Perjuangan Ku

Perjuangan Ku
ep43


__ADS_3

Yani dan Mikhael pun sudah sampai di hospital.


"Mikhael!" Makcik itupun memeluk Mikhael dengan hiba.


"Macam mana keadaan nya, cik?" Tanya Mikhael.


"Makcik pun belum tau lagi ni, tapi sebelum di hantar ke bilik rawatan kecemasan, keadaan nya agak teruk."Ucap mama Yana dengan suara yang serak.


"Siapa yang bertanggungjawab?" Tanya Mikhael.


"Dokter Nia."Yani pun terkejut.


"Nia??" Tak lama kemudian nama yang di sebut pun datang.


"Kak Nia?" Nia yang mendengar kalimat itupun merasa terkejut seketika.


"Macam mana keadaan anak saya?" Tanya mama Yana. Nia hanya memasang muka kecewa dan menahan air mata.


"Saya minta maaf kerana saya gagal selamat kan anak makcik."


"Innalillahiwainnalillahirojiun."Ucap Mikhael dan Yani.


Plak!


Mamanya Yana pun menampar Nia.


"Pembunuh!" Mamanya Yana pun berteriak histeria.


"Hidupkan kembali anak ku!!" Teriak nya lagi. Nia hanya berdiri menyandar di dinding.


"Astagfirullah,bawa istighfar makcik.Semua ini sudah ketentuan Allah." Mikhael mencuba menenangkan nya.


Yani pun memeluk Nia dan berkata,"Tak pa lah, kakak sudh buat yang terbaik." Nia pun terus membalas pelukan Yani dan meletakkan kepala nya di bahu Yani.


"Sekali lagi saya minta maaf. Saya tahu maaf saya tidak dapat menghidupkan kembali anak makcik.Tapi InSyaAllah , saya akan sentiasa sematkan doa saya untuk arwah Yana." Nia pun berlutut di hadapan mamanya Yana.


Yani membantu Nia untuk berdiri.

__ADS_1


Mamanya Yana sama sekali tidak mempedulikan Nia. Dia pun menelefon keluarganya untuk mengurus jenaza Yana.


Mikhael tak masuk kerana ada rasa takut di dadanya. Dia seakan merasakan bahawa apa yang di alami oleh mama Yana, dia akan alaminya.


"Abang?"


"Hmm"


"Kepergian manusia itu pasti. Kita tak boleh nafikan lagi bahkan menghalang nya. Itu sudah takdir yang sudah di tentukan oleh Allah." Ucap Yani kerana dia merasa apa yang Mikhael risaukan.


"Pergilah masuk dalam. Adik nak temankan Kak Nia dulu." Mikhael pun masuk.


Saat Mikhael masuk, dia dapat melihat wajah Yana seakan tenang tanpa beban.


"Kau sangat tenang dek. Padahal abang belum lagi sempat nak kenalkan Yani kepada kamu. Tapi dia datang tau." Ucap Mikhael dengan wajah datarnya. Bukan tidak berduka, namun Mikhael tidak dapat mengeluarkan rasa itu. Tapi tipu kalau dia tidak merasa sedih.


"Assalamualaikum," Yani pun masuk.


"Cantik, nampak nya kita tak dapat bertemu di dunia. Tapi mungkin kita akan bertemu di sana. Terima kasih atas hadiah nya. Aku tak pernah nampak kau dan ini kali pertama dan terakhir aku jumpa kau. Hadiah yang kau bagi,aku dapat rasa keikhlasan hati mu di situ. Terima kasih banyak. Aku akan jaga dengan baik."Ucap Yani sambil mencium punggung tangan Yana. Tanpa dia sedari, dia membasahi tangan Yana dengan air matanya. Dia tidak pernah melihat Yana tapi dia tetap merasakan keikhlasan Yana melalui hadiah hasil tangannya sendiri.


"Aku yang pernah jumpa pun tak mampu mengeluarkan air mata, tapi kenapa dia semudah itu? selembut itu kah? " Batin Mikhael.


"Tapi saya nak bagitau makcik. Kakak saya adalah dokter dan bukan tuhan. Dia dokter dan dia jugak manusia biasa. Bukan dia yang menentukan takdir seseorang. Iya,dia dokter yang merawat pesakit tapi tak semestinya dokter boleh menyembuhkan seseorang. Kerana takdir ada dengan tuhan, bukan dengan manusia. Saya faham, bukan senang untuk menerima takdir terutama takdir yang memisahkan kita dengan orang tersayang. Tapi kita hanya manusia biasa yang cuma mampu menerima dan menjalani nya. Saya harap makcik tabah dan kuat." Ucap Yani sambil memeluk mamanya Yana. Dia merasakan seolah jiwa Yana ada di tubuh Yani. Dia pun memeluk Yani dengan erat.


Mikhael dan Nia terpegun dengan ucapan Yani. Mereka tau Yani seorang yang positif, tapi ini sangat di luar jangkaan.


"Kami semua turut berdukacita."Ucap semua dokter termasuk Nia, Mikhael dan Yani sambil menunduk hormat.


Setelah itu, mereka pun keluar.


"Huh!" Keluh Nia. Yani pun memeluknya dan berbisik, "Menangis lah, keluarkan semua." Nia pun menangis.


"Adik,jom kita balik dulu. Takut nanti ibu,ayah dan Kamal cari." Ucap Mikhael. Yani pun mengangguk.


"Kak, kakak boleh cari aku bila kakak perlu teman." Ucap Yani dan Nia pun mengangguk.


Mereka berdua pun pergi.

__ADS_1


"Abang,,"


"Kenapa? "


"Perpisahan pahit kan?"


"Sangat! Bahkan ada yang tak mampu menerima kenyataan sehingga buat keputusan untuk bunuh diri." Jawab Mikhael dengan tatapan sendu nya.


"Hmm,, membayangkan nya cukup buat adik sesak nafas, inikan lagi kalau menghadapi nya." Ucap Yani dengan polos.


"Itulah yang aku rasakan jika aku harus berpisah dengan kau." Batin Mikhael. Mereka pun jalan.


Mereka pun sampai ke rumah Yani.


"Assalamualaikum,," Ucap Yani.


"Waalaikumsalam,," Ibu Maya pun keluar.


"Kenapa macam mendung ni? " Tanya Ibu Maya sambil memegang pipi Yani.


"Tiada apa bu."Ucap Yani sambil tersenyum palsu.


"Ermm ibu, Mikhael balik dulu." Mikhael pun memberikan salam hormat kepada Ibu Maya.


"Kamu berdua tak gaduh kan?"


"Tak lah bu." Ucap mereka berdua.


" Ibu, Abang Mikhael penat bu,biarlah dia balik dulu. "


"Assalamualaikum ibu, tolong sampaikan salam kepada ayah dan Kamal."


" Waalaikumsalam, iya nak.Hati-hati ya?"


"Iya bu. "


Mikhael pun pergi.

__ADS_1


Bersambung ~💞


Terima kasih yang setia dengan perjuangan ku. Aku sangat hargai dengan masa yang kamu semua bagi untuk membaca novel yang tak seberapa ni. Hanya tuhan yang dapat membalas semua. Love you guyss 💞💞


__ADS_2