahkan dia sakit mental, awak tak terfikir ke yang dokumen tu boleh dipalsukan? Awak ada jawatan besar, takkanlah tu pun awak tak fikir?”


“siapa beritahu awak? Alan ke?”


“itu tak penting, so sekarang awak nak buat apa dengan anak pembunuh ni? Awak nak lepaskan saya atau awak nak bunuh saya? Kalau awak nak lepaskan saya, tak payah sebab saya yang akan lepaskan diri saya dari awak. Kalau awak nak bunuh saya, awak bunuhlah saya sebab saya dah malas nak hidup” kata Ara dan terus pergi


Eddy tidak dapat berkata apa-apa, dia hanya dapat memandang kepergian Ara dengan hati yang perih


❤️Thanks for reading my story guys!! I hope your support😙Jangan lupa like and comment tentang pendapat kamu🤗😀Sorry! sekiranya ada silap ejaan😁Comment sahaja bila ada words yang tak faham, i will fahamkan you all😀🤗Enjoy it!💕

__ADS_1


__ADS_2