Perjuangan Ku

Perjuangan Ku
ep72


__ADS_3

Di tempat parking.


"Yani dan Joy mana?" tanya Mumy Faridah.


"Mereka berdua ada urusan,tapi nanti mereka menyusul di belakang," jelas Chera.


"Okay,sementara tunggu mereka berdua,kita pergi makan dulu," atas arahan Abi Aziz,mereka pun ikut.


"Harap tiada apa yang berlaku," batin Chera.


"Chera tunggu!" Chera pun berhenti.


"Kenapa Abang Mikhael?"


"Abang tau kau mesti tau sesuatu," ucap tajam Mikhael.


"Hurm,aku risau bang. Bukan aku tak larang,malahan aku hampir kehabisan liur untuk melarang tapi mereka tetap bersikap keras untuk lawan orang Tuan Mike," Mikhael sangat terkejut.


"Kenapa tak bagitau awal-awal!?" bentak Mikhael.


"El! kenapa kau bentak Chera?" Adrian datang dan mencuba menenangkan kekasih kecilnya.


"Dan gps yang abang pasang pun dia dah rosak kan," jelas Chera.


"Patutlah aku tak boleh kesan! Haiih!!" Mikhael pergi dengan kelajuan kereta yang super laju.


"Kenapa dia marah sebesar tu?" tanya Adrian.


"Yani,Joy dan Abang Jake pergi selidik orang Tuan Mike," jawab Chera.


"Apa!?" Adrian sangat terkejut.


"Okay,kita masuk dulu. Kalau setengah jam tiada khabar,nanti kita susuli mereka dari belakang," Chera pun setuju dengan cadangan Adrian dan mereka pun masuk.


Di lokasi Yani,,


"Joy,macam mana?aman?" tanya Yani melalui talkie-talkie.


"Aman,tapi kau tunggu jak di situ sampai mereka keluar," jawab Joy.


Beberapa minit kemudian mereka pun keluar.


"Yan,abang sudah pastikan barang bukti ada dengan lelaki berambut kuning tu," Jake ingin memberi info lebih namun dia terus di cekup oleh seseorang.


"Kenapa panggilan terputus? apa yang terjadi?" Yani bingung namun matanya tetap fokus pada target.


"Aku tak boleh hilang jejak," Yani mengekori sekumpulan lelaki tersebut.


Lelaki yang Yani target itu menuju ke tandas.


"Aduh! tak kan aku harus ikut pergi tandas ni," dengan terpaksa,Yani pun ikut. Untung keadaannya mengizinkan.


Tanpa melengahkan masa,Yani langsung membius lelaki tersebut dan mengambil barang tujuan mereka.


"Aku harus cepat tukar hoodie yang aku pakai ni dengan jaket Abang Mika tadi supaya tak ketara sangat," baru sahaja berniat untuk menukar hoodie,sekumpulan penjahat tadi menyerang Yani. Mereka sudah lama sedar kalau Yani mencurigakan.


"Kau fikir boleh lari dengan mudah?" Lelaki berambut hijau itu langsung mencekik Yani sehingga kakinya terangkat.


Namun,bukan Yani kalau pantang menyerah. Dia menggunakan sisa tenaganya untuk menendang bawa perut lelaki itu.


"Yani!" Joy datang tepat masanya. Dia menghabiskan sekumpulan itu dengan santai.


"Kau okay?" tanya Joy.


"Aku okay," ucap nya dengan wajah pucat pasi.


"Tapi kau pucat Yan!"


"Itu belakang cerita. Yang penting kita harus keluar sebelum geng mereka bertambah," Joy pun setuju dan mereka berdua keluar dari tandas dengan secepat mungkinnya.


Setibanya mereka di pintu keluar,mereka di sambut dengan kedatangan sekumpulan budak Joker.


"Belum selesai satu,satu masalah sambut kita," ucap Joy.

__ADS_1


"Mau tak mau kita harus hadapi," balas Yani.


Belum sempat Yani dan Joy bertindak,hampir separuh budak Joker tumbang.


Datang satu lelaki bertopi dan memakai masker berbisik kepada Yani.


"Jom lari!" bisik nya lalu menarik lengan baju Yani dan pergi di ikuti oleh Joy.


Sampai di tempat parking,


"Masuk!" tapi Yani dan Joy tetap berdiri.


"Masuk atau malam ni Jake jadi santapan buaya!" Yani dan Joy langsung naik.


"Ehk abang!" Yani dan Joy sangat terkejut kerana keadaan Jake yang sudah di ikat dan lebam.


"Apa abang dah buat dengan Abang Jake?" tanya Yani yang sudah tau kalau itu adalah Mikhael. Joy terikut bingung.


Yani dan Joy membantu Jake.


"Abang,kita nak pergi mana?" tanya Yani walaupun dia tau Mikhael sudah di sumpah menjadi batu.


"Ehk,inikan jalan rumah Kak Clara!" ucap Yani lagi.


Setelah sampai,mereka pun turun dan di sambut oleh Clara.


"Laaa!!! kenapa sampai macam ni?" tanya Clara.


"Kakak boleh tanya dengan dia nanti," ucap dingin Mikhael.


"Yani?" tanya Clara yang seolah ingin kepastian.


"Ermm,,tiada apa lah kak," elak Yani.


"Tapi kakak nampak Yani dan Joy dah pucat tu,"


"Mungkin pasal lapar kak," jawab Joy.


"Baiklah El. Hati-hati tau!" mereka pun pergi.


Dalam perjalanan,


"Abang,kami buat ni pasal nak cari bukti tentang saudara tiri abang yang sudah mencuri separuh hasil kerja abang. Yani minta bantuan Abang Jake pasal kebetulan Abang Jake tau serba sedikit tentang lelaki tu. Sebenarnya Abang Jake tak nak kami berdua buat ni,tapi-" kalimat Joy terputus kerana Mikhael langsung memotong.


"Tak apa,lain kali buat lagi!"


"Bang,kami berdua minta maaf," ucap Yani sambil menunduk.


"Abang jangan marah kami termasuk Abang Jake. Lain kali kami akan fikir ataupun bincang dulu. Jangan lah marah kami," ucap Yani sambil menangis.


"Haiiyaa!! buat apa nangis oh?! Abang El,pujuk lah Yani!" bukan memujuk,Mikhael malah geli hati.


"Abang tak marah,abang kan diam," Yani terus diam.


Tak lama kemudian mereka sampai.


Joy turun duluan dan Yani masih tinggal dalam kereta.


"Abang,adik minta maaf,"


"Adik,kalau ada masalah jangan berahsia lagi," ucap nya sambil membaringkan tempat duduk Yani agar Yani lebih selesa.


"Baik,tapi adik nak minta tolong, boleh?" tanya Yani.


"Nanti abang panggil Kamal," jawab Mikhael yang sudah tau apa yang Yani perlu.


Tempat makan,


"Kau bagitau Abang El kan?" bisik Joy kepada Chera.


"Aku terpaksa," jawab Chera dengan rasa bersalah.


"Mal," Mikhael pun datang memanggil Kamal.

__ADS_1


"Kenapa?"


"Princess kita panggil kau," Kamal terus berdiri dan pergi berjumpa Yani.


"Aloooongg!"


"Oik! aku belum pekak lagi!" ucap Kamal.


"Along,tolong papah adik," Kamal langsung memapah Yani.


"Kau dari mana?"


"Dari selesaikan misi,"


"Bukan berkaitan dengan spiritual kan?"


"Along jangan risau,ini bukan berkaitan dengan spiritual melainkan berkaitan dengan Abang Mika,"


"Jangan cakap kau pergi cari pasal dengan kumpulan Tuan Mike," Yani hanya tersenyum dan Kamal hanya menggeleng kepala.


"Tu Yani!" Semua melihat kearah Yani.


"Assalamualaikum,maaf Yani lambat," ucap Yani dengan sopan.


"Waalaikumsalam," jawab semua terkecuali keluarga non muslim.


"Tak pa sayang. Janji kamu sampai dan sempat makan malam dengan kita semua," ucap Umi Maimunah sambil tersenyum ramah.


Mereka pun menikmati makan malam.


Di saat mereka menikmati makan malam,tiba-tiba Syazlina,Masyitah dan yang lainnya datang menghampiri meja makan mereka.


"Oh,ini keluarga besar kau?" tanya Syazlina dengan wajah minta penamparnya.


"Ni ramai-ramai ni mesti bincang perkahwinan yang harus di percepatkan kan?" tanya Syazlina lagi.


"Apa maksud mu?" tanya Chera yang tak puas hati.


"Tak payah lah mau pura-pura suci! kau kan sudah terlanjur sama lelaki ni?" tunjuk Syazlina kearah Adrian yang menikmati makanannya.


"Jaga mulut mu!" tegas Chera.


"Kau tiada kerja kah selain urus urusan orang?" tanya Jessica yang sudah terpancing emosi.


"Ngam lah tu,yang satu tiada maruah,yang satu berpenyakit!" ketus Masyitah dengan jelingan mautnya kepada Yani.


"Jangan cuba-cuba hina anak-anak saya!" Kali ini Mumy Faridah yang bersuara.


"Ehk betul lah aunty. Tu lah,lain kali jaga anak tu. Atau jangan-jangan ini pengaruh dari aunty sekeluarga? anak macam setan!" ucap Syazlina.


Plak!


"Lain kali mulut di jaga!" tegas Yani dengan tatapan membunuh.


"Sudah nak,kita pergi dari sini. Tak baik orang nampak," pujuk Ibu Maya.


"Adik pelayan!" pelayan pun datang.


"Tolong kira,"


"Semuanya Rm**"


"Ni,simpan jak bakinya," ucap Ayah Ahmad.


"Dek,kira meja sini juga," ucap Abi Aziz.


"Jom pergi," Ibu Maya dan Umi Maimunah menarik Yani untuk tidak terpancing emosi lagi. Mumy Faridah dan Jessica menarik Chera.


"Aku akan balas!" teriak Syazlina.


Yani dan Chera memandang secara serentak dan tersenyum sinis.


"Dengan senang hati!" ucap mereka berdua. Mereka pun pergi.

__ADS_1


__ADS_2