
"Assalamualaikum!!Yani!!" Ibu, ayah dan Kamal pun datang.
"Waalaikumsalam!" Nira pun keluar.
"Mana Yani??!!" Tanya Ayah Ahmad dengan panik.
"Dia ada di dalam bilik, ayah.Nira agak terkejut tadi pasal awal tu kami okay jak, tak tahu kenapa tiba-tiba boleh pengsan."Jelas Nira yang ketakutan.
"Memang kebelakangan ni dia selalu. pengsan, Nira. Ibu pun tak tahu kenapa." Ucap Ibu Maya.
"Tu lah kenapa ayah tak nak dia buat aktiviti dulu." Ucap Ayah Ahmad.Malam lepas pergi kedai buku, dia sambung memujuk ayahnya dan akhirnya di benarkan.
"Macam ni, Nira ikut ibu ya untuk lanjutkan kerja di dapur, Yani biar Kamal yang jaga." Ucap Ayah Ahmad.
"Betul tu Ra.Lagipun kamu kan hari tu kata nak belajar di dapur.?". Sambung Ibu Maya.
"Iya bu,hehehe." Mereka berdua pun pergi ke dapur, Ayah Ahmad duduk di luar dan Kamal menjadi pengawal keselamatan untuk adiknya.
"Bulat, bangun lah. Jangan pengsan lama sangat." Tiba-tiba telefon Yani bergetar. Dia melihat kalau Yani mendapat pesan dari daus.
"Daus mana ni?? mustahil pulak Firdaus." Kamal pun memeriksa telefon Yani. Meskipun ada kata laluan, tapi itu tidak berkesan untuk Kamal, Mikhael, Enzi dan Chera. Kerana Yani memang tiada rahasia dengan mereka selain kedua orang tuanya.
"Astagfirullah!" Betapa terkejutnya Kamal saat melihat gambar yang daus kirim kepada Yani.
"Mustahil adik aku melakukan hal memalukan begini." Ucap Kamal yang sedang mengawal emosinya.
Dia pun memberi tahu kedua orang tuanya dan Nira.
"Ibu, ayah, Kamal, percayalah. Ni semua edit jak." Nira mencuba menenangkan keluarga Yani.
"Gila kah aku percaya hal ni??!! dia jalan pun tak pernah sendiri." Ucap Kamal dengan emosi.
"Siapa bagi?" Tanya Nira yang juga sedang menahan emosi.
"Daus." Nira terus terkejut.
__ADS_1
"Firdaus??"
"Daus,Nira." Nira langsung berkerut kening.
"Tunggu!Daus yang pernah hina Yani??" Kamal mengangguk.
"Dia belum kenal aku siapa."Gumam Nira. Ibu Maya yang mendengar tu pun langsung menenangkan Nira.
"Sabar nak.Janji kita percaya dengan Yani. Sekarang yang penting adalah kepercayaan kita." Mereka setuju dengan ucapan Ibu Maya.
"Tapi macam mana dengan mulut orang?" Tanya Kamal.
"Ayah yakin Yani hati besi." Mereka semua menatap Ayah Ahmad.
Tak lama kemudian, Yani pun sedar.
"Apa yang terjadi?" Semua hanya diam.
"Rehat lah dulu nak,nanti kami cerita." Ucap lembut Ibu Maya.
"Jadi siapa jaga rumah?" Tanya Ibu Maya.
"Ada pembantu jugak bu." Mereka pun mengangguk. Nira ambil telefon dan keluar untuk meminta izin dengan mamanya.
Kamal memberikan Yani telefon nya.
"Macam mana perasaan mu?? masih tak selesa?" Tanya Kamal yang menggantikan posisi kedua orang tuanya yang sedang berada di luar kerana tidak tahan menahan air mata.
"Tak tahu long. Macam masih tak stabil lagi." Balas Yani dengan keadaan yang masih longlai.
"Kau minum apa-apa?? atau mau makan?" Yani menggeleng kan kepala.
"Makan lah sikit, atau kau mau aku belikan puding strawberi??atau puding melon?" Yani terdiam.
"Puding melon." Ucap nya sambil tersenyum. Kamal pun berdiri dan mengelus lembut kepala adik nya.
__ADS_1
"Tunggu sini! Jangan jalan dulu." Yani pun diam.
Tak lama kemudian, Nira datang.
"Kakak di bagi izin?" Nira pun tersenyum manis.
"Mestilah!" Mereka berdua pun bertepuk tangan.
"Sebenarnya apa yang terjadi kak?? kenapa ibu, ayah dan along macam lain." Nira yang tidak sampai hati itu pun cerita dengan Yani.
"Oh." Singkat Yani.
"Buat jak macam tiada terjadi apa-apa, tapi kalau ada jiran yang mengungkit hal tu, kakak bawa ibu dan ayah masuk, biar adik yang hadapi." Nira sangat terkejut.
"Adik, ini sangat berat untuk budak seumuran ka.." Belum sempat Nira lanjutkan, Yani dah tersenyum saiko.
"Biar saiko lawan saiko!" Bulu roma Nira sudah naik saat Yani berkata seperti itu.
"Kak, ada benda yang harus guna mental. Ibarat darah balas darah, malu balas malu dan saiko lawan saiko." Ucap Yani yang cuba bertenang agar Nira tidak ketakutan.
"Tapi adik tak buat benda yang melebihi batas kan?" Yani hanya tersenyum.
"Kak, Yani tau kalau kakak rasa risau dengan adik, tapi Tok Aziz ada ajar,sikap bertanggungjawab dan. berpendirian teguh tidak semestinya dari umur,tapi dari jiwa!" Jelas Yani sambil memegang dadanya.
"Kakak kagum dengan adik. Bukan setakat cantik, bijak, pandai masak , lepastu dewasa lagi." Yani hanya menggeleng kepala sambil tertawa.
"Alhamdulillah, Allah bagi adik kelebihan di dalam kelemahan." Ucap Yani.
"Kita semua manusia di cipta masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Kita hanya perlu bersyukur tanpa mengeluh atas ujian yang Allah bagi. Mengeluh penat tu biasa lah kan, tapi jangan terlalu biasakan nya." Nira pun memeluk Yani.
"Aku tau, di balik ketegaran seorang Yani, tetap ada dinding yang mudah rapuh." Batin Nira.
Bersambung~💞
bekerja keras lah tanpa harus mengeluh-Yani.
__ADS_1