Only You [Hanya Kamu]

Only You [Hanya Kamu]
Wang! Wang! Wang!


__ADS_3

 


‘Ching!’


 


Bunyi mesej dari telefon Ara. Ara yang sedang menyediakan sarapan untuk Crystal terus mengambil telefonnya.


“Tahniah Christyara Hana!


Anda telah lulus dan boleh mula berkerja sebagai penjaga di King’s Bag esok.


By: Syarikat NielShion E.”


"Thanks Lord! Oh my God" Ara sangat gembira


“sis? Kenapa?” Crystal datang


“Crystal! Sis dapat kerja baru” kata Ara


“oh, fikirkan kenapa” Ara tersenyum,


“nah, makan ni cepat. Tak lama lagi bas sekolah sampai” kata Ara


“okey”.


Setelah Crystal sudah pergi ke sekolah. Ara terus mencari tahu tentang syarikat tersebut.


Syarikat NielShion E. adalah syarikat yang terbesar di Malaysia, syarikat ini mempunyai banyak cawangan termasuk King’s Bag.


Syarikat ini adalah berkaitan dengan fashion. CEO syarikat ini jarang ditemui, dikatakan masih muda iaitu berumur 29 tahun dan masih bujang.


Ara mula berangkat ke tempat kerjanya di restoran Delicious. Ara menggantikan pakaiannya.

__ADS_1


“Ara, meja nombor 10” kata tukang masak yang meyediakan makanan.


“baik”


“jemput makan cik”


“thank you”


Setiap malam, restoran ini akan dipenuhi oleh ramai orang terutamanya orang yang berada. Kadang-kadang ada pelanggan yang berbaik hati untuk memberikan tip atau hadiah kepada pelayan atau pekerja yang berkenan di hati pelanggan, namun Ara selalu menolak tip yang diberikan, ada yang memaksa, maka Ara menerimanya tetapi diberikan kepada pengemis yang ada berdekatan dengan restoran tersebut.


“Ara!! Dah berapa kali saya cakap, jangan beri makanan kepada pengemis-pengemis kat luar tu” kata manager restoran tersebut


“tapi bos, itu sisa makanan je. Daripada dibuang, lebih bagus bagi mereka makan”


“menjawab!tak kira sisa ke bukan ke, tak payah nak bagi. Nanti nama restoran ni tercemar! Makanan yang ada di restoran ni hanya untuk orang yang ternama saja, faham!”


Ara terdiam


“faham tak?” “faham bos”


‘Orang kaya suka sangat memandang rendah dengan orang miskin’


“Aku tak fahamlah dengan mawar berduri (manager) tu, sisa je kot bukannya yang baru. Kedekut sangat” kata Lana, kawan sekerja Ara


“tu lah, mentang-mentang dia manager, nak berlagak” kata Mimi


“Biarkan je lah. Dia ada maksud tersendiri” kata Ara.


“Okeylah, aku balik dulu, byeee!”


“bye”


Ara melewati orang jalanan yang terbiar itu, ada yang tua ,muda dan kanak-kanak. Ini sangat menyentuh hati Ara

__ADS_1


‘Kenapalah waktu saya masih memiliki segalanya, saya tak nampak mereka semua?’


Ara pergi ke sebuah club iaitu tempat mommynya bekerja. Ara melihat Rose sedang bersama dengan seorang lelaki, Rose memandang ke arah Ara.


“Abang, tunggu sekejap ye”


Rose mendekati anaknya


“kenapa datang?”


“saja, melawat” kata Ara


“aku masih hidup lagi” kata Rose


“baguslah” Rose memandang Ara


“tengok-tengoklah Crystal, dia rindu mommy”


“kau kan ada, aku sibuk ni” kata Rose


Ara hanya diam, Rose mengeluar duit sebanyak RM200


“nah, ini ja untuk bulan ni, yang lain nak bayar hutang”


Ara mengambil duit itu,


“Ara dapat kerja baru”


“baguslah, boleh tolong bayar hutang. Dah, aku masih ada kerja”


“mommy pulang ke malam ni?”


“no”

__ADS_1


Rose terus pergi.


❤️Thanks for reading my story guys!! I hope your support😙Jangan lupa like and comment tentang pendapat kamu🤗😀Sorry! sekiranya ada silap ejaan😁Comment sahaja bila ada words yang tak faham, i will fahamkan you all😀🤗Enjoy it!💕


__ADS_2