Perjuangan Ku

Perjuangan Ku
ep63


__ADS_3

"Yan, kau ada perancangan kah lepas ni??" Tanya Jessica.


"Ada, bahkan aku dah siapkan beberapa quote. Kali ni aku buat projek quote dan bantu ibu bikin kuih," jawab Yani sambil melihat langit.


"Oh i see." Jessica hanya mengangguk.


"Kau dengan Abang Mikhael?" tanya Chera sambil menatap mata Yani.


Yani hanya diam namun butiran permata air keluar bercucuran.


"Nah!" Jessica memberikan tisu kepada Yani.


"Terkadang lelaki bukan tak peduli, tapi dia tau bahawa 'kawannya' perlu ruang. Tapi aku yakin, dia tak pernah lupakan kau," ucap pemandu tersebut. Jessica merasakan pemandu ini bukan lah orang lain melainkan orang terdekatnya.


Yani tetap diam.


Mereka pun sampai rumah.


"Terima kasih." Mereka pun keluar dari kereta dan Yani memberikan duit namun di tolak dengan pemandu tersebut.


"Abang mu sudah bayar," ucap pemandu tersebut tanpa melihat Yani.


"Tak nampak pun." Pemandu itu hanya menggeleng kepala.


"Pergilah masuk!" Yani tetap berdiri.


"Tak nak masuk?" tanya pemandu itu dengan suara menekan.


"Abang tak perlu lah jadi tukang grab untuk melindungi kami." Pemandu itu terkejut dengan ucapan Yani.


"Maksudnya?"


"Dari segi ton suara, cara abang menyampaikan nasihat, its so familiar for me." Pemandu itupun tertawa kecil dan dia pun membuka mask. Yani yang tau hanya tersenyum miring.


Lain suasana dengan Kamal dan dua adik angkat lelakinya.


"Along, macam mana keadaan Yani selama ni?" tanya Joy.

__ADS_1


"Satu bulan sebelumnya, dia macam psyco. Tapi lepas kami berusaha bawa dia berkomunikasi terus Alhamdulillah,dia sudah terbentuk balik jadi manusia normal," Ujar Kamal sambil tersenyum tipis.


"Dia masih trauma?" tanya Brian yang mulai penasaran.


"Masih, dan kamu berdua mesti tau kan tentang masalah mental Yani?? ibu, ayah termasuk along sendiri membenarkan dia buat benda yang dia inginkan tapi masih di bawah pantauan. Sekurang-kurangnya ini boleh membuat mental Yani ada sedikit ruang." Semua setuju dengan penjelasan Kamal.


"Aku setuju dengan penjelasan along pasal mengikut logika,manusia yang mempunyai masalah mental ni memerlukan ruang untuk berfikir secara bebas. Mungkin bila kita bagi dia ruang, akan ada banyak idea kreatif yang tercipta dari akalnya." Kamal dan Brian kagum dengan pemikiran Joy yang ada peningkatan.


"Btw, aku rasa macam kenal dengan lelaki tadi tu. Macam ada ikatan batin." Kamal pun tertawa dengan ucapan Brian.


"Mau tau??" Brian dan Joy mengangguk.


Kamal pun berbisik dan membuat kedua adik angkatnya itu terkejut.


"Abang Hairul??!!" Hairul terbatuk.


"Nampak nya ada yang sebut nama abang ni," ucap Jessica.


"Mungkin, hahahhaa." Mereka pun ikut tertawa.


"Adik Yani apa khabar?" Tanya Hairul sambil memakan biskut yang di sediakan oleh Ibu Maya.


"Begini,"


FLASHBACK ONN.


"Rul, aku nak bantu Abang Adrian di kedai bengkel kereta, kau nak ikut?" tanya Mikhael sambil bersiap untuk keluar.


"El, aku nak tanya kau ni, budak Yani tu tak kan kau nak angin kan jak dia? meskipun dia kata dia tak nak jumpa kau, itu bukan berarti dia tak nak jumpa kau. Kalau kau macam ni, aku sendiri kecewa dengan tindakan dan pilihan kau," ucap Hairul dengan penuh tekanan emosi.


"Macam ni, kalau kita nak lindungi orang sekeliling kita, kita tak perlu pun untuk minta kepastian seseorang. Tak perlu lagi kau tanya 'adik nak abang bantu?' tak perlu semua tu dan itu pertama. Kedua, bila orang emosi,semua perkataan akan keluar dan tak semua orang begitu. Tapi dalam keadaan hari tu, Yani kehilangan sahabat nya, kita pula anak dari ketua kelompok yang membunuh sahabat nya. Cuba kau fikir?? terkadang kita harus berikan ruang kepada dia untuk berfikir dan bertenang. Aku memang tak jumpa dia face to face, tapi tak semestinya aku tak boleh lindungi dia kan?" Hairul berdiri dan memeluk Mikhael.


"Aku tau kau melakukan hal yang sama kan? kau risaukan aku dan kau tak nak aku macam kau yang sekarang kena abai dengan Nira, kan?" Hairul lepaskan pelukan nya dan memukuli Mikhael.


"Nira dan Yani adalah perempuan yang sangat berdikari dan rendah hati. Kau bayangkan ehk, Nira tak malu untuk belajar masak dengan Yani sedangkan Yani tu kan sangat muda. Untuk Yani, biasanya budak seumuran dia mesti senang untuk terpengaruh dengan penyakit sosial,tapi tidak dengan dia yang memilih berjuang untuk hidup bersama keluarga dan sahabat-sahabat nya. Aku kagum kenal Nira sebagai orang istimewa di hatiku dan Yani sebagai adik perempuan ku," jelas Hairul sambil tersenyum tipis.


"Jadi umi, abi , ayah dan bunda bukan yang spesial di hati mu?" Hairul menepuk dahinya.

__ADS_1


"Mestilah spesial!"


"Kau ada cadangan apa lagi untuk memantau Yani?"


"Aku nak jumpa dia,tapi aku rasa aku harus siap kan beberapa hal dulu untuk bantu persiapan projeknya," ucap Mikhael.


"Jadi aku yang harus turun padang??" Mikhael mengangguk.


"Macam mana dengan Nira?"


"Kawan baik kau,urusan mu lah!" Mikhael terus lari kerana dia tau apa yang Hairul akan buat.


FLASHBACK OFF.


"Dia bukan tak sayang, tapi kerana sayang dia buat macam ni." Yani termenung.


"Jadi apa yang kita perlu buat sekarang?" Tanya Jessica.


"Aku tau!" Chera mula bersuara.


"Kita kan ada cuti satu bulan ni, apa kata-" Chera memandang Yani dan Jessica sambil tersenyum penuh makna.


"Okay!" ucap serentak mereka bertiga. Hairul hanya bingung dengan mereka.


"Ni lah perempuan, susah di ramal!" Ayah Ahmad yang dari tadi menyusun kotak hanya tersenyum.


"Begini, masalah abang dengan Kak Nira serta projek kita akan di kerjakan sama-sama. Semoga dengan izin Tuhan segala urusan kita di berkati," ucap Chera.


"Amin," ucap Jessica.


"Aamiin," ucap Yani dan Hairul.


Mereka pun berbincang.


Ehem, biar kita bagi mereka berbincang dulu ya?? kita bersambung dulu,hahahha.Semoga kita semua di bawah lindungan tuhan dan di berkati-Nya.


Bersambung ~byeeee💞

__ADS_1


#quote


Bagilah ruang untuk seseorang berfikir dengan jernih agar tidak membuat keputusan dengan kepala panas


__ADS_2