![Only You [Hanya Kamu]](https://asset.asean.biz.id/only-you--hanya-kamu-.webp)
Eddy dan Ara berada di kereta milik Eddy
"Cik Ara tak apa-apa ke?" tanya Alan yang memandu kereta Eddy
"saya okey"
Eddy hanya terdiam termenung
dia mengingati kata-kata Edruce tadi
dia tidak menyangka hal itu akan berlaku
Ara faham keadaan Eddy kerana dia juga mendengar kata-kata Edruce tadi
"bukan salah awak" itu yang terkeluar dari mulut Ara
Eddy memandang Ara
Ara tersenyum
"Setiap orang buat salah, kematian adik dia bukan salah awak tapi salah adik dia sendiri, dia berfikir dengan cepat, dia tak fikir apa yang akab berlaku pada dia bila dia bunuh diri. Edruce salahkan awak sebab dia seorang yang berfikiran negatif, suka menyimpan dendam. Bukan namanya hidup kalau tak diuji" kata Ara
"saya tak tahu dia akan buat macam tu"
"awak orang baik, tu lah awak rasa bersalah"
Eddy tersenyum
mereka bertatapan mata untuk beberapa saat
Ara tersedar
"ehem, bole pinjam telefon tak ..telefon saya rosak, mereka buang macam tu ja tadi. Ingat senang nak beli telefon",guman Ara sendiri
Eddy tersenyum dan mengambil telefonnya
" nah"
Ara menelefon Mimi
"Hello Mi"
"Ara?its you?
" yes"
"oh my God! Kau pergi mana?? dah habis nafas kita orang cari kau, tau tak"
"aku kena culik"
"what!!? apa motif dorang culik kau?"
"nanti aku cerita la, panjang cerita dia"
"habis tu macam mana kau boleh lepas?"
"ada orang selamatkan aku lah, nanti aku cerita"
"okay, kau okay?"
"okay, aku tak datang kerja tau. Aku terus pulang ni, and bagitau yang lain, tak payah risau, telefon aku rosak tau"
"esshh, kau kena culik tau, nak fikir pasal kerja?"
Ara tersenyum
"Yala, okeylah ..jangan save tau number ni" kata Ara
"okay"
Ara memberi telefon kepada Eddy
"kenapa tak suruh dia save"
Ara terdiam
"tak ada, dia tu suka menggatal. Awak kan tak suka perempuan macam tu"
Eddy tersenyum
"heh, kejap. bukan tadi ada polis ke? kenapa saya tak nampak polis lepas kita keluar tadi?" tanya Ara
Alan dan Eddy tersengih
"teknologi dah canggih cik Ara, semua boleh tiru" kata Alan
"ooh, jadi tadi tu tipu lah"
"ya" balas Eddy
"Tak sangka Edruce tu bodoh juga"
Eddy tersenyum
__ADS_1
Mereka semua sudah sampai di depan flat rumah Ara
"kau tunggu kejap" kata Eddy dengan Alan
Eddy keluar bersama Ara
"kenapa awak keluar, awak balik lah"
"saya nak tengok awak masuk, nanti kena culik lagi"
Ara tersenyum
"tak adalah, kat sini ramai. jerit ja, satu bangunan keluar" gurau Ara
"masuklah"
Ara tersenyum dan terus masuk
Eddy masuk ke dalam kereta, dia duduk di sebelah Alan
"jom"
mereka beredar dari tempat itu
Dari jauh, sebuah kereta berwarna biru sedang melihat mereka dari jauh,
dari jauh Adam memerhati mereka
'syukurlah dia selamat'
Adam pergi dari situ
Ara sampai dirumah
"kenapa sis lambat ?" tanya Crystal yang menunggu Ara dari tadi
"Err, banyak kerja tadi. kenapa adik tak tidur lagi?"
"tak, tadi abang Adam ada datang cari sis, tu lah Crystal takut terjadi hal yang buruk dengan sis"
"oh, tak adalah .Abang Adam ada jumpa sis juga tadi, telefon sis pula rosak tadi, terpaksa beli baru"
"oh, baguslah kalau macam tu"
"Jomlah tidur, sis nak mandi dulu"
Crystal terus masuk bilik dan tidur
Ara bersiap-siap untuk ke cafe
Crystal sudah berangkat ke sekolah tadi
Ara keluar dan mengunci rumah
Ara turun ke bawah dan melihat kelibat seseorang
'Eddy?'
Ara mendekati Eddy
"awak buat apa kat sini?" tanya Ara
"erm, saya takut awak kena culik lagi. Jom saya hantar" kata Eddy
Ara berdiam seketika
"okay, hari ni ja tau"
Eddy tersenyum
Ara pun masuk ke dalam kereta
"nahh!" Eddy memberi sesuatu kepada Ara
"apa ni?" Ara mengeluarkan benda itu, Eddy memberi sebuah telefon kepada Ara
"apa ni? mahal ni"
"hadiah, kan telefon awak rosak"
"tak nak lah" "apasal pula?" hairan Eddy
"saya tak nak berhutang budi dengan awak"
"hei, tu hadiah lah"
"yeke? mana tau encik Eddy ada niat tak baik?"
"awak sendiri cakap saya orang baik, apa awak ni? sakit tau hati saya" kata Eddy kecewa
Ara tersenyum
"Okay, thanks. Nanti saya bayar ansur-ansur" kata Ara
__ADS_1
"suka hati awak lah"
Eddy terus jalan
Ara tersenyum
Mereka sampai ke cafe
"thank you" kata Ara
"jangan rapat sangat dengan boss awak tu"
"kenapa? awak siapa? awak bukan boyfriend saya pun" kata Ara
"Christy!"
"okaylah, saya pergi dulu"
Ara terus pergi
Adam melihat kedatangan Ara
"Ara, awak okey?" tanya Adam
"okay Adam. Sorry menyusahkan semalam, telefon saya rosak"
"tak apa, yang penting awak selamat. Apa yang berlaku semalam?"
Ara terdiam
"Ermm, susah nak cerita. Ringkaskan, saya ni macam umpan si penculik untuk dapat yang dia mahu" kata Ara
"Siapa selamatkan awak? Bekas boss awak?"
"macam mana Adam tahu?"
"semalam saya nampak awak dengan dia"
"oh, ya. Dia yang selamatkan saya"
"tapi dia yang buat awak dalam bahayakan?" tanya Adam
Ara terdiam
"Saya tak salahkan dia, saya pun tak kenal dia, saya tak faham apa situasi yang berlaku. Saya tak peduli tu semua, yang saya pedulikan Ara. Awak tak boleh dekat dengan orang yang boleh membawa hal buruk pada awak, jauhkan diri awak pada dia" kata Adam
"kenapa pula dia perlu jauhkan diri dia daripada saya?" Eddy tiba-tiba datang
"Eddy?" Ara terkejut
"Sebab awak boleh bahayakan nyawa dia, macam semalam" kata Adam
"awak jumpa dia hari ni, dia selamatkan. Saya takkan biarkan orang sentuh Christy biarpun sedikit, termasuk awak" kata Eddy
Adam tersenyum
"awak siapa? boyfriend dia?"
"saya memang bukan siapa-siapa untuk Christy, tapi saya cintakan dia dan dia milik saya" kata Eddy
"encik Eddy, kenapa awak datang? balik lah, jangan keruhkan keadaan lagi"
"awak bela dia?"
"saya tak bela siapa-siapa, tolonglah!"
"Christy, dia atau saya?" kata Eddy
Ara terkejut "apa awak ni?"
Eddy memandang Ara
"huh!! encik Eddy hanya bekas boss saya, saya tak pernah suka kan encik Eddy. Terima kasih sebab selamatkan saya semalam, saya sangat hargai. Encik Adam boss saya, saya dan dia hanya sahabat tak lebih dari itu, dia banyak tolong saya. Saya tak ada masa nak fikir pasal cinta, kahwin dan semua tu. Saya bukan anak Dato, saya perlu cari duit untuk makan, saya tak pandai, tak ada kerja yang bagus!puas, jadi encik Eddy tolong pergi dari sini" bentak Ara
Eddy memandang Ara dengan dingin
"cara awak bercakap, macam dia lebih special di hati awak"
Eddy meletakkan beg telefon baru Ara di meja dan terus pergi
Ara memandang kepergian Eddy dengan sedih
'maafkan saya'
Ara memandang Adam
"saya minta maaf Adam. Terima kasih kerana prihatin, tapi saya boleh jaga diri saya sendiri"
Ara terus sambung membuat kerjanya
Adam menghembus nafas panjang
❤️Thanks for reading my story guys!! I hope your support😙Jangan lupa like and comment tentang pendapat kamu🤗😀Sorry! sekiranya ada silap ejaan😁Comment sahaja bila ada words yang tak faham, i will fahamkan you all😀🤗Enjoy it!💕
__ADS_1