
FLASHBACKONN(Yani dan Denel.)
"Yan!!" Teriak Denel sambil memeriksa kerja sekolah Yani.
"Kau kenapa?" Tanya Yani.
"Kau tanya kenapa?? kau punya kerja math ni macam mana?? semua macam taik sapi jak aku nampak. Tolong lah Yani bagi cantik dan kemas sikit kerja-kerja mu. Macam mana lah Sir Irm tak marah terus." Denel terus membebel dan Yani hanya menyandarkan kepalanya di tiang pondok sekolah.
"Kau ada masalah kah?? kalau ada, cerita lah." Ucap Denel sambil menyusun rapi buku-buku Yani.
"Orang selalu banding-bandingkan aku dengan Si Ain. Padahal kemampuan ku sama kemampuan nya tu jauh beza. Semua cikgu sibuk bandingkan aku sama dia. Dorang selalu cakap'tengok lah Ain tu, dah lah penampilan nya manis, bijak lagi.' Aku bukan tak suka orang puji kawan ku, tapi aku tak suka kalau dorang selalu mau bandingkan aku sama dia." Jelas Yani dengan wajah kecewa nya.
"Mungkin cikgu buat begitu untuk buat kau lebih merasa hantarnya persaingan." Ucap Denel.
"Tapi caranya makin buat mental ku jatuh, Denel." Ucap Yani lagi.
"Memang lah jatuh kalau kau ambil sisi negatifnya.Cuba ambil sisi positifnya?? orang sekitar kita ni sebenarnya prihatin dengan kita. Cuma lain orang lain lah caranya. Ada yang tegur kau dengan cara face to face. Ada yang main sindir dan sejalan dengan nya. Setiap cara ada dua tenaga iaitu positif dan negatif." Jelas Denel dengan lembut sambil menatap langit.
"Betul juga. Mungkin aku yang terlalu fikir negatif kan?? hmmm,,thanks Nel." Ucap Yani sambil menatap langit.
"Kau berterima kasih dengan aku tapi mata mu menatap langit,, ada kah muka ku di langit??" Tanya Denel dengan nada bergurau.
" Aku nangis." Ucap singkat Yani. Denel hanya bingung.
"Terus?" Tanya Denel yang masih kebingungan.
"Aku tak boleh tengok orang kalau aku menangis. Kalau aku kecewa,aku cuma tengok langit." Denel pun tersenyum.
"Yan, kekecewaan kita akan terbalas dengan kebahagiaan, janji kita sendiri yang berusaha untuk memecahkan dinding kekecewaan itu." Ucap Denel lagi.
" Aku macam kenal jak ayat tu??" Yani langsung menatap tajam ke arah Denel.
__ADS_1
"Hehe,, aku ada baca di tembok sekolah,tak sangka pulak kau yang tulis." Jawab Denel.
"Nel, kenapa kau selalu temankan aku?"
"Kau percaya dengan definisi 'sahabat?' " Denel kembali mempertanyakan kepada Yani.
"Percaya!" Jawab Yani dengan semangat.
"Nah!! Jadi kalau kau percaya dan faham ertinya, itu lah aku, Chera, Jessica, Joy, Brian dan si zirafah sesat." Jawab Denel.
"Zirafah?"
"Si Shah!" Ucap Chera dan Jessica yang tiba-tiba muncul.
"Ehk?? ada makanan?" Tanya Denel yang melihat ada beberapa makanan ringan yang di bawa oleh Chera.
"Ha ah. Jom makan sambil mengumpat." Semua tertawa dengan ucapan Jessica.
"Gila tak sayang??!! Mestilah sayang." Jawab Denel dengan semangat.
"Sejauh mana kau sayang kami?" Joy,Shah Brian pun datang.
"Pegang kata-kata ku, aku akan lindungi sahabat-sahabat ku walaupun akhir cerita aku yang terkorban. Satu lagi, aku tak boleh pilih sahabat mana yang aku harus lindungi, tapi kalau ada antara kamu semua dalam bahaya, itu yang aku lindungi. Tapi ingat ah, selagi aku masih mampu, aku akan buat." Ucap Denel sambil menepuk dadanya. Sahabat lelaki nya pun memeluknya.
FLASHBACK OFF.
Tanpa di sedari, Yani pun mengeluarkan air matanya.
"Nel, secepat ini kau tinggalkan persahabatan kita?? padahal kita sudah janji kan kalau mau berjaya tu mesti sama-sama. Tapi kenapa kau jalan duluan??!! Kenapaaa!!!??" Yani pun berteriak di dekat tasik.
"Semua sudah takdir,Yan." Ucap seorang lelaki yang menghampiri Yani.
__ADS_1
"Shah?" Shah pun menghampiri Yani.
"Kita boleh rasa kehilangan, tapi kita tak boleh menyalahkan takdir. Aku tau kau mesti masih ingat kan kata-kata mu tu?" Yani pun terduduk.
"Shah, aku rasa bersalah pasal aku tak defend dia. Padahal kita pernah janji untuk melindungi satu sama lain." Ucap Yani sambil menangis.
"Ikhlaskan tidak semestinya harus melupakan. Kita harus Ikhlaskan kepergiannya tanpa melupakan semua kenangan dan jasa sahabat kita, Yan." Mata Shah mulai berkaca.
"Sini kita duduk dulu." Ucap Shah sambil membantu Yani berdiri dengan memakai sapu tangan nya.
"Aku tau, selain pemergian Denel, ada satu hal yang buat kau kecewa, kan?" Yani menunduk.
"Aku tau semua." Yani langsung menatap Shah.
"Maksud mu?"
"Aku tau kalau Abang Mikhael tu anak dari orang yang memimpin kumpulan jahat tu. Tapi dia dan Abang Hairul yang merupakan adik-beradik kandung tu hampir di jadikan barang taruhan bahkan lelaki tu buang dua adik-beradik ni. Nasib baik berpihak dengan mereka berdua, mama kandung Abang Mikhael dan Abang Hairul ni jumpa mereka di salah satu kebun terbiar. Mereka berdua pun di bawa pergi dari daerah situ dan di bawa pergi sini. Kalau kau tanya kenapa mereka berdua tak sama mama,,, Umi maimunah tu ada adik dan adik dia tak ada anak. Nah! Jadilah Si Abang Hairul ni anak asuhan adik kepada Umi Maimunah. Sampai dorang ni berumur 14 tahun, Abah Aziz ada ambil anak angkat lagi dan anak angkat dorang tu Abang Adrian. Kalau aku cerita dengan kau, macam tak manis lah kan? lebih baik kau tanya deteil dengan tuan punya badan." Jelas panjang lebar Shah.
"Aku belum siap nak jumpa dorang." Ucap Yani dengan datar.
"Ibu?? ayah?? kau tak nak jumpa dorang? kau tak nak mandi?? kau ni dah lah bau darah. Tak pasal-pasal orang fikir kau ni vampire." Yani hanya diam.
"Aku akan balik tapi tak berarti aku nak jumpa mereka kecuali ibu dan ayah aku." Yani pun berdiri dan pergi. Shah yang tau sifat Yani hanya menatap dari jauh.
"Jangan bawa laju-laju." Shah berteriak meskipun dia tau Yani hanya menganggap nya angin.
"Kehidupan yang sukar untuk di teka dan manusia yang suka menerka akan kehidupan seterusnya." Ucap Shah sendiri sambil memegang gambar nya bersama sahabat-sahabat nya.
Bersambung~ Terima kasih yang tetap stay.Hanya tuhan yang mampu membalas nya. Love you all 😘😘💞
Kita boleh mengikhlaskan tanpa harus melupakan kenangan terindah bersamanya.-@airinmukrimh
__ADS_1