![Only You [Hanya Kamu]](https://asset.asean.biz.id/only-you--hanya-kamu-.webp)
Sudah sebulan berlalu selepas kematian Dean dan Alan
Eddy masih lagi belum kembali bekerja, sekarang ini syarikat diuruskan oleh Sham dan Katy juga kadang-kadang datang ke sana memantau
Eddy masih lagi sering termenung dan tidak terlalu banyak bercakap
Eddy suka berdiam diri, Ara juga bingung untuk melakukan apa lagi agar Eddy kembali seperti dulu
Jiwa Eddy sepertinya hilang dan Ara tidak tahu di mana jiwa Eddy itu pergi
Ara terus berusaha untuk mengembalikan Eddy seperti dulu
seseorang yang menjaganya, membelainya dan sentiasa memeluknya
Ara sangat merindui Eddy
Bel pintu berbunyi
Ara turun ke bawah dan melihat siapa yang datang
Rupanya Katy yang datang
"eh, mommy"
Katy tersenyum dan memeluk Ara
"Ara sihat?"
"sihat, tapi tu lah, Ed masih macam tu lagi"
"tak apa lah, kita sabar ja dulu"
Ara tersenyum
Mereka duduk di ruang tamu
"mommy sihat?"
Katy tersenyum
"sihat ja, mommy cuma sibuk beberapa minggu ni uruskan syarikat daddy"
Ara hanya mengangguk
"mommy nak minum ke, Ara buatkan"
"tak apalah, mommy baru ja siap minum tadi. Mommy nak jumpa Daniel sekejap"
"dia ada kat atas. Mommy pergilah" kata Ara
Katy tersenyum dan naik ke atas
Eddy sedang duduk termenung
Katy mendekati Eddy secara perlahan-lahan
"Daniel?"
Eddy melihat Katy dengan pandangan yang sayu tanpa berkata apa-apa
namun itu hanya untuk beberapa saat
"Daniel, you tak boleh macam ni. You are man, you kena jaga Ara bukan Ara yang jaga you. Kalau you macam ni, macam mana kita nak dapat keadilan untuk daddy? for Alan? mommy tak boleh seorang diri, you mesti ada bantu mommy. Mommy tak dapat uruskan syarikat sekaligus uruskan bukti-bukti kesalahan Robert"
Daniel hanya terdiam
"mommy tau, mommy tak layak cakap macam ni. Mommy yang tinggalkan kamu, you tak nampak mommy selepas mommy tinggalkan you. But, you must know something, lepas mommy pergi mommy selalu nampak kamu"
Eddy memandang Katu dengan wajah agak sedikit terkejut
__ADS_1
"mommy ada upah seseorang untuk tangkap gambar you, ambil video you. So, mommy nampak perkembangan you dari masa ke semasa walaupun mommy jauh masa tu. Mommy nampak kamu selalu bermain dengan Lee, Alan di taman permainan dekat rumah kita. Pernah satu kali, Daniel jatuh, Daniel nangis kuat sangat, sampai Alan pun ikut nangis. Tapi Lee kuat, dia tak nangis, dia yang tolong tenangkan kamu dan Alan" Katy hanya tersenyum
"Masa-masa kecil kami sangat gembira, bahagia dan penuh tawa. Mommy senang, tapi bila Lee tinggalkan kamu, mommy nampak kesakitan kamu. Mommy rasakan apa yang kamu rasa, Daniel tahu tangisan Daniel itu lebih kuat dari tangisan waktu mommy tinggalkan kamu. Lee seseorang yang sangat berharga untuk kamu, mommy juga sangat beruntung kerana ambil Lee sebagai anak angkat mommy walaupun mommy hanya dapat jaga dia beberapa tahun saja" wajah Katy kelihatan sangat sedih
Eddy juga sedih mendengar kata-kata Katy
"Mommy tahu cerita kamu dan Marissa, macam mana kamu cintakan dia sampailah dia sakiti kamu, dia kahwin sama daddy, jujur mommy cakap yang mommy terkejut dengan tindakan daddy, tapi bila daddy ceritakan semuanya, tujuan daddy kahwin dengan Marissa, mommy lega. Dia sangat sayangkan kamu, mommy tak salah pilih daddy. Semua yang berlaku, pasti ada tujuan dia dan cerita dia, mungkin kalau daddy tak buat macam tu kamu tak akan jumpa Ara, dan Ara tak akan jadi isteri kamu. Pertama kali mommy jumpa dia, mommy dah suka kan dia, sampai mommy boleh terfikir, yang gadis ni sesuai untuk Daniel. Tapi tak sangka, apa yang mommy fikirkan tu betul"
Eddy tersenyum sedikit
"Mommy cuma nak cakap, yang mommy nak satu peluang untuk jadi mommy kamu semula, jaga kamu dan dengar kamu panggil mommy, 'mommy' semula"
Eddy memandang Katy
"Ed dah lama maafkan mommy, cuma Ed tak biasa sebab ...sebab kita dah lama tak jumpa, rasa dia tak selesa"
"mommy faham, tak apa lah, perlahan-lahan kita pasti selesa"
Eddy tersenyum
Katy memeluk Eddy
Ara yang berada di pintu tersenyum senang
Bel pintu berbunyi lagi
Ara turun ke bawah dan membuka pintu
Ara terkejut melihat tetamu yang datang
"Hai Ara" Edruce menyapanya
Ara hanya terdiam
Seorang gadis manis tersenyum kepada Ara, Ara sangat terkejut
"ni kan..?"
"oh, yeke. Syukurlah" kata Ara tersenyum
"Hai Ara"
"Hai, masuk lah"
mereka pun masuk
"Ara, sebenarnya kami datang sini nak jumpa Eddy, ada sesuatu yang kami nak sampaikan"
"sekejap ya, saya bawa dia turun kat sini"
Edruce mengangguk
Ara naik ke atas
"awak, ada orang datang nak jumpa" kata Ara dengan wajah yang sedikit tidak nyaman
"siapa?" tanya Eddy
Ara hanya diam dan mendekati Eddy
"awak tengok lah sendiri, jom"
Mereka turun ke bawah
Eddy melihat Edruce
"hei! kau buat apa datang sini!?" Ara menahan Eddy
"tenang"
__ADS_1
Eddy kelihatan marah tetapi wajah berubah apabila melihat Edina
"Edina?"
Edina tersenyum
"Dina dah sedar?"
Edina mengangguk
"Tujuan kami datang sini, pertama sekali saya nak minta maaf untuk segala kesalahan saya dari awal. saya sangat salah kerana percayakan Frank, maafkan saya" kata Edruce
"apa yang abang dah buat?" tanya Edina
"banyak yang buat, abang rosakkan hidup seseorang, abang pukul orang yang tak bersalah, abang culik orang dan abang bunuh seseorang yang tak bersalah" kata Edruce
Ara terdiam
"abang!? apa yang abang buat ni"
"adik nanti bila masa dah sesuai, abang cerita"
Eddy hanya memandang mereka
"tujuan kedua, Edina nak ceritakan sesuatu. Kenapa dia boleh jatuh dari bangunan Eddy masa tu"
Eddy memandang Edina
Edina mula menceritakan semuanya
Eddy sangat terkejut
"Frank? Robert?"
"Robert memang benar-benar iblis" kata Katy
"saya turut merasa tertipu oleh mereka .Frank lah yang membuatkan saya rasa nak balas dendam dengan Eddy, saya tak sangka rupanya mereka lah yang rancang semua ni"
Eddy memandang Edruce dengan tajam
"tapi, sebelum saya jatuh, saya nampak seorang lelaki dalam 40-an datang, saya sempat jerit minta tolong tapi saya dah jatuh. Saya tak kenal dia, tapi rasanya ada campuran orang putih" kata Edina lagi
"jadi selama ni, memang Robert lah yang bunuh Lee" kata Eddy
"saya rasa Lee tahu yang Robert nak bunuh abang Ed tapi dia tak beritahu sesiapa" kata Edina
"okay, buat masa sekarang ni Edruce jangan beritahi sesiapa tentang Edina. Edruce kena sembunyikan Edina baik-baik, kalau Robert tahu, mereka memang takkan lepaskan Edina. So, tugas Edruce adalah terus bekerjasama dengan Robert. Apa-apa info, tell us" kata Katy
"baiklah, sebelum saya serahkan diri, saya akan berusaha untuk tolong aunty dan Eddy"
Ara tersentak mendengar kata-kata Edruce
"serahkan diri pada siapa?" tanya Edina
Edruce tersenyum dan hanya menggeleng
"kita kena bekerjasama untuk tangkap Robert"
"Eddy, boleh saya cakap sesuatu dengan Ara?" tanya Edruce
"cakap kat sini ja" kata Eddy
Edruce menghembus nafas
"err, Edina. Jom teman aunty kat dapur sekejap" kata Katy
Edina kelihatab bingung, tetapi dia patuh pada arahan Katy
Mereka pun pergi
__ADS_1
"Selepas Robert ditangkap, saya akan serahkan diri saya pada polis untuk semua kesalahan saya pada Eddy dan Ara. Saya nak minta maaf untuk semua kesalahan saya, saya buat sesuatu yang sangat salah, saya berdendam pada orang yang salah, maafkan saya. Satu hal yang saya nak Ara tahu, kematian daddy Ara ada kaitan dengan kematian Lee"
Eddy dan Ara terus memandang Edruce dengan wajah terkejut