Mengejar Cinta Duyung Kolam

Mengejar Cinta Duyung Kolam
Bab 13 Tidak mahu alasan


__ADS_3

Pagi berikutnya kelihatan Yulia buru - buru keluar dari rumah. Semuanya gara - gara mesej whatsapp dari Bimba yang baru dia baca.


~Datang sekarang di pejabat saya. Kamu ada 20 minit untuk sampai disini.~


"Aargggg gila tu orang," pekik Yulia kesal.


"Mana mungkin sampai disana dalam 20 minit. Dia fikir aku ni boleh terbang macam superman?'


Yulia berlari anak keluar dari rumahnya. Dia hanya memakai pakaian santa, kerana tidak terlintas di kepalanya untuk memakai pakaian ke pejabat atau untuk interview. Kerana dia bukannya pergi ke sana untuk interview. Tetapi lebih kepada jadi hamba kepada Bimba.



Yulia berpakaian sebegini saja.


"Man, man... "panggil Yulia kepada seorang pemuda.


"Ah ada apa Yul?" soal Man teman Yulia sejak kecil.


"Antar saya dulu," pinta Yulia to the point.


"Kemana?" tanya Man lagi sambil mula menghidupkan motor Yamahanya.


Yulia naik membonceng motor Man sambil memberi tahu arah tujuannya.


"Cepat Man. Teruk saya nanti kalau lambat," ucap Yulia kuat melawan bunyi kenderaan


Tidak lama kemudian mereka sampai ke destinasi yang di tuju.


"Yul, Yul, sini," panggil Man melihat Yulia yang sudah menjauh


"Kenapa?" toleh Yulia yang terburu - buru


Man mendekat dengan cepat ke arah Yulia. Dia memegang bahu Yulia dan mula melepaskan ikatan tali topi keleder Yulia. Rupanya topi keledarnya belum Yulia lepaskan dan kembalikan kepada Man.


Mata Yulia membesar.


"Hahahaha, thanks Man. Kamu sudah selamatkan saya dari malu besar di hadapan boss tempat ini," kikih Yulia lega.


Man menarik topi itu dari kepala Yulia. Kemudian membetulkan rambut gadis cantik itu.


"Good luck pekerjaan kamu hari ini," ucap Man tersenyum sambil menarik sehelai rambut Yulia dari pipinya dan menyisipkannya ke telinga.


Yulia hanya tersenyum manis dan melangkah pergi masuk ke dalam bangunan sederhana itu. Setelah Yulia hilang dari pandangannya, Man baru pergi bersama mototnya.


Sedikit rasa kesal di hati seorang pemuda melihat kemesraan mereka. Entah mengapa dia tidak suka apa yang dia lihat dari atas.


Tok tok tok bunyi pintu di ketuk dari luar.


"Masuk," kata Bimba membelakang meja. Dia memandang keluar tingkap kaca mengatur hatinya.


"Selamat pagi tuan, ini ada seorang wanita mahu berjumpa tuan. Maaf tuan, dia tiada temu janji dengan tuan. Saya sudah cek buku.." ucap setiausahanya yang beranak dua.


"Iya tak apa, suruh dia masuk. Saya yang panggil dia datang," kata Bimba datar.


Setiausaha itu meminta Yulia masuk.


"Kenapa lambat? Suka sangat ka di denda?" ucap Bimba dingin. Dia masih dengan kedudukan menghadap ke luar jandela sambil memainkan jari - jarinya di atas tangannya sendiri.

__ADS_1


"Ahmm saya .... " kata Yulia cuba mengatakan sesuatu, tetapi dipotong oleh Bimba.


"Kamu turun cari makanan kesukaan saya. Saya sudah lapar. Sekarang!" perintah Bimba kasar.


"Tapi tuan"


"Sekarang! Tidak ada tapi, tapi. Jangan cari alasan. Beli sekarang!!"


Yulia sedikit tersentak dan berundur mendengar amarah Bimba. Tanpa kata Yulia keluar.


"Dan jangan cuba bercakap bertanya dengan setiausaha saya," ancam Bimba.


"Siapa juga mau tanya secretary kamu tu," gumam Yulia berlalu keluar.


Gadis itu berjalan keluar dari bangunan sedikit kebingungan memikirkan makanan kegemaran Bimba.


"Dasar otak pendek tu orang. Awas kamu kancil," runtuk Yulia kesal.


Tidak jauh dari tempat itu terdapat sebuah restoran, sebuah kafe dan sebuah medan selera di seberang jalan.


Dia memandang tempat - tempat itu bergantian. Kemana harus dia pergi? Mau beli apa nanti di sana?


Manakala di pejabat Bimba, dia tidak dapat fokus dengan pekerjaannya. Entah kenapa hatinya tidak tega meminta Yulia pergi membeli sesuatu yang mustahil tanpa bertanya kepada seseorang.


Tetapi ego lelakinya lebih menguasai fikirannya.


"Kalau dia tidak dapat cari, kan permainan makin bagus selepas ini," tawa Bimba sendirian.


Di tempat lain Yulia melihat - lihat deretan gerai makan di dalam kedai medan selera itu. Makanan di medan selera ini masih panas kerana baru di masak. Terdapat juga gerai yang sedang disiapkan keteraturan masakannya.


Setelah memgelilingi medan selera itu, Yulia menghampiri sebuah meja makan terdekat. Dia duduk di sana berfikir.


"Hmm mau beli semua ka? Nanti Kancil itu boleh habis tak?" fikir -fikir Yulia.


"Arggg... peduli apa sama Kancil tu. Yang penting beli dan hantar," putus Yulia lalu berdiri.


Setelah membeli beberapa jenis makanan, Yulia beredar keluar dari medan selera tersebut.


Tetapi malang tidak berbau ketika dia menuruni tangga, seseorang melanggar bahunya sehingga dia hilang keseimbangan.



"Ahhhhhh..." teriak Yulia lalu terguling dan semua makanan yang dia bawa turut terjatuh hancur.


Orang itu hanya memandang Yulia sekilas lalu pergi terburu - buru meninggalkannya


"Hey ..hey.." kedengaran beberapa suara memanggil lelaki tersebut, tetapi orang itu tidak mengindahkan panggilan mereka.


"Dasar sombong, tidak bertanggungjawab," lagi kedengaran suara - suara tidak jauh dari Yulia memarahi lelaki tadi.


"Adik tidak apa - apakah?" tanya seorang perempuan mendekati Yulia yang masih terbaring meringgis kesakitan.


"Nak, kamu luka," kata seorang perempuan separu baya yang turut mendatangi Yulia.


Mereka membantu Yulia bangun dan beberapa orang yang lain menolong membersihkan makanan yang bertaburan.


"Lia...kamu kenapa," tanya seseorang di antara mereka yang mengelilingi Yulia.

__ADS_1


"Lia..??" kata orang itu lagi


Yulia meringis kesakitan. Kelihatan tangannya berdarah.


"Bawa dia duduk di sana," pinta perempuan separuh baya tadi menunjukkan tempat duduk umum di samping tangga itu.


Tidak lama dari itu beberapa orang petugas kebersihan datang membersihkan tempat di mana masih ada sisa - sisa makanan yang jatuh tadi.


"Nak, kita ke kelinik ya?" kata perempuan separuh baya itu menawarkan bantuan.


"Tak apa puan. Saya ok," jawab Yulia menolak permintaan wanita itu dengan lembut.


"Betul kamu ok?" tanya wanita itu lagi penuh perhatian.


Yulia hanya mengangguk tersenyum lemah.


"Mmm tak apa puan. Saya akan bantu dia. Dia teman saya," kata seorang lelaki.


"Jaja??" kata Yulia lirih.


"Terima kasih semua kerana sudah membantu teman saya," ucap Jaja kepada semua yang ada.


Pengunjung lain mulai beredar ke tujuan masing-masing setelah Jaja berjanji membawa Yulia pulang.


"Argg.." ringis Yulis kesakitan. Namun dia tetap berdiri dan mulai menaiki tangga medan selera itu lagi.


"Yulia, kamu mahu ke mana? Kamu cedera itu," kata Jaja.


"Aku mau beli makanan tuan Bimba," jawab Yulia tertatih - tatih menaiki tangga.


" Lupakan, ayuh pulang saya hantar," kata Jaja kesal.


Yulia tidak peduli dengan ajakan dan kekesalan Jaja. Dia tetap bergerak pergi membeli lagi makanan kegemaran Bimba. Dia tidak mahu dendanya bertambah.


Dalam keadaan tertatih dan sedikit mengheret kakinya, Yulia cuba bergerak lebih cepat menuju pejabat Bimba.


Dengan kesal, Jaja membawa semua makanan yang sedang Yulia bawa.


Setibanya mereka di bangunan itu, Yulia mulai merasa sedikit sakit kepala.


Knok knok


Jaja membuka pintu dan terus ke meja Bimba meletakkan makanan tersebut. Bimba sedikit bingung.


"Ja, kamu kenapa bawa begitu banyak makanan? Tadi saya sudah suruh pembantu untuk beli makanan kegemaran ku," kata Bumba hairan.


"Meman ini makanan yang kamu minta, saya tolong bawakan," ucap Jaja kesal


"Ahhh mana pembantu itu. Berani dia meminta tiling," marah Bimba.


"Maaf tu..tuan," ucap Yulia yang baru masuk dengan muka pucat.


"Kamu saya denda kerana meminta tolong. Kamu melanggar arahan saya," ucap Bimba meninggi.


"Tuan Bim...?" ucap Jaja cuba bersuara.


Tetapi Bimba menghentikan ucapannya dengan mengangkat tangan.

__ADS_1


"Saya tidak mahu alasan. Sekarang keluar dan belikan barang stationary untuk pejabat saya. Detailnya ada pada puan Mala," kata Bimba dengan muka dinginnya.


Yulia hanya menunduk dan berundur melangkah pergi.


__ADS_2