Mengejar Cinta Duyung Kolam

Mengejar Cinta Duyung Kolam
Bab 26 Pingsan


__ADS_3

Sehari setelah pesta itu Bimba mahupun Jaja tidak pernah lagi melihat kalibat Yulia di mana-mana?


Kemana gadis itu?


"Ja, awal kamu datang ke sini. Apa hal?" ucap Bimba melihat kehadiran Jaja di pagi hari menjelang tengahari itu.


"Kamu tidak suka sahabat baik kamu ini datang melawatkah?"


"Datang melawat apa pula? Jangan-jangan kamu datang kerna mahu minta makan sama nenek. Iyakan Ja?"


Kedua-duanya ketawa lepas memecahkan kesunyian di rumah sederhana milik keluarga Bimba.


"Ehh cucu Jaja. Sudah datang rupanya. Sini ikut nenek untuk tolong di sana. Kalau harapkan Bimba, jangan harap," ucap nenek Bimba menaikkan alisnya.


"Nenek..apa pula ni. Sejak bila saya tidak tolong nenek? Apalah nenek ni. Nenek dah tak sayangkan cucu nenek yang handsome macam..."


"Sudah, sudah. Kamu duduk saja di sini baca buku komik naruto itu."


"Hahaha kasian si tuan Bimba tidak boleh di harap buat kerja. Bye tuan." ucap Jaja sengaja mengumpan kesabaran Bimba.


Nenek dan Jaja beriringan menuju dapur. Walaupun nenek Bimba sudah mencapai umur 75 tahun, dua tahun lebih muda dari suaminya, cara nenek berjalan dan berkerja kelihatan masih tegap.


Walaupun ada beberapa pembantu yang ada di sana, pekerjaan di rumah tetap nenek bantu kerjakan. Nenek yang ringan tangan dan peramah sangat disukai dan disayangi oleh semua pekerja yang bersama mereka.


Tapi entah kenapa hari ini, nenek membawa Jaja membantunya di dapur. Sedangkan ada beberapa orang pembantu di sana yang boleh menolongnya untuk melakukan kerja.


"Isss nenek ni ada-ada saja. Jangan-jangan nenek mahu ada pembantu pribadi. Hmmm.." gumam Bimba menusul mereka ke dapur.


"Nek....oh nek!" panggil Bimba mencari keberadaan neneknya. Namun tidak ada yang menyahut dan tidak ada kalibatnya di dapur.


"Ehh Mak Su, nampak nenekkah?" ucap Bimba saat Mak Su masuk ke ruang dapur menatang kentang.


"Nenek kamu tu ada di dapur luar, dia..."


"Terima kasih Mak Su."


Begitu Bimba memotong ucapan pembantu rumah neneknya lalu menuju dapur luar.

__ADS_1


"Nenek, kalau mahu minta tolong ini ada Bimba nek. Buat apa...arghhhh."


Gedebuk


"Bimba!!!" teriak semua orang yang melihat kejadian itu.


Jaja yang sedang memegang pisau dengan tangan kirinya memegang seekor ayam yang sudah disembelih melepaskan semuanya lalu berlari ke arah Bimba.


"Cuci dulu tangan tu, nanti kita angkat ni gajah ke dalam." perintah nenek tenang masih bercanda.


"Beratnya cucu nenek ni, macam batu." ucap Pak Lee si tukang kebun.


Semua yang ada tersengih mendengar ucapan lelaki umuran 40 tahun itu.


Setelah Bimba dibaringkan di sebuah katil serambi yang memang khas diletakkan di sisi rumah yang menghadap ke sawah, nenek masuk membawa minyak angin.


Dia menggosokkan minyak itu di beberapa tempat di muka Bimba. Sementara itu Jaja dan Mak Su membantu mengurut kaki dan tangan Bimba.


Sedangkan yang lain sudah kembali membuat kerja masing-masing.


"Nek.." ucap Bimba lirih.


"Itu sebabnya nenek tidak minta kamu tolong nenek untuk kali ini. Soal sembeleih menyembelih ayam, kamu pasti tidak tahan. Kamu tu takut darah."


Sedikit penjelasan nenek Bimba itu mengejutkan Jaja. Kerana selama dia mengenali Bimba, dia tidak tahu kalau Bimba takut darah terlebih sewaktu menyembelih ayam.


Apa lagi tentang sampai pingsan kerana takut darah. Rupanya nenek bukan bercanda soal sembelih menyembelih ayam.


"Sejak bila Bimba ni takut darah nek?"


"Oh, itu cerita lama. Dia waktu itu baru berumur 5 atau 6 tahun. Ya mungkin sekitar itu umurnya. Gara-gara mahu mencuba sembelih ayam, nenek benarkan dia potong leher ayam. Nenek pegang ayam dan dia di bantu atuknya sembelih ayam."


Nenek menarik nafas dalam memandang cucunya yang masih berbaring.


"Nek janganlah cerita benda memalukan itu." sungut Bimba lemah.


"Buat apa malu cu. Lebih baik teman kamu tu tahu. Biar dia bersedia membantu kamu kalau kejadian serupa terjadi."

__ADS_1


Nenek menepuk-nepuk bahu cucunya itu


"Setelah ayam itu disembelih, nenek lepaskan. Tetapi saat dilepaskan, ayam itu malah berdiri dengan darah membuak keluar dari leher berlari menjauh. Kerana mungkin terkejut melihat kejadian itu, Bimba muntah-muntah dan akhirnya pingsan. Sejak itu asal melihat darah dia akan muntah-muntah. Apa lagi saat melihat orang menyembelih ayam, pasti dia akan pingsan begini. Itu sebabnya dia tinggal di kota untuk beberapa lama dan akhirnya kembali lagi ke sini untuk dididik merendah diri dan belajar banyak hal kehidupan sederhana. Itu sebabnya kamu akhirnya berteman setelah membesar bersama di sini."


Panjang lebar si nenek menerangkan hal itu kepada Jaja.


Mak Su yang bersama mereka hanya tersenyum simpul kerana dia juga sudah tahu keadaan Bimba did minggu pertama dia berkerja di sana dahulu.


Masih segar dalam ingatannya bagaimana Bimba yang kecil saat itu pingsan jatuh dari basikal kecilnya kerana melihat Pak Lee menyembelih seekor ayam beberapa meter dari tempatnya duduk di palang basikal.


Sejak kejadian itu, Bimba di bawa pulang oleh kedua orang tuanya kembali tinggal di kota bersama mereka.


Namun ketika dia menginjak remaja di usia 13 tahun, dia kembali lagi ke desa kerana kedua orang tuanya mahu Bimba belajar hidup berdikari serta sederhana di bawah bimbingan dan pengawasan datuk neneknya.


Tetapi soal memyembelih ayam, mereka tidak pernah lagi melakukannya di rumah itu sekiranya ada Bimba di sana.


Beberapa tahun di sana sehingga dia menamatkan sekolah menengah, Bimba tidak pernah melihat sesiapa melakukan penyembelihan ayam di rum.


Bimba juga beruntung kerana sepanjang dia berada di desa itu, tiada orang kampung melakukan perkara yang mengerikan itu.


Mana tidaknya, nenek Bimba datang ke setiap rumah meminta agar tidak ada aktiviti serupa itu dilakukan selagi cucunya itu masih berada di desa itu.


"Bim.. ngeri sekali keadaan kamu ni, bikin takut saja. Nasib sekarang saya sudah tahu cerita yang sebenarnya," ucap Jaja menggelengkan kepala.


Bimba hanya diam membisu menutup mata perlahan menenangkan diri.


Dia sebenarnya berfikir fobianya itu sudah menghilang. Namun semua itu meleset setelah hari ini dia pingsan lagi dan sedang terbaring di katil khas itu.


"Huh ini memalukan. Buat hilang macho di depan perempuan saja kalau kejadian begini berlaku di depan mereka nanti." keluh Bimba datar.


Jaja merasa lucu dengan ucapan temannya itu lantas tertawa terbahak-bahak.


"Bim, itu peluang yang baik supaya si perempuan yang nampak kamu pingsan ambil kesempatan meraba-raba kamu...haha.. mereka pasti senang dapat sentuh badan kamu tu."


Jaja terus ketawa tidak pedulikan Bimba yang memarahinya.


Nenek Bimba dan Mak Su hanya tersenyum melihat dua orang muda itu saling berbalas kekesalan.

__ADS_1


__ADS_2