
Malam menjelang.
"Ibu, Yani nak buat kek untuk jualan, boleh?" Tanya Yani di dapur.
"Tak boleh!" Ucap Ibu Maya dengan datar.
"Kenapa pulak, ibu?" Tanya Yani dengan mata berbinar.
"Hahahahhaha!! Ibu gurau jak lah." Yani pun menepuk dahinya.
"Ibu okay-okay jak, janji kalau nak berbisnis ni dia banyak syarat tau. Antaranya konsisten, mesti sabar dan bila nak buat sesuatu tu harus ikhlas dan penuh kasih sayang. Jangan lupa pulak mulakan dengan Bismillah." Jelas Ibu Maya.
"Baik bu. Yani pun dah siapkan mental lama dah.Cuma Yani nak minta izin dan restu dulu. Terima kasih tau bu. Nanti Yani bincang dengan ayah pasal dia yang sangat susah nak bawa bincang." Ucap Yani. Meskipun terkesan Ayah Ahmad sangat memanjakan Yani, namun dia lah yang terlalu melindungi Yani sehingga semua langkah Yani harus di iringi pantauannya. Mungkin kerana rasa sayang nya terhadap anak bongsu nya itu.
"Betul tu Yani. Ibu pun susah nak bantu kalau ayah kamu dah buat keputusan." Ucap Ibu Maya. Yani hanya mengangguk tanda setuju. Dia pun pergi bertemu ayahnya.
"Ayah, Yani ada rencana nak buat jualan kecil untuk menghilangkan rasa bosan Yani di rumah,Boleh?" Tanya Yani secara terus terang.
"Ayah tak setuju!" Tegas Ayah Ahmad.
"Kenapa pula yah??" Tanya Yani yang mula berkaca.
"Kamu tu belum sembuh penuh, nak. Jangan lah dulu buat sesuatu yang menyusahkan diri kamu sendiri." Yani pun tunduk kecewa. Tapi itu bukan lah Yani jika terus menyerah.
"Okay ayah. Nanti besok Yani sambung pujuk ayah tau!" Ayah Ahmad,Ibu Maya dan Kamal hanya tertawa kerana mereka tau kalau Yani bukan lah yang mudah menyerah.
__ADS_1
"Bulat!Aku cabar kau! Kalau kau dapat pujuk ayah dalam masa satu minggu, aku bawa kau jalan-jalan, nak?" Tawar Kamal.
"Sedap mulut jak nak panggil orang bulat! Along tak payah lah nak tawar bawa jalan. Aku tau betul lah along bawa jalan pun dari ruang tamu sampai dapur kan??" Kamal tertawa.
"Kan jalan jugak namanya." Dan akhirnya peperangan lempar bantal di mulai. Ayah Ahmad dan Ibu Maya hanya redha melihat kedua anak mereka.
Rumah keluarga Mikhael.
"Macam mana hubungan kamu dengan Yani?" Tanya Umi Maimunah.
"Biasa-biasa jak umi. Cuma tadi dia ada cakap kalau dia nak buat kek untuk di jual." Jawab Mikhael sambil mencari sesuatu.
"Bagus idea tu! Umi bangga dengan Yani pasal umur semuda dia sudah fikir bisnis."Ucap Umi Maimunah.
"Tunggu! Dari tadi umi perasan kamu mencari sesuatu yang sampai sekarang tak jumpa-jumpa." Tanya Umi Maimunah yang bingung dengan gerak gerik anak nya.
"Umi tak tahu pun kalau kamu ada buku setebal begitu. Pasal umi tau, walaupun kamu suka baca buku tapi setebal 900 muka surat." Ucap Umi Maimunah lagi.
"Buku Yani." Sekali lagi Umi Maimunah terkejut.
"Kamu biar betul??!!" Mikhael hanya mengangguk. Mikhael pun menceritakan kepada uminya waktu Yani berada di rumah kerjanya bersama Dhiana dan Nur.
FLASHBACK ONN
"Bro, aku tadi ada nampak buku warna hitam, tajuk dia 'kegelapan'.Buku tu gila tebal nya tak boleh bawa bincang." Jelas Enzi yang tak sengaja melihat buku di meja Yani.
__ADS_1
"Kenapa tak ambik?" Tanya Kamal.
"Aku nak ambik, tapi Dhiana larang. Katanya Yani tak bagi siapapun pegang buku tu." Ucap Enzi lagi.
"Macam ni, kita dua alihkan perhatian Yani dan kawan-kawannya, Mikhael masuk bilik Yani. Pandai-pandai kau lah buat alasan." Mereka pun setuju.
"Jadi, jom kita pergi bawa mereka cerita-cerita kosong dan Mikhael,kau buat lah kerja kau eh? " Mikhael pun berdiri dan pergi menuju bilik Yani.
Di bilik Yani.
"Mana buku yang Enzi kata tadi ehk??" Mikhael pun mencari.
"Nah ini dia!" Akhirnya Mikhael jumpa jugak buku yang di maksudkan oleh Enzi.
"Tebal nya! Aku sendiri tak pernah baca setebal ini." Saat Mikhael mengambil buku tersebut, satu kertas terjatuh dari buku itu.
" Apa ni?" Mikhael pun mengambil dan membacanya.
" aku takut kegelapan membawa ku pergi." Mikhael pun terkejut membaca isi kertas itu. Dia pun sudah mulai faham apa yang terjadi kepada Yani.
FLASHBACK OFF.
"Astagfirullah!" Umi Maimunah terkejut mendengar cerita dari Mikhael.
"Jadi Mikhael nak cari buku tu pasal nak cari tau rahasia apa yang Yani simpan." Jelas Mikhael. Kerana cerita dari Mikhael, Umi Maimunah pun ikut mencari buku itu.
__ADS_1
Bersambung ~
Hati dan jiwa ku tidak sejalan-Yani