![Only You [Hanya Kamu]](https://asset.asean.biz.id/only-you--hanya-kamu-.webp)
Keesokkan paginya, Ara datang ke café
“pagi Ara” Ara hanya tersenyum
“awak okey ke?” Tanya Adam
“okey” balas Ara
Adam tersenyum tapi dia dapat merasakan bahawa sesuatu telah berlaku kepada Ara.
Ara sedang tidak tahu berbuat apa, dia bingung di mana hendak mendapatkan 10 ribu. Dia tidak berani untuk berhutang dengan bossnya.
Ara duduk di sebuah kerusi yang berhadapan dengan bangunan NielShion E.
Jika dilihat Ara sedang memperhatikan bangunan itu tetapi sebenarnya fikirannya sedang melayang, dia pun tidak menyedari yang dia sedang duduk di sana.
Kebetulan Ara sedang duduk di hadapan pejabat Eddy, pejabat Eddy mempunya jendela cermin yang besar dan boleh memandang ke luar.
Eddy secara tidak sengaja memandang Ara.
‘kenapa perempuan tu? Asyik pandang ke sini ja? Mungkin dia memang teringin nak kerja kat sini kut’ Eddy tersenyum
“Encik Eddy, meeting dah nak mula” kata setiausaha Eddy
“okey” Eddy terus pergi
Seorang perempuan seksi dan cantik datang mendekati Ara
“hello?”
Ara tersedar dari lamunannya
Dia memandang wanita itu, wanita itu tampaknya berumur dalam 30-an.
“ya, cik kenal saya?” wanita itu tersenyum
“no. I Nampak you sendiri, macam sedang mengalami masalah yang teruk sangat. So I datang sini”
Ara tersenyum “cik memang pandai meramal. Tahu-tahu ja saya ada masalah”
“yala, saya da keturunan orang yang pandai meramal tau” wanita itu tertawa
Ara tersenyum “nama cik?”
“oh ya, nama I Kelly”
“Ara”
“okey, Ara sedang ada masalah ke? Masalah apa?”
“entalah kak Kelly, masalah saya, saya perlukan wang”
Kelly tersenyum
“oh, masalah yang tak teruk pun”
Ara memandang Kelly
“tak teruk? Mungkin bagi kakak tak teruk sebab kakak ada duit, tapi bagi saya”
Ara terus diam
“kenapa perlu duit?”
“adik saya ada kanser perut, mesti kena bedah tapi kos dia 10 ribu”
Kelly memandang Ara dan tersenyum
__ADS_1
“tau tak, dulu kakak pun macam Ara. Selalu fikir masalah tentang duit. Duit,duit, dan duit. Tapi, pekerjaan kakak sekarang sangat membantu. Kakak tak perlu fikir dah pasal duit dan tak mustahil dalam semalam kakak boleh dapat 10 ribu kalau kerja kakak memuaskan”
Ara memandang Kelly
“kerja apa yang kakak maksudkan?”
“kerja ni tak ambil masa yang lama, waktu malam ja. Tapi kena tahan dalam segi fizikal dan mental lah”
Ara kebingungan
Kelly membisik ke telinga Ara
“hah!!” Ara terkejut
“tapikan tu pe..”
Kelly memotong percakapan Ara
“Ara, kakak ada caranya. Sampai sekarang kakak masih virgin, Cuma temankan mereka sampai mabuk, dah dapat wang, Ara tinggalkan mereka”
“tapi, “
“itu terserah Ara, kalau Ara nak duit. Ara kena berkorban. Ni kad kakak, kalau dah berubah fikiran. Call kakak”
Ara mengangguk
“kakak pergi dulu. Bye”
Kelly terus pergi
‘Oh God! What’s going on?”
Ara menghembus nafas.
Sebelum kerja di restoran, Ara singgah ke hospital.
“hai sis”
“how are you today?”
“okey”
“good, perut da rasa sakit lagi tak?”
“ada, tapi bila doctor bagi ubat, dah okey dah”
“oh..”
“mommy tak datang ke?” Tanya Crystal
Ara terdiam
“esok mommy datang, mommy banyak kerja”
Crystal tahu yang Rose memang tidak akan datang melawatnya
“its okay, mommy tak datangpun. Sis masih da kan” Crystal sengaja menenangkan hatinya padahal dia sangat merindukan mommy nya.
Ara tersenyum “yup”
Ara pergi ke restoran
Setelah selasai bekerja, Ara bertemu dengan Faiz
“encik Faiz, boleh tak saya minta cuti? Encik Faiz potong ja gaji saya”
“okey, lagipun awak jarang minta cuti. Saya bagi awak 5 hari cuti, gaji tetap berjalan”
__ADS_1
Ara terdiam
“betulkan encik? Terima kasih”
Ara tampak senang
“ya, ada nampak muka saya bergurau ke?”
“tak” Ara tersenyum
“okeylah, dah lewat. Pergilah pulang”
“baiklah encik Faiz. Selamat malam”
“selamat malam”
Faiz tersenyum.
Ara menuju ke hospital
Apabila dia sampai di hospital, Crystal sudah pun tidur.
Ara mencium dahi Crystal, tanpa sedar, air mata Ara mengalir
‘maafkan sis, Crystal’
Ara menemani Crystal di hospital.
“aku rasakan company ni ada masalah, kita cancel ja la project kita dengan mereka” kata Alan
“tak boleh, ada masalah pun, ni penting untuk syarikat” kata Eddy
“kenapa? Sebab syarikat Edruce ?”
“ya, salah satunya. Walaupun company Aspire ni ada problem, syarikat Edruce tak pernah tinggalkan mereka, so I think mesti ada sesuatu yang mereka buat”
“yala, syarikat kau. Ikut kau ja lah, ni project dengan syarikat Immortal” bentak Alan
“kau ni masih tak fahamkan, syarikat Edruce lah penyebab kematian Lee”
“macam mana kau tahu Lee ada kaitan dengan Syarikat Edruce?”
“Surat tu”
Alan terdiam
“so, kau nak teruskan kerjasama dengan Aspire sebab nak tahu plan Edruce?”
“yup” kata Eddy
“okeylah”
“ya, pasal rumah banglo kat Jalan Setia tu dah settle?” Tanya Eddy
“oh, dah. Tapi barang-barang pemilik lama masih ada”
“buang ja”
“nantilah aku call pekerja tu, tapi barang pemilik lama banyaklah, masih bagus-bagus lagi, lebih bagus kita cari alamat pemilik lama”
“ikut kau ja lah, tapi kalau aku tak silap, pemilik rumah tu bekas CEO syarikat GoldShop kan. Tapi, dengar cerita CEO tu dah meninggal”
“entah, nanti aku periksa lagi” kata Alan
“yala, malam ni aku tak dapat join meeting. Aku ada urusan, nak jumpa musuh yang paling berbahaya”
Eddy tersenyum sinis
__ADS_1
❤️Thanks for reading my story guys!! I hope your support😙Jangan lupa like and comment tentang pendapat kamu🤗😀Sorry! sekiranya ada silap ejaan😁Comment sahaja bila ada words yang tak faham, i will fahamkan you all😀🤗Enjoy it!💕