Perjuangan Ku

Perjuangan Ku
ep52


__ADS_3

Di kebun,


" Ayah!" Teriak Denel dan Brian. Joy tetap lah dengan dunia tidur sambil berjalan nya.


"Hmm,,teringat pula masa budak-budak dulu." Ucap Nawi saat melihat adik-adik nya itu.


"Weyh!! Masa kau umur 14 tahun,kau kan bercouple jak kerja mu." Celah Firdaus.


"Aku atau kita,humm??" Mereka semua tertawa.


Mereka pun menghampiri Ayah Ahmad.


"Assalamualaikum, ayah." Ucap mereka terkecuali Denel dan Brian yang sibuk makan pisang dan Joy yang masih belum sedar.


"Ehem!" Mereka berdua hanya tersenyum.


"Oh iya,,kenapa datang sini?? nanti orang cakap, hensem-hensem tapi kerja kebun." Ucap Ayah Ahmad sambil tertawa.


"Lebih bagus tu yah daripada orang cakap'hensem-hensem tapi pencuri??' lain lah yah kalau pencuri hati." Mereka semua tertawa dengan ucapan Soef.


"Ketara jugak kalau buaya!"


"Jangan cakap macam tu, brother!" Ucap Soef kepada Hairul.


"Apa yang kami boleh bantu, yah?" Tanya Mikhael sambil melihat sekeliling nya.


"Ni nak, sebab sudah terlanjur kamu semua ada di sini, ayah nak minta tolong untuk potong-potongkan kayu lepastu bakar. Kalau dah siap, bantu ayah ambil sayur untuk makan malam nanti, ya??" Jelas Ayah Ahmad.


"Siap yah!" Ucap semangat remaja-remaja lelaki.


Mereka pun membuat kerja dengan penuh semangat.Saat membuat kerja, Hairul perasan kalau Shah tiada dalam kumpulan mereka.

__ADS_1


"Shah mana??"


"Shah ada urusan."Ucap singkat Joy.


"Oh." Singkat Hairul.


Mereka meneruskan kerja mereka sambil bergurau senda. Di saat mereka memotong kayu,mata Ayah Ahmad terpaku dengan Mikhael yang seperti sudah biasa melakukan kerja keras.


"Mikhael macam dah biasa jak??" Mikhael tersenyum.


"Mikhael dan Hairul dulu ada satu guru pertahanan diri. Dia ajar kami macam mana mengurus hidup sehari hari. Salah satunya ni lah,memotong kayu, menyapu halaman rumah. Katanya itu salah satu teknik pertahanan diri." Jelas Mikhael panjang lebar.


"Oh begitu.Ayah sudah nampak calon suami masa depan Yani, hahahahahha." Wajah Mikhael sudah menjadi seperti tomato merah.


"Kami pun sama! Tok Aziz ada bagitau hal yang sama. Aktiviti sehari-hari yang kita anggap leceh sebenarnya boleh jadi salah satu teknik dalam pertahanan diri." Denel pun mengambil sebatang kayu dan memaparkan bakat nya. Tanpa sedar, dia hampir memukul Ayah Ahmad.Dengan pantas dan tenang, Ayah Ahmad menangkis.


"Wow!!" Semua terkejut terkecuali Kamal dan Enzi yang memang tahu kalau ayah mereka tu ada bakat dalam seni bela diri.


"Jangan risau." Ayah Ahmad mengelus lembut kepala Denel.


Sesudah itu, mereka pun bersiap-siap untuk mengambil sayur dan pulang.


Suasana dapur.


"Cheraaaa!!!" Teriak Ibu Maya.


"Kalau goreng ikan, bukan pakai sendok sayur!! Ni ada sendok khas untuk goreng ikan."Semua tepuk dahi.


"Ni, mumy kamu selalu bagitau ibu kalau waktu dia masak,kamu tak bantu, betul?" Tanya Ibu Maya sambil memotong ikan.


"Ehk!!Tak lah bu. Chera bantu jugak tau." Semua tertawa.

__ADS_1


"Oh iya!! Yani mana?" Tanya Jessica yang dari tadi mencari Yani.


"Katanya tadi nak beli keropok." Jawab Nira.


"Takut jak katanya nak. beli keropok, ehk ehk!! Mila dan keluarga dia yang jadi keropok, hahhaha." Nira dan Ibu Maya hanya menggeleng kan kepala melihat tingkah dua manusia yang suka kenakan orang.


"Ni mesti Kak Nira tanya kenapa kami benci sangat dengan si Jamila tu. Kalau kakak nak tau sangat, malam ni kita stay di luar rumah, tempat di mana kamu bertiga(Yani,Chera dan Jessica) selalu lepak." Ucap Chera dengan senyuman yang penuh erti.


"Kakak tunggu." Ucap Nira.


Tak lama kemudian,


"Assalamualaikum,," Yani datang dengan satu plastik hitam bersaiz sederhana yang berisi makanan ringan dan minuman.


"Waalaikumsalam," Ucap Nira dan Ibu Maya.


"Woii!! Kau beli keropok kah buat keropok??" Tanya Chera seolah tidak puas hati.


"Makan keropok,hehehe."Mereka hanya menggeleng.


"Sini bantu kami,pasal tak lama lagi geng-geng lelaki akan datang." Ucap Ibu Maya. Yani pun 'naik padang'.


Sementara mereka memasak, ada orang memberi salam.


"Assalamualaikum,," Yani pun berpaling kerana suara itu agak biasa untuk Yani.


"Waalaikumsalam,,,haaa???!!! " Yani terkejut.


Bersambung~


Penasaran?? hehehhe..tunggu jak ya..Okay, ni aku nak bagitau satu bahasa.Biasanya orang kami biasa pakai perkataan 'Naik padang ataupun masuk padang) berarti seseorang yang sudah lama tak beraksi dan akhirnya join mereka.Gitu lah kalau aku yang mengertikan nya, hahahhaa.So,bye2.Jumpa di next eps..love you guyssssss

__ADS_1


__ADS_2