Perjuangan Ku

Perjuangan Ku
ep56


__ADS_3

Dalam perjalanan.


"Kenapa aku macam tak sedap hati jak ni." Gumam Yani sambil menggenggam tangan nya sendiri.


"Kenapa dek?" Safura yang perasan tingkah Yani bingung.


"Entah lah kak. Satu posisi, adik teringat along pasal tadi Jessica ada cakap kalau along bertelefon dengan orang jahat." Safura berkerut kening.


"Biar betul?"


Yani hanya mengangkat bahu nya.


"Satu posisi lagi,adik terfikir tentang rumah pondok." Safura bingung dengan ucapan Yani tapi dia tetap meneruskan destinasi mereka.


Saat mereka sampai, mereka terdengar pergaduhan hebat.


"Ada pergaduhan! Jom masuk!" Tegas Yani.


"Kami macam mana??"Tanya Naimatul.


"Kakak bertiga jaga di sini. Kalau terjadi apa-apa, ini kakak guna kan." Yani pun memberikan beberapa jarum bius kepada Nira, Safura dan Naimatul.


"Adik-adik jaga diri tau, terutama Yani." Mereka bertiga mengangguk.


Mereka bertiga pun mengeluarkan pisau belati mereka masing-masing. Safura dan Naimatul terkejut.

__ADS_1


Baru masuk, mereka sudah di sambut dengan beberapa mayat.


"Ya Allah!" Yani pun berlari ke dalam.


"Ya tuhan!! Abang!!" Namun Jessica berlari ke arah seorang mayat yang sangat dia kenali.


"Abang Sam!! Bangun bang!" Chera dan Jessica memeluk erat tubuh Sam.


Sam adalah salah satu senior yang sangat sayang dengan Yani and the geng. Sam sentiasa melayan kerenah mereka dan sentiasa jadi tongkat semangat mereka. Kini apa yang mereka lihat, seorang Sam yang menjadi penyemangat mereka sudah tewas.


"Abang tenang di sana, kami sayang abang." Ucap Chera. Mereka berdua pun memberikan kucupan terakhir di dahi Sam. Chera dan Jessica tidak mampu menangis kerana itulah yang sudah mereka janjikan dengan dia,bahawa mereka tidak akan menangis dan mereka akan tetap berjuang.


Mereka berdua pun ikut Yani.


"Abang Jack!!" Teriak Yani sambil berlari dan menjatuhkan musuh-musuh nya.


"Abang pun tak tahu." Jawab Jack.


"Tok Aziz mana?"


"Abang dah minta Malik bawa Tok Aziz pergi." Jelas Jack.


"Yan!!" Teriak Jessica sambil berlari menghampiri Yani dan di ikuti oleh Chera.


"Kebetulan kamu bertiga ada, kita lawan mereka,siap??!!" Tegas Jack.

__ADS_1


"Siap!!" Mereka pun berlawan.


Yani yang berlawan menggunakan tangan kosong kerana musuh nya tidak menggunakan senjata. Yani menangkap kepala nya dan hempas di batu, tapi masih belum mengalah. Lelaki itupun menendang perut Yani sampai badan Yani terhumban kebelakang.


"Yani!!" Teriak Mereka.


Yani pun bangkit dan menyerang musuh nya tanpa henti.


Di posisi Chera pula, musuh nya yang berbadan gagah buat dia hampir hilang kekuatan. Namun Yani teringat akan Sam, dia pun mengumpulkan tenaga nya dan mencabut pisau belati nya. Namun sayang, gerak geri nya dapat di baca oleh lawannya dan Chera pun di banting.


"Chera!!" Teriak sahabatnya termasuk Jack.


"Ck! Lemah!" Chera menutup matanya dan bangkit dengan rasa sakitnya.Dia mengumpul sisa tenaga nya untuk menyerang lawannya dan itu tidak sia-sia.


Jessica dan Jack bergabung tenaga untuk jatuhkan lawan mereka yang tidak kalah dengan kekuatan lawan Chera dan Yani. Jessica mengambil pisau belatinya dan menusukkan ke arah bahu lawannya. Jack pula memberikan tendangan pantas kearah wajahnya dan tandangan pusing ke arah luka bahunya dan lawannya pun jatuh.


Mereka berempat pun berkumpul.


"Wah! Wah! Bahagia ehk?" Ucap seorang lelaki berbadan besar dan gaya seperti samseng.


"Kau pergi dari sini sebelum terlambat!" Tengking Jack.


"Orang kata,kau paling kuat. Tapi,,, aku nampak macam ayam mati! Puih!" Ucap lelaki itu yang merupakan ketua mereka sambil meludah.


"Kurang ajar!!" Tengking Jack.

__ADS_1


Bersambung~💞


Hehehehe...terima kasih kerana sudi membaca novel yang tak seberapa ini. Hanya tuhan yang dapat membalas kebaikan kamu. Have a nice life..💞💞😘bye2


__ADS_2