Only You [Hanya Kamu]

Only You [Hanya Kamu]
Kesulitan menimpa


__ADS_3

Ara datang ke restoran, semasa dia hendak masuk ke dalam restoran, dia menyedari bahawa orang-orang jalanan itu telah tiada di tempat yang bisa mereka duduki.


“mereka kat mana? Takkan kena halau”


Ara cepat-cepat masuk di dalam


“Lana! Pak cik-pak cik, mak cik-mak cik, adik-adik tu kat mana sekarang ?”


“pak cik? Mak cik? Siapa?”


“orang yang terbiar tu? Yang tidur depan restoran”


“kat luar la?”


“kalau kat luar tak lah aku tanya kau”


“tak ada kat luar? Hah! Jangan-jangan encik Faiz dah halau tak?”


“hah! Kenapa halau? mereka bukannya ada tempat tinggal!”


Manager Faiz datang


“kenapa kecoh ni?”


“erm, encik Faiz, orang-orang yang kat seberang tu, encik Faiz halau kat mana?” tanya Lana


“amboii, siapa cakap saya halau”


Ara memandang Lana


“err, tak halau ya” Lana tersenyum


“saya tak halau, saya tempatkan mereka kat tempat yang lebih aman dan selesa”


“hah!” Ara dan Lana terkejut


“tak payah lah terkejut, saya rasa bersalah dengan mereka sebelum ni”


Ara tersenyum


“baiknya Encik Faiz, harap Tuhan sentiasa memberkati encik”


Kata Lana, encik Faiz tersenyum senang


“yala, dah sambung kerja”


“err, encik Faiz, kalau saya nak alamat tempat tinggal mereka boleh tak?” tanya Ara


“haa, saya dah tahu yang kamu mesti nak alamat, so saya dah prepare. Nah”


Ara tersenyum


“terima kasih encik Faiz”


“sama-sama”


Ara terus sambung kerja 


Telefon Faiz berbunyi “hello boss”


“ya, nampaknya dia gembira”


“ya, dia dah tahu alamatnya”


“ok boss”


Faiz terus pergi.


“Mi, Lana aku pulang dulu ya. Bye”


Ara terus pergi, dia melihat di seberang


Kosong


Ara tersenyum


‘kadang-kadang kehidupan manusia ada yang bahagia bertukar kepada derita, ada yang derita bertukar kepada bahagia’


Ara terus berjalan dengan senyuman yang bahagia


Ara sampai di rumah, dia memerhati sekeliling


“Crystal?”


Ara masuk ke bilik, dia lihat Crystal sedang tidur

__ADS_1


Ara tersenyum


Ara bersiap-siap untuk mandi


Setelah selesai mandi, Ara terus tidur di samping Crystal.


Keesokkan paginya, Ara bangun pada jam 5 pagi


“Crystal, bangun, sekolah”


Namun Crystal tidak menghiraukan Ara


Ara membiarkan saja Crystal dan bersiap-siap untuk ke kerja dan menyiapkan sarapan.


Setelah semua selesai, Ara masuk ke bilik lagi


“eh! Crystal! Wake up! Dah jam 6 lebih ni”


Crystal tidak juga bangun


“Crystal?” Ara mendekati adiknya


“Crystal?” Ara menggoyang-goyangkan adiknya


“Crystal!!”


Rupa-rupanya Crystal sedang pengsan


Ara terus mengangkat adiknya dan pergi ke hospital


Ara sampai di hospital dan bergegas membawa Crystal ke wad kecemasan


“sila tunggu di luar” kata jururawat tersebut


Ara terus menangis


“apa yang terjadi ni?” Ara terus menutup mukanya


Ara mengelap air matanya dan mengeluarkan telefonnya


“hello, Adam, hari ni saya tak dapat masuk kerja. Saya ada emergency, maaf”


“baiklah, terima kasih Adam”


Tetapi tiada respon daripada Rose


Ara mengeluh. 


Setengah jam kemudian...


Doktor keluar dari bilik kecemasan


“doktor, apa yang berlaku dengan adik saya?”


“sila bersabar cik, saya rasa hal ni lebih baik kita bincangkan di bilik saya”


Doktor lelaki itu terus mempersilakan Ara ke ruangannya


Ara duduk berhadapan dengan Doktor itu


“sebenarnya dah berapa lama adik cik mengadu saki perut?”


“saya tak pasti, tapi dia ada juga mengadu sakit perut tapi bila dia dah makan ubat, sakit perut dia hilang. Hari tu dia sakit perut sampai menangis tapi dah ok bila dia dah makan ubat, yang hal ni, saya baru sedar dia pengsan tadi pagi” kata Ara sedih


“sebenarnya, adik cik ni dah lama pengsan, sekitar 8 jam. Dia pengsan disebabkan sakit perut”


“hah! Lamanya, kalau saya nak tahu. Apa yang berlaku dengan adik saya?”


“sebenarnya adik awak menghidap kanser perut stage 2”


Ara terkedu “apa?!”


“sabar cik, perkara ni masih boleh diselamatkan lagi, walaupun stage 2 tapi masih dalam situasi yang rendah risikonya. Semuanya akan pulih semula bila adik cik dibedah, ketumbuhan yang ada dalam perut adik cik masih kecil, jadi sebelum ia membesar dan melarat, kita mesti membuangnya”


“ada risiko ke kalau buat pembedahan?” tanya Ara


“ada tu memang ada, tapi seperti yang saya cakap tadi risikonya rendah but tu smua kita harus serahkan kepada Tuhan, berdoa, yakin dan percaya”


Ara terdiam


“baiklah, saya setuju untuk buat pembedahan. Tapi berapa kos pembedahan?”


“kos dia RM10 000”


Ara mengeluh

__ADS_1


“doktor, bagi saya masa 2 hari. Saya akan beritahu bila pembedahan boleh dibuat”


“baiklah cik, tapi seperti yang saya cakap, lebih cepat lebih baik”


“baiklah doktor”


“adik cik akan dimasukkan di wad 4102 mulai hari ni”


Ara mengangguk.


“sis, kenapa Crystal kena tinggal kat sini?”


“kalau Crystal nak sembuh, Crystal kena duduk kat sini”“Crystal sakit apa?”


Ara memandang adiknya dengan perasaan yang menyedihkan


“Crystal, Crystal akan dibedah nanti. Doktor cakap, ada something yang harus dikeluarkan dari perut Crystal”


“something, something tu yang menyebabkan Crystal sakit perut ke?”


Ara tersenyum “pandai”


Crystal tersenyum “mommy tak datang?”


Ara terdiam “mommy kan sibuk, nanti dia datang”


“err, jangan lupa makan bubur ni tau. Sis nak pergi kat sesuatu tempat, nanti sis datang balik”


“okey”


Ara terus pergi.


Ara datang ke club tempat Rose bekerja


“mom?” panggil Ara


Rose sedang melayan seorang pelanggan


Rose memandang Ara


“sekejap ya”


Rose mendekati Ara


“kenapa datang? Aku sibuk ni”


“5 minit ja, please”


“okey, cakaplah”


“Crystal kat Hospital” Rose memandang Ara


“kenapa?”


“dia mesti kena bedah secepat yang mungkin, dia ada kanser perut. Stage 2”


Rose terdiam


“kos dia 10 ribu”


Rose memandang Ara


“5 minit dah habis” Rose pergi


“mommy! Mommy nak Crystal mati ke?”


“habis tu, kau nak aku buat apa? Aku mana ada duit banyak tu. Kau pinjamlah kat kawan-kawan kau ke”


“sekurang-kurangnya datang lah tengok Crystal kat Hospital”


“tengoklah kalau aku ada masa”


“bilik 4102”


Ara terus pergi


‘orang yang begitu lembut dan penyayang boleh berubah menjadi orang yang langsung tidak peduli’


Air mata Ara mengalir.


Ara datang ke gereja


‘Tuhan, saat ini saya sangat memerlukan pertolonganMu. Saya perlukan duit untuk pembedahan adik saya, Crystal. Tolong saya Tuhan, beri saya kekuatan dan semangat, khususnya adik saya dan berilah kesedaran kepada mommy, saya berharap dia tidak pernah membuang rasa sayangnya terhadap kami. Amen’


❤️Thanks for reading my story guys!! I hope your support😙Jangan lupa like and comment tentang pendapat kamu🤗😀Sorry! sekiranya ada silap ejaan😁Comment sahaja bila ada words yang tak faham, i will fahamkan you all😀🤗Enjoy it!💕

__ADS_1


__ADS_2