![Only You [Hanya Kamu]](https://asset.asean.biz.id/only-you--hanya-kamu-.webp)
Ara dan Eddy sampai di rumah Dean. Pembantu rumah mengangkat barang-barang mereka ke bilik.
Ara melihat keadaan Dean
“hai daddy? Daddy macam mana?” kata Ara
Dean sedang duduk
“eh, Ara, kamu datang”
Ara tersenyum “ya, Eddy kat luar. Kami akan tinggal sini buat sementara, daddy macam mana?”
“oh, daddy macam ni ja lah. Biasa lah, sakit tua. Tapi dah lebih sihat”
“bagus lah”
“Ara sihat?”
“sihat daddy”
Dean tersenyum
“kamu dan Eddy dah tahu yang daddy dan Mar..”
“tahu, kami dah tahu”
“oh, baiklah”
Eddy melihat kawasan rumah itu, di situ lah banyak kenangan tercipta. Di saat dia bersama Lee dan Katy, tetapi dia hairan kenapa mereka yang begitu memiliki banyak kenangan dengannya, meninggalkannya.
Dean keluar melihat Eddy,
“I’ll never forget, you and Lee always play at there” kata Dean
Eddy terkejut sedikit melihat Dean ada di sebelahnya
Eddy hanya terdiam
“thank you for coming” kata Dean
“im coming for Christy” kata Eddy
Dean tersenyum “I know, tapi daddy tetap bersyukur”
Eddy tidak ingin menatap Dean “I know everything, mommy tells me” kata Eddy
“kenapa daddy buat macam tu? Kan lebih baik daddy beritahu saya semuanya”
“Daniel belum matang lagi, daddy tak nak kamu buat sesuatu yang boleh membahayakan hidup kamu”
“so, now, you want me to say thank you with you? About everything yo do for me?”
Dean menghembus nafas “no, ini tanggungjawab daddy sebagai ayah kamu. Asalkan kamu selamat, daddy happy”
“Ed dah biasa ada perasaan macam ni, ego Ed dah terlalu tinggi daddy. Ed rasa bersalah tapi pada masa yang sama Ed tak nak tunjukkan perasaan tu dan minta maaf dengan daddy sebab Ed dah biasa dengan sikap ni sejak beberapa tahun yang lalu”
__ADS_1
Dean hanya terdiam
Ara mendengar perbualan mereka,
“daddy, kat luar sejuk. Daddy masuk bilik dulu ya” kata Ara sambil merangkul tangan Dean
Eddy hanya melirik kepada Ara
Telefon Eddy berbunyi, panggilan dari Alan
“hello? Ada apa?”
“boss, ada pemberitahuan dari syarikat Immortal, katanya mereka nak buat meeting sekarang. Urgent”
“hah? Kenapa pula tiba-tiba”
“entahlah”
“okay lah, aku on the way sekarang”
Eddy mematikan panggilan
Ara sedang berada di dapur
“sayang, saya balik office dulu, saya ada meeting’’
“hmm” hanya itu sahaja yang dibalas Ara
Eddy pun pergi dari sana
“okay, pastikan kereta tu langsung tak hidup”
“baik boss”
Jam menunjukkan 7.30 malam, namun Eddy belum pulang lagi. Dia sudah menyiapkan makanan kegemaran dan berancang ingin meminta maaf dengan Eddy, dia seharusnya sebagai isteri hendaklah memahami keadaan suaminya.
Tanpa disedar Ara, beberapa orang sudah menyelinap masuk di dalam rumah itu, semua pembantu rumah sudahpun diberi ubat yang menyebabkan mereka pengsan selama beberapa jam, Ara hanya termenung dimeja makan sambil menunggu Eddy pulang.
Tiba-tiba datang beberapa lelaki mendekatinya, Ara sangat terkejut
“korang siapa hah?!”
Lelaki-lelaki itu hanya tersenyum dan cuba menangkap Ara
“jangan dekat” Ara melarikan diri sambil memegang pisau kecil
“daddy!?” Ara mencari Dean
Seorang lelaki berjaya menangkap Ara, Ara cuba melepaskan diri
Dean datang dan sangat terkejut “Ara!? Lepaskan dia, apa kamu nak hah!”
Lelaki yang menangkap Ara member isyarat kepada kawannya untuk membuat sesuatu kepada Dean
Lelaki itu memukul Dean sehingga pengsan, “daddy!”
__ADS_1
Lelaki yang menangkap Ara terus member ubat kepada Ara yang menyebabkan Ara terus pengsan.
Selesai mesyuarat, Eddy dan Alan pun berangkat pulang namun kereta Eddy tiba-tiba rosak
“apasal pula rosak ni? Tadi okey ja” hairan Eddy
“tak apa lah, nanti aku call mekanik. Aku hantar kau” kata Alan
Eddy mengangguk, tiba-tiba telefonnya berbunyi, panggilan dari Dean
“hello?”
“Ed…Eddy, tolong, A…Ara..” Dean berkata terputus
“hello, daddy? Kenapa dengan Christy? Daddy?”
Senyap sahaja, tiada balasan dari Dean
“ada something wrong ni, cepat pergi rumah daddy!”
Mereka pun bergegas ke rumah Dean
Ara ditempatkan disebuah bilik, dia dikunci dari luar
Edruce datang dan tersenyum “kerja bagus”
Eddy dan Alan sampai dan terus berlari masuk ke dalam rumah
Rumah tersebut berserabut, Eddy melihat Dean sedang pengsan “daddy?”
Alan melihat semua pembantu rumah pengsan, dia mencari Ara tetapi Ara tiada di sana
“Ara tak adalah”
Eddy sangat susah hati
Alan menelefon doktor peribadi Dean, setelah beberapa minit doktor James pun datang
Pembantu yang lain direhatkan di sebuah bilik
Katy, Mimi dan Lana datang sampai,
“Daniel? Daddy macam mana?” tanya Katy
“dokter James masih periksa dia kat dalam Aunty” balas Alan
“Ara? Dia macam mana?” tanya Mimi
“kami dah call polis” kata Alan
Eddy hanya diam sahaja, dia tidak tahu hendak berbuat apa. Dia melihat makanan di atas meja, semuanya makanan kesukaannya
Dia duduk dan menutup mukanya
‘aku gagal lagi nak lindungi dia’
__ADS_1
❤️Thanks for reading my story guys!! I hope your support😙Jangan lupa like and comment tentang pendapat kamu🤗😀Sorry! sekiranya ada silap ejaan😁Comment sahaja bila ada words yang tak faham, i will fahamkan you all😀🤗Enjoy it!💕