Perjuangan Ku

Perjuangan Ku
ep61


__ADS_3

Malam menjelang.


" Yani rasa kehilangan sangat ni sampai sekarang tak balik-balik." Ucap Nira sambil menunduk.


" Siapa lah yang tak rasa kehilangan,tu kan sahabat terbaik dia." Ucap Firdaus.


"Sahabat sejati ni ibarat macam kembar. Kau nak pergi belajar, tengok mukanya. Kau nak pergi jalan,mesti rasa ada yang kurang kalau tak ajak salah satu sahabat. Kawan ramai boleh dapat, tapi sahabat?? syukur alhamdulillah kalau boleh dapat 1 atau 2. Percayalah, bukan Yani jak yang rasa Terpukul dan kehilangan, Chera, Jessica, Brian, Shah dan kena-kena lagi dengan Joy. Kita harus faham situasi mereka terutama nya Yani macam mana." Ucap Nawi sambil memandang langit yang tak berbintang.


Di saat mereka bercerita,Yani pun sampai. Dia berjalan ke arah Mikhael.


"Abang tahu tak?? Luka yang abang nampak ni tak sesakit dan sedalam luka yang abang cipta kepada Yani." Ucap Yani dengan datar.


Plak!


"Mikhael!" Semua terkejut saat Yani menampar pipi Mikhael.


"Selepas Denel, siapa lagi?? keluarga Yani??!!!!! Atau sahabat Yani lagi!!!???" Tanya Yani dengan nada yang membentak.


Mikhael hanya diam. Dia tak tahu bagaimana dia ingin menjelaskan semua kalau keadaan Yani yang seperti kena rasuk oleh singa betina.


"Jawab lah!!" Bentak Yani yang masih menahan air matanya. Ibu Maya dan Ayah Ahmad pun datang dan mencuba menenangkan hati Yani.


"Sabar sayang, Mikhael mesti ada alasan yang kuat." Ucap Ayah Ahmad sambil mengusap lembut bahu Yani.


"Kita bincang di dalam, jangan di luar. Kalau boleh bincang baik-baik, kenapa harus main kasar,sayang." Ucap lembut Ibu Maya sambil mencium ubun-ubun Yani.


"Mulai sekarang, kita tiada apa-apa. Anggap jak aku sudah mati dalam hidup mu. Jangan pernah muncul dalam hidup ku!!! Tiada lagi nama Mikhael dalam hidup ku!" Yani pun masuk ke dalam rumah meninggalkan Mikhael dan yang lain.


" Adik!" Semua ingin mencegah Yani namun Mikhael halang.


"Kenapa kau diam jak??!! Kau tak nak pertahankan Yani?" Tanya Hairul yang panik.


"Pertama, Mikhael nak minta maaf dengan ayah dan ibu. Kalau Mikhael buat semua orang terluka atau kecewa. Kedua, biarlah Yani melampiaskan emosi nya dulu. Mikhael faham apa yang dia rasa. Ketiga,," Mikhael pun berbisik dengan Ayah Ahmad.


"Boleh kan,ayah?" Ayah Ahmad pun memeluk Mikhael dan berkata iya.


"Kalau begitu, Mikhael balik dulu." Dia pun meminta izin di ikuti dengan yang lain.

__ADS_1


"Sayang,," Panggil Ibu Maya kepada Yani. Namun Yani tetap berada di bilik nya.


"Biarlah dulu dia. Mungkin dia masih perlukan masa." Ucap Ayah Ahmad sambil duduk di kerusi.


"Tapi tadi dia terlampau sangat, yah." Ucap Kamal.


Di bilik.


"Aku salah, aku salah,aku salah..." Ucap Yani sambil memainkan pensil nya dengan tatapan yang kosong. Telefonnya terus berdering namun dia tidak peduli.


1minggu berlalu Yani tetap sama. Seminggu itu juga dia tak boleh tidur dan seminggu itu juga dia tak makan.


"Woi Yani!! Dah berapa hari kau tak makan?! Sini keluar!" Tegas Kamal.


"Along, biar ibu yang pujuk dia." Ibu Maya pun mengetuk pintu bilik Yani.


"Sayang,, sudah lah tu bersemi dalam bilik tuuu. Sini keluar. Ibu ada masak masakan kesukaan anak perempuan ibu ni." Ucap lembut Ibu Maya dalam menahan air mata nya.


"Sayang,,, seminggu dah." Ibu Maya pun menangis. Yani membuka pintu bilik nya dan memeluk ibunya.


"Tapi kamu makan dulu tau?? lepastu tidur." Ucap lembut Ibu Maya sambil mencium ubun-ubun anak nya.


"Kau mau apa?? nanti aku belikan." Ucap Kamal sambil mengelus lembut kepala adik nya.


"Boleh kah hantarkan makanan dalam bilik?? pasal Yani buat kerja dalam bilik." Ucap Yani yang masih dalam keadaan datar.


"Kerja apa?" Tanya Ayah Ahmad.


"Nak buat something yang boleh kena di hati." Jawab Yani.


"Tiada tandingannya kalau kita beribadah." Ucap Ayah Ahmad sambil mengusap pipi anak perempuannya itu.


"Sayang, bolehkan kalau makan di luar?? tak sopan tau makan dalam bilik. Sekaligus kita boleh cerita dari hati ke hati." Yani pun setuju dengan cadangan ibunya.


Mereka pun berjaya memujuk Yani dan mereka pun makan bersama.


Setelah selesai, Yani pun menghela nafas dan mengucap' Alhamdulillah.'

__ADS_1


" Ceritalah,," Yani pun mula.


"Adik minta maaf,," Yani yang tadi datar kini berubah menjadi Yani yang lembut.


"Hmm,, kenapa marah besar sangat dengan Mikhael?" Tanya Ayah Ahmad.


"Adik kecewa dengan dia,yah. Dia sudah janji kalau tiada apa yang tersembunyi lagi di antara kami. Tapi?? ayah,ibu dan along nampak kan??" Yani mula menangis.


"Sayang, kecewa tu boleh tapi jangan sampai melarut. Kecewa itu memang salah satu perasaan yang ada pada manusia. Tapi tak semestinya kekecewaan kita di jadikan alasan untuk menutup pintu hati kita untuk menerima maaf mereka. Ni ibu bagitau, kita manusia biasa. Kita memang tak pernah lari dari rasa kecewa, sakit hati dan saudara-saudaranya. Kadang juga rasa semua tu terbalut dengan amarah,betul tak?" Yani menganguk pelan.


"Nak tahu macam mana cara hilangkan semua rasa tu??"


"Mm."


" Memaafkan dan mengikhlaskan." Ucap Ibu Maya sambil mengelus lembut tangan Yani.


"Kamu pernah kata kalau mengikhlaskan itu lebih indah dan kita juga tak boleh melawan takdir yang sudah tertulis. Persoalannya, kenapa ibu nampak kamu sekarang yang tak boleh mengikhlaskannya?? ibu cuma berharap nanti kamu tak akan jadi lebih gila bila ibu dan ayah ataupun along yang tiada." Yani pun menangis sepuas puasnya selepas mendengar ucapan dari ibunya.


"Adik minta maaf bu. Adik tau adik salah dan adik selalu lupa diri bila amarah menguasai diri.Adik minta maaf bu." Yani pun memeluk ibunya sepenuh hati.


"Ibu jak?? ayah macam mana??" Yani pun memeluk ayahnya.


"Jadi aku?? anak pisang?" Yani pun memukul bahu abangnya dan menyandar di bahu abangnya.


"Ayah sudah pesan berapa kali, jangan terlalu mengurung diri kalau dalam keadaan amarah. Nanti jiwa kamu kacau dan kamu tau kan apa yang akan terjadi?" Ayah Ahmad memperingati Yani.


"Iya ayah."


Mereka pun berdamai.


Bersambung ~


Sebelum pergi next bab, ni nak pesan:


Bila rasa kecewa, kembali lah pada tuhan. Tuhan maha mengetahui segala apa yang terjadi. Jangan pernah mengambil keputusan terburu-buru/ tergesa-gesa. Kerana penyesalan sentiasa hadir di akhir cerita.So,harap semua take note dan faham apa yang aku nak sampai kan.


Lagi satu, jaga diri semua..💞💞love you all

__ADS_1


__ADS_2