Perjuangan Ku

Perjuangan Ku
ep66


__ADS_3

"Abang!" Chera, Jessica dan Joy sangat terkejut ternampak seorang Mikhael berdiri di depan pintu dapur.


"Buku apa yang kamu bertiga maksudkan?" tanya Mikhael dengan tatapan tajam.


"Tiada apa lah bang. Mungkin abang salah dengar jak tadi," Jessica cuba membantu dua sahabat nya mengelak dari keadaan suntuk.


"Oh," Mikhael pun pergi.


"Syukur lah dia percaya," ucap lega Chera sambil mengusap dadanya dan begitu jugak dengan Joy dan Jessica.


"Aku yakin budak tiga orang tu tau tentang buku tu." Batin Mikhael.


Mereka pun berkumpul di ruang makan. Semua sudah berkumpul terkecuali Yani yang berkurung di bilik.


"Kenapa Yani tak keluar bu?" tanya Mikhael.


"Dia memang macam tu, setiap Maghrib mesti lemas," jawab Ibu Maya.


"Tapi dulu dokter kan memang ada kata kalau sakit Yani ni mungkin membawa kesan teruk salah satunya lemas badan," ujar Nira.


"Kalau waktu-waktu biasa dia memang lemas tapi masih boleh bawa diri, tapi setiap Maghrib dia akan terbaring selepas sembahyang," ujar Kamal sambil menyendok makanan.


"Maaf ibu, ayah, kamal. Aku nak izin masuk,boleh?" Ibu Maya dan Ayah Ahmad melihat satu sama lain.


"Ermm, kamu nak buat apa nak?" tanya Ayah Ahmad.


"Nak tengok Yani yah. Ayah dan ibu percaya El kan?" mereka mengangguk.


"Rul, tolong tuangkan air minum dan ambilkan beberapa biji bawang merah," Hairul pun mengikut arahan dari Mikhael.


Tak lama kemudian Hairul pun datang. Yang lain pun ikut pergi melihat keadaan Yani.


"Assalamualaikum," ucap Mikhael.


"Wa..alaikum..salam," ucap Yani dengan kaku.


Mikhael merasa panas dengan suasana bilik Yani.


"Dik, tutup mata dan pegang ni," Mikhael memberikan Yani cincin permata hijau.


Yani ikut arahan dari Mikhael kerana dia percaya dan tahu apa yang Mikhael ingin lakukan.


Mikhael mengambil air minum dan membacakan ayat suci Al-Qur'an. Setelah itu, dia mengambil sarung tangan dari poket nya. Setelah dia memakai sarung tangan, dia pun mengambil bawang merah tadi dan menyapukan di setiap tapak kaki dan tapak tangan Yani.


"Aaarrrggghhh!" jerit Yani.


"Nak!" Ibu Maya memeluk Yani agar Yani tidak terlalu kesakitan.


"Tahan Yan!" tegas Joy.


Mikhael mengambil air minum tadi yang sudah di bawakan ayat suci Al-Qur'an dan menyiram kasar kearah muka Yani.


"Ya Allah!" Yani pun terus terbangun.


"Nak!"


"Apa adik rasa?" tanya Mikhael.


"Segar dan ringan," jawab Yani.


"Adik, kalau ada orang bagi makanan,pastikan baca doa makan dulu. Memohon perlindungan dan serta keberkatan dari Allah," ucap Mikhael dengan muka datar.


"Macam mana abang tahu?" gumam Yani namun masih di dengar oleh Mikhael.


"Memang ada hari tu orang bagi makanan, tapi ibu tak suspek sangat," ujar Ibu Maya.


"Ibu,kalau Yani nak makan itu ini,kami kan ada?? Yani kami dah anggap macam adik sendiri bu. Jadi jangan lah segan nak minta bantuan kami," ucap Nira yang faham maksud Mikhael.

__ADS_1


"Ehk tunggu! kalau tak silap hari tu aku memang ada hantarkan Yani makanan,tapi tu pun dari orang-"


"Pakai baju hitam," Firdaus sangat terkejut kerana Mikhael tau ciri orang tersebut.


"Lelaki kan?" Firdaus seperti kena sambar petir.


"Kau ni tukang ramal ehk?" Mikhael hanya smirk.


"Ibu, malam ni El boleh bermalam tak?" tanya Mikhael.


"Lepastu, tolong beberapa antara kita berjaga ni malam. Nira, Chera dan Jessica jaga Yani. Kesian ibu dan ayah berjaga beberapa malam ni. Jadi biar kita jaga Yani pula," tawar Mikhael.


"Kau fikir aku tak penat?" tanya Kamal dengan tatapan tajam.


"You are still young, bro!" Nawi menepuk belakang Kamal.


"Kami setuju,"


"Ermm, Yani lapar.."


"Ngam! kami pun lapar juga," ujar Soef dengan semangat.


"Kau ni!" Firdaus memukul bahu Soef.


"Kau kuat bangun?" tanya Chera.


"Kuat," Yani pun cuba bangun.


"Allahuakbar!" Yani pun bangun.


"Ibu dan ayah boleh keluar duluan,nanti aku dengan Jessica bantu Yani. Lagipun ibu dan ayah mesti lapar kan?" tanya Chera.


"Kau fikir aku tak lapar?" tanya Kamal lagi.


"Kau ada masalah hidup apa Mal?" tanya Soef dan semua tertawa.


"Kenapa semua makan bawah?" tanya Ayah Ahmad.


"Tak pa lah yah, tak kan lah nak bagi ayah dan ibu makan di bawah pula? bak kata pepatah, biar buruk muka, jangan buruk adab dan akhlak," ujar Nawi.


"Betul tu yah, orang tua adalah raja." sambung Safura.


Mereka pun menikmati makan malam mereka.


"Kenapa tak makan lagi?" tanya Ibu Maya kepada Yani yang hanya merenung makanannya.


"Hehehe," Yani tertawa kecil sambil memberi isyarat kepada ibunya tentang tangannya yang bergegar. -


"Sini ibu suap," Ibu Maya menyuapi Yani dengan penuh kasih sayang. Dengan tiba-tiba, mata Nira berkaca.


"Ibu, Nira nak juga kena suap,"


"Kau kenapa Ra?" tanya Safura yang bingung.


"Kalau begitu,Fura pun nak juga!" rengek nya.


"Jess, nampaknya kedudukan kita tergugat," Jessica mengiyakan sambil makan.


Setelah selesai, Safura pun membantu Nira dan Ibu Maya mengemas tempat makan. Yani, Chera dan Jessica masuk bilik nengambil barang-barang yang mereka ingin tunjukkan kepada yang lain.


Setelah selesai semua, mereka pun berkumpul di luar rumah.


"Okay guys! Sebenarnya waktu aku hantar mereka bertiga, kami ada buat satu rencana. Di mana kami nak buat projek quote dan bantu ibu buat kek. Selebihnya aku serahkan dengan Yani," jelas Hairul.


"Okay sebelum tu, adik nak siapa yang terlibat dengan rahasia identiti Abang Mikhael dan Abang Hairul tolong jelaskan. Adik pun tak nak ada lagi rahasia antara kita," jelas Yani.


"Hurm,to the point jak ya? aku dengan Hairul adik beradik beza beberapa bulan jak.Aku bulan 1 dan dia bulan 12. Kami lahir dari darah seorang mafia terkejam di daerah ni. Sebenarnya dia bukan asal sini pun dan kami pun tak tahu kenapa dia boleh pergi sini. Waktu kecil,hidup aku dengan Hairul tak lah seindah anak orang lain. Kehadiran kami berdua tidak dianggap oleh seorang Mike Samuel," Jelas Mikhael dengan penuh tekanan saat menyebut nama Mike.

__ADS_1


"Umi Maimunah yang kamu nampak cantik dan ramah adalah bekas karung pukulan Mike. Ada satu peristiwa yang membuat aku dendam saat dia menangkap umi dan ingin menenggelamkan umi di tempat air yang lagi mendidih. Waktu tu aku dan Hairul bingung kenapa dia buat macam tu dan kami pun membantu umi dengan sepenuh tenaga kami. Mulai saat itu, kami sentiasa menjadi tempat perlempiasan nya. Nak tahu sebab apa?" semua mengangguk.


"Sebab dia dengar gosip kalau aku dan Hairul adalah anak luar nikah!" Semua terkejut.


"Nak pendek kan cerita, umi pun minta bantuan dari Umi Aishah untuk membantu kami lari dari tempat 'panas' itu. Kami juga di bantu dengan pembantu pribadi umi dan Yani kenal orang nya," Yani pun teringat dengan kejadian waktu Mikhael dan Makcik Intah beradu pendapat.


"Sebenarnya aku dah tak anggap dia bapak aku, tapi ini ajar untuk tidak pernah lupa diri. Aku dan Hairul tak kan ada kalau dia tiada. Kami tak kan pernah hadapi susah kalau bukan kerana dia. Hidup luar mungkin nampak sangat kaya, tapi bukan di dalamnya. Sekarang dia hidup dengan isteri barunya dan anak kesayangan nya. Waktu kami keluar dari rumah tu, dia buat kami macam sampah,,hidup keluarga baru nya sangat berbeza dengan kami. Hurmm, tapi sekarang kami bahagia walaupun tak semewah dulu. Abi Aziz tak pernah buat kami menderita. Jadi aku minta maaf kalau aku buat kamu semua tersinggung dan terbeban," ucap Mikhael sambil membongkok kan badan. Sahabat-sahabat nya pun berdiri dan memeluk nya.


"Its okay! sekarang kau ada kami," ucap Nawi.


"Meskipun dia tak menangis, tapi aku tau hatinya sedang rapuh," ucap Brian.


"Hurm, kehidupan kedepan tiada yang tau bang. Kadang yang kita jalani sekarang mesti kita fikir kalau keadaan tu akan berkekalan. Masa depan kita memang Tuhan yang tentukan, tapi kita yang jalani. Kita harus buat plan apa yang kita ingin lakukan, dan selebihnya serahkan kepada Tuhan," ucapan Yani mendapat tepukan dari Ibu Maya dan Ayah Ahmad.


"Anak kita makin matang sayang," ucap Ayah Ahmad sambil tersenyum.


"Hehehe,"


"Terima kasih," ucap Mikhael.


"No hal!" ucap mereka semua.


"Macam mana dengan Hairul?" tanya Enzi.


"Kalau aku, aku di ambil oleh Umi Aishah pasal Umi Aishah tak da anak. Jadi aku jadi anak tunggal mereka," jawab Hairul sambil menahan air matanya.


"Aku bahagia waktu tu walaupun kami dalam penderitaan pasal aku ada umi yang kuat dan abang yang sentiasa melindungi kami," Ucapnya sambil merangkul bahu Mikhael.


"Sedih ehk jalan kehidupan kamu berdua ni, tapi hubungan kau dengan adik tiri kau?" tanya Enzi.


"Seperti air dan minyak," jawab Hairul dan Mikhael.


"Okay, kita dah tahu semua kan?? Yani puas hati tak?" tanya Nawi.


"Macam mana dengan orang yang culik kami?" tanya Yani dengan tatapan membunuh.


"Hurmm,mereka ada kaitan dengan penculikan tu tapi abang tak pasti secara detail," ucap Mikhael dengan tenang.


"Okay, anggap benda ni dah settle,macam mana dengan projek kita?" tanya Kamal.


"Bahan dah siap, tinggal kita nak buat jak. Tapi tak mungkin kan kita nak buat sekarang? lagipun aku yakin semua pasti penat kan?" jawab Nira.


"Kebetulan kami dapat cuti, jadi tak da masalah kalau kami join," ujar Firdaus.


"Aku nak join tapi aku banyak tugas besok," ujar Enzi yang agak kecewa pasal tak boleh join yang lain.


"Its okay, nanti ada masa boleh join," pujuk Kamal.


Mereka pun bersiap untuk tidur. Budak lelaki tidur di luar. Mikhael, Hairul dan Kamal berjaga.


"Kau fikir apa El?"tanya Kamal


"Mal, sekarang Yani bukan setakat sakit yang boleh dokter scan, tapi sakit yang dia alami sekarang ni sakit dari santau orang dan ini sangat bahaya pasal Yani memang ada sakit," jawab Mikhael dengan nada risau.


"Betul tu, sampai ibu dan ayah pun tak tenang di buatnya," ujar Kamal.


Di saat mereka bertiga aktif bercerita, tiba-tiba ada yang mengetuk pintu. Kamal pun berdiri ingin membuka pintu namun di cegah oleh Mikhael dan Hairul.


"Ini perangkap. Kalau kau buka, dia akan masuk tanpa kita sedari," jelas Mikhael. Kamal pun kembali duduk.


"Kita nak buat apa sekarang?" tanya Hairul.


"Kita perangkap dia balik!" tegas Mikhael.


Bersambung~


#**quote

__ADS_1


Kepercayaan itu penting di dalam satu perhubungan**.


__ADS_2