Only You [Hanya Kamu]

Only You [Hanya Kamu]
Cinta yang belum pasti


__ADS_3

"Mak Timah cakap dengan jujur, Edruce ke yang upah Mak Timah selama ni?" tanya Alan


Mak Timah diam ketakutan


"jawab soalan saya"


"ma...maafkan saya encik, saya terpaksa.. Saya perlukan duit, suami saya sedang sakit, dia perlu dibedah jadi encik Edruce upah saya untuk kerja dengan encik Eddy dan beritahu semua info-info yang berkaitan dengan encik Eddy"


Alan tidak tahu mahu berkata apa


"semua dah terbongkar, saya minta maaf. Encik Eddy dah pecat Mak Timah" kata Alan


Mak Timah sedih


"maafkan saya encik, puan" kata Mak Timah terus mengambil barangnya dan keluar


"dah lah Alan, lepas ni kamu tak usah lah cari maid lagi. Aunty ada, aunty boleh buat semua kerja rumah" kata Rose


Alan mengangguk


Eddy menghentikan keretanya di sebuah tempat yang tinggi, yang dapat melihat pemandangan yang indah


Dia masih terbayang-bayang wajah Katy


'kenapa dia baru muncul?'


Telefonnya berbunyi, mesej dari Ara


[Awak kat mana]


[saya kat luar, saya dah nak balik dah]


Eddy masuk ke keretanya dan pergi dari tempat itu


Terlihat gambar majlis perkahwinan Ara dan Eddy di telefon yang dipegang oleh seorang lelaki


Adam tersenyum melihat Ara bahagia


'i hope you will always smile like this'


Keesokkan paginya, Ara bangun dan melihat Eddy sedang tidur di sofa yang berada di biliknya


Ara membangunkan Eddy


"Ed, Ed?"


Eddy tersedar


"ya?"


"kenapa awak tidur sini?" tanya Ara


"saya takut awak tak selesa"


Ara tersenyum


"awakkan husband saya, kenapa pula tak selesa"


Eddy tersenyum


"awak mandi dulu lah" kata Ara


"jomlah, mandi sama-sama" gurau Eddy


"eh, tak nak lah"


Eddy mencubit pipi Ara


"im just kidding"


Mereka turun untuk sarapan pagi


Crystal dan Rose sudahpun dimeja makan


"dah turun pun" kata Rose


Ara tersenyum


Mereka duduk


"mommy, Ara rasa mommy kena pergi tinggal kat America"


Rose memandang Ara


’’apa Ara cakap ni?’’


"nanti bila adik dah habis sekolah, mommy dan adik tinggal kat sana lah.. Nanti Crystal sambung sekolah kat sana"


"Ara macam mana?"


"Ara boleh jaga diri, Ed kan ada" kata Ara


"Ara kan mengandung"


Ara tersenyum


"tak apalah mommy, nanti Mimi dan Lana boleh datang tengok Ara"


Rose hanya terdiam


“Mommy, Eddy ada boleh tengokkan Christy. Ed kan husband dia, jangan risau, Ed tak akan biarkan hal yang buruk berlaku lagi” kata Eddy


“mommy, company kat sana tak ada yang tolong uruskan. Uncle Jason dah lama tolong kita uruskan, lagipun dia ada company dia sendiri. Kita dah tahu semuanya, jadi Ara rasa ini masa terbaik untuk kita ambil alih semula syarikat tu” kata Ara


Rose tersenyum


“kalau tu yang kamu cakap, baiklah”


Ara tersenyum


“Crystal, nanti Crystal sambung study kat sana. Adik okey kan?” Tanya Ara


“okay ja. Tapi sis kena janji, jaga diri”


“okay” Ara mengusap kepala Crystal

__ADS_1


Eddy membawa Ara pergi ke klinik hari ni


Semasa di kereta,


“Ed?” panggil Ara


“hm?”


“ingat tak, saya pernah cakap yang daddy saya ada tinggalkan surat”


“ya, kenapa?”


“dalam surat tu, daddy ada cakap jauhkan diri daripada Edruce, Frank dan Robert”


Wajah Eddy berubah


“Robert tu ayah Frank” kata Eddy


“oh, saya kenal Frank sebab saya selalu nampak dia dengan Marissa” kata Ara


“yang kita jumpa kat mall hari tu?” kata Eddy


Ara mengangguk


“selain kat Mall, saya pernah Nampak mereka kat café” kata Ara


Eddy memandang Ara


“mereka macam rancang sesuatu yang buruk kat daddy Dean, tapi saya tak tahu apa plan dorang” kata Ara


Eddy hanya berdiam diri


“lagi..” Ara tidak menyambung kalimatnya


“lagi apa?” Tanya Eddy


Ara memandang Eddy


“Marissa tak cakap tapi cara dia jawab pertanyaan Frank, rasanya ya” kata Ara


“pertanyaan apa?”


“Frank tanya, Marissa masih suka ke dekat awak tapi Marissa tak jawab ya atau tidak. Tapi, saya tahu dia masih suka kat awak”


Eddy terdiam


Ara mengalihkan pandangannya dari Eddy


“kalau awak tahu dia masih suka kat awak, awak akan suka dia balik?”


“tak guna, dia dah jadi my stepmother”


“kalau dia bukan mak tiri awak?”


“Christy, boleh tak kita tak cakap hal ni” kata Eddy


Ara terus berdiam


‘mungkin hati dia belum sepenuhnya mencintai aku, masih ada sedikit ruang untuk Marissa di hati dia’


Sejak tadi mereka belum berkata apa-apa


“awak lapar?” Tanya Eddy


“tak, kita makan kat rumah ja. Lagipun mommy dah masak” kata Ara


Eddy mengangguk


Sampai di rumah, Ara terus masuk ke bilik


Eddy memandang Ara, dia terus mengikuti Ara ke bilik


Ara mengganti pakaiannya di tandas, Eddy menunggu Ara di depan tandas


Ara keluar dan melalui Eddy


Eddy menarik tangan Ara


“kenapa?” Tanya Ara“saya minta maaf pasal tadi”


“tak lah, awak tak salah pun. Kenapa pula awak nak minta maaf” kata Ara


“saya cuma tak suka cakap tentang masa lalu saya” kata Eddy


“Eddy, saya faham. Hati awak belum sepenuhnya untuk saya, hati awak masih ada untuk masa lalu. Kalau awak betul-betul cintakan saya, awak tak akan benci Marissa, awak benci dia sama ja awak tak boleh lupa kan dia”


Eddy terdiam


“tapi saya betul-betul cintakan awak” kata Eddy


Ara tersenyum


“saya tahu. Perasaan saya, semakin lama semakin bertambah saya sayangkan awak, tapi saya tak nak terlalu cintakan awak sebab saya takut suatu hari nanti awak akan tinggalkan saya”


Eddy tersenyum


“saya takkan tinggalkan awak”


“jangan terlalu yakin, sebab kita tak tahu apa yang berlaku di masa depan”


“Christy, awak tak boleh cakap macam tu. Kita harus pertahankan cinta kita walau apapun yang berlaku”


Ara


“yala tu. Dah lah, jom makan” Ara berbalik


Eddy menarik tangan Ara


Dia mencium dahi Ara


Ara tersenyum lebar


Frank masuk ke ruangan ayahnya, Robert


“dad?”

__ADS_1


“macam mana dengan plan kita?” Tanya Robert


“untuk masa sekarang, belum ada perkembangan lagi”


“apa? Belum ada. Perempuan tu buat apa?”


“dad, bagilah dia masa. Dia masih belum bersedia lagi nak buat benda tu”


“masa? Berapa masa lagi dia nak? Atau dia dah change mind?”


Frank terdiam


“aku dah agak. Bunuh ja dia”


Frank terkejut


“dad! Mana boleh, dia perempuan yang Frank cinta”


Robert tersenyum sinis


“cinta? Kau yakin ke dia cinta kat kau? Anak ayah sama ja, perampas”


“kalau belum ada info apa-apa, aku bunuh perempuan tu. Dah! Keluar” kata Robert


Frank terus keluar


Marissa sedang membuat teh untuk Dean


Dia mengingat sesuatu


“ni racun tu, jangan risau racun ni tak akan berkesan sekali ja. Kalau kau buat minuman untuk dia, kau letak sikit-sikit. Dalam beberapa bulan, baru racun ni akan berkesan. Tapi ingat, sebelum racun ni berkesan, semua harta dia mesti atas nama kau”


Marissa menghembus nafas


Dia mengeluarkan sebuah botol kecil, dia meletakkan sedikit ke minuman Dean


Marissa dalam ketakutan, dia masih ragu-ragu untuk memberi minuman itu kepada Dean


Tanpa disangka, Eddy datang


Marissa sangat terkejut “Eddy?”


Eddy tersenyum


“terkejut macam nampak police”


Marissa terdiam


“Ed jarang datang, tu lah saya terkejut”


Eddy memandang minuman di tangan Marissa


“tahu-tahu ja saya nak datang”


Eddy mengambil minuman itu


Marissa terkejut


“jangan, tu untuk daddy awak”


“buatlah yang baru untuk dia” kata Eddy


Eddy ingin minum minuman tersebut


Marissa tidak tahu harus berbuat apa, dia terus menolak gelas yang ditangan Eddy sampai pecah


Eddy memandang Marissa dengan dingin


Marissa menunduk ke bawah untuk mengelakkan pandangan Eddy


“kenapa? Awak ada letak something ke kat minuman tu?”


Marissa hanya diam


“jawab lah!”


“tak! Saya tak suka orang lain minum minuman yang saya buat untuk orang lain” kata Marissa terbata-bata


Eddy tersenyum sinis


“masuk akal ke tu?” kata Eddy


“apa plan awak dengan Frank?”


Marissa memandang Eddy dengan terkejut


“kenapa? Terkejut dari mana saya tahu?”


“apa awak cakap ni, saya dan Frank kawan ja” kata Marissa


“kawan? Kawan subahat yang nak orang tua tu mati kan? Lepas tu semua harta dia jatuh ditangan awak”


Marissa memandang Eddy dengan dingin


“awak jangan tuduh macam-macam ya, awak kena ingat saya ni mak tiri awak”


Eddy tertawa


“mak tiri!? So funny bila awak cakap macam ni”


Marissa menjeling Eddy


“ingat! Saya tahu semua rancangan awak. He’s my father, saya takkan biarkan awak atau sesiapa sentuh dia” kata Eddy


Eddy terus pergi


Sejak dari tadi, Dean mendengar semua perbualan mereka


Dean tersenyum mendengar kata-kata Eddy tadi


Dia memandang Marissa


‘maafkan uncle, Marissa. Uncle buat semua ni sebab nak selamatkan kamu dan Eddy daripada jatuh ke tangan Robert’


❤️Thanks for reading my story guys!! I hope your support😙Jangan lupa like and comment tentang pendapat kamu🤗😀Sorry! sekiranya ada silap ejaan😁Comment sahaja bila ada words yang tak faham, i will fahamkan you all😀🤗Enjoy it!💕

__ADS_1


__ADS_2