
Dalam masa yang sama, Yani pun mencari buku yang sama.
"Aaaaaaalooooooooooonnnngggg!!!" Teriak Yani.
"Kau kenapa???!!!" Kamal pun datang sambil memarahi adiknya.
"ada nampak buku hitam tak?" Tanya Yani.
"Tak." Balas Kamal sambil pergi tinggalkan adik nya.
"Along jangan tipu!!" Kamal hanya senyum mengejek.
" Mana ada tipu! Aku tak nampak langsung buku hitam yang mungkin hitam macam kau." Sesudah ucapannya, dia pun siap lari sebelum Yani mengamuk.
"Ish!!" Bentak Yani.
Kerana tak sampai hati, dia pun menghampiri 'musuh tersayang nya'.
"Kenapa kau risau sangat?? istimewa sangat lah buku tu??" Tanya Kamal sambil duduk di tempat tidur Yani.
"Sangat! Buku tu Yani beli harga dia mahal tau...capai 100 ringgit tau." Jelas Yani. Kamal pun terkejut dengan penyataan Yani.
"Kau biar betul!!??"
"Betul lah!! Buku tu best dan boleh jadi inspirasi Yani untuk buat quote motivasi tu.Tak pun,boleh jadi idea untuk buat puisi." Jelas Yani.Kamal hanya menggeleng kepala nya.
"Inspirasi apa kalau buku tu semua berkaitan penyakit mental? otak adik aku dah tak normal." Batin Kamal.
"Buku tu susah dah nak cari." Ucap Yani sambil menunduk.
"Hmm,,dek. Nanti aku temankan kau pergi beli buku, tapi jangan yang mahal sangat.Habis simpanan duit kahwin aku nanti."Jelas Kamal.Yani pun membulatkan matanya.
"Kahwin?? Abang kan sensitif sama perempuan!" Kamal. langsung memberikan jelingan tajam kepada Yani yang hanya tertawa.
"Nak tak?? kalau tak nak lebih bagus." Ucap Kamal.
"Mestilah nak!!!"
"Cepat bersiap sana!" Yani pun pergi bersiap dan Kamal pun keluar dari bilik Yani.
Setelah selesai,Yani pun keluar dari bilik dan mencari keberadaan abang nya.
"Mana along??"
"Woii!!"
"Ehk along!Ibu mana??ayah??" Tanya Yanu yang mencari ibu dan ayah nya.
"Ooohh,, ibu dan ayah pergi rumah belakang, katanya nak bantu-bantu orang untuk persiapan kenduri esok."Jelas Kamal sambil menuju ke arah motor kesayangan nya.
Sebelum mereka pergi, Kamal mendapat pesanan dari seseorang.Wajah Kamal pun berubah jadi serius.
"Bulat,apa pun yang terjadi nanti, kau diam jak tau. Kalau ada yang serang, serang jak sekuat mungkin dan jangan buat pertahanan mu lemah." Pesan Kamal kepada adiknya. Yani tidak hairan kerana Kamal sentiasa memberi nya peringatan jika ada sesuatu yang akan berlaku dan Yani sentiasa percaya kepada abangnya.
"Kau bawa juga kan benda tu?" Tanya Kamal.
"Bawa!" Kamal pun menepuk bahu adiknya dan mereka pun jalan.
Dalam perjalanan, Yani melihat ke belakang,ada van hitam yang mengikuti Kamal dan Yani.
"Abang, ada van!"
"Pegang kuat-kuat!" Kamal pun membawa motor dengan kelajuan tinggi.
" Dorang laju sangat bang!!" Teriak Yani.
"Jangan cemas bulat!!" Balas Kamal.
Van itu pun menghalang jalan Kamal.
"Kurang ajar!"Ucap Kamal dan Yani dengan serentak.
sekumpulan lelaki berbadan besar dan botak pun keluar dan ingin menangkap Yani.
"Tangkap mereka!" Ucap ketua mereka.
"Jangan harap!" Ucap Kamal sambil smirk.
Kamal dan Yani pun melawan mereka. Tiga lelaki berbadan besar berlawan dengan Kamal sambil menggunakan senjata tajam. Dengan tenang,Kamal mengelak senjata mereka.
Sama situasi dengan Yani yang berlawan dengan tiga lelaki yang berbadan besar yang menggunakan senjata tajam.
"Lincah jugak budak perempuan ni!" Ucap salah satu lelaki berbadan besar. Tanpa membuang masa, Yani pun mengeluarkan beberapa jarum bius dan melempar tepat ke arah dada musuh.
"Along!" Yani pun berlari dan membantu abang nya. Dia memberikan flying kick kepada salah satu mereka dan menusuk jarum bius.
Kerana Kamal tidak membawa apa-apa, dia hanya menghandalkan kekuatannya untuk menjatuhkan musuh.
"Bulat!" Kamal pun berlari ke arah adiknya.
"Masa macam ni pun sempat-sempatnya along panggil aku bulat??!!" Kamal hanya mengangkat bahu nya.
"Jom kita pergi dari sini sebelum virus-virus ni bangun.!" Mereka pun pergi.
Setelah bergaduh, akhirnya mereka berdua pun sampai ke kedai buku. Yani sangat terkejut kerana saat mereka sampai, lelaki yang sudah tidak asing baginya sudah menunggu di luar kedai buku.
"Abang Mika!" Yani pun berlari dan memberikan lambaian serta senyuman manisnya. Mikhael pun tersenyum ramah.
"Kenapa abang boleh tau kalau Yani dan along nak pergi kedai buku?" Tanya Yanu dengan laju dan hampir sama dengan kelajuan motor Kamal.
"Aku tau lah kau excited, tapi jangan lah juga sampai rap!" Ejek Kamal.
"Kamal bagitau tadi."Ucap Mikhael. Yani pun tersenyum dan mendekatinya sambil berbisik. "Sampai bila nak menipu?" Mikhael pun terkejut dan Yani pun pergi masuk ke kedai buku dengan santai tanpa mempedulikan dua lelaki itu.
"Itulah Yani si bulat. Nampak kedai buku, jangan kata kau, kami keluarga dia pun kena angin." Mikhael hanya senyum terpaksa.
"Its okay bro! Pelan-pelan jak."Ucap Kamal sambil menepuk bahu Mikhael. Mereka berdua pun masuk.
Situasi di rumah Chera.
"Gail! ada Adrian di luar."Ucap Enzi.
"Oh okay." Dia pun keluar menemui Adrian.
__ADS_1
"Hye!" Ucap Adrian.
"Hye! Kenapa datang malam-malam? ada urusan apa?"Tanya Chera sambil menatap mata Adrian.
"Saja datang nak tengok keadaan mu dan keluarga di sini." Ucap Adrian sambil mengeluarkan martabak jawa kesukaan Chera dari beg nya.
"Wah! Fikir apa tadi isi beg tu."Ucap Chera sambil tertawa kecil. Dia pun mengambil martabak itu dan membawa masuk.
"Jom masuk! Kita makan sama-sama." Adrian pun masuk.
"Ehk Adrian! Sini masuk." Ucap ramah Dady Ritus.
"Iya uncle." Ucap Adrian.
"Jangan panggil uncle lah! Panggil dady dan aunty di dapur tu panggil mumy."Ucap Dady Ritus lagi.
"Oh iya dady." Ucap Adrian sambil tersenyum.
"Umur kamu berapa, Adrian?" Tanya Dady Ritus.
"Umur saya 24 tahun."Balas Adrian.
"Oh.Bagus lah kalau si Chera kenal dan berkawan dengan orang yang lebih tua, dan dady nampak kamu ni pun dewasa juga. Jadi untuk setakat ni, tiada yang perlu di risaukan lagi." Ucap Dady Ritus.
"Syukur Alhamdulillah.Untuk setakat ni, tiada masalah lagi. Tapi saya percaya kalau masalah tu kan selalu ada cuma tak tahu lagi bila. Jadi saya sudah mempersiapkan diri untuk menghadapinya nanti." Ucap Adrian dengan serius. Enzi dan Dady Ritus sangat terpaku di buatnya.
"Untuk setakat ni, okay." Batin Dady Ritus.
"Jauh beza betul dengan kawan-kawan si Gail yang lain. Oh lupa pulak! Mereka yang lain tu kan masih kids!" Batin Enzi.
Tak lama kemudian, Mumy Faridah dan Chera pun keluar dengan minuman dan martabak.
"Amboi! Rancak cerita." Usik Mumy Faridah.
"Biasalah mumy, beliau-beliau kan??" Adrian hanya menggeleng kepala sambil tersenyum malu.
"Mumy nak tanya, Adrian kerja apa?"
"Adrian ada buat bisnis tanaman sambil tunggu panggilan untuk jadi tenaga pengajar." Ucap Adrian sebelum menikmati minuman nya.
"Ni kan, contohnya kalau nanti kamu dapat panggilan di sekolah Chera, dady harap kamu dapat bezakan hal peribadi dan hal kerja." Pesan Dady Ritus.
"Baik dady."
"Abang memang ada rencana nak jadi pengajar di sekolah ku?" Tanya Chera sambil memakan martabak nya.
"Mana-mana jak. Janji selesa dengan suasananya." Chera pun mengangguk.
"Bro! Apa hubungan kau dengan keluarga Mikhael?" Tanya Enzi.
"Umi dan abi Mikhael tu keluarga angkat aku. Jadi semua tanggung jawab mereka, aku yang ambil ahli kalau mereka tak da. Dari segi jaga keselamatan Mikhael dan Hairul, sampai lah dari segi bisnes." Jawab Adrian.
"Umi kamu tak keberatan kalau kamu berkawan dengan non muslim?" Tanya Mumy Faridah.
"Mereka tak pernah mempersoalkan hal tu. Malahan umi dan abi suka bila dorang tau kalau Adrian ada teman perempuan."Jawapan Adrian berjaya membuat mereka tersedak.
"Hahahaha! Lucu boyfriend kau ni Gail!"Ucap Dady Ritus.
"Nampaknya Adrian harus balik."Ucap Adrian.
"Kalau ada masa, datang jak tau. Pintu rumah ni sentiasa terbuka untuk kamu."Ucap Mumy Faridah.
"Iya mumy. Terima kasih atas sambutannya. Adrian balik dulu."Dia pun menyalam tangan keluarga Chera.
"Take care bang." Ucap Odye.
"Iya boy." Ucap Adrian sambil bertepuk tangan dengan Odye.
Chera pun menghantar Adrian sampai di motor.
"Jangan bawa laju-laju tau. Kuburan tak kan habis." Adrian ketawa kerana dia sudah biasa dengan kiasan kasar dari kekasih hati nya.
"Iya manis." Balas Adrian yang berjaya membuat Chera jadi salah tingkah.
"Yang manis, tapi bukan gulaaa!" Enzi pun menutup mulut Odye.
"Jangan tidur lambat tau." Chera hanya tersenyum.Adrian pun pergi.
Kembali ke situasi Yani, Mikhael dan Kamal.
"Bulat,, dari tadi kau pusing-pusing tak da satu pun yang ada di tangan mu. Pemilih sangat kau ni!" Kamal mengeluh kerana Yani jenis sangat teliti bila memilih buku.
"Sabar lah sikit." Ucap Yani.
"Finally!" Ucap Yani dengan teruja namun suaranya tetap pelan.
"Walaupun tak sama, janji sejalan." Ucap Yani sambil mengambil 2 buah buku yang bertajuk'kegelapan membunuh ku' dan 'waktu yang terbuang'. Tidak lupa jugak, dia mengambil beberapa buku kosong dan alat tulis.
"Kau nampak 'adik kesayangan' mu tu! Dia fikir buku tu keropok??" Mikhael hanya tersenyum dan menyapu belakang dada Kamal tanda memberikannya. isyarat untuk bersabar.
Mikhael pun mencari buku kerana dia jugak kaki baca buku. Sampai satu almari, Mikhael mengambil satu buku yang bertajuk 'Kasih yang tiada habisnya'dan beberapa buku dokumentari.
Setelah membayarnya, Mereka ingin keluar namun mereka berjumpa seseorang.
"Hye adik!" Apik menyapa Yani. Yani pun tersenyum namun tidak dengan Kamal dan Mikhael yang tidak selesa.
"Beli apa dek?" Tanya apik.
"Beli kuali." Jawab Yani sambil tersenyum.
"Ehk adik ni! Bergurau pulak."
"Mestilah beli buku."
"Owh...nak tak kita pergi makan?" Tanya Apik kepada Yani seakan hanya Yani sahaja yang wujud di situ. Mikhael dan Kamal hanya ghaib baginya.
"Ehem." Mikhael berdehem.
"Yani jak?? kami??" Sindir Kamal.
"Ehk! Maaf tak nampak." Ucap Apik seakan mengejek.
"Maaf juga ni bang, Yani nak balik terus. Takut jauh malam."Yani menolak Apik dengan sopan.
__ADS_1
"Yani dan yang lain duluan ya?" Mereka pun jalan. Apik hanya menggenggam tangan nya.
"Abang, nanti kita singgah di pasar malam ya?" Kamal hanya mengangguk.
"Abang Mika nak ikut?" Mikhael pun mengangguk.
"Aduh!" Tiba-tiba Mikhael terjatuh dan susah untuk berdiri.
"Kenapa bro?" Kamal dan Yani menghampiri Mikhael.
"Tak tahu ni. Tiba-tiba jatuh dan susah nak berdiri." Jawab Mikhael yang berusaha untuk berdiri.
"Abang diam cuba bertenang lepastu baca doa yang abang tau.Yani cari air dulu." Yani pun pergi membeli air. Setelah sampai, Yani membuka tutup nya dan membaca doa.
"Abang minum."
"Bismillah."Mikhael pun minum.
Yani memegang kakinya dan merasa ada yang sihir Mikhael.
"Abang, Yani minta izin untuk pijak kaki abang,boleh?"
"Boleh." Yani pun memijak kaki Mikhael.
"Auch!" Mikhael meringis.
"Cuba berdiri?" Dia pun berdiri.
"Alhamdulillah." Mikhael sudah boleh bangun.
"Kenapa boleh?" Yani hanya diam dan mengabaikan pertanyaan Kamal.
"Jom!" Mereka pun jalan.
"Aku tak kan biarkan kau lukakan dia." Batin Yani.
"Kurang ajar! Kau lepas kali ni! Tapi bukan hari kedepan nya." Batin lelaki yang melihat mereka dari jauh.
Mereka pun sampai di pasar malam.
"Waaahh!! Bauuuu sate!!"Ucap Yani dengan bahagia.
"Aku jawab telefon dulu." Ucap Mikhael.
"Okay abang. Abang jangan hilang tau." Mikhael hanya memberikan ibu jari.
"Assalamualaikum, umi. "Ucap Mikhael dari telefon.
"**Waalaikumsalam, nak."
"Umi dapat rasa kalau tadi kamu kena sihir**."
"Iya umi. Tapi Yani dah bantu tadi."
"Jangan sampai lalai tau nak. Jangan sampai kamu hilang fokus."
"InSyaAllah,Mikhael tak kan hilang fokus lagi."
"Okay, kamu di mana sekarang? "
"Pasar malam, umi nak pesan apa-apa?"
"Umi mengidam mau makan sate."
"Okay umi."
"Iyalah nak. Assalamualaikum, jaga diri."
"Waalaikumsalam,umi."
Mikhael mematikan telefon nya.
Dia pun pergi mencari sate dan beberapa makanan lain untuk abinya dan keluarga Yani.
Setelah selesai, mereka pun berkumpul di tempat parking.
"Jom balik." Ucap Yani dengan bahagia.
"Amboi! Bahagia sangat." Ucap Kamal.
"Mestilah!"
"Nanti kami singgah di masjid untuk sembahyang dulu." Ucap Mikhael.
"Oh..Okay." Mereka pun jalan.
Sampai di masjid,mereka masuk dan sembahyang. Setelah selesai, mereka pun balik.
Sampai di rumah.
"Terima kasih tau abang dah hantar kami sampai rumah.Nanti sampai rumah, mandi, makan dan rehat."Pesan Yani.
"Kamu pun." Ucap Mikhael sambil mengusap lembut kepala Yani.
Yani pun masuk.
"Thanks bro!" Ucap Kamal sambil memeluk Mikhael.
"No hal. Malahan aku minta maaf pasal sudah buat kau dan Yani terlibat." Ucap Mikhael.
"Aku balik dulu." Mikhael pun balik.
Yani yang mengintai dari jauh hanya tersenyum dan mengeluarkan air mata nya.
"Sejauh mana penderitaan abang, Yani tetap akan ada. InSyaAllah." Batin Yani
"Aku tak kan biarkan ada yang menyakiti orang-orang kesayangan ku" Batin Mikhael.
Selagi aku mampu memperjuangkan mu, akan aku lakukan nya-Mikhael
Bersambung ~
Btw, ni aku mau bagitau sedikit info. Untuk buku Yani tadi yang berharga 100 ringgit, harga rupiah nya adalah 300rb lebih 😊.Terima kasih yang sudah sempatkan diri untuk membaca novel yang tak seberapa ini. Maaf tau kalau lambat update. Byeee💞💞
__ADS_1